Tuesday, March 9, 2010

Berkebun di hujung minggu...

Salam...

"mari kita ke ladang, hoii... mari kita ke ladang, hoii"... ingat tak lirik lagu ni? kalau tak silap dalam salah satu cerita P. Ramli... (betul ke ek??)... Amboi, menyanyi lak...

Herm, nak cerita pasal berkebun kat belakang rumah... Cewah... Aktiviti ni dah berjalan kira2 dua bulan yang lepas. Masa tu faris kena 'pos' ke kampung. Tinggal 'ummi dengan abah je kat rumah tak tau nak buat apa hujung minggu...

Plus, masa balik kampung hari tu ada ambil tanah baja kat umah mentua. So, operasi bercucuk tanam pun bermula la... Konon nak tanam pokok cili, tomato, kari, kunyit & bendi...

Jom layanz proses menanam... hehe

Ini la tanah baja yang diimport dari kampung... ^_^


Pokok cili & tomato yang ditanam atas tanah biasa dulu...


Pokok2 yang dah siap ditanam semula ke dalam poli-bag


Pokok serai, kunyit dan kari... hehe


Selepas beberapa bulan berkebun, kini pokok pun dah besar. Tapi sayangnya, pokok kunyit saya tinggal batang saja sebab daun2 habis dimakan ulat... adeh... Pokok yang lain membesar dengan jayanya... hehe


Pokok kari dan kunyit terpaksa dipindahkan ke dalam poly-bag untuk mengelakkan dimakan oleh ulat daun...

Amacam, besar tak pokok2 saya?? hehe... Sudah berangan untuk menjadi petani moden pulak... (baru je tanam 3,4 pokok dah berangan lebih...)


Pokok tomato dah keluarkan bunga (tapi tak clear lak, silap tak zoom kat bunga je)

Lepas ni boleh la menuai hasilnya... Tunggu pokok cili lak berbunga... Tak sabar nak tengok hasil... (",)


Pokok bendi ni pun nak kena ubah sebab satu bag tumbuh sampai 5 pokok...

Berkebun ni pun bagus untuk kesihatan jugak sebab keluar la jugak peluh masa berkebun ni... Yang penting kena rajin jaga la... Bak kata mantan PM - pertanian adalah perniagaan.. Wah wah wah, bukan main lagi...

Ok, itu saja cerita pasal berkebun nih... Best sangat bila dah nampak hasilnya... Lepas ni boleh jimat sikit dah... Eceh... Cuma dok fikir nak tanam kat mana timun nih??? herm...

Ok la, till then. Daaaaa

6 comments:

Siti said...

alahai..rajin sungguh...siti ada gak niat nak tanam sayur2 kat belakang umah..ada la tanah sekangkang kera..huhu..tapi x buat2 lagi.

mamaarifakeemaisy said...

waah bestnye ..tanaman sudah menampakkan hasil..mmg buleh sesangat berjimat ni..salwa dok area mana ni?! best umah ada tanah gini..huhu..

teringat lagu tu dinyanyikan oleh idlan pon2x..raja lawak tu..hehe..

Unknown said...

siti:

nak berjimat kena le rajin... hehe

xpa, slow2 buat... yang penting kena semangat... hehe

Unknown said...

mamalieyna:

tu la pasal, boleh la kurangkan apa yg patut... hehe

salwa dok kat putrajaya, presint 11... ala, kuarters aje... hehe

tu la, teringat jugak idlan pon2. tp syg sebab dia x menang kan... apa pun, hidup kedah... hehe

Ena said...

Wahhhh.. rajin nye.. bestlah leh becucuk tanam kat umah sendiri kan!.. cam umah akak nie.. nan ado ruang lah sal nak bercucuk tanam.. Leh buh lam pasu jer la..

Unknown said...

kak Ena:

takpe, dalam pasu pun ok gak... hehe. ni sesaja suka2 isi masa lapang dengan berkebun... hehe