Thursday, February 25, 2010

Kisah Cuti2 M'sia - Part II

Salam...

Sambungan entri sebelum ni... Ni nak cerita pasal cuti2 kat umah mentua lak.

Tengah hari selasa tu, bertolak balik ke rumah mentua. Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit... hehe

Cam biasa, sebelah petang pi memancing. Tapi kat parit yang saya pergi mancing sebelum ni ikan dah tak berapa nak ada... So, dapat la seekor sahaja. Hubby pun dapat sekor aja... Sungguh hampa dan keciwa... hehe

Rutin harian sama je, cuma kadang2 kuar jalan2. Pastu petang khamis tu masa tengah dok rileks2 sambil tengok tv hubby tanya "nak ronda2 tak kat tepi tasik B.u.k.i.t M.e.r.a.h?". Saya apa lagi, laju je la mengganguk... hehe

Pas solat asar terus siap2 nak keluar. Si kecik faris tido la pulak. Mak mentua kata "tak pa, tinggal je la faris tu. Mak tolong jaga"... saya senyum lebar sampai ke telinga. Pucuk dicita, ulam mendatang la... hahaha

Kami pi merempit berdua2an saja... Guna jalan kampung yang agak teruk sedikit keadaannya sebab ada pembinaan jalan keretapi yang baru... Bestnya rasa, macam tengah bercintan cintun lak... ^.^

Lebih kurang 15 minit sampai la kami kat tasik B.u.k.i.t M.e.r.a.h tu. Tak jauh mana pun dari rumah mentua saya...

masa ni baru je sampai... tu la tasik B.u.k.i.t M.e.r.a.h


Pemandangan yang mendamaikan... Masa ni angin kuat sangat


Yang saya buat petak merah tu la P.u.l.a.u O.r.a.n.g U.t.a.n


Merempit dengan motor kapcai saja... hehe

Gambar saya?? Ada sebenarnya, tapi kan bila dah upload dalam laptop, terserlah la pulak keseksian makhluk tuhan paling seksi ni. Sebab masa tu angin bertiup sangat la kuat, maka ternampak la bentuk2 yang tak sesuai ditonton oleh segenap lapisan masyarakat... hehe

Lepas puas amik angin, kami pun balik la. Lagipun masa tu dah nak dekat maghrib dah. Pulak tu ramai yang tengok semacam je. Mungkin mereka tu ingat kami ni 'couple' yang tengah berdating kot... Rasa malu pulak... Apa kes, dah halal pun nak malu ke?? hehe

Masa on da way nak balik tu, singgah jap kat pekan kecil kat satu kampung tu. Pekan dia sejibik cam pekan dulu2 zaman lepas merdeka. Ingat nak snap la gambar sekeping dua, bateri henpon low la pulak time tu... aisyeh... tak pa, balik kampung lagi nanti boleh ajak hubby pergi ronda-ronda lagi... hehe

Ok la, yang tu je nak cerita sebab yang lain sama je. Tak jalan2 sangat dah pun lepas tu.

Pulak tu, si kecik faris 'chair red bear red' lak masa kat kampung... On da way nak balik Putrajaya habis kena seluar & baju ummi. Siap muntah2 lak tu... Herm...

Thats all. Till then, daaaaa...

Selingan:


Kenangan masa 1st time pergi ke B.u.k.i.t M.e.r.a.h L.a.k.e T.o.w.n R.e.s.o.r.t... Masa ni Faris baru je umur 5 bulan lebih.

Bahana gatal tangan...

Salam...

Hajat di hati kononnya nak balik awal terbantut dek kerana, segala widget yang ada kat blog ini telah disappear setelah saya menukar template yang baru...

Nasib baik la ada save template lama sebagai backup... Terus terpaksa baiki dulu, baru balik...

Now, dah selesai la kot. Nak balik dah nih... Nanti2 la kot check balik...

Apa2 pun nak ucapkan selamat bercuti... Jangan lupa banyak2kan berselawat esok, bersempena Maulidur Rasul...

Till then, daaaaa....

Cerita cuti2 M'sia...

Salam...

Dah lama rasanya dok peram cerita basi yg tak berapa nak basi nih... Cerita pasal cuti panjang selama 9 hari kat kampung...

Kalau panjang sangat mungkin ada chapternya... kah kah kah...

Ok la, start cerita pada 13 Feb. Jumaat tu Kak Yong anak beranak + adik saya sampai kat rumah. Konon nak balik secara konvoi la. Last2 tak jadi. Mula2 plan nak balik 2.00 pagi la kononnya. Tapi malam tu tido lambat lak. Dah kunci jam kul 2.00 pagi, tapi sedar2 dah 3.30 pagi?? Terus terbangun. Kejutkan hubby, siap2 terus gerak. Tu pun dalam 4.40 baru gerak... keh keh.

Kak Yong gerak dulu sebab dia pergi ambil angah kat K.L. Angah tumpang dia kali ni sebab husband dia ke Lubnan sampai hujung tahun ni...

Masuk je highway, lepas tol D.u.t.a, punya la banyak kereta. Aisyeh, ingat tak ramai. Rupa2nya ramai. Skip cerita pasal jamm, terus cerita pasal sampai kampung. Kami sampai dalam kul 10.00 pagi. Masa sampai tu si kecik Faris tengah bermain2 dengan sepupu sepapatnya. Nampak je muka saya, terus terjerit2. Bila saya dukung, terus dia peluk kuat2. Macam tak jumpa bertahun2 gamaknya... Lega sangat masa tu dapat tengok si kecik yang dirindui.

********************

Esoknya (Ahad), dalam kul 8.30 kami adik beradik bertolak ke A.l.o.r S.t.a.r, rumah pak lang sebab ada kenduri kawin anak dia. Kali ni anak2 mak semua balik. Seronok sangat dapat berkumpul ramai2. Dalam pukul 10 lebih kami sampai rumah pak lang. Lepas tolong apa yg patut, sesi mamam la.. Pastu amik gambar dengan my kazen...


Bergambar bersama pengantin.

Masa ni lupa nak bawak kamera or henpon. Tumpang je la henpon org. Kualiti pun tak berapa la... Nampak muka saya macam kebudak-budakkan la pulak...

Tumpang bergambar jap kat katil pengantin...

Dalam kul 5 lebih bertolak balik...Penat betul terasa...

*************
Hari Isnin tu, abang ipar ajak kami semua ke B.a.n P.e.c.a.h. Sebelum2 ni saya tak pernah tahu yang rupa2nya dekat dengan kampung saya ada pantai. Tapi kat negeri Perak la. Sebab kampung saya kan dah sempadan dengan Perak.

Sampai kat situ, punya la ramai orang. Tapi kami tak mandi pun. Tengok anak2 buah je yang mandi. Kaum2 lelaki sibuk dok memancing... Best jugak berkelah camni... Tapi tak dak pics la. Malas nak snap...

Saya dok kat rumah mak saya sampai la hari selasa. Pastu balik rumah mentua.

Ok la, next entri cerita pasal cuti2 kat rumah mentua pulak... Daaaaaa

Wednesday, February 24, 2010

Geram, geram, geram....

Salam...

Haisyhhh, baru je nak ber'mood' baik hari ni. Tapi dah nak dekat2 balik kerja ni dah bikin hati saya panas...

Pernah tak anda ditimpa nasib macam saya ni. Tolong seseorang buat kerja PA dia, tapi saya pulak yang kena marah. Haisyhh, bikin sentap jantung gue...

Kalau ikut hati, mau saja saya malas dah nak tolong2 buat kerja orang lain pas ni. Apa kes, saya pulak yang kena marah... Panas panas...

Ok la, nak chow chin chee awal hari ni. Rasa panas bon*** lak dok kat office ni.

Daaaaa........

La la la...

Disini kunyatakan semua,
Cerita kehidupanku,
Telah tempuhi hidup yang sukar ku terima,

Tapi ku mampu laluinya,
Merempuh suka dan duka,
Dengan tenang hati ku telan pahit manis kehidupan.

Sekiranya,
Ku tak mampu,
Halangi semua,
Pasti ku hampa.

Sekiranya,
Ku tak bersedia,
Akan ku pulang ke asal ku,
Tapi ku tak rela.

Kerna ku sorang manusia,
Yang tak suka pada duka,
Kerna ku sayang gembira,
Gembirakan hidup ini.

Kerna ku tahu inginku,
Apa yang aku inginkan,
Akan ku capai segala,
Segala yang diinginkan
Demi kehidupanku

G.e.m.b.i.r.a  H.i.d.u.p  I.n.i - F.a.r.a.h  A.F.2

Hehe....

Salam...

Hehe, mula2 nak gelak dulu...

Saja je post entry ni sebab nak bagitau yang kadang2 mungkin akan terselit lirik2 lagu, puisi2 or kata2... Herm, dah nama pun jiwang karut karat kan... harus lah... Lagi pun ni la salah satu cara seseorang mengekspresi perasaan dia ketika itu... Sebab ada kata2 yang tak mampu diluahkan melalui bibir...

So, nanti jangan lak kata 'apa la dia ni, asyik buat entri pasal dot dot dot je...' (",)... Peaceeee...

ok la, chow chin cheeeee...

Sambungan - ????

Salam...

Pagi2 lagi nak menceceh jap...

Semalam kan saya cakap yg saya tak tau nak makan apa utk lunch. Pastu masa balik kerja semalam, singgah le ke pasar tani / pasar malam. Konon nak beli la nasik ke, apa2 yang mengenyangkan... Tapi, still macam tengah hari tu. Tak tau nak makan apa. Tengok semua makanan, tak membuka selera langsung... Bayangkan la pasar tani yang sebesar alam tu, yang penuh dengan pelbagai juadah pun still tak dapat nak buka selera saya... haisyhhhh...

Last2 beli barang rumah sket, ngan bubur nasik utk si kecik tu...

Ingat balik rumah nak masak. Tapi tak sempat la pulak. Sampai rumah dah pukul 6.30pm. Ikan & ayam belum keluarkan dari peti. Nak tunggu hilang beku dah sepasal. Kul 8.00pm hubby ada game bowling kat A.l.a.m.a.n.d.a  pulak... Makanya, makan la apa yg ada je... hehe

Lepas solat maghrib terus zasss ke tempat bowling. Saya ke K4 dulu untuk beli barang rumah. Habis shopping terus gi tengok hubby main bowling. Habis game pun dah pukul 10 lebih... Sampai rumah dalam kul 11 lebih. Hajat di hati nak beli something kat A.l.a.m.a.n.d.a  untuk di mamam tak tertunai. Sebabnya, sama macam kat pasar tani tadi... (",)

Dan, tau tak apa yang saya masak??? Mee megi cepat di masak sedap di makan... hehe. Tapi baru satu suap je, tekak tak leh terima. Rasa lain macam lak megi ni. Sudahnya, hubby yang tolong makan... kah kah kah...

Dan malam itu, saya tidur dengan perut 0. Ntah la, nafsu nak makan tak ada... Rasanya mungkin terbantut sebab sedikit masalah yang melanda diri semalam... And this morning, still tak tau nak makan apa... Agaknya la, kalau berterusan begini, mau jadik cam cicak kobeng saya nih... Tak yah dah pi program slim menyelim nih... hehe

Ok la, nak pi bancuh air sat. Makan ngan biskut... Lagi pun dan panjang sangat membebel. Nanti orang boring nak baca.... :)

Till then, daaaaaaa....

** walaupun tak dak selera, tapi mukaku still chubby... kenapa eh??? :p

Tuesday, February 23, 2010

?????

Salam...

Tadi, turun la nak cari makan. Tapi tak ada pulak yang berkenan di hati. Tengok semuanya tak lalu la pulak... Perut lapar, tapi tak tau nak makan apa...

Tiba2 rasa cam nak nangis je. Entah kenapa.... Sebab tak tau nak makan apa ke??? Ke sebab mood kureng hari ni??

Last2 makan buah sahaja. Padahal perut tersangat la lapar sebab pagi tadi makan biskut je...

Makin 'kering' la badanku ini....

Ok la, nak Zzzz sekejap. Harap2 hilang la rasa lapar tu... hehe

Daaaaaa....

Monday, February 22, 2010

Sebagai Renungan Bersama

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

D.a.m.b.a  K.a.s.i.h : I.n-T.e.a.m

~~~L.O.V.E~~~


sumber

Hal-hal lain....

Salam...

Memandangkan mood nak cerita pasal cuti2 kat kampung masih tak dak, so cerita pasal 'hal-hal lain' boleh la kot... hehe

Tadi, masa dok view gambar2 dalam pendrive nih jumpa la beberapa keping gambar yang sebenarnya nak buat entri pasal gambar tu. Dah lama pun, tapi asyik terlupa...

Cerita pasal si kecik tu first time pergi kedai gunting rambut... Al kisahnya, hari tu sebab asyik demam ja saya dengan hubby decided nak botakkan aje kepala si kecik tu. Mula2 risau jugak takut dia nangis nanti. Tapi bila teringat yang dia pernah la dibotakkan kepala oleh Pak Su dia masa kat kampung dulu dan masa tu dia ok je siap gelak2 lagi, kami pun bawak je la dia ke kedai gunting rambut...

Sampai tu orang tak ramai sangat sebab hari tu hari bekerja. Tunggu pun sekejap ja, sampai la turn Faris. Mula2 ok je. Tapi bila mesin potong rambut tu (panggil apa ntah) kena je kat kepala dia, terus menangis. Melalak-lalak sambil pusing kepala ke sana sini.

Tukang gunting tu sampai berhenti beberapa kali, tapi hubby cakap kat dia, 'tak pa, teruskan ja'...

Dalam 10 minit siap la. Seksa betul nak potong rambut si kecik tu... Ok la, jom tengok aksi si kecik tu...

masa ni masih ok & rileks lagi. tak tau yang rambut dia nak dibotakkan... hehe


Kesian tengok, melalak sakan....


Dan HASILNYA... jeng jeng jeng...

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
v


cakkk... ni lepas seminggu, rambut dah tumbuh sikit.
lupa nak snap gambar lepas dah dibotakkan... hehe

nota : sila abaikan pemandangan belakang yang bersih bersepah itu... (",)

Ok la, perut dah berkeroncong... nak pi cari makan jap... Daaaaa....


I'm back...

Salam...

Urghhh (mengeliat jap)... Herm, dah lama tak jengok blog nih... Setelah bercuti2 Malaysia selama 9 hari... Bestnya dapat balik kampung... Macam la dah lama tak balik. Pada hal baru je balik 2 minggu sebelum tu. Dah tu, tiap2 bulan balik kampung... heheh

Badan masih terasa 'mim alif lam sin' untuk datang kerja. Ye la, 9 hari dok rileks2 ja... Badan je kat opis ni, otak kat kampung lagi... hehe

Mood nak berblogging masih kureng, so pi melawat2 umah kengkawan je la. Ramai yang cuti 4 hari je... Saya yang 'terlebih sudahhh'...

ok la, will update later... Till then, daaaaaa...

Thursday, February 11, 2010

And ~~ I G.o~~

So long, fare thee well
The dancer and the dancing days have taken leave and fell
So turn down this bed of stone
Quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong

The long December rain is falling now
Running down on streets to nowhere
Music is my life you're my sweetest nightingale
But I cant hear it here no more

And I go
I go

Hush now, dont shake or break
Words have fallen silent like soldiers to the grave
No matter what they do or say
Lay me on the sleepy meadow by the tracks upon your face

MINGGU YANG SIBUK

Salam...

Pergh... minggu yg sangat sibuk.... So, pagi2 yang masih senggang ni haruslah menjegah blog ini sebab sekejap lagi sampai la ke malam ni sangat sibuk ok... Petang sat gi ada training badminton... Malam ni sure Zzzz awal... hehe

Sebenarnya ingat nak buat entri pasal 'kisah dating' dengan husband sabtu lepas. Tapi tak sempat lagi nak upload gambar2 yang berkaitan... So, peram dulu la... hehe

Tak sabar nak tunggu esok... Menghitung hari, detik demi detik.....

Tapi kan, ada satu masaalah la pulak... 20 haribulan ni ada game badminton inter-department... Dan sepatutnya saya mewakili department saya... The problem is, on that day kalau ikutkan saya masih kat kampung bercuti2 Malaysia... Abih camna nih??? Haruskah saya menarik diri sahaja??? Rugi 2 hari tau... Kalau dia buat hari Ahad tu, boleh tahan la lagi. Ni hari Sabtu... Haisyh....

Dah la balik kampung sebulan sekali je, kalau boleh nak la dok lama2... Tambah lak, ada 2 kampung... Saya rasa kan, hati saya berat ke arah 'tarik diri je la...' (",). Diaorang ni pun satu, dah tau minggu tu ramai yang masih bercuti, kenapa la buat game masa tu... Haiyaaaaaa...

Ok la, nampaknya operasi dah nak bermula... Have to go... Till then, daaaaaa....

Wednesday, February 10, 2010

.............

Salam...

Entry hari ni tak dak tajuk sebab tak tau nak letak tajuk apa...

Cuma nak kongsi la sket perkara2 yg berlaku minggu ni...

Sekarang perut tengah berkeroncong... Tapi kerja menimbun... Dah makan tadi, tapi tak kenyang sebab makan roti saja... Ni pun curi2 masa jengah blog sebab dah tak larat nak ngadap fail tuh...

And lately, badan asyik letih ja. Mungkin salah satu puncanya kerja yg menimbun kat office ni. Pastu bila badan dah terlalu penat, mula la rasa sakit dada...

Dan jugak, saya perasan yang saya asyik lapar ja sekarang ni. Rasa macam badan dah naik sikit, terutama kat perut yang dah buncit sket... risau... hehe. Muka pun dah tembam balik. So, mula malas nak pakai shawl tu sebab nanti nampak muka tembam giler... hehe

Rasa tak sabar nak balik kampung, jumpa si kecik tu. Only 2 days to go... Mengenangkan hal ni, rasa tensyen pun terus hilang...

Cepat la hari Jumaat. Dah tak sabar nak balik kampung plus dah tak tahan menanggung bebanan kerja yang berlonggok nih...

Ok la, nak kena sambung kerja balik nih. Waktu rehat pun dah nak habis...Till then, daaaaaa....

Warghhhhhhh....

Pagi2 lagi hati dah panas... Adeh, tension betul la...

*** ('~') ***

yeayyyy.... lagi 2 hari... can't wait...

Friday, February 5, 2010

Kasut oh kasut...

Salam...

Sekejap ja, dah hari Jumaat kan... Hari ni waktu rehat adalah panjang. Niat di hati tadi nak letak-letak kepala sekejap... hehe. Last2 terbabas... Sedar-sedar dah 2.30 pm... Kelam kabut dibuatnya... (",)

Sebenarnya tak dak idea pun nak membebel pasal apa. Pastu tadi sambil rileks2 terpandang la kasut atau lebih tepat lagi sandal yang saya pakai nih... Sandal jenama B.a.t.a je yang jenis comfit tuh... Biasanya orang akan pakai sandal ni time peknen je, tapi saya belasah je sebab sangat selesa pakai kasut ni...

Ingat nak tunjuk jugak sandal buruk yang saya seret ke sana ke mari ni... Tapi cable h/p lak tak bawak. google dalam tenet pun tak dak pulak gambar kasut yang saya pakai ni... So, tak dak la pic nya... Hehe

Cerita pasal sandal buruk kesayangan saya ni, teringat yang mak saya selalu bising2 bila nampak saya pakai kasut ni pi kerja. Tau tak dia cakap apa... "Cuba la hang pakai kasut yang elok sikit. Ni dak, pakai kasut macam 'kasut orang tua' ...". See, mak saya kata kasut yang saya pakai ni 'kasut orang tua'??? Tapi saya pekakkan telinga je la... Kalau pasal penampilan ke tempat kerja, selalu kena komen dengan mak. Muka pucat tak pakai mekap la. Itu la, ini la... Haisyh, macam perunding imej mak saya nih...

Masa bujang2 dulu boleh la nak melawa sakan. Sekarang ni, sakit M tu selalu melanda... Ingat nanti nak buat make-over la... Nak bertukarrrrr...

So, semalam masa tengah boring2 tak dak kerja, sesaja je google cari kasut yang comel2... Ingat esok nak ajak hubby turun KL pi cari kasut la. Bukan tak teringin nak pakai kasut yang berstyle ni. Tapi macam leceh tau nak pakai heel yang 2, 3 inci ni. Ye la, kerja saya ni memerlukan saya banyak bergerak ke sana sini & adakalanya kena lari2 anak ayam... heheh... Tu yang lebih selesa bersandal...

Start dari peknen dulu sampai la si kecik tu dah setahun lebih, ada la sekali dua kot pakai heel. Jadinya, nak le pi cari kasut 'orang muda' pulak. hehe... Memandangkan si kecik tu tak dak, boleh la terjah KL berdua2an dengan hubby...(",). dah lama tak dating kat KL. Pehtu pulak esok kan ada pasar malam kat jalan TAR... hehe... Syok syok.. (amboi, bukan main lagi ummi faris ni ek... )

Kuala Lumpur... here I come... ngeh ngeh...

Herm, panjang pulak bebel hari ni. Sepatutnya nak kena pergi sesi perkongsian ilmu kat library. Tapi kan, ada kerja lak tadi. So, ngelat la... hehe.

Ok la, till then, daaaaaa....

Thursday, February 4, 2010

Fuhhh, penatnya...

Salam...

Hari yang sangat memenatkan...

Tadi saya pergi la satu tempat tu atas sedikit urusan... Sampai je kat situ parking adalah penuh... 2 kali pusing baru dapat park kereta. tu pun illegal... hehe

Lepas settle semua urusan, terus la gerak balik ke office. Nak jadi cerita tersesat la pulak... Saya drive sendiri sebab hubby ada meeting, so tak dapat nak teman... Nak patah balik tak leh sebab jalannya 'one way'... Rasa cam nak nangis je masa tu... Last2 dengan slumbernya saya buat 'U-turn' walaupun sangat berbahaya kerana bertentangan arah. Masa tu tawakkal je la....

Dalam hati dok kata "Sabar, sabar... Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar"...

Sampai kat office rasa dahaga sangat2... tetiba je rasa teringin nak minum air ni...



Tak sabar nak balik nih... Badan pun dah melekit je rasa sebab tadi berpanas sekejap... Balik ni nak buat air ni... Tapi cincau tak dak la... boleh la tu... hehe

Ok la, nak chow chin chee dulu ye... Hari ni nak kena pi jemput hubby sebab saya guna kereta & park kat office hari ni... Till then, daaaaaa...

...(",)...

Salam...

Hari ni dah hari Khamis...
Esok Jumaat...
Lusa Sabtu...
Tulat Ahad...
Pastu Isnin...
Pastu Selasa...
Pastu Rabu...
Pastu Khamis...
Dan akhirnya Jumaat menjelma... Yeayyyy balik kampung... Jumpa budak bucuk cayang tu.... Tak sabarnya....

Wednesday, February 3, 2010

Korean Drama Lagik...

Salam...

Sekejap je dah masuk bulan 2... Cepat betul masa berlalu... Hari ni tak mo cerita sedih2 lagi. Bukan tak teringat kat si kecik tu, teringat sangat2... tapi dah kurang sket rasa sedih tu... hehe

Erm, pasal tajuk entri tu... Macam yang pernah dibagitau yang saya ni memang sangat obses dengan drama korea dari sekolah menengah lagi sampai la sekarang... Kebetulan pulak ada channel 303, lagi la dok mengadap tu ja... Husband pun dah terikut-ikut sekarang ni. Kalau saya lupa, dia yang tolong tekan 303 tu... hehe

Mesti ramai yang kata "dia ni tak dak kerja ka, dok ngadap tv ja...". Bukan tak dak kerja, sambil tengok tu sambil la lipat baju ke... Yang lain2 tu disettlekan padsa hari minggu or yang ringkas2 tu sebelum cerita ni start le... tu yang boleh rileks2 tu... Lagi pun cerita ni hari isnin & selasa je... (",)...

Cerita yang tengah dok ngadap sekarang ni ialah :


Cerita ni sangat best sebab kelakar giler... Sebab tu la husband pun boleh 'tersagkut' gak... hehe.. Tapi dalam citer ni saya suka watak ini


Dalam citer ni, lelaki ni sangat la cool & steady je... menjadikan dia nampak cumel... hehe.. pastu sangat romantik... hehe. walaupun dia bukan hero dalam drama ni, tapi saya tetap suka watak dia nih...

Husband pulak sokong hero cerita ni...




Tapi kan, saya nak bagitau satu rahsia ni.. Muka hero drama ni ada iras2 ex-bf saya... hehe... betul, tak tipu... kalau tak nak percaya terpulang la... Tapi syyhhhhhh, jangan bagitau husband saya ok. kalau dia tau, sure tak dapat tengok dah cerita ni... (baca dalam nada berbisik)... hehe

Kalau ada yang rajin dok beli roti john kat Putrajaya nih, kalau perasan la kan muka owner dia pun ada iras2 hero cerita ni... betul tak??? (",)... Husband saya pun kata ada iras2... hehe

Ni pulak heroinnya...



Apa? Nama pelakon2 dalam cerita ni???? Sorry la, saya ni tau tengok drama je... Nama pelakon2 dia saya tak tau & tak hafal okeyh... Sebabnya obses drama je, bukan pelakon... Kalau nak tau google la sendiri okeyh... heheheh

Ok la, sekian saja review saya pasal menda yang membuatkan saya dok ngadap tv setiap hari isnin & selasa (malam).... till then, daaaaa...



Tuesday, February 2, 2010

Tag - lagu

Petang-petang camni, sementara tunggu husband datang jemput nak cerita sket pasal lagu. Ni copy paste dari sumber yang tak diingati... hehe... Boleh kot wat camni... (",)


1. Namakan 5 lagu Melayu yang menjadi kesukaan
- M.e.l.a.w.a.n   K.e.s.e.p.i.a.n  -  D.a.t.o'   S.i.t.i
- M.u.n.g.k.i.n   N.a.n.t.i  -  P.e.t.e.r P.a.n
- C.i.n.t.a   D.a.l.a.m   H.a.t.i  -  U.n.g.u
- P.e.r.g.i  -  A.i.z.a.t
- B.i.a.r.l.a.h   R.a.h.s.i.a  -  D.a.t.o'   S.i.t.i
(sebenarnya banyak lagu yang suka dengar, tapi yang paling suka 5 ni la kot... hehe)


2. Namakan 5 lagu Inggeris yang disukai
- T.h.e.r.e   Y.o.u'll b.e  -  F.a.i.t.h   H.i.l.l
- T.h.e   D.a.y   Y.o.u   W.e.n.t   A.w.a.y  -  M.2.M
- U.n.f.a.i.t.h.f.u.l  -  R.i.h.a.n.n.a
- S.h.o.w   M.e   T.h.e   M.e.a.n.i.n.g   o.f   B.e.i.n.g   L.o.n.e.l.y  -  B.S.B
- M.y   L.o.v.e  -  W.e.s.t.l.i.f.e


3. Dalam kelima-lima lagu di atas (5 BM & 5 BI) apa lagu yang paling disukai (1 lagu BM & 1 Lagu BI)?
Lagu BM : B.i.a.r.l.a.h   R.a.h.s.i.a  by  D.a.t.o'   S.i.t.i sebab lagu ni boleh dikatakan 90% sama dengan kisah hidup saya

Lagu BI : M.y   L.o.v.e  by  W.e.s.t.l.i.f.e sebab banyak kenangan di sebalik lagu ni... hehe


4. Apa lagu cinta anda & nyatakan kenapa
C.a.h.a.y.a   C.i.n.t.a   by   D.a.t.o'   S.i.t.i. Lagu ni istimewa sangat sebab menceritakan kenapa saya pilih husband saya... hehe


5. Apa lagu yang mengingatkan anda pada zaman kanak-kanak dulu
Lagu S.u.c.i   D.a.l.a.m   D.e.b.u kot sebab masa kecik2 dulu lagu ni sangat femes... hehe


6. Lagu yang menggamit memori zaman persekolahan / study
Zaman sekolah : Lagu apa eh... Erm,  M.y   L.o.v.e   by   W.e.s.t.l.i.f.e   kot... zaman cintan cintun monyet... hahaha. Lagi satu lagu   B.e.r.p.u.t.i.k   D.a.l.a.m   D.i.a.m   by   A.z.i.e. Lagu ni sangat bermakna time tu... hehe

Zaman study : Lagu   M.u.n.g.k.i.n   N.a.n.t.i   by   P.e.t.e.r   P.a.n. Masa ni   P.e.t.e.r   P.a.n tengah Femes. Sekarang kalau dengar lagu ni, sure teringat zaman dok kamsis dulu... best...


7. Apakah lagu yang ingin anda tujukan kepada si dia & kenapa
Lagu   C.i.n.t.a   I.n.i   by   D.a.t.o'   S.i.t.i sebab lagu tu menceritakan pengharapan seorang wanita terhadap orang yang disayanginya... Just 4 my beloved husband... hehe


8. Sebutkan 5 orang yang anda ingin tahu tentang lagu kegemaran mereka

- Kak Ena
- Mamalieyna
- Suraya
- Kak Bee a.k.a Nabilah
- ops, kalau lebih boleh kot... lastly, sapa2 yang baca tag ni & rajin, buat la ye...

Hari pertama tanpa si kecil....

Salam...

Pagi sabtu lepas bertolak balik ke kampung. sampai dalam kul 1ptg... Kali ni balik kedah dulu sebab nak hantar adik. Pagi Ahad tu balik ke kampung husband kat Perak lak... Memang dok sekejap2 je sebab cuti 3 hari je. Isnin tu dah nak kena balik Putrajaya...

Masa kat kampung husband, sempat la pergi memancing jap... Bestnya rasa masa tu. Almaklum la, dah lama tak mancing. Tinggalkan si kecik tu kat anak buah, saya pun kayuh la basikal ke tempat memancing. Anak buah siap tanya, pandai ke naik basikal. Hey, see the leg la... hehe.

Pergi dengan mertua. Sampai je, terus cari umpan - belalang. Mula2 takut gak nak tangkap belalang ni. Biasa memancing dulu guna cacing je. Tak pun husband yang tolong carikan belalang. Kali ni pi dengan mertua. Takkan la nak suruh dia tolong tangkap belalang kot...

Tapi, memang sangat bernasib baik la.. Mentua saya tolong carikan umpan.. heheh... Dapat la 3 ekor ikan puyu yang sebesar tapak tangan ni... Jadi la kan... Pergi pun dah petang, kul 6 lebih. Kul 7 dah kena balik, maghrib. Lagipun anak dara tak baik merayau dok kat luar rumah waktu maghrib.

Sorry la, tak dak la gambaq. Lupa nak snap. Balik tu terus mandi, masa mandi baru teringat nak snap gambar. Keluar toilet nampak mertua tengah siang ikan tu... So, tak dak la pic ikan. Pic tengah mancing lagi la tak dak. Takkan nak suruh mentua amik gambaq kot. Kang dia kata "buang tebiat kot menantu aku ni, mancing pun nak amik gambaq ka?"... Malu la kan, nampak macam perak pulak nanti... hehe

Balik cuti raya cina ni nak pi lagi... hehe

Semalam masa nak bertolak balik, si kecik tu lambai-lambai je tangan. Rasa sangat sayu... (Padahal air mata ummi dia dah meleleh tak hengat). Si kecik tu tengok je sampai kereta menghilang. Sedihnya rasa masa tu... Tambah masa cium pipi dia, pastu dia salam & cium tangan ummi dia. Memang tak dapat tahan air mata la masa tu. Adik saya yang ada masa tu pun nangis jugak...

Masa sampai kat R & R Tapah, call mak tanya si kecik tu buat apa. Mak kata dah tido. Tanya dia, Faris nangis tak, mak kata tak. Mak kata bila tanya, "mana ummi" dia akan tengok ke arah jalan raya... Mungkin dia ingat ummi keluar sekejap je, nanti balik la. Adeh, sedihnya dengar mak cerita...

Tadi call, si kecik tu baru habis mandi. Kononnya nak cakap dengan dia la. Tapi dengar je suara dia, terus lidah terasa kelu. Akhirnya, air mata yang berjuraian. Hanya mampu sebut "Faris"... Pastu diam sambil nangis, sampai mak ambil balik henpon dari faris... 

Cepat la masa berlalu...

Ok la, panjangnya stori kali ni... Boring nanti orang membacanya... hehe

Till then, daaaaaaa...  

** Hanya gambar jadi pengubat rindu...
** muka budak comot makan ice cream... hehe

...Saat Ini...

``` Saat ini, daku terasa amat sedih, sunyi dan rindu.... cepat lah waktu berlalu.... ```