Saturday, April 9, 2011

... Erm ....

Assalamu'alaikum...

Dah lama rasa tak jengah ke sini. Dan banyak cerita yang saya ketinggalan.

Sebelum nak celoteh panjang lebar lagi nak ucap tahniah kat Rose@ibu rafiq, sara, ngan kak Fieza@fieza79... Semoga sihat selalu...

Dan pada semua2 yang dalam proses nak menambah ahli keluarga la... Sorry kalau ada yang saya terlepas pandang.

Maklum la, dah lama tak bukak blog... Banyak cerita yang saya terlepas. Sempat baca entri yang terbaru je...

Okey, sambung balik celoteh... haha

Rupa2nya bukan senang nak handle 2 orang anak ni ye... Camna la orang yang ada anak ramai nih... Syabas la pada yang mampu uruskan anak2 dengan baik.

Masa mula2 balik Putrajaya selepas habis berpantang tu rasa cam nak nangis pun ada bila dua2 anak perlukan perhatian serentak.

Ye la, sebelum ni masa dalam pantang mak dok tolong. Bila sendiri ni kena pandai2 urus la.

Tapi sekarang dah ok sket la... Cuma volume suara tu makin meninggi la. Agaknya jiran2 pun terkejut kot kalau dengar suara saya nih.

Sure ada yang kata 'tarzan mana la yang terlepas dari hutan nih...' hehe

Erm, gambar2 terbaru dua beradik  tu tak dapat nak tempek kat sini, sebab masih dalam henpon. Malas lak nak transfer... Nanti2 la kot...

Ok la, nak sambung sesi penjelajahan jap sementara si kecik tu lena dibuai mimpi..

Till then, daaaaaaa....