Tuesday, July 31, 2012

11 Ramadhan 1433H

As-salam...

Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari ke-11 kita berpuasa. Semoga kita terus diberi kekuatan untuk terus beribadah di bulan yang penuh ganjaran ni.

Nak berceloteh panjang pun tak ada apa nak diceritakan... Macam dah kekeringan idea pulak... hehe

Jelajah sana sini banyak blog yang menyepi je... Mungkin masing2 sibuk dengan urusan sendiri...

Rasa macam dah lama tak cerita pasal anak2... Ok la, start dari si abangnya dulu... Alhamdulillah, awal bulan hari tu (6 Julai 2012) genap la umur dia 4 tahun... Balik rumah siap request nak kek... Tapi 2 minggu lepas birthday baru dapat kek... hehe

Pastu selang seminggu dapat lagi kek, sebab ada sambutan hari jadi dengan kawan2 anjuran tadika dia... Gigih la si emaknya nih buat kek... tapi tak berapa nak menjadi... huhu

Dari segi perkembangan pembelajaran, alhamdulillah. Banyak yang dah dia tahu. Perkataan yang mudah2 dia dah boleh baca. Contohnya kari, susu, suka, ibu dan lain2... Dah boleh tulis abc, 123... Doa2 harian, hadis2 Nabi, perkara2 asa Fardhu 'ain, alhamdulillah dia dah dapat hafal...

Memang puas hati la hantar kat tadika yang sekarang ni (Taska & Tadika Permata Nasyrah). Walaupun tak setanding macam yang grand2 tu tapi saya syukur sangat banyak progress Faris sepanjang belajar kat tadika tu. Dan yuran pun sangat berpatutan... :)

Manakala si adik pulak, Sumayyah... Biasa la, cam budak2 lain jugak... Macam2 peel dia sekarang. Dah pandai gaduh ngan si abang, berebut mainan. Tapi selalunya dia akan kalah la... hehe

Mulut makin 'pot pet'... Kadang2 tu tak paham apa yang dia cakap... Paling kelakar bila nak air, dia sebut 'nak ayaq'... guna loghat utara jugak la nampaknya... hehe

Pantang dapat bear, dipeluk cium bear tu... Pastu sibuk cari kain nak selimutkan...

Sangat suka 'mengemas rumah' terutama di dapur... Kalau masuk dapur tu, habis diselongkar kabinet... Tapi dah boleh harap la sket, mintak tolong ambil itu ini. Paling bagus, kalau dah buka baju nak mandi, siap bawak baju masukkan dalam bakul... Good girl... hehe

Ok la, tu je kot nak cerita... perkembangan lain rasanya sama je ngan budak2 yang sebaya diaorang...

Dan sebagai penutup, nak tempek lagi gambar diaorang... hehe

Till then, as-salam....





Monday, July 30, 2012

Alhamdulillah... Dah 5 tahun...



As-salam...

Lewat bersiaran hari ni...
Petang-petang mood nak menaip baru mari... :)
Ekceli entri ni patutnya dibuat pada hari Jumaat lepas (27 Julai 2012)...
Tapi hari tu mood kureng sket...
So, hari ni baru la nak soseh pasal hal ni... hehe

Alhamdulillah, hari Jumaat lepas (27 Julai 2012) genap la 5 tahun usia perkahwinan saya...
Syukur, segala dugaan dan cabaran berumah tangga dapat diatasi bersama-sama.
Biasa la kan, adat resam berumah tangga, kadang2 ada jugak angin2 sepoi melanda...
Dan orang kata 5 tahun pertama tu memang mencabar...
Dan Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hingga ke hari ini dan mudah-mudahan selamanya...
Apa yang penting tolak ansur dan saling memahami...

Syukur sangat suami sangat memahami saya.
dan syukur sangat sebab dia sudi jaga anak-anak time saya pergi 'menimba ilmu'....
Thank you my Mr. Mama...hehe
(saya panggil dia 'Mr. Mama' since hari pertama saya tinggalkan anak2 untuk pergi mendaftar dulu...hehe)

Semoga Allah sentiasa merahmati rumah tangga kami dan semoga perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat... Amin...

Tak celebrate pun sebab bulan puasa kan... (alasan... :P) 
Pastu ada beberapa urusan keluarga yang perlu diselesaikan cuti hujung minggu lepas...
Nanti la, celebrate sekali dengan birthday En. Suami yang bakal menjelang tak lama lagi...
2 in 1 kaedahnya... hehe.
Jimat sket kan...

Ok la, sebagai penutup... nak tempek gambar penyeri rumah tangga kami bersama abah mereka...
Alhamdulillah, syukur sangat2 dengan kehadiran mereka bertiga ni...
Yang menceriakan kehidupan saya sehari-hari....
Semoga kami sekeluarga sentiasa dalam peliharaan-Nya... Amin....



Love them so much.... :)

till then, as-salam....

Friday, July 27, 2012

Lambat lak rasa...

As-salam...

Rasa-rasanya time ni ramai yang dah balik ke rumah. Tak pun singgah ke pasar Ramadhan...

Saya, masih la menunggu jam 5.30 untuk balik... huhu

Gara-gara lupa nak tukar waktu bekerja bagi bulan ni. Makanya, kena la tunggu sampai minggu depan, baru la boleh balik jam 5.00 petang.

Dah tu taska si anak2 lak tutup jam 5.15 petang. Nak tak nak, kena la angkut dua beradik tu naik ke atas dulu sementara nak tunggu waktu balik...

Jenuh jugak la, walaupun 15 minit... Bukan reti dok diam dua beradik tu...

Lari ke sana sini, berebut itu ini... Habis bising satu floor. Kalau Puan Bos tak ada tak pa la jugak. Ni kadang2 dia ada, terasa segan la jugak...

Ok la, bebel panjang lak... Dah pukul 5 lebih ni.  nak kena pergi jemput dua beradik tu. Huru hara lagi la petang ni kat opis. Nasib baik Puan Bos pegi meeting.

Kalau tak sure dia pun pening tengok anak2 PA dia... hehe

Ok la, selamat berbuka dan berhujung minggu...

As-salam...

Kata-kata hikmah hari ini...

Thursday, July 26, 2012

Puasa & sabar...

As-salam...

Dah lama rasanya tak luahkan perasaan kat sini...
Hari ni rasa macam nak menaip sket...
Walaupun tak ada orang baca, takpe la...
Janji apa yang terbuku dihati dapat diluahkan sedikit, agar dada terasa lapang...

Sepanjang bulan Ramadhan ni, seboleh-bolehnya saya cuba bersabar dengan ujian & dugaan.
Terutama sekali di tempat kerja. Maklum la, orang yang sedang berpuasa ni perasaan cepat terusik sikit.
Maybe sebab letih + lapar...
Tapi tu la, kadang2 kesabaran tu hilang jugak.
Pulak tu bila berdepan dengan karenah manusia2 kat office nih...

Kadang2 buat saya tertanya2, memang sikap mereka ke suka menegur kesalahan orang lain dengan cara memberitahu orang lain jugak?
Kenapa tak terus tanya dengan orang yang melakukan kesilapan/kesalahan tu?

Dan ada beberapa perkara berlaku dalam minggu ni...
Sampai saya rasa letih & penat nak berdepan dengan masalah tu...

Ok la, tu je kot nak diluahkan...
Semoga Ramadhan kali ni dapat melatih saya supaya lebih bersabar...
Setiap yang berlaku / ujian itu adalah untuk menguatkan diri kita...

Wallahu'alam....

Tuesday, July 24, 2012

Tujuh jenis puasa sunat jadi amalan Rasulullah

Sedikit perkongsian ilmu di bulan Ramadhan ini. Semoga dapat menjadi panduan bersama...

**********

BERTANYA seorang sahabat kepada Anas r.a mengenai puasa Nabi SAW. Jawab Anas: “Aku suka melihat Rasulullah SAW khususnya ketika beliau berbuka atau berpuasa. Hatta pada malam yang beliau habiskan sehingga fajar. Keadaan tidur Rasulullah SAW dan aku tidak pernah merasai kelembutan sutera yang hebat lebih daripada kelembutan tapak tangan Rasulullah SAW. Aku mencium bau hebat dari wangian kasturi, tetapi bau badan Rasulullah SAW lebih wangi dari itu. (Hadis Bukhari). Berkata Syeikh Ibnu Hajar: “Bahawa keadaan Rasul SAW dalam menunaikan perkara sunat seperti puasa dan Qiamullail adalah berbeza. Kadang-kadang beliau berpuasa pada awal, pertengahan atau akhir bulan.

Puasa sunat tidak tertakluk kepada waktu kecuali waktu yang ditegah. Baginda tidak berpuasa sepanjang tahun. Tidak pula berqiamullail sepanjang malam kerana bimbang akan menjadi kesulitan kepada umat akan datang. Jadi beliau berpuasa dan berbuka, tidur dan berqiamullail. (Fath 4/217). Firman Allah: “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu adalah contoh ikutan yang baik bagi mereka yang mengharapkan keredaan Allah dan Rasulnya (al-Mumtahanah: 6). Marilah kita melihat sepintas lalu mengenai hari dan munasabah tertentu ibadat puasa Nabi SAW.


l Puasa enam hari pada Syawal - Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan kemudian meneruskannya dengan enam hari pada bulan Syawal, akan mendapat ganjaran seolah-olah dia berpuasa setahun. (Riwayat Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Ibn Majah). Ibnu Qudamah menyebut dalam kitabnya, Mughni riwayat Said dari Sauban r.a, berkata sabda Rasul SAW: “Sesiapa berpuasa Ramadan sebulan bersamaan sepuluh bulan dan puasa enam hari pada Syawal, maka sempurnalah setahun”. Ini bermakna satu kebajikan digandakan sepuluh dan enam hari dengan ganjaran enam puluh hari, Demikianlah dua belas bulan, iaitu setahun. (Mughni 3/173). Imam Nawawi ketika mengulas hadis di atas berkata, “Ini adalah bukti jelas bagi Imam Syafie, Imam Ahmad dan Daud menjadi alasan menggalakkan kita berpuasa enam hari dalam bulan Syawal”. (Syarah Muslim 8/56). Ulama berbeza pendapat mengenai puasa berturut-turut atau sebaliknya. Pengarang kitab Al Hidayah dan lain-lain menyarankan supaya dilakukan berturut-turut. Namun, Imam Abu Hanifah dan sebahagian daripada ulama mazhab Syafie antaranya Abu Yusuf dan lain-lain mengatakan bahawa dipisahkan adalah lebih baik dan disunatkan kerana dapat membezakan dengan puasa penganut Kristian dan juga dapat meraikan kaum keluarga. (Maarif Sunan Syarah Tarmizi 6/121).


l Puasa Muharam - Dari Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik puasa selepas Ramadan ialah puasa bulan Muharam dan sebaik-baik solat selepas solat lima waktu ialah solat malam. (Muslim 1/474). Waktu yang terbaik ialah pada 9 dan 10 hari bulan. Ia berlaku sepanjang Muharam dan 10 Muharam mempunyai hak khusus tersendiri.



l Puasa Hari-Hari Putih - Iaitu pada 13,14 dan 15 setiap bulan Islam. Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW pernah berpesan dengan tiga perkara: Puasa tiga hari setiap bulan, dua rakaat solat Duha dan solat witir sebelum tidur (Hadis Bukhari). Syekh Ruyani berpendapat bahawa berpuasa tiga hari setiap bulan adalah sunat dan lebih afdal jika bertepatan dengan hari-hari putih (13,14 dan 15 setiap bulan Islam). Ia dinamakan hari-hari putih kerana keceriaan malamnya dengan pancaran bulan penuh. (AlMughni 3/177) Dari Abdullah Bin Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Berpuasalah pada setiap bulan, tiga hari kerana satu kebajikan digandakan sepuluh kali ganda. Yang demikian itu seumpama kita berpuasa setahun. (Hadis Bukhari, Muslim). Dalam riwayat lain sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Sesiapa berpuasa Ramadan bersama tiga hari setiap bulan akan mendapat pertolongan pada hari yang sangat dahaga ia hari Mahsyar.



l Puasa hari Arafah pada 9 Zulhijjah - Dari Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai puasa hari Arafah. Jawab Baginda: “Pengampunan dosa bagi tahun lalu dan tahun akan datang. (Hadis Muslim 1/473). Bagi berwukuf di Arafah pula kebanyakan ulama sepakat mengatakan bahawa mereka sunat berbuka puasa. Imam Hanafi dan Maliki berpendapat adalah makruh bagi jemaah haji yang berpuasa pada hari wukuf dan hari tarwiyah (8 Zulhijjah). Imam Hambali pula berpendapat bahawa sunat berpuasa bagi jemaah haji jika mereka berwukuf pada waktu malam dan makruh bagi mereka yang wukuf siang hari. Bagi Mazhab Syafie pula bagi penduduk Makkah yang berwukuf pada siang hari, berpuasa adalah tidak digalakkan dan harus bagi yang berwukuf di sebelah malam. (Fiqh 4 Mazhab 1/505). Adapun puasa Arafah sudah diketahui umum bagi semua yang mengerjakan haji atau sebaliknya. (Fath 4/237).



l Puasa hari Asyura (10 Muharam) - Dari Abdullah Bin Abbas ra bahawa ketika Rasulullah SAW sampai ke Madinah, beliau mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Nabi bertanya, “Apakah gerangan hari ini sehingga kamu berpuasa?“. Maka mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang besar di mana Musa diselamatkan dari kaumnya, tenggelamnya Firaun dan kaumnya. Musa berpuasa kerana mensyukuri dan kami berpuasa”. Selepas mendengar itu Nabi SAW pun bersabda, “Kami lebih utama berpuasa dari kamu dan Nabi SAW berpuasa dan menganjurkan kita berpuasa”. Dalam riwayat Abu Qatadah ra bahawa apabila Nabi SAW ditanya mengenai puasa Asyura beliau menjawab, “Mendapat keampunan setahun yang lampau”. (Hadis Muslim 1/459). Dalam riwayat lain sabda Nabi SAW, “Puasalah hari kesembilan dan kesepuluh, janganlah kamu samakan dengan kaum Yahudi. Ada yang berkata, berpuasa 9 Zulhijah sudah memadai kerana dosa dua tahun sudah terhapus. Sheikh Abd Hamid berpendapat bahawa dosa adalah seperti ‘air sungai yang mengalir’. Oleh itu, puasa dan taubat adalah ubat mujarab untuk dosa berkenaan. Ada dosa yang tidak diampun kecuali dengan puasa Asyura. Begitulah sebaliknya dan tiada yang mengetahuinya melainkan Allah SWT.



l Puasa Isnin dan Khamis - Dari Abu Qatadah r.a bahawa Rasulullah SAW ditanya mengenai puasa Isnin dan Khamis. Baginda menjawab: “Padanya aku dilahirkan dan padanya mula-mula diturunkan wahyu padaku. (HR Muslim 1/474). Dalam riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa”. (Hadis Tarmizi). Dalam riwayat lain daripada sebahagian isteri Baginda ada mengatakan bahawa Rasulullah SAW berpuasa 9 dan 10 Zulhijjah, tiga hari setiap bulan Islam serta Isnin dan Khamis pada setiap minggu. (Hadis Abu Daud)



l Puasa Nabi Daud AS - Rasulullah SAW bersabda: “ Tidak ada puasa yang lebih baik selain puasa Nabi Daud AS. Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari. (Hadis Bukhari). Dalam hadis lain, Rasul SAW bersabda: “Puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud AS. Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari. Dia juga tidur dan menggunakan satu pertiga malamnya saja untuk berqiamullail. (Hadis Nasai, Abu Daud). Untuk makluman, semua puasa sunat berkenaan dilarang bagi yang bergelar isteri kecuali mendapat keizinan suami masing-masing kerana menunaikan hajat suami adalah wajib. Maka hukum syarak mengatakan hendaklah didahului yang wajib.


*****************
Penulis ialah Pegawai di Unit Agama NSTP, e-mel zaman@nstp.com.my

Sumber : sini

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan...


Selamat menyambut bulan Ramadhan...

Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah2 yang lain dengan penuh ketaqwaan...

Semoga ibadah kita kali ini lebih baik dari yang sebelum-sebelumnya. 

30 Orang Yang PERTAMA Yang Patut Anak-Anak Tahu



Ajarkan anak nama-nama orang yang PERTAMA di dalam membantu kebangkitan Islam yang syumul agar ianya menjadi TELADAN dan INSPIRASI bagi mereka.

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi IbrahimAS

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA

12.. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : H arun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : NABI MUHAMMAD SAW. Allahu Akbar !



--------------------------------------------------------------------------------

Thursday, July 19, 2012

Perbezaan dalam memberi DIDIKAN UTAMA bagi anak perempuan dan lelaki

Sayangilah mereka dengan memberi didikan yang betul. Kerana ianya bakal mencorakkan masa hadapan mereka.

Mendidik menggunakan lagu antara alternatif TERBAIK kepada anak-anak

Sumber : sini


Friday, July 13, 2012

Dah berhabuk dan bersawang...

As-salam...

Dah lama tak update blog...
jadi macam tak reti pulak nak taip apa...
Kesibukan dan keterbatasan masa....
Tapi kesibukan tu semua dah berlalu...
11 Julai ritu pengakhiran kepada kesibukan yang melanda diri... hehe

Tak dak apa nak dicelotehkan sangat...
Saja nak 'cuci2' dulu sawang & habuk nih...
Dah 'bersih' nanti baru la datang kot semangat nak berceloteh...
Ok la, sebagai penutupnya saya letak la beberapa keping gambar budak 2 orang tu...
nak kata yang terkini pun, gambar bulan empat & lima hari tu... hehe
Masa bercuti2 ke Langkawi & pergi genting...

Till then... daaaaa...