Tuesday, May 31, 2011

Terkezut ai....

As-salam...

Dah lunch ke kawan2 semua??

Saya Alhamdulillah, dah makan tadi...

Herm, pagi tadi masa on da way nak ke office dengar la kat radio Hot.fm topik pasal bil elektrik...

Terus le teringat kisah last week...

Macam biasa balik je kerja check la mail box kot2 ada surat ke... Tengok2 ada bil air... Sambil jalan sambil dok tengok bil...

Sekali terkezuttttt mak....


Pandang lagi sekali bil tu... Cuba tengok kot2 ada tunggakkan... Tapi tak ada pulak tunggakkan...

Biar betul... Seumur hidup tak pernah lagi la dapat bil cenggini...

Tau berapa??? RM98.90. Tenyeh mata 2,3 kali kot2 mata tersilap tengok... Kot2 sebenarnya RM9.89 ke... (org lain bil lagi tinggi tak kecoh pung... hehe)

Rupanya memang amaunnya adalah 90 lebih...

Rasa nak pengsan pun ada. Sebelum2 ni tak pernah lagi la lebih daripada dua puluh ringgit.

Walaupun basuh baju 2 hari sekali pun tak dak la semahal ni...

Then, baru teringat... Masa cuti hari buruh ritu, hubby kata paip air sinki kat toilet tingkat atas tak bertutup.

Pulak tu bilik air tu jarang kami guna, kecuali ada tetamu yang duduk kat bilik tidur yg kedua & ketiga tu...

Entah berapa hari air tu dok mengalir tak tau la. Hubby kata penuh sinki sampai melimpah...

Saya syak dah 2 hari air mengalir non stop. Just imagine la...

Ni semua tak lain tak bukan kerja si Faris la ni... Adeh... Sabo je la...

Pas ni memang kena kunci la bilik tido dua2 tu... Bilik air tak leh nak kunci sebab tombolnya jenis tak ada kunci boleh buka kalau kita kunci dari dalam...

Faris oh Faris....

Dan tadi dah selamat bayar bil tu... huhu... Nasib baik si abah yang bayar bil... Selamat duit ummi... hehehe

Moral of the story:

Jangan biar anak2 main air dalam toilet sorang2...

Monday, May 30, 2011

Pengalaman kali ke-2 .... Part II

Sambungan entri sebelumnya…

Setelah berbincang, kami sepakat la nak balik dulu. Sebab rasanya baik saya dok berehat kat rumah. Mana la tau kan, ada kekosongan nanti.

Mesti ada yang keluar wad tengah hari tu kan… hehe

Bukan apa, kalau apa2 senang hubby nak berulang alik sebab dekat ngan rumah. Macam Hospital Kajang tu jauh la..

So, kami pun cakap la keputusan kami kat doktor. Then doktor suruh tandatangan satu surat ni, yang mengatakan kalau jadi apa2 kami yang tanggung risikonya.

Pas sain surat tu, doc pun bagi la beberapa nasihat ‘Kalau puan rasa sakit nak bersalin nanti terus datang sini ye… bla bla bla…’

So, kami pun terus balik rumah. Singgah jap makan tengah hari. Hubby sorang je yang makan nasik. Saya dah tak ada selera masa tu. Just makan buah & kuih aje…

Balik rumah, rileks2 jap. Dalam kul 2 saya ke toilet, tengok2 ada darah kat suar kecik.. hehe.

Dalam kul 4 lebih rasa sakit balik. Kali ni memang sakit kerap2 la. Bagitau kat hubby. Saya cakap kali ni rasanya memang nak bersalin dah ni.

Dia tanya nak pergi sekarang ke? Saya cakap lepas Asar la pergi. Pas mandi & solat, siap2 nak ke hospital. Masa tu hujan lebat.

On the way ke hospital hujan dah reda. Terus cakap kat hubby ‘Nak singgah pasar tani tak??’. Sebab kat Putrajaya ada pasar tani hari tu (hari Selasa).

Terus singgah pasar tani. Tapi saya dok dalam kereta je. Dah tak leh nak jalan. Rasa tak larat masa tu. Pesan apam balik je.

Sambil dok tunggu sambil tahan sakit. Mulut tak henti2 dok beristighfar & baca Doa Nabi Yunus dalam perut ikan nun…

Hubby sampai terus bagi apam balik suh makan. Saya letak tepi. Tak lalu lak rasa. Dia suruh makan jugak. Katanya nanti takut tak ada tenaga. Saya cakap ‘nanti la’.

Sampai hospital, macam pagi tadi jugak. Wad penuh…

Pastu doktor check semua…

Doktor (yang pagi tadi) : Eh, puan Salwa.

Saya : senyum je… (dalam hati :'ingat lagi doc ni kat budak degil takmo pi Hosptial Kajang ni yeh…')

Doktor : Contraction puan kuat ni (sambil tengok CTG baby). Nanti saya check jalan ye… Erm, dah 4 or 5 cm nih…

Terus panggil nurse…

Doktor : Ok puan, saya nak pecahkan ketuban ye…

Masa tu dalam kul 6.40 petang kalau tak silap.

Pas pecah ketuban & masuk ubat untuk membuang, saya pun pergi la ke toilet... Memang memulas2 la perut.

Masa faris dulu takdek la pulak saya membuang pas doc masukkan ubat tu. Kali ni memang sampai rasa nak meneran la…

Takut je ter’teran’, kang baby jatuh dalam lubang toilet lak… hehe

Dah settle semua, nurse suh masuk labour room. Tukar pakai uniform khas.

Baring atas katil. Memang sakit tak tertahan la masa tu. Makin lama makin sakit.

Doc tadi tu masuk nak cucuk tiub kat tangan tu.

Doktor : Kenapa puan, dah rasa nak meneran ke??

Saya : A ah… (sambil angguk2)

Doktor : (Dengan muka yang cemas) Nanti dulu puan, barang2 tak ready lagi ni… Tahan sekejap ye…

Terus doktor tu panggil nurse suruh prepare barang2. Saya yang dah tak tertahan ni mintak la ubat tahan sakit…

Nurse tu suruh sedut oksigen tu je.. Oksigen pun oksigen la… Dalam kul 7.15 camtu saya nampak lebih kurang 3 orang nurse dan 2 orang doktor mengelilingi saya…

Then semua dok bagi galakan suh saya push… Then, kepala baby dah kuar baru diaorang perasan yang diaorang lupa nak panggil hubby saya masuk.

Kelam kabut doc tu jerit “Panggil suami dia…”. Hubby masuk je doc cakap “Suami, bagi support kat wife awak.."

Saya masa tu rasa nak cepat2 je kuarkan baby tu. Sambil2 tu tengok jam kat dinding (sempat lagi wei… hehe)

Bukan apa, target nak bersalin sebelum masuk waktu maghrib. Sebab kalau dah masuk waktu maghrib, dalam Islam dah kira masuk hari esoknya iaitu 13 Rabiulawwal.

Walaupun rasa cam dah tak ada tenaga masa tu sebab tak makan nasik langsung hari tu, saya kuatkan jugak semangat.

Bersalin kali ni baru la terasa ‘sakit’ yang sebenar… Sebab tak bius ubat tahan sakit langsung… Memang rasa la perit sket… hehe

Tambah pulak yg 2nd ni doc cakap baby saya panjang (tinggi) rasa cam lambat tul nak keluar habis.Dalam hati dok cakap ‘tak habis lagi ke…’.

Masa tu dah start rasa letih. Nurse suh saya pegang betis & tarik sekuat hati.

Alhamdulillah, jam 7.23 petang selamat keluar baby…

Doc tanya hubby saya, nampak tak jantina baby... Hubby cakap 'nampak'. Pastu terdengar hubby bisik kat telinga 'perempuan'... Terus saya tersenyum.. hehe

Doc letak baby atas dada saya dan suruh saya peluk baby. Dengar je suara baby nangis terus dalam hati ucap ‘Alhamdulillah…’

 Fresh dari ladang... hehe

Lega rasa masa tu. Cam baru lepas sembelit… hahaha

Dalam keadaan menggeletar tu saya peluk baby kuat2… Masa tu tuhan saja yang tahu betapa rasa lemah & sejuk sangat2.

Then, nurse amik baby & pergi cuci. Tinggal saya ngan sorang nurse ni, dia dok check luka saya.

Nurse : Luka sikit je ni. Tak sampai pun 1 cm.

Saya : Kalau tak jahit boleh tak?

Nurse : Tak boleh, kena jahit sikit ni.

Saya : Ok

Padahal dah takut sket. Nurse tu tak bius pun, terus je jahit. Bak kata orang, jahit hidup2… huhu. Maybe sebab luka sikit je, tu yang dia tak bius sebelum jahit.

Memang pengalaman la… Tapi sekejap je la kena jahit tu… Dalam seminit lebih la kot… hehe.

Dah settle semua, hubby azankan baby. Pastu nurse suruh susukan baby…

tengah azankan baby... 


Kali ke-2 melalui saat indah ini...

Duduk dalam labour room sampai nak dekat kul 10 malam jugak la sebab tak ada katil…

Kul 10 baru masuk wad. Malam tu memang rasa letih sesangat + lapar…

Esoknya dalam kul 2.00 petang dah boleh balik… Lega…

Sekarang Summayyah dah pun 3 bulan lebih... Rasa cam baru semalam je sakit bersalinkan dia...


Assalamu'alaikum semua... Nama saya Summayyah...

 
** tu la pengalaman bersalin kali ni. Alhamdulillah, segalanya berjalan baik. Tq kepada yg sudi baca entri panjang lebar nih… hehe

**kepada kawan2 yang bakal bersalin, semoga dipermudahkannya. Banyak2 selawat & baca doa nanti. InsyaAllah, akan dipermudahkan-Nya.




Pengalaman kali ke-2....

As-salam...

Dah makan lum??

Dah lama teringin nak kongsi cerita bersalin kali ni. Tapi asyik tak berkesempatan je…

Walaupun sakit bersalin sama je, tapi pengalamannya kadang2 berbeza antara seorang anak dengan anak yang lain.

Alhamdulillah, kali ni juga dipermudahkan Allah… Bersalin secara normal juga dan sekejap saja sakitnya.

Malam 14 Februari (Isnin) tu saya rasa lain macam je. Baby asyik mengeras je dari petang.

Risau jugak saya, sebab ada terbaca dalam blog sapa ntah, katanya kadang2 tu baby mengeras ni sebab air ketuban kurang.

Katanya, kadang2 air ketuban keluar sikit2 dan kita tak sedar…

Terus ajak hubby pergi klinik. Bila check doktor kata baby ok, air ketuban pun ok. Cuma ada contraction sket.

Doktor tanya kenapa tak terus pergi hospital sebab dah ada contraction. Saya cakap belum rasa macam nak bersalin lagi.

Then, doc tu kata kalau rasa contraction makin kuat cepat2 ke hospital. Saya angguk je.

Masa scan tu doc tanya, dah tahu ke jantina anak. Saya cakap belum. So, dia kata kalau masa scan nanti nampak, dia akan bagitau.

Terus rasa berdebar masa tu… Ye la, mungkin saya mengharap baby girl… Takut doc cakap ‘boy’… ha, kang terkeciwa lak… hehe

Scan punya scan, tak nampak jugak… Sebab doc kata baby tengah ‘duduk’ & tutup dia ‘punya’… Terus lega… hehe

Balik dari klinik singgah ke alamanda untuk makan2. (Masa Faris dulu pun sama gak, malam sebelum bersalin pi jalan2 kat alamanda… hehe)

Balik rumah, terus tido. Dalam kul 1 camtu terjaga sebab rasa cam contraction kuat sangat. Tapi lepas 2,3 kali hilang camtu je.

Terus tido sampai ke pagi. Lepas subuh tu (15 Februari), terasa lagi. Tapi tak la kuat sangat.

Lebih kurang kul 9.00 pagi rasa lagi. Kali ni selang 10 minit. Terus ajak hubby pi hospital. Siap2 semuanya terus menuju ke hospital.

On the way tu, singgah makan roti canai jap. (sama jugak masa nak bersalinkan Faris dulu, sempat makan roti canai).

Ramai lak orang masa tu. Kebanyakannya orang yang pergi perarakan sempena MaulidurRasul.

Sambil makan sambil dok sembang2..

Hubby : Betul ke rasa sakit nak bersalin ni?

Saya : Betul la… Awat?

Hubby : Tak nampak muka macam orang sakit nak bersalin pun…

Saya : Ya ka??? (sambil ketawa)

Ekceli, memang tak rasa sakit nak bersalin sangat pun. Cuma mungkin dok harap nak bersalin hari tu jugak (15 Februari : 12 Rabiulawal), tu yang semangat je nak ke hospital... hehe

Pas makan semua terus ke hospital.

Sampai je kat kaunter tu terpampang satu notis lebih kurang camni ayatnya:

‘Harap Maklum. Semua kelas wad bersalin adalah penuh.’

Sebenarnya ayatnya panjang lagi, tapi saya tak hengat. Lebih kurang camtu la bunyinya. Terus saya tanya hubby ‘camna nih??’

Pergi kat kaunter pendaftaran, server down lak… So, daftar secara manual.

Staf kat kaunter : Maaf puan, semua katil dekat wad bersalin penuh. Kami akan refer puan ke Hospital Kajang

Saya : Ye ke… Erm, kalau Hospital Serdang tak boleh ke? Dekat sikit dengan rumah saya.

Staf kat kaunter : Kami hanya boleh refer ke Kajang je puan. Kalau hospital lain puan kena sain satu surat, pastu kene pergi sendiri ke hospital yang puan nak.

Saya : Owh, ye ke…

Staf kat kaunter : Tapi kami akan check puan dulu la.

Saya : Ok…

Pastu saya dipanggil masuk untuk pemeriksaan…

Pas timbang berat semua, saya baring atas katil. Datang la sorang Doc perempuan ni. Lawa orangnya. Lembut je.

Kalau tak silap namanya Doc. Aliza... (maklum la, bila dah bersalin banyak urat putus... tu yang lupa tu... hehe). Lepas tanya itu ini, dia pun check la ‘jalan’.

Doktor : Erm, baru 2cm la puan. Kami refer puan ke Hospital Kajang la ye. Sebab dah buka 2cm, puan kena admit wad. Kat sini katil semua penuh.

Saya : Ye ke. Boleh tak saya bincang dulu dengan suami saya?

Doktor : Ok. Nanti bagitahu saya ye.

Pas kuar tu, saya pun bincang la dengan hubby. So, kami pun sepakat la buat keputusan…


Nak tahu apa keputusan kami??? Tunggu di next entry… hehe (ada ke yang nak tunggu salwa oiii…)

Panjang sangat dah taip nih… Nanti orang letih membaca… hehe

Friday, May 27, 2011

Kisah hari ini...

As-salam...

Hari ni masuk office lewat sikit.

Pergi hantar adik ke Hentian Bas Jalan Duta.

Disebabkan konfiden je leh sampai sana sebelum 9.30 pagi, kul 8 baru bergerak keluar dari rumah.

Singgah jap Alamanda, ambil kawan adik saya lak. Dia nak tumpang sekali ke Hentian Duta.

Dan kononnya nak elakkan jammed kat PLUS hi-way, kami pun ikut la MEX. Sekali lepas je tol Salak Selatan, punya la teruk jammed.

Keta langsung tak bergerak lak tu... Saya tengok jam masa tu dah kul 9.00...

Mula la resah gelisah. Sempat ke nak sampai Hentian Duta ni???

Nanti Kat Jalan Tun Razak ngan Pekeliling jammed lagi...

Dalam hati tak henti2 berdoa agar sempat sampai... Pulak tu pagi tadi kan hujan, lagi la sesak jalan kat KL tu...

Alhamdulillah la, sempat jugak sampai. Kami sampai je kat situ, bas pun sampai... Lega...

Hari ni si abah amik cuti untuk jaga dua beradik tu... Jadi Mr. Mama la abah hari ni... hehe

Herm, merasa la nanti camna kelam kabutnya nak handle 2 orang anak kalau dua2 meragam serentak... kui kui kui

Jap gi tengah hari nak kena balik la. Nak tengok camna la budak2 tu ngan 'penjaga' diaorang...

Silap hari bulan, petang ni datang office kena angkut si kecik tu sekali... hehe

Ok la, dah masuk waktu rehat nih... Nak kena balik rumah jap... Daaaaa

Thursday, May 26, 2011

Kisah budak kena campak...

Alhamdulillah, Faris dah makin ok…

Terima kasih la pada kawan2 yang mendoakan kesihatan untuk Faris.

Campak kat badan dia pun dah banyak yang kering.

Tapi tak tahan tengok luka2 bekas dia garu. Cuma selera makan dia je masih belum ok.

Dah berapa hari tak mau makan nasik… Asyik munum susu je. Roti pun makan tak sampai sekeping.

Agaknya susah kot dia nak makan sebab dalam mulut & dekat lidah pun naik jugak.

Harap2 next week dia dah ok sepenuhnya la…

Meh la tengok beberapa keping gambar budak kena campak nih…

 Mula2 naik kat kening kanan dia... Ingatkan ruam...

 Pastu habis penuh kat muka... Sebenarnya kat kelopak mata bawah pun naik jugak... tapi tak clear sanagt dalam gambar ni...

yang saya bulatkan merah tu la yang naik jugak campak tu...

 Bawah mata ni habis dia garu & pecah... tu yang jadi teruk...



Habis penuh satu badan... Masa ni dah kering sikit2...

 Bawah ketiak paling banyak naik... Gambar blurr lak...

Disebabkan dah beberapa hari tak nak makan sangat, badan Faris cam susut sikit. Muka pun dah nampak cengkung sket... Sian dia...

Ok la, tu je nak kongsi... Daaaaa


Tak ada mood...

Assalamu'alaikum...

Erm, mood nak update blog memang ke laut je minggu nih…

Klik je new entry, pastu close balik… idea ada… cerita pun banyak… tapi tak dak mood la nak menaip…

Hati rasa tak tenang je dok teringat anak-anak kat rumah. Tambah si kecil tu…

Dua tiga hari ni asyik meragam je. Malam2 sure terjaga, pastu nangis2. Banyak kali lak tu…

Bila si adik dah diam, si abang pulak sambung nangis… Sudahnya, ummi tak cukup tido… hehe

Petang semalam badan si kecik tu panas. Risau je rasa. Tengah hari cam biasa saya balik. Masa tu okey je si kecik tu.

Dah masuk office adik call. Dalam hati terdetik ‘Ada yang tak kena ke…’. Sebab biasanya ada apa2 dia sms je.

Rupa2nya betul… Dia cakap Summayyah asyik nangis tak henti2. Lama dah dia dok nangis, badan dia pun panas.

Terus tak senang duduk. Mintak kebenaran dari bos nak balik jap tengok anak..

Nasib baik rumah dekat je… Berdesup balik jap. Si kecik tu dah diam… Tapi bila saya amik je terus nangis balik…

Nangis kuat lak tu… Pujuk pun still tak mahu diam. Bagi susu pun tak nak.

Pastu abahnya amik air penawar, then baca ayat Quran sambil renjis2 air tu dari kepala ke kaki.

Kebetulan masa ke Darussyifa' untuk ambil air penawar campak Faris, amik sekali air penawar untuk adik dia..

Baru la dia diam & nak nyusu. Pastu terus tido… Lega sikit.

Semalam sebelum tido bagi ubat demam. Pagi ni dah ok sket, dah tak panas badannya…

Harap2 ok la si kecik tu… Jangan la dia berjangkit dari abang dia sudah…

Mesti lagi kesian kalau baby yang kena campak… Kalau besar cam Faris ok la jugak, boleh cakap kalau dia sakit or gatal2.

Kita pun boleh la ikhtiar apa yang patut. Kalau si kecik ni, tau nangis je la…

Hai lah anak-anakku… Semoga kalian sentiasa dilindungi Allah di mana saja kalian berada…

Friday, May 20, 2011

Hari yang menyerabutkan kepala...

As-salam...

Tajuk pun dah tunggang langgang... hehe

Ekceli, hari ni masuk office lambat sebab bawak Faris ke klinik.

Dan, telahan saya memang betul... Faris kena chickenpox... Adeh...

Ritu dia kena campak yang kecik2 tu... Kali ni campak yang besar2 atau selalunya orang panggil chickenpox...

Semalam masa nak amik dia dari taska saya ada terperasan kat tengkuk dia ada gelembung berair... Dalam hati terdetik 'campak ke??'

Pagi tadi melarat kat muka pulak. Bawak ke klinik, doc kata betul campak... Dalm 7 ke 10 hari baru baik... Lamanya....

Terus pening pala. Dah la saya ni baru je masuk kerja setelah bercuti lama... Segan la nak amik cuti lagi...

Hubby offer diri nak cuti. Tapi dia cakap, macam janggal lak sebab adik saya ada kat rumah sekarang ni. Cam tak berapa manis la kan...

Nak tinggal dua2 anak saya kat adik saya takut dia takleh nak control lak. Faris tu memang jenis lasak yang amat...

Saya sendiri tak terkawal kalau dua2 beradik tu wat perangai... huhu

Maybe sebagai solution, akan mintak tolong mak datang jap... hehe

Erm, ada sesiapa tahu tak... Kalau kita dah pernah kena chickenpox ni masa kecik2 dulu, ada kemungkinan tak nak kena lagi...

Risau lak saya... hehe. Dan paling risau, kang berjangkit kat si kecik tu pulak... sian dia....

Pagi tadi masa ke taska nak inform pasal Faris kena campak ni saya ada la tanya pengasuh kat situ, ada ke budak yang kena campak.

Diaorang kata, semua budak2 dah kena. Faris budak last yang kena... Herm, patut la... Berjangkit dari budak2 kat taska rupanya...

Ok la, tu je kot nak cerita2... hehe. Kat bawah ni ada sikit info pasal campak yang saya copy dari internet... Katanya, kita hanya akan kena sekali seumur hidup... Harap2nya camtu la kan... hehe

Till then, daaaa...

************
Info-Penyakit: Campak



Apa itu penyakit campak (chickenpox)?



Campak atau demam kelentung adalah penyakit biasa yang menyebabkan kegatalan dari bintik-bintik merah dan gelembung-² mengandungi cecair jernih pada kulit di seluruh bahagian tubuh. Ia berjangkit melalui virus. 

Ia biasa menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Tetapi ia boleh menjangkiti semua peringkat umur tidak kira remaja dan dewasa. Kebanyakan orang akan pernah mengalaminya sekali seumur hidupnya.

Ia tidak serius jika dialami oleh kanak-kanak yang sihat tetapi boleh mendatangkan masalah kepada wanita mengandung, remaja dan orang dewasa yang mempunyai sistem imunisasi tubuh yang lemah, menjadikan ia sukar untuk memerangi jangkitan.

Selepas anda mengalaminya, anda tidak mungkin akan mengalaminya lagi di masa akan datang. Tetapi virusnya akan tinggal lama di dalam tubuh selepas itu. Ia boleh diaktifkan kembali tanpa mendapat penyakit yang sama. Apabila ia diaktifkan kembali, boleh menyebabkan jangkitan viral yang dipanggil kayap (shingles).

Apa yang menyebabkan campak dan bagaimana ia membiak?

Campak disebabkan virus varicella-zoster (VZV). Ia mudah berkembang melaui udara dan sentuhan. Anda boleh dijangkiti melalui batuk, bersin atau berkongsi makanan dan minuman dengan seseorang yang telah dijangkiti.

Anda juga boleh dijangkiti melalui sentuhan cecair yang terkeluar dari gelembung-gelembung kulit pada orang yang dijangkiti campak. Seseorang yang dijangkiti campak boleh mengembangkan virus sebelum ia menunjukkan apa-apa tanda lagi. Ia mudah membiak dari 2 ke 3 hari sebelum bintik-bintik merah muncul lagi.

Jikalau anda belum pernah mengalami penyakit campak, anda berisiko tinggi mendapat penyakit ini jika salah seorang ahli keluarga anda atau rakan-² terdekat dijangkiti. Tanda-² awal campak selalunya bermula dengan demam, sakit kepala dan kering tekak.

Anda mungkin berasa tidak bermaya dan tidak merasa lapar. Bintik-² campak muncul selepas 1 atau 2 hari tanda-² berlaku. Sesetengah kanak-² tidak menunjukkan apa-² tanda awal.

Ia biasanya mengambil masa 14 hingga 16 hari sebelum mula menunjukkan kesan selepas anda didekati oleh virus campak. Ia dipanggil tempoh inkubasi.

Selepas bintik-² merah muncul, ia mengambil masa 1 ke 2 hari lagi untuk melalui peringkat seterusnya iaitu pengeringan dan pelupusan. Bintik merah yang baru akan muncul setiap hari selama 5 ke 7 hari.

Anda atau anak-² anda boleh kembali bekerja atau ke sekolah setelah semua bintik-² merah dan cecair telah kering dan terhapus. Ini biasanya berlaku 10 hari selepas simptom awal bermula.

Remaja, orang dewasa dan wanita mengandung yang mempunyai masalah kesihatan harus berjumpa doktor jika mengalami campak. Ini penting terutama kepada wanita mengandung kerana boleh mendatangkan kelahiran bayi cacat.

Beritahu kepada petugas klinik atau hospital jika anda menghadapi campak dan biasanya pesakit campak akan diberikan keutamaan untuk pemeriksaan tanpa perlu menunggu giliran. Keutamaan yang sama juga diberikan kepada pesakit asma.


Bagaimana ia dirawat?

Kebanyakan kanak-² sihat dan orang dewasa hanya memerlukan rawatan di rumah sahaja. Ini termasuk berehat, mengambil ubat demam dan krim sapu untuk mengurangkan kegatalan. Mandian air suam setiap 4 jam sekali juga digalakkan.

Oleh kerana ia penyakit disebabkan viral, tiada ubat anti-biotik yang khusus untuk merawat penyakit ini. Bagaimanapun, doktor mungkin memberi anti-biotik kepada kanak-kanak untuk menghalang pembiakan bakteria kerana tindakan menggaru-garu di tempat yang gatal membawa cecair ke tempat lain.

Thursday, May 19, 2011

Harapaku Punah....

As-salam...

Erm, apa nak dikata... 'Harapan setinggi gunung, berkecai menjadi debu...' cewah, siap bermadah bagai...

Semalam saya dah jumpa ngan owner taska tu, tapi dia cakap memang dah tak leh terima baby dah sebab dah ramai sangat. Takut tak terjaga nanti...

Balik rumah semalam terus rasa sakit kepala... adeh...

Taska yang dekat ngan rumah tu pun penuh... Bayangkan la, pendaftaran untuk tahun 2012 dah ditutup??? Ramainya la baby tahun ni ye...

Ingatkan saya sorang je yang bersalin... hehe

Dan hari ni mood tak dak sangat... Tak habis2 dok pikir hal ni...

Nak pulak, tadi adik saya bagitau Summayyah tak nak minum susu. Minum sikit je... Pastu tido... Sian dia... Sure lapar...

Nasib baik tengah hari saya balik... Memang lama la dia menempel untuk memenuhkan 'tangki simpanan'..

Entah kenapa dia takmo minum guna botol. Padahal kalau saya bagi habis je 2oz... Kalau abah dia yang bagi pun sama jugak, habis je 2oz...

Dan saya rasa macam salah saya je sebab tak booking taska tu awal2... Sepatutnya peknen je terus booking.

Masa saya booking ritu pun lagi sebulan nak bersalin... huhu

Nak wat camna, plan asal nak amik cuti tanpa gaji jaga anak. So, kononnya time summayyah nak masuk taska nanti sure ada tempat la...

Last2 minute plan terpaksa dibatalkan disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.. Sebab tu la booking lewat...

Tak sangak lak penuh... Ritu dia cakap InsyaAllah ada kosong...

Hai la adik oiii... Kat mana la ummi nak hantar kamu... Kamu tu dah la kecik lagi... Kalau dah besar cam abang Faris tak pa la...

Dah boleh bawak diri. Tak la ummi risau sangat...

ok la, nak menaip pun jadi tak dak mood... (konon je la... padahal dah taip berjela2... hahaha)

Till then, see yaaaaaaa.....

Wednesday, May 18, 2011

As-salam....

Phewwwww... Tarik nafas dalam2....

Baru lepas balik dari rumah...

Lunch tadi memecut balik rumah jap untuk tengok si kecik tu kat umah sambil bagi 'bekalan' & tinggalkan bekalan untuk dia... (InsyaAllah, nak ikut jejak langkah Mek Rose).

Adik saya cakap si kecik tu tak berapa nak minum lak susu. Padahal sebelum2 ni elok je dia minum susu. 2oz habis sekali minum...

Tadi masa saya sampai je kat rumah dia tengah tido. Dengar je suara saya terus terjaga, pastu mula la wat merengek manja dia tu...

Nampak je muka saya terus senyum... Amboi, tunggu ummi balik ye... hehe

Dan tadi nak kena tidokan dia dulu, sebab dia meragam lak. Pastu terus pecut datang office, takut lambat.

Nasib baik umah dekat je, dalam 10 minit... Harap2 dapat la si adik masuk taska kat bawah office saya ni.

Senang la sikit nak turun tengok2 & nyusukan dia. Si abang pun ada kat taska bawah, boleh la tengok2kan adik dia... (eceh, macam la faris tu reti sangat nak tengokkan adik dia... hehe)

Mintak2 la owner taska tu ada petang ni, leh pujuk2 dia untuk terima baby lagi sorang... Amin...

Ok la, nak minum petang jap sambil buat apa2 yang patut...

Till then, see yaaaa....

1st Day...

Assalamualaikum....

Hari ni saya kembali bekerja... Setelah 3 bulan cuti goyang kaki mengulit anak kat rumah...

Si kecik tu ditinggalkan kat rumah dengan adik saya. Masih tak dapat cari tempat yang sesuai untuk dia...

Tu pun sampai hujung bulan ni aje adik saya dapat tolong jagakan... Nampaknya kena bekerja keras mencari taska sebelum hujung bulan ni...

Pagi tadi semangat semacam je nak datang kerja... (poyo je... hehehe)

Tapi dalam semangat2 tu, tetiba je rasa berdebar2 lak bila memikirkan nak kena tinggalkan si kecik tu.

Ye la, dah 3 bulan saya uruskan sendiri si kecik tu (kecuali dalam pantang), setiap masa ada depan mata... Tup tup hari ni nak kena tinggalkan dia...

Sedih la jugak... Harap2 dia ok2 aje la dok ngan Utih dia...

Masuk je office, banyak jugak la yang berubah... Dan salah seorang member office yang dulunya geng PA dah pun bertukar tempat kerja kerana dah dapat tawaran jadi PTD... Best best...

Tak sempat jumpa dia. Dia pun baru je bersalin awal bulan hari tu.

Erm, apa lagi ye nak cerita.... Later la kot saya update lagi...

Ok la, till then... Daaaaaaa....

Monday, May 9, 2011

Hujung Minggu Kami...

As-salam....

Cuti dua hari ni ke mana???

Kami anak beranak ada la jugak pi jalan2 cuci mata... hehe

Hari sabtu tu kuar sekejap je, beli barang rumah. Tu pun sebab si abah keje sabtu tu...

Dan semalam lepas pergi membeli beberapa barang yang dihajati, kami ke sini :

Boleh tahan ramai la jugak orang... Parking pun penuh...

Erm, kalau tak silap kali terakhir kami ke sini masa umur Faris 1 tahun ++... Hehe, hampir 2 tahun la...

Tapi rasanya masa mai dulu lagi best.. Sebab kali ni macam tak ada apa sangat la kat sini. Macam kureng best je... huhu

Dah tu silap time kami pi, time 'tido' budak2 tu...

Faris masa mula2 eksited la... Lama2 mula la buat perangai, sebab dah ngantuk...

Adik pun sama. Mengamuk sakan... Tambah pulak cuaca agak panas...

Apa lagi, cepat2 tawaf pastu terus balik... hehe

Sempat la amik beberapa keping gambar...

Tapi tak berapa clear la... Maklum la, pakai kamera henpon ja... hehe

Layanzzzzzz

 Tiga beranak... Faris sampai2 je nak aiskrim... Tak padan dengan selsema...

 Takut gajah la pulak... Orang ajak pergi dekat tak mau... apa la....

 See, banyaknya najis burung kat lantai & pagar tu... sabo je la...

Si abah sempat mencuba nasib dengan permainan dart. Dapat la hadiah poster...
Jadi la tu kan... hehe

 Asyik buat 'peace' yang menutup muka....

 Dua beranak ni sibuk dok bagi makan unta lak...

Dah habis nak bagi lagi... Adeh, sabo je la... Apa kata bawak balik bela kat umah la...

Tu je la gambar yang sempat di snap... Si kecik tu tak mau dok dalam stroller lak. Nak berdukung je... herm...

Pas habis tawaf, kami pun balik la... Penat la jugak... Malamnya baru la terasa sakit kaki... Dah tu ada orang tu tanya "Ha, syiok pi zoo???"... Herm....

Ok la, till then... Daaaa

**tak tau nak wat penutup camna... hehe

Wednesday, May 4, 2011

Mei oh Mei....

As-salam...

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Mei kan... Sekejapnya masa berlalu.

Masuk bulan Mei ni bermakna tak lama lagi dah nak kena masuk kerja la...

Aisyeh, dah hampir 3 bulan dok umah sambil 'ulit' anak2 terutama sekali si kecik tu, rasa berat hati (atau lebih tepat lagi 'M') la pulak nak masuk kerja... haha

Ini la penangan cuti lama sangat... huhu.

Tambahan pulak sampai sekarang ni tak dapat lagi tempat nak tinggalkan si kecik tu. Taska kat office dah penuh la pulak... Dah booking dah sebelum bersalin dulu...

Lagi la rasa resah gelisah je... camna nak buat ni???

Tak pa, ada masa lagi nak cari taska untuk si kecik tu... Mudah2an dapat la sebelum start kerja ni. Kalau dapat hantar kat taska bawah office tu lagi bagus, senang nak turun menyusu...

Cuti lama2 ni sempat la merasa camna jadi suri rumah sepenuh masa. Penat wei... hehe...

Tapi yang seronoknya anak sentiasa ada depan mata. So, tak dak la risau apa yang anak tengah buat... Kalau anak nangis pun kita ada...

Kan best kalau dapat jaga sendiri anak. Walaupun agak letih, tapi puas hati la kan... hehe

Mula la berangan2 nak jadi suri rumah sepenuh masa... Tapi sambil2 tu wat la apa2 yang leh mendatangkan side income kan... hehe

Tapi, dah nama pun 'angan-angan', makanya hanya mampu berangan la. Service pun tak sampai 10 tahun, ada hati nak bersara pilihan???  Hermmmmmmmmmm...

Ok la, beru je nak bebel panjang2 kat sini. Si kecik tu dah berbunyi lak. Tadi volume rendah je, ni dah mula tinggi volume tu. Nak kena pi tengok jap...

Till then, daaaaa....

**Sebelum stop, ni nak tempek gambar terbaru dua beradik tu... Sila la cuci mata ye... hehe

Ini budak rambut lambat betul tumbuh balik... huhu

Pak Lebai nak pi mana tu???

Sunday, May 1, 2011

Kalau dah jodoh, tak ke mana....

As-salam...

Bersiaran di hari cuti... Sebelum tu selamat hari pekerja buat semua...

Dah lama tak jengah ke sini. Hampir sebulan jugak la...

Biasa la, penyakit 'M' datang menyerang... Bukan apa, letih la... Siang hari penat jadi tarzan, so malam2 rasa nak releks2 je la... hehe

Hari ni tak berapa nak sibuk sangat, tiga2 beranak tu tengah tido (abah, faris & summayyah), dapat la saya ngadap blog ni sat.

Nak join diaorang tido, tak terasa mengantuk lak. Lagi pun saya jarang dah tido siang. Dah tak sempat. Sebabnya dua beradik tu selalu 'tukar syif'. Bila si adik tido, si abang berjaga.

Bila si abang tido, si adik lak terjaga. Makanya, ummi jugak la yang 'syif' sampai ke malam... hehe

Eh, melalut lak... Asal nak cerita menda lain, pi cerita menda lain lak...

Ha, jodoh sapa la tu kan...

Jodoh saya ni la... Tapi bukan dengan x-boipren ka sapa2 ka... Jodoh dengan subang saya.

Ekceli subang ni saya dapat hadiah masa birthday saya yang ke-24. Si abah la hadiahkan... Subang berbentuk huruf 'S'... Huruf pangkal nama saya...

So, nak dijadikan cerita. Satu hari tu (beberapa minggu yang lepas) saya ambil la wuduk nak solat. Pastu ntah camna ntah masa nak sapu air ke muka, cincin saya tersangkut la kat subang tu...

Masa saya angkat tangan dari muka, subang tu ter'ikut' la sekali dengan cincin saya. Makanya tertanggal la bahagian belakang subang tu (orang panggil apa ntah... hehe)

Saya dengar la bunyi 'keting' cam benda jatuh, tengok2 subang saya dah terjatuh ke dalam sinki, hampir2 masuk ke dalam lubang yang ada di sinki tu.

Cepat2 saya ambil. Pastu saya tunduk cari bahagian belakang subang tu. Tapi tak jumpa. Saya ingatkan dah masuk ke dalam lubang yang ada dekat lantai tandas tu.

Sambil buat muka sedih saya panggil la hubby, bagitau yang subang saya dah jatuh. Saya dah cari satu toilet tu, tapi tak jumpa. Saya syak memang jatuh dalam lubang tu.

Hubby ambil torch light & suluh. Dia cakap tak nampak apa2 pun. So, saya ingat dah jatuh jauh ke dalam la kot... Rasa sedih & frust betul masa tu.

Ye la, hadiah birthday lak tu. Dah tu, harga emas sekarang kan mahal... Rugi wooo hilang cenggitu saja... hehe. Terus saya buka cincin kawin & tunang, pastu simpan dalam kotak.

Takut jatuh & hilang jugak. Dalam hati dok kata 'tak pa la, bukan rezeki la tu... nanti mintak yang baru lak...' hakhakhak...

Dipendekkan cerita. Beberapa hari kemudian, masa tu saya nak mandi. Masa saya tengah nak ambil towel, saya terpijak sesuatu. Terus tersebut 'adoi...'

Bila saya tengok ke lantai (nak tengok apa yang saya terpijak), terus saya tersenyum dan berkata 'alhamdulillah...'

Rupa2nya yang saya pijak tu adalah bahagian belakang subang yang hilang tu... best best.... Itu la yang dinamakan "kalau dah jodoh, tak ke mana...". hehe

Tapi saya tak pakai balik pun, takut kang jatuh lagi... nanti2 la kot...

Ha ah la... baru teringat.. Sampai sekarang saya belum bagitau lagi kat hubby yang saya dah jumpa bahagian belakang subang tu...

Syuhhhhh, diam2 tau... Tak nak bagitau la kat dia... Sebabnya, nanti boleh la saya mintak subang yang baru... hahahaha (gelak jahat...)

Ok la, panjang sangat dah bercerita... Kang jemu orang nak baca...

Udah2 la kot... Rajin2 nanti saya update lagi... hehe.... Daaaaaaa

**awat cheq rasa macam skema semacam ja ayat dalam entri ni ha... sebab dah lama tak buat karangan kot, jadi tak reti nak buat ayat lak rasa... hihi