Salam...
Pagi2 lagi nak menceceh jap...
Semalam kan saya cakap yg saya tak tau nak makan apa utk lunch. Pastu masa balik kerja semalam, singgah le ke pasar tani / pasar malam. Konon nak beli la nasik ke, apa2 yang mengenyangkan... Tapi, still macam tengah hari tu. Tak tau nak makan apa. Tengok semua makanan, tak membuka selera langsung... Bayangkan la pasar tani yang sebesar alam tu, yang penuh dengan pelbagai juadah pun still tak dapat nak buka selera saya... haisyhhhh...
Last2 beli barang rumah sket, ngan bubur nasik utk si kecik tu...
Ingat balik rumah nak masak. Tapi tak sempat la pulak. Sampai rumah dah pukul 6.30pm. Ikan & ayam belum keluarkan dari peti. Nak tunggu hilang beku dah sepasal. Kul 8.00pm hubby ada game bowling kat A.l.a.m.a.n.d.a pulak... Makanya, makan la apa yg ada je... hehe
Lepas solat maghrib terus zasss ke tempat bowling. Saya ke K4 dulu untuk beli barang rumah. Habis shopping terus gi tengok hubby main bowling. Habis game pun dah pukul 10 lebih... Sampai rumah dalam kul 11 lebih. Hajat di hati nak beli something kat A.l.a.m.a.n.d.a untuk di mamam tak tertunai. Sebabnya, sama macam kat pasar tani tadi... (",)
Dan, tau tak apa yang saya masak??? Mee megi cepat di masak sedap di makan... hehe. Tapi baru satu suap je, tekak tak leh terima. Rasa lain macam lak megi ni. Sudahnya, hubby yang tolong makan... kah kah kah...
Dan malam itu, saya tidur dengan perut 0. Ntah la, nafsu nak makan tak ada... Rasanya mungkin terbantut sebab sedikit masalah yang melanda diri semalam... And this morning, still tak tau nak makan apa... Agaknya la, kalau berterusan begini, mau jadik cam cicak kobeng saya nih... Tak yah dah pi program slim menyelim nih... hehe
Ok la, nak pi bancuh air sat. Makan ngan biskut... Lagi pun dan panjang sangat membebel. Nanti orang boring nak baca.... :)
Till then, daaaaaaa....
** walaupun tak dak selera, tapi mukaku still chubby... kenapa eh??? :p
No comments:
Post a Comment