Friday, March 19, 2010

Tragedi Kedai Makan...

Salam...

Dah makan ke semua??? Pi mana rehat yang panjang ni??Saya pi kuar makan dengan kawan2 lama sempena meraikan sorang member saya yang baru kawin.

Petang ni saya nak cerita satu kejadian yang terburuk berlaku ke atas saya. AMARAN, kalau tak tahan geli jangan baca ok....

Asalnya kami nak makan kat A.n.i   S.u.p   U.t.a.r.a,  tapi tutup la pulak kedainya. Nak pergi ke tempat lain, parking dah bayar untuk 2 jam... Rugi la pulak.

So, kami decide la nak makan je kat area2 situ. Terjumpa la satu kedai makan ni. Masa tu saya berdua je ngan kawan saya... Lagi 2 orang on da way. Kami pun duduk2 la dulu. Ramai jugak orang yang makan tengah hari kat situ...

Bila dah sampai semua apa lagi pergi la memilih lauk pauk untuk dimakan. Saya amik ayam masak kicap & sayur je sebab yg lain macam tak berapa berkenan di hati.

Dah duduk semua, air pun dah sampai kami pun makan la dengan berseleranya sebab masing2 kelaparan. Tengah sedap je saya menyuap, tetiba kan saya terpandang la kat lauk ayam saya... Tau tak apa yang saya nampak??? Sila jangan muntah ye selepas membaca cerita ni...

Saya ternampak ulat kecil yg sangat banyak - merenyut2 kat ayam tu... Pehtu siap ada yang dok bergerak2 lagi atas jari saya...

Ya Allah, terus saya stop la la (masa) tu jugak and pergi basuh tangan. Masa tu member2 saya macam pelik je kenapa saya stop tiba2. So, diaorang tanya la "kenapa hang dah tak makan?" saya senyum ja... Nak bagitau, takut selera diaorang terbantut lak. Lepas diaorang desak, saya tunjuk le ayam tu kat diaorang...

Apa lagi, masing2 pakat bangun & basuh tangan la... Terus panggil pekerja dia & tunjuk ayam tu. Pekerja dia ambil pinggan saya pastu kata "maaf ye kak. Boleh ambil yang lain sebagai ganti". Saya tersenyum sambil berkata "Oh, takpa. Saya tak nak"... Sorry la saya nak makan lagi. Kalau kengkawan la, lalu tak nak makan lagi kat situ?? Oh my...

Dah balik office call bagitau husband, dia kata kenapa tak ambil gambar & buat report. Sebab sebenarnya banyak dah cerita pasal kedai makan tu cuma tak ada orang nak baut report. Saya tak terfikir pulak nak ambil gambar tadi. Nak buat report pun tak leh la sebab tak ada bukti...

Cuma nasihat saya kepada kengkawan yang dok kat Putrajaya, berhati2 la bila nak pi makan kat satu kedai ni. Letaknya kat Presint 15, bertentangan dengan Secret Recipie. Saya tak nak bagitau la namanya sebab macam tak baik la pulak kan... Sesiapa yang nak tau jugak pi la tengok apa kedai makan yang bertentangan dengan SR dekat Presint 15 tu... hehe

Ok la, panjang lak membebel petang ni... saya tengah lapar ni, tapi dok terbayang ulat2 tu terus rasa tak lalu nak makan... aisyeh.... Ni la kejadian terburuk yang pernah berlaku ke atas saya... herm...

Kengkawan yang baca ni jangan rasa loya lak ye... Sorry la, cerita teruk2 lak petang2 ni... hehe

Ok la, till then... papaiiiiiiii....

2 comments:

Ena said...

Sal,
akak dapat bayangkan perasaan sal time tu. sbb akak pun penah kene camtu.. tp tu lauk kenduri yg di tapau oleh kawan sy dari rumah dier bawak p umah sewa.. tgh baru nak makan.. camtu la akak jadinyer bile nampak ulat dok nyot nyet kat lam pinggan.. sib bek x masuk lam mulut.. memg termuntah pastu..

kejadian ke-2 pd awal januari lepas.. tp bukan ulat.. yg nie lipas lak kat lam tu.. haissshhh.. memg x hingin nak makan lagikk, & x hingin pun nak tukar makanan lain.. selera dah x dakkk time tu.. org tu ngan muke x bersalahnye.. just kate sori & sy ganti yg lain ye!.. ho3x.. x paaaa la naaa... alih2 mase nak bayar tu doer kasi diskaun la.. x bayar la utk menu yg tu.. nasib baik order 1 jer.. share ngan hubby.. hu3x..

Unknown said...

Akak,

tu la. ni first time kena cenggitu... rasa cam dah malas nak makan kat luar lagi je pas ni...

Ye ke, nampaknya akak lagi banyak kali la terkena ye... Sabo je la kan...