Thursday, August 16, 2012

Entri Pagi Hari...

As-salam...

Pagi yang dirahmati - sebab hujan rahmat turun...

Pagi ni macam agak lancar perjalanan walaupun hujan sangat la lebat kat kawasan rumah saya... sampai jalan pun tak nampak tadi...

Maybe ramai yang dah start bercuti hari ni... Tak pun sebab sekolah dah start cuti hari ni...

Mood nak berkerja hari ni adalah 50-50... Otak dah melayang2 teringat kat kampung... Badan je masih kat sini...

Kakak yang sulung dah sampai ke kampung semalam... bestnya la dia...

Tapi tu la, dalam tak sabar nak balik kampung mood nak beraya tu tak jugak kunjung tiba... Pasai pa ntah... Heran betul... Agaknya sayang nak tinggalkan Ramadhan tahun ni...    :(

Kepada yang akan pulan ke kampung tu hati2 di jalan raya... Pastikan anda tinggalkan rumah dalam keadaan yang selamat (lebih kepada ingatkan diri sendiri)...

Mudh2an kita semua selamat tiba ke destinasi...

Ok la, tu je pun bebelan di pagi hari... Kang kalo rajin sambung lagi...

Till then. tataaaaaaaaa....

Wednesday, August 15, 2012

Kenapa 2 maskot Sukan Olimpik ini bermata satu?



WENLOCK

1. Ciri-cirinya memperlihatkan dia seorang yang berkuasa, solid, berbadan emas/platinum & kuat serta menampakkan dia seperti memakai "crown".

2. Aksesori yang dipakai pun tak semana2 tak kena dgn maskot ini. Mungkin cuma untuk melengkapkn sebagai seorang Raja/firaun. Kalau tgk btul2, dekat crown dia tu ada macam simbol pelik.. Betul ke lambang Taxi London? Ke lambang Piramid?

JAWAPAN: WENLOCK = DAJJAL

======================================

MANDEVIL
1. Man-Devil-Le? DEVIL? Ketahuilah kalian.. Bahawa Iblis itu juga bermata satu! Pernah baca sirah Nabi Idris? Dimana baginda telah membutakan sebelah mata Iblis dengan jarum??
2. Maskot ini berwarna BIRU.. Korang masih ingat lagi Iblis dijadikan oleh Allah dengan apa? Ya, api berwarna BIRU. Tengok bentuk kepala dia.. Macam tanduk kan? Ada ekor pulak tu..

 
JAWAPAN: MANDEVILLE = IBLIS

 
P/S: Betul atau tidak info ini, wallahualam. Semoga kita dapat menjaga hati kita supaya dijauhkan daripada fitnah Dajjal.

======================================

Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
"Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi, maka terhindarlah daripada fitnah Al-Dajjal."
- [Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i]

======================================

Salam Lebaran

As-salam...

Dah ada ke yang akan mula bercuti esok???
Bestnya la kan...
Dikesempatan ini saya nak ucapkan :


Mohon maaf anda ada salah dan silap di sepanjang saya berkarya di blog saya ini ...
Kepada yang akan pulang ke kampung untuk berhari raya tu, hati-hati di jalan raya...
Biar lambat asal selamat... Ingatlah orang yang tersayang... (macamiklan jalan raya lak... hehe)

Apa pun semoga kita sama2 beroleh kemenangan...
Allah huakbar!!!!

As-salam...

Beras habis la pulak....

As-salam...

Pagi2 lagi dah membebel kat sini.. hehe
Semangat 'cat baru' la katakan... :)

Pagi tadi buat pertama kalinya sepanjang bulan puasa ni saya & en. suami tak makan nasik time bersahur...
semuanya gara2 saya terlupa beras dah habis... huhu
Padahal, masa masak nasik untuk sahur semalam memang saya tengok beras dah nak habis...
Tapi terlupa la pulak nak bagitau kat en. suami ...
Kebetulan semalam kan berbuka kat luar...
Adoi la, camna leh terlupa...

Pagi tadi just minum susu 1 mug + makan kurma.
Tak tau la dapat bertahan ke tak nih...
Harap2 ok la kot...
En. suami tu dah la memang jenis makan nasik time sahur...
Camna la dia berpuasa hari ni eh...

Dulu2 masa bujang memang itu la juadah bersahur saya...
Tapi lepas kawin ni, dah terjangkit dengan en. suami lak...
Sahur mesti kena makan nasik...
Tambah lak si kecik tu masih menyusu badan...

Ok la, tu je pun nak bebel pagi2 nih...
Till then... As-salam...

**Jalan macam agak ok pagi ni... dah ada ke yang start bercuti???

Tuesday, August 14, 2012

Cat baru sempena raya...

As-salam...
Sempena raya yang bakal menjelang nih, saja la rajinkan diri jap...
Tukar cat rumah...hehe
Tapi bukan rumah tempat makan + tido + guling2 tu...
Ni ha, rumah kedua a.k.a blog saya nih...

So, jangan terkejut lak...
Kang ingat salah masuk rumah lak...
Saja test2... Maybe untuk sebulan kot... hehe

Ok la, tu je...
As-salam...

Umpama orang yang mengantuk disorongkan bantal...

As-salam...

Rajin pulak update blog hari ni...
Dah tak tau nak buat apa kan... hehe

Dah nak hujung-hujung puasa ni rasa rajin nak memasak tu macam dah ke laut je...
Tambah lak makin tak tau nak masak apa...

Tadi tiba2 en. suami mesej, katanya ada jemputan berbuka puasa untuk kami sefamili...
apa lagi, tersenyum je la...
macam orang yang mengantuk disorongkan bantal... hehe
Macam tau2 je orang yang jemput kami tu, yang saya ni tengah mood ke laut untuk memasak... hehe
Tolak hari ni, lagi dua hari je nak berbuka kat sini...

Lari topik jap...
tengah hari tadi ikut la member office ke Alamanda...
Niat di hati nak cari kasut raya... (kasut raya la sangat kan... hehe)
sekali bila dah jumpa yang berkenan di hati, tak ada saiz la pulak... huhu
Dah tu, ingat nak la beli something kat Parkson nun, sekali tengok orang yang beratur nak bayar....
Mak aih, punya la panjang Q nya... huhu


 gambar sekadar hiasan... hehe

Terus bukak langkah ke tempat lain...
Tak pa la, pakai je la kasut yang ada...

*****************

Dok menghitung hari nak balik kampung je....
Tak sabar nak berkumpul adik beradik...
Faris pun tiap2 hari dok tanya bila nak balik kampung...
Dia pun tak sabar kot nak jumpa sepupu2 dia... :)

Balik kampung... oh oh oh balik kampung....

Ok la, till then... daaaaa....

Mood beraya...

As-salam...
Pagi yang agak blues sket...
Tuesday blues kot... boleh??? hehe

Ekceli tak dak mood la pulak ha...
Sana sini orang cerita pasal raya, pasal persiapan raya, semua pasal raya la...
Entah kenapa tahun ni macam mood nak beraya tu tak sampai2 pun...
Entah ke mana hala 'dia' menyinggah...

Persiapan tu almost complete... dah 90% kot...
Baju dah settle, tu pun ala kadar je... Wasatiah (bersederhana) kekdahnya...
Kuih raya pun, 1 je yang beli. Tu pun en. suami yang beli...
Saya lebih suka buat sendiri kot...
Mungkin dalam 2,3 jenis... Pastu kerepek...
Jadilah...

Bukan apa, dah serik nak tempah kuih...
Masa cuba tester tu sedap kemain...
Sekali bila dapat, indah rupa dari rasa...
Sedih giler kot, dah la beli utk dua2 kampung (mak sendiri + mertua)...
Tu yang 'merajuk' tahun ni, tak nak dah order... hahaha

Ok la, tu je nak bebel pagi2 nih...
Ada ke yang macam saya ni, mood nak beraya belum mari???

**dengar cerita kat jalan TAR nun sesak ngan lautan manusia... Sape2 nak pergi sana hati2 la ye... En. suami cerita member office dia pergi jalan TAR weekend hari tu, sedar2 rantai tangan anak dia kena ragut dari belakang... Anak dia lak baru umur setahun lebih... So, berhati2 ye... Bila dah ramai ni susah nak control...

Monday, August 13, 2012

Keranamu semperit...

As-salam...

Phewww... penat sket petang ni...
Tadi tengah hari saya & en. suami merempit ke sana sini sebab nak cari acuan buat kuih ni...
Adoi, tak jumpa la pulak ha...
Mungkin ramai kot yang buat kuih ni tahun ni...

Nasib baik la en. suami tahan melayan karenah si isteri ni... hehe
Tenkiu laling... hehe

Adoi, time ada mood nak membuat kuih, barang pulak tak cukup...
Erm, tengok la petang ni kalau sempat dia cakap dia nak sambung pencarian...
Gigih sungguh...


Semperit oh semperit...

**Tapi ada yang panggil 'bunga cina', ada yang panggil 'biskut dahlia' dan lain2 la...
Saya tetap panggil kuih semperit... hehe


Orang KATA, Atuk KATA, dan Saya RASA

As-salam....
Ni copy & paste dari blog lain....

*******************************

ORANG KATA..

enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, dah tua nanti taubatlah

ATUK KATA..

orang muda hidup memang baru bermula,tapi belum tentu masih panjang lagi,entah esok lusa Izrail datang menjemput.

SAYA RASA..

Betul jugak tu..



ORANG KATA..

exams tu susah, kena banyak sacrifice,constant study..past year papers..etc..etc..

ATUK KATA..

exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji,dah ada syllabus untuk diikut,kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu,

byk pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..

SAYA RASA..

Betul jugak tu..



ORANG KATA..

have fun on your birthday, panggil kekawan dan

sedara mara, berpartylah sepanjang malam, make it a

memorable one!!

ATUK KATA..

setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi peluang utk beramal,bertaubat..

SAYA RASA..

Betul jugak tu..



ORANG KATA..

kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat, baru hati puas!

ATUK KATA..

ye ke hati dah puas?? Dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? Dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? Dah cukup zikir untuk santapan rohani? Dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?

SAYA RASA...

Semuanya BETUL atuk... ☹☹☹

Friday, August 10, 2012

Tragedi berbuka puasa di PICC

As-salam...
mood nak menaip petang-petang ni adalah ke laut...
tapi gagah jugak menaip sket2 kat sini... hehe

Tajuk bukan main lagi kan...
Tragedi la sangat...

Al-kisahnya, semalam ada jemputan berbuka puasa kat PICC.
Makanya, lepas kerja balik rumah & rileks2 jap...
Nak dekat kul 7 baru la kami 4 beranak bergerak ke PICC.
Nasib baik la ada parking yang dekat, tak la jauh sangat nak menapak...
Nak masuk parking kat basement, En. Suami tak mau...
So, parking la kat luar tu...

Macam biasa, dah berbuka tu makan la kan apa yang teringin...
Dah makan sikit, En. Suami pun pergi la solat dulu...
Dah selesai solat, dia pulak la jaga anak...
Saya pun take turn la pulak pergi solat...

Melenggang kangkung je la saya menuju ke surau...
Sekali tengok surau dah berubah tempat...
Sampai2 kat surau, amik wudhuk apa semua terus la nak solat...
Sekali, tengok2 kat situ tak ada telekung...
Semua muslimat kat situ solat guna telekung sendiri...
Terus jadi buntu jap, camna nak solat...

Tu la padahnya bila malas nak bawak telekung sendiri...
termanggu jugak la masa tu...
Fikir punya fikir, dapat la satu idea...
Kebetulan surau tu asalnya surau lelaki, tapi diaorang letak pengadang untuk membezakan bahagian solat lelaki dan wanita...
So, ada la kain pelikat kat atas rak kain tu...
Saya pun apa lagi, terus amik kain pelikat tu dan pakai.
Nasib baik saya pakai t-shir yang hujung lengannya ada grip...
Dan tudung lak tudung jenis syiria...
Terus tarik sampai ke bawah dagu...
Pastu kain pelikat tu saya ikat macam pakai kain nak solat...
Terus la solat macam biasa... hehe

Lepas habis olat tu terus la terfikir..
""Kalau saya menutup aurat dengan sempurna (pakai stoking ngan sarung tangan), sure tak ada masalah nak solat..."


selingan...

So, moral of the story: Kalau kita tutup aurat dengan sempurna seperti disyariatkan oleh Islam, walau kat mana pun kita berada, kita tetap dapat tunaikan solat sekalipun kita tak ada telekung...

Wallahu'alam....

***********
Sekian saja tragedi yang tak berapa nak tragedi ketika berbuka di PICC... Mungkin untuk dijadikan iktibar oleh saya sendiri... Mudah-mudahan saya diberi kekuatan dan sifat istiqamah untuk menutup aurat dengan sempurna... Amin...

Detik-Detik Rasulullah S.A.W Dijemput Sakaratul Maut

As-salsm...
Sedikit perkongsian untuk kita renungi bersama. Semoga rasa cinta kita terhadap Rasulullah s.a.w akan makin bertambah seperti mana sayangnya Baginda kepada kita semua...

***********************

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah;

“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.“Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat Penghantar Wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat rasa maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan-akan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya, “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku” – “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan, “Ummatii, ummatii, ummatiii” – “Umatku, umatku, umatku…” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma solli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi… Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

***************
Selawat dan salam untuk Rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W

Thursday, August 9, 2012

Saya Mahu Berubah MENJADI LEBIH BAIK



★ Jika ingin berubah menjadi baik, dekatkanlah diri dengan orang yang baik-baik. Hadirkan diri ke tempat yang baik seperti masjid dan surau.



★ Dengar alunan zikir, kuliah dan bacalah Al-Quran. Bercakaplah tentang perkara yang baik-baik. Kawal diri dan hati dari nafsu dan pastikan setiap perbuatan dilakukan menggunakan akal dan ilmu.



Insha'Allah ツ

Wednesday, August 8, 2012

Rindu...

As-salam...

Dah petang baru nak bersiaran...
pagi2 tak ada mood... letih + penat...
semalam amik cuti sebab nak settlekan beberapa urusan...
Alhamdulillah, dah settle semua...
Cuma baju raya Faris je, takde saiz...
hari tu dah beli yang sama kaler ngan abah dia...
tapi bila balik & try fitting, kecik la pulak...
Padahal saya dah ambil yg saiz untuk 5 tahun punya...
Semalam pergi tukar, kaler yang sama tak ada saiz...
So, nak tak nak kena la ambil warna lain... sob sob...

Eh, termelalut lak...
Asal nak cerita pasal 'rindu'... dah tercerita bab lain...
tadi masa tengah nak clearkan email saya terjumpa la email dari officer lama saya...
Bila baca email dia & tengok gambar2 yang dia attach tu, tetiba rasa rindu sangat dengan office lama...
Sampai rasa nak nangis.... Air mata dah bertakung, tapi tahan je la...
Seriously saya rindu suasana kerja dulu...
Happy je...
Kalau bukan disebabkan kementerian lama dulu dipecahkan, dan saya terpaksa berulang alik ke KL tiap2 hari memang saya takkan minta tukar keluar dari kementerian dulu...
Sedihnya bila teringat kawan2 kat office lama... dan juga officer2 yang baik hati & happy go lucky...

Tu la, disebabkan perpecahan tu kami semua terpaksa berpindah ke KL...
Dengar cerita ramai officer bahagian saya dulu dah pun keluar dari situ dan pindah balik ke Putrajaya...
Nak buat macam mana, masing2 dah menetap kat area sekitar Putrajaya, dan dah berkeluarga...
Jenuh nak berulang alik ke KL nun...
Bos lama saya pun dah bertukar balik ke Putrajaya...

Apa pun saya doakan semoga semuanya terus berjaya dan bahagia walau di mana pun mereka berada...

Till then, as-salam....

Monday, August 6, 2012

KASAR vs SOPAN

As-Salam...

Tadi masa dok tengok2 entri yang ada dalam ruangan draf terjumpa la entri ni... Bila check2 balik memang tak pernah publish pun. Sebab apa pun tak tau la. Sepatutnya entri ni akan keluar selepas entri ini... Tapi maybe salah setting, makanya dok je dalam draf...

Tapi kan entri ni sepatutnya dipublish 2 tahun yang lepas... hehe. Aci la kot kalau publish jugak hari ni... Sayang pulak kan, dah mengarang penat2 tapi tak publish... hahaha (penat sangat la...). Sekadar buat bacaan masa lapang... :)

Ok la, here we go.....

**************************

Ekceli, cerita2 ni bukan pasal 'kelembikan' saya ye... Pasal sifat kasar yang ayah tak pernah tau... Kalau dia tau, sure dia bagi saya jadi Pilot TUDM... (",)... (cita-cita masa zaman remaja dulu...)

Kisahnya, adik beradik saya semuanya perempuan. Yang bongsu baru la lelaki. So, saya cuma ada kakak sahaja, tak ada abang... Dulu masa kecik2 bila ada kawan2 cerita pasal abang diaorang, saya akan rasa jeles sangat. Teringin nak rasa macam mana ada abang...

Sebelah mak saya, sepupu saya kebanyakkannya lelaki. Mak saya je ramai anak perempuan... Pastu, rumah tok (nenek) dekat je ngan rumah. Jalan kaki sahaja. Bila sepupu balik apa lagi, harus la pergi main kat rumah tok sampai muka 'merelit' (bahasa utara merelit bermaksud berkilat). Balik kena marah dengan mak...

Dulu2 permainan yang sangat femes adalah lawan tarik buluh. Bukan tarik tali ye... Dah sepupu ramai lelaki, itulah permainan nya... Takkan nak main pondok2 lak ngan diaorang...

Berkubang (mandi dalam parit) tu tak yah cakap la. Wajib setiap kali air naik. Sampai kena tibai (pukul) dengan mak guna getah paip. Berbirat jugak la betis ni. Tapi serik sekejap je. Esok buat lagi...

Pastu main perang-perang guna kayu bemban (kalau bahasa baku tak tau lak panggil apa pokok tu... hehe). Banyak lagi la permainan lelaki yang selalu saya ceburi...

Masa tu jalan saya pun agak kasar, macam tom***. Pernah mak cik saya tegur "hang ni cuba jalan elok2 sikit. Ni dak, macam jantan ja..". Adeh, serius saya tak reti terus nak berjalan lepas tu. Camna nak jalan cam perempuan? Sampai sekarang pun, kalau tengok betul2 kadang2 tu 'terkeluar' jugak cara jalan yang kurang keperempuanan tu... Saya sendiri pun tak tau nak ubah camna. Kang nampak tergedik-gedik lak... hehe

Mungkin disebabkan dari kakak saya sampai la ke saya, mak saya tak ada anak lelaki kami kadang2 sedikit ganas dan kasar.
Saya?? Herm, malu nak cerita. Kalau nak tau, tanya la budak2 sekolah rendah dulu camna saya ni. Cuma saya belum pernah tumbuk lagi la budak lelaki. Setakat sepak terajang tu ada la... Percaya ke?? Sila jangan percaya sebab saya tipu je... hehe. To tell the truth, saya memang garang sampai ada yang panggil singa...

Tapi, bila beranjak dewasa nih ciri2 keperempuanan tu terserlah la sikit... Harus lah kan, nak tutup ciri2 yang tak sepatutnya tu. Kalau tak, kang tak pasal membujang saya sampai ke tua. Tak dak orang nak sebab garang sangat...

Sekarang dah tak garang2 sangat dah macam dulu. Tapi yang tak bestnya, saya telah 'bertukar' menjadi seorang yang sangat sensitif. Mudah terasa, mudah mengalirkan air mata... Dah tak sekuat dulu... Tu yang tak bestnya... Dulu boleh kira dengan jari la dalam setahun tu berapa kali je saya nangis... Sekarang tak terkira pun... Benda yang remeh pun boleh buat saya menangis... Apa la, bak kata ayah 'lembik...'

Sometimes, saya rindu 'saya yang kuat' dulu... Kadang2 masa mengubah seseorang... Hopefully, saya akan menjadi 'segagah' dahulu....

******************************

Ok la, tu je yang nak dibebelkan... Yang baik dijadikan teladan (ada ke yang baik?) dan yang buruk dijadikan sempadan... hehe

Nikmatnya hidup....

As-salam...

Nikmatnya hidup pagi ni... Alhamdulillah...
Hari ni sampai office awal dari biasa...
sebabnya perjalanan adalah lancar pagi ni...
Maybe sebab orang yang kerja kat Selangor hari ni bercuti... hehe

Kan best kalau bulan puasa hari-hari camni...
tak la kelam kabut di pagi hari...
Selalunya keluar rumah sebelum 7.30 pagi pun sampai office sipi2 je waktu kat mesin punch card tu nak bertukar... hehe
Tu pun angkut budak-budak tu naik office dulu.
Kalau pergi hantar diaorang dulu, alamatnya merah la punch card mak diaorang nih... :)

Ok la, bebelan kosong di pagi hari...
Saja, tetiba mood baik nak mengarang...
Till then, as-salam...

Friday, August 3, 2012

Penjelasan Penuh Konspiras Yahudi Olimpik 2012

As-salam...
rentetan dari posting sebelum-sebelum nih...
sama jugak, saya c&p dari blog lain dan share di sini...
Selamat membaca...

*********************

Artikel di bawah bukanlah fakta 100% yang boleh dipercayai bulat bulat. Ia adalah berdasarkan pemerhatian dan perkaitan antara sesuatu perkara dengan perkara yang lain.Semua yang terjadi adalah ketentuan Allah dan manusia hanya mampu merancang sesuatu. Tetapi baik untuk dijadikan panduan menghadapi sebarang kemungkinan dan mengingatkan kita yang kadang kadang lalai dan terlupa.Terpulang kepada anda sebagai pembaca untuk mengambilnya dengan cara positif atau negatif. Setiap dari kita berbeza pendapat dan penerimaan. Mohon baca sampai habis.


Telah dikhabarkan bahawa Dajjal laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah lama membuat persiapan untuk acara ini sejak dahulu lagi kerana melalui acara sukan antarabangsa inilah, mereka dengan mudahnya mengumpulkan penduduk seluruh dunia bagi menjayakan agenda mereka untuk menyihir seluruh dunia.
Bandar London telah dipilih kerana London merupakan pusat segala agenda jahat mereka dalam merosakkan dunia selama ini, manakala tahun 2012 pula adalah tahun yang sangat signifikan bagi mereka. Ia adalah tahun yang mana Dajjal laknatullah telah bebas daripada rantai yang mengikatnya selama ini.


(klik gambar untuk lebih jelas)


2012 juga mempunyai maksud tersirat yang tersendiri. Kita tahu bahawa puak Illuminati, salah satu cabang pasukan Dajjal laknatullah sentiasa mempunyai kod-kod rahsia tersendiri bagi menjalankan agenda mereka. Kita tahu bahawa tulisan Arab dan Ibrani (Hebrew/ tulisan yahudi) ditulis dari sebelah kanan ke kiri.

Jika 2012 itu diubah kepada huruf dan dibaca dari kanan ke kiri ia akan kelihatan seperti ZIOZ. Di dalam kod ini, huruf Z yang terakhir boleh diputar melawan arah jam menjadi huruf N. Dengan ini terbongkarlah dalang di sebalik Olimpik London 2012 atau Olimpik London ZION.

2012 = ZOIZ = ZIOZ =ZION



Zion sebagaimana yang kita tahu adalah sebuah bukit di Jerusalem, yang diidamkan oleh Yahudi untuk membina Haikal Sulaiman bagi membina tapak kezahiran Dajjal laknatullah atau Mosyaikh mereka ke dunia bagi menguasai dunia.

Bermula 27 Julai 2012 iaitu pada hari Jumaat ini, apabila api Majusi Olimpik London 2012 dinyalakan, maka Dajjal laknatullah beserta para wazirnya akan menyebarkan sihir berat ke seluruh penduduk dunia, lebih-lebih lagi yang melihatnya secara langsung di London , atau pun yang menontonnya melalui televisyen dan internet tidak akan terlepas daripada sihir-sihirnya. Dan sesiapa yang terkena sihirnya, hampir mustahil tidak akan menjadi pengikutnya ketika kezahirannya kelak.

Bagi pendokong perjuangan Islam akhir zaman dan pejuang Kebenaran dan pengikut Imam Mahdi dan Fata At Tamimi, bersiap sedialah untuk serangan berterusan sihir berat ini ke atas anda.

Pagarlah diri anda dengan kaedah masing-masing. Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua dengan berkat bulan Ramadhan ini.

Sumber: http://ahmadzikron-zikron.blogspot.com Penjelasan Penuh Konspirasi Illuminati (Yahudi) Olimpik London 2012




Dan berikut pula adalah Game Card illuminati (klik pada gambar dibawah untuk membaca penerangan lanjut berkaitan permainan kad illuminati ini kerana teah terbukti sebahagian dari peristiwa yang digambarkan didalam kad ini telah terjadi walaupun kad ini dicipta pada tahun 1995.



Mungkin juga semua penerangan di atas ada kaitannya dengan hadis berikut :

Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari rumahnya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah “, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.

TETAPI, hadis di atas adalah hadis yang lemah dan dikatakan tidak sahih tidak boleh dijadikan hujjah bahkan ia adalah hadis yang terlalu lemah atau Palsu. Diriwayatkan dari berbagai riwayat, antaranya: al-Hakim di dalam al-Mustadrak dan al-Syafie di dalam Musnadnya. Hadis ini diriwayatkan dari beberapa periwayat yang lemah seperti Ibn Lahi’ah, ‘Abdul Wahhab, Muhammad bin Thabit, dan yang lainnya. Bahkan terdapat juga di dalam Sanad hadis ini periwayat yang dituduh sebagai Pendusta Hadis seperti al-Haris al-A’war al-Hamdani seperti yang dinyatakan oleh al-Sya’bi, Abu Hatim dan Ibn al-Madini.

Semoga kita dan semua umat islam seluruh dunia dijauhkan dari segala keburukan dan fitnah dajjal.

**********************

Wallahu'alam...
**Seperti di awal artikel ada dinyatakan bahawa artikel ini bukanlah fakta 100%, dan saya hanya berkongsi artikel ini. Namun mungkin kita boleh jadikan ia sebagai pendorong untuk kita mempersiapkan diri dari sebarang kemungkinan. Semoga Allah memelihara iman kita semua...

Thursday, August 2, 2012

Perasmian Sukan Olimpik Banyak Unsur Yahudi!!!

As-salam....

Artikel ni saya copy & paste dari sebuah blog... Untuk bacaan dan renungan kita bersama...

*************************
Siapa dah tengok rakaman upacara perasmian Sukan Olimpik London baru-baru ni? Agak konfius kenapa tiba-tiba ada orang keluar dari pokok yang diletakkan atas bukit tu, ramai pulak tu...

Rupanya pokok tu lah pokok Yahudi berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. !


(klik gambar untuk lebih jelas lagi...)

Dan yang keluar tu nak tunjukkan mereka selamatkan diri dari mati dibunuh sebenarnya. Kita tengok kena faham, bukan sekadar tengok. Dan banyak lagi unsur Yahudi, Freemason dan Illuminuti ditonjolkan dalam upacara perasmian tu. Belum termasuk logo mata satu lagi.

Faham-fahamlah kenapa ia diadakan pada bulan Ramadhan ye. Musuh Islam memang licik dan halus. Lindungi kami ya Allah.. Amin

******************************

Wallahhu'alam...


sumber : sini