Friday, May 20, 2011

Hari yang menyerabutkan kepala...

As-salam...

Tajuk pun dah tunggang langgang... hehe

Ekceli, hari ni masuk office lambat sebab bawak Faris ke klinik.

Dan, telahan saya memang betul... Faris kena chickenpox... Adeh...

Ritu dia kena campak yang kecik2 tu... Kali ni campak yang besar2 atau selalunya orang panggil chickenpox...

Semalam masa nak amik dia dari taska saya ada terperasan kat tengkuk dia ada gelembung berair... Dalam hati terdetik 'campak ke??'

Pagi tadi melarat kat muka pulak. Bawak ke klinik, doc kata betul campak... Dalm 7 ke 10 hari baru baik... Lamanya....

Terus pening pala. Dah la saya ni baru je masuk kerja setelah bercuti lama... Segan la nak amik cuti lagi...

Hubby offer diri nak cuti. Tapi dia cakap, macam janggal lak sebab adik saya ada kat rumah sekarang ni. Cam tak berapa manis la kan...

Nak tinggal dua2 anak saya kat adik saya takut dia takleh nak control lak. Faris tu memang jenis lasak yang amat...

Saya sendiri tak terkawal kalau dua2 beradik tu wat perangai... huhu

Maybe sebagai solution, akan mintak tolong mak datang jap... hehe

Erm, ada sesiapa tahu tak... Kalau kita dah pernah kena chickenpox ni masa kecik2 dulu, ada kemungkinan tak nak kena lagi...

Risau lak saya... hehe. Dan paling risau, kang berjangkit kat si kecik tu pulak... sian dia....

Pagi tadi masa ke taska nak inform pasal Faris kena campak ni saya ada la tanya pengasuh kat situ, ada ke budak yang kena campak.

Diaorang kata, semua budak2 dah kena. Faris budak last yang kena... Herm, patut la... Berjangkit dari budak2 kat taska rupanya...

Ok la, tu je kot nak cerita2... hehe. Kat bawah ni ada sikit info pasal campak yang saya copy dari internet... Katanya, kita hanya akan kena sekali seumur hidup... Harap2nya camtu la kan... hehe

Till then, daaaa...

************
Info-Penyakit: Campak



Apa itu penyakit campak (chickenpox)?



Campak atau demam kelentung adalah penyakit biasa yang menyebabkan kegatalan dari bintik-bintik merah dan gelembung-² mengandungi cecair jernih pada kulit di seluruh bahagian tubuh. Ia berjangkit melalui virus. 

Ia biasa menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Tetapi ia boleh menjangkiti semua peringkat umur tidak kira remaja dan dewasa. Kebanyakan orang akan pernah mengalaminya sekali seumur hidupnya.

Ia tidak serius jika dialami oleh kanak-kanak yang sihat tetapi boleh mendatangkan masalah kepada wanita mengandung, remaja dan orang dewasa yang mempunyai sistem imunisasi tubuh yang lemah, menjadikan ia sukar untuk memerangi jangkitan.

Selepas anda mengalaminya, anda tidak mungkin akan mengalaminya lagi di masa akan datang. Tetapi virusnya akan tinggal lama di dalam tubuh selepas itu. Ia boleh diaktifkan kembali tanpa mendapat penyakit yang sama. Apabila ia diaktifkan kembali, boleh menyebabkan jangkitan viral yang dipanggil kayap (shingles).

Apa yang menyebabkan campak dan bagaimana ia membiak?

Campak disebabkan virus varicella-zoster (VZV). Ia mudah berkembang melaui udara dan sentuhan. Anda boleh dijangkiti melalui batuk, bersin atau berkongsi makanan dan minuman dengan seseorang yang telah dijangkiti.

Anda juga boleh dijangkiti melalui sentuhan cecair yang terkeluar dari gelembung-gelembung kulit pada orang yang dijangkiti campak. Seseorang yang dijangkiti campak boleh mengembangkan virus sebelum ia menunjukkan apa-apa tanda lagi. Ia mudah membiak dari 2 ke 3 hari sebelum bintik-bintik merah muncul lagi.

Jikalau anda belum pernah mengalami penyakit campak, anda berisiko tinggi mendapat penyakit ini jika salah seorang ahli keluarga anda atau rakan-² terdekat dijangkiti. Tanda-² awal campak selalunya bermula dengan demam, sakit kepala dan kering tekak.

Anda mungkin berasa tidak bermaya dan tidak merasa lapar. Bintik-² campak muncul selepas 1 atau 2 hari tanda-² berlaku. Sesetengah kanak-² tidak menunjukkan apa-² tanda awal.

Ia biasanya mengambil masa 14 hingga 16 hari sebelum mula menunjukkan kesan selepas anda didekati oleh virus campak. Ia dipanggil tempoh inkubasi.

Selepas bintik-² merah muncul, ia mengambil masa 1 ke 2 hari lagi untuk melalui peringkat seterusnya iaitu pengeringan dan pelupusan. Bintik merah yang baru akan muncul setiap hari selama 5 ke 7 hari.

Anda atau anak-² anda boleh kembali bekerja atau ke sekolah setelah semua bintik-² merah dan cecair telah kering dan terhapus. Ini biasanya berlaku 10 hari selepas simptom awal bermula.

Remaja, orang dewasa dan wanita mengandung yang mempunyai masalah kesihatan harus berjumpa doktor jika mengalami campak. Ini penting terutama kepada wanita mengandung kerana boleh mendatangkan kelahiran bayi cacat.

Beritahu kepada petugas klinik atau hospital jika anda menghadapi campak dan biasanya pesakit campak akan diberikan keutamaan untuk pemeriksaan tanpa perlu menunggu giliran. Keutamaan yang sama juga diberikan kepada pesakit asma.


Bagaimana ia dirawat?

Kebanyakan kanak-² sihat dan orang dewasa hanya memerlukan rawatan di rumah sahaja. Ini termasuk berehat, mengambil ubat demam dan krim sapu untuk mengurangkan kegatalan. Mandian air suam setiap 4 jam sekali juga digalakkan.

Oleh kerana ia penyakit disebabkan viral, tiada ubat anti-biotik yang khusus untuk merawat penyakit ini. Bagaimanapun, doktor mungkin memberi anti-biotik kepada kanak-kanak untuk menghalang pembiakan bakteria kerana tindakan menggaru-garu di tempat yang gatal membawa cecair ke tempat lain.

7 comments:

Ena said...

anis & irfan lom kena lagik.. risau juga akak ni.. huhu..

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

adui...yela kan..takkan nak cuti lagi. mmg merah padam la muke malu if cuti lagi huhuhu

sib baik mak sal leh datang kan..
jangkit la tu kot eh
eh depa tu chicken pox pon anta anak kat taska ke? eh pelik nye
patut duk umah jela kuarantin
kan dah jangkit budak lain

harap cepat sembuh la tu ye..rafiq lom kena..risau gak ni..huhuh

-Sara- said...

sara doakan faris cepat sembuh ye :)

lizz said...

kat office saya pun ader yang kena campak..adik saya pun dah pernah kena 2 kali lagi tu..takut gak berjangkit...moga faris cepat sembuh yer...

Fieza79 said...

aduh kena chicken pox pulak ye...moga tak lama la kena sakit tu..takut berjangkit pd yg lain pulak kan...

mamalieyna said...

huuu~ penyakit tokleh elak ni..redha jerlah...rasanya ada org ckp, kalau keluar tak habis masa first time kena, berkemungkinan bleh kena kali ke2..huu~

awas adiknya, tp dlm berjga2 pun, akan terkena jugak pastinya..huu~

hope cepat baiknya, take care~

syariza09 said...

penyakit ni berjangkit, sure bb pon kena juga, alahai siannya