Friday, August 27, 2010

Teringat la pulak...

Salam...

Sudahnya, saya cuma dok terperuk kat office sahaja tadi. Apa lagi yg boleh dibuat melainkan Zzzz saja la sebab memang tak dak mood nak buat apa pun...

Erm, sapa dengar Hot.fm pagi tadi? Hot chat yang Farra buat tu. Kenangan masa mengaji zaman dulu..



Tetiba je teringat zaman2 mengaji dulu. Memang tak sama dengan sekarang kan... Rindunya nak kembali ke zaman dulu.

Dulu masa kecik2 saya & 3 orang lagi kakak saya belajar mengaji dengan tok (nenek). Rumah tok dekat je. Selalunya kami jalan kaki or naik basikal je.

Tapi kan, selalu la ponteng... hehe. Memang jenuh la mak nak suruh kami ni pi mengaji... hehe.

Habis ja mengaji, terus pi belakang rumah tok panjat pokok jambu. Memang nikmat la, sebab buah jambu kat pokok tu memang sedap... Dah tu bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain. Kalah tarzan. (semua ada 3 pokok)

Lepas kakak2 saya dah masuk sekolah menengah (masa tu saya darjah 4), mak saya hantar saya mengaji kat orang lain.

Saya panggil Mak Long kat dia. Orangnya memang garang... Siapa salah ja baca kena la rotan. Takut giler time tu. Dan yg bagusnya saya tak pernah dah ponteng ye... hehe

Tapi sepanjang mengaji dengan dia tak pernah la saya kena rotan. Ye la, budak pandai mengaji la katakan... hehe. Alhamdulillah la, sebelum saya masuk sekolah menengah, dah 2 kali khatam Al-Quran.

Peristiwa yang paling saya tak leh lupa masa belajar mengaji ngan Mak Long ni, setiap kali nak pi mengaji memang kami (saya & budak2 lain) akan berlumba2 nak sampai dulu.

Kalau kat tengah jalan tu dah nampak kelibat budak lain yang dalam perjalanan ke rumah Mak Long ni, saya akan pecut basikal saya sampai tak cukup pedal la nak kayuh... hehe

Sampai ja kat halaman rumah Mak Long ni menyakaq la brek dengan kaki... haha (paham dak menyakaq tu apa??? kalau tak faham bukak kamus dewan... hehe)

Habis ja mengaji, pi main kat rumah kawan dekat2 situ. Sambil tu makan ais krim malaysia, beli kat rumah sorang mak cik ni kami panggil achu...

Bestnya bila teringat masa tu. Sekarang lain sikit. Kebanyakkan budak dah belajar Al-Quran kat sekolah kan. Jarang la nak nampak budak2 pergi mengaji kat rumah orang terutama kat bandar. Kat kampung masih ada la...

Harap2 nanti Faris rajin mengaji ye nak... Selalunya kalau dulu masa tengok rancangan 'Mari Bertaranum' kat TV9 tu saya selalu cakap kat Faris "Faris, bila dah besar nanti 'Ummi nak Faris pandai baca Al-Quran macam ni ya... Rajin2 belajar tau.."

Walaupun mungkin dia masih tak faham apa yang saya kata, tapi itu adalah doa saya terhadapnya. Mudah2an nanti bila saya & suami dah tak ada, anak2 akan selalu baca Al-Quran dan bersedekah untuk 'ummi & abahnya...

Nak pi mana ni???

Salam...

Adeh, bosannya hari ni. Rehat panjang, tapi tak tau nak ke mana..

Nak ke alamanda, sure ramai orang punya la... nak dok kat office ja, cam boring la... bukan ada apa pun...

Nak balik rumah, cam 'M' je... Lain la kalau bukan bulan puasa. Boleh gak balik makan2 kat rumah... hehe

erm, nak ke mana ye... Yang kerja kat KL tu boleh la terjah sogo & jalan TAR ye... selamat bershopping la semuanya ye...

ok la, daaaa....

?????

Salam...

Mood saya hari ni entah terbang melayang ke mana-mana hala ntah... Sampai rasa serba tak kena ja hari ni. Rasa macam nak cepat2 balik rumah ja...

Kenapa ya. Saya sendiri pun tak tahu. Nak kata ada masalah tu, maslaah biasa2 yg kecik2 je la...

Dan terasa sangat2 nak balik kampung. Kalau boleh nak balik la la ni jugak (sekarang jugak).  Nak buat kerja pun rasa tak semangat ja...

Ok la, mood nak menaip pun tak ada nih... ni pun gagahkan la jugak update blog sebelum blog ni akan berhabuk dan sunyi sampai 31hb ni... hehe

Ok, daaaa

Thursday, August 26, 2010

Dah agak dah...

Salam...

Pagi ni lewat sikit jengah blog. Masuk lewat sikit tadi sebab pi klinik...

Biasa la, rutin bulanan sekarang ni, nak kena pi mengadap klinik tu ha... hehe.

Semalam memang tidur tak lena la sebab dok teringat nak kena pi klinik hari ni. Bukan apa, risau betul bila nak kena check HB ni (check darah tu...).

Dan seperti yang saya duga, HB saya telah turun dengan jayanya... hehe. Dah agak dah... Dari 11.6 ke 10.3.. Otomatik la stiker kat depan buku tu pun tukar ke kaler hijau... Cheq tak sukaaaaa....

Dan yang paling mengejutkan, berat badan saya turun ye... Bukan sikit, 1kg turun... Adeh... Masa peknenkan faris dulu tak pernah la turun berat badan. Berat statik tu ada la. Memang pecah rekod tul. Orang masa peknen berat naik, saya ni sebaliknya pulak... erm...

Nasib baik nurse tu tak kata apa. Dia pun paham la kot, bulan puasa...

Tapi balik nanti ada la sorang doktor kat rumah tu akan bagi ceramah kesihatan... Tengok la, mesti punya la... Mesti ayat dia "tu la, makan nasik sejemput... bla bla bla..." hehe.

Terus rasa tak mau bagitau. Tapi sure dia tanya & tengok kat buku tu nanti...

Ingat nak tukar makan obimin la. Ubat yang klinik bagi ni memang tak jalan. Berdasarkan pengalaman masa peknen kan si Faris dulu. Makan la sampai 2 bijik pil iron & asid folik tu, sama ja camtu jugak. Makan la kerang seperiuk pun, tak ada perubahan.

Tapi bila start makan obimin dalam sebulan, memang naik mendadak... Tapi tu la, kena spare duit lebih la kan... Tak pa, untuk ummi & baby jugak, ye tak...

Ok la, tu je nak bebel jap pagi ni... Kerja tak berapa banyak. Sampai tadi dah settle kan apa yg patut... Bos pun tak ada, pi meeting...

Nak rileks2 jap la... hehe. Penat menunggu kat klinik & drive tak hilang lagi ni... Ok la, daaaaaa....

Wednesday, August 25, 2010

Senyum sikit!!!!

Salam...

Ha, petang2 camni jangan la dok wat muka monyok tu... Sabaq na, sat ja lagi nak boleh balik dah... hehe. Apa kata kita layan ja la cerita kat bawah ni... Saya C&P dari email yang saya dapat...

Semoga terhibur...

*********

PENGEMIS


Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus UITM.

Mahasiswa : "Sudah lama mengemis di sini pakcik?"

Pengemis : "Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak

Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?"

Pengemis : "Paling sedikit RM 50.00 nak ..."

Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik

Pengemis : "Bolehlah nak, untuk keluarga..."

Mahasiswa : "Ehhhh...keluarga ada di mana?"

Pengemis : "Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang..."

Mahasiswa : "Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?"

Pengemis : "Tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik..."

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Puan Tina

Pada suatu pagi, Puan Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunakan kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Puan Tina pun berpesan kepada anaknya :

Puan Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.

Farid: Baiklah , ibu!

Puan Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.

Puan Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !

Puan Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !

Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jelingan Ayah


Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.

Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku.

Aku pun faham maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi.

Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.

Jalan pun dah terketaq-ketaq...

Salam...

Dah pun petang ye... Sekejap je...

Petang2 camni keletihan mula la terasa. Saya ni nak jalan pun rasa menggeletar je lutut nih. Kalah orang tua lak... hehe

Bukan apa, pagi tadi saya telah diserang sakit perut. 2 kali jugak la mengadap toliet tu... Dah la sahur makan sejemput je nasik... Harus la nak rasa cam longlai je nih...

Tengah hari tadi pergi beli susu si kecik tu pulak. Susu kat rumah habis langsung, semalam baru perasan. Pagi tadi untuk bawak ke taska pun dapat la untuk sekali bancuh je...

Ingat nak singgah la bank amik duit. Sekali, punya la ramai beratur sampai ke luar pintu. Terus terbantut niat. Nasib baik la pergi ngan hubby. Guna duit dia la... hehe

Ok la, bebel je kan. Kaki lenguh2 banyak berjalan tadi. Jari ni je tak reti lenguh2 lagi... Petang ni ada jemputan berbuka lagi.. hehe

Tapi esok kena bangun awal sikit dari selalu la utk masak sahur... Ingat nak buat nasik goreng je la... Cepat dan mudah.. hehe

Kawan2 camna?? Ok la, papaiiii...

Ujian yang paling menguji di bulan puasa...

Salam...

Camna hari ni, puasa tak?? Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk menyedut udara Ramadhan yang ke-15 ni.

Hari ni nak cerita pasal satu ujian yang selalunya hampir saja fail dalam bulan puasa ni. Kalau pasal makan tu, masih la boleh mengekang nafsu ketika berbuka.

Tapi kalau bab2 sabar ni, memang selalu saja la hampir terbabas. Nak2 bila masuk bab anak. Memang sangat menguji kesabaran.

Dan dalam bulan puasa ni, darah saya asyik berderau je ngan si kecik tu. Tambah pulak saya kan tengah ehem ehem... Kadang2 tu rasa cam nak pengsan pun ada (eh, perkataan yg kurang sesuai lak... hehe)

Pernah satu hari tu (masa bulan puasa la), masa tu cam biasa la balik kerja kul 5 terus la pi amik si kecik tu kat taska. Kalau hari tu husband saya yang bawa kereta, kami dua beranak (saya & faris) dok la kat luar taska tu tunggu abahnya sampai.

Hubby saya blik kerja kul 5.30. Dalam 5.45 baru sampai kat office saya.

Nak tunggu dalam taska, biasanya taska dah tutup pun masa saya pergi amik faris. Yang jadi masalahnya, tempat tunggu tu betul2 sebelah laluan kereta keluar masuk ke basement (untuk parking).

Ntah macam mana, hari tu faris tak mau saya dukung dia. Meronta2 nak turun. Saya pun dah tak larat nak dukung, lepas la dia turun ke bawah. Elok je kaki mencecah lantai koridor tu, terus je dia lari ke arah jalan raya...

Berderau darah saya... Tak sempat nak sambar tangan. Memang laju betul dia lari. Nasib baik la masa tu kereta memang tak banyak. Tapi kebetulan pula masa tu ada kereta baru keluar dari basement. Agak laju la...

Rasa nak gugur jantung ni. Nasib baik ada sorang guard tu, memang selalunya dia akan jaga la lalulintas kenderaan keluar masuk basement. Sempat la dia bagi isyarat kat kereta tu suruh stop. Kereta tu apa lagi, berhenti mengejut la...

Cepat2 guard tu lari & pegang faris. Saya ni dah la dengan beg taska faris lagi, beg sendiri lagi. Memang kalau kejar dia tu agak lambat sikit la...

Bukan setakat sekali tu je berlaku. Dah 2 kali.... Kadang2 tu bila geram sangat saya cakap kat faris "Faris tak kesian kat ummi ke? Tau tak, kalau tiap2 hari faris buat camni, silap2 ummi boleh dapat darah tinggi tau"... Entah dia faham ke tidak, tak tahu la. Yang dia tau sengih & ketawa je...

Sabo je la. Sebab tu saya lebih prefer bawak kereta, balik tu singgah amik hubby. Daripada saya kena tunggu hubby datang jemput. Dalam kereta senang la sikit nak kawal si Faris ni...

Tu aje la solution yg saya ada setakat ni. Nak bawa dia naik tunggu kat dalam office dulu, takut big bos nampak. Faris ni kalau dalam office, habis ke sana sini dia berlari & menjerit. Kalau bilik bos saya tu, dah berapa kali dia terjah tak tau nak kata la...

Siap amik sampah baling2 dalam bilik bos saya la...

Tu la kan, bukan senang nak besarkan seorang anak. Harapnya, bila dah besar nanti Faris akan kenang budi ummi & abah ni.

Ok la, tu je nak bebel ha. Hari ni saya bawak kereta. Tak ada la masalah sangat nanti... hehe

Till then, papai....

Tuesday, August 24, 2010

Faris & perutnya...

Salam...

Mood nak berblog hari ni macam apa je lagi. Nak2 lepas publish entri yg pagi tadi tu... Entri emo sedikit.

Ekceli tu salah satu terapi nak bagi berhenti menangis bila susah nak stop menangis. Dari semalam saya asyik nangis sahaja bila teringatkan perkara tu.

Entah kenapa rasa ada satu perasaan sayu yang susah nak diluahkan dengan kata2, makanya hanya air mata yang mengalir. Hinggakan saat saya menaip entri tu pun sambil menangis... Begitu terkesannya rancangan Jejak Rasul kali ni...

*****

Okeh, okeh... dah tak mau cerita sedih2 dah... Stop sekejap.... Nak cerita kisah lain lak... Nanti orang pun dah jemu nak singgah, ye tak...

Ingat tak saya kata ada kisah disebalik perut muncit faris tu... hehe

Sebenarnya, masa saya dapat tau yang saya bakal menambah ahli keluarga tahun depan, saya cuba la nak terapkan rasa 'kasih sayang' faris terhadap adik dia...

Sebab saya tengok kakak saya buat camtu. Since dia peknen dia dah ajar anak dia yg sulung tu untuk sayangkan adik dia. Dan memang berkesan, anak dia tu memang menjadi seorang abang yang penyayang. Jarang sangat la buli adik dia... Walaupun beza umur adalah setahun....

Maka, saya pun kononnya nak wat camtu la... Masa mula2 saya ajar faris, 'baby mana baby?' tapi dia asyik dok tunjuk kat diri dia je... mengaku yang dia tu baby...

So, tak leh guna perkataan 'baby' untuk adik dia. Jadinya saya ajar dia dengan bertanya 'adik mana adik?'. Automatik dia akan tunjuk kat tummy saya... hehe

Bila saya cakap 'Bagi salam kat adik.." Dia akan datang dekat dengan tummy saya pastu cakap "Kom dik... (assalamu'alaikum adik...)". Kelakar pulak rasa.

Bila saya suruh 'sayang' adik dia, dia akan kiss kat tummy saya... hehe. Dan yang paling best, dia akan letak telinga dia dekat tummy saya. Tak tahu la dari mana dia belajar.. Tapi rasa sweet sangat... ^_^

Tapi itu dulu ye kawan2... Akhir2 ni bila saya tanya 'adik mana adik?'... tau tak apa dia buat???

Dia akan selak baju dia sambil tepuk2 kat perut dia... Sabo je la... Bila tanya "Owh, adik ada kat situ ye?" laju je mengangguk kepala... Adeh, ajaran sesat lak...

Nasib baik dia tak tunjuk kat perut abah dia... kalau tak, punggahhhhh (perkataan yg slalu org utara guna... hehe)

Tapi pernah sekali tu, masa mak saya datang rumah saya. Mak saya kat masa tu mak saya tengah duduk rileks2 sambil tengok tv. Tiba2 faris datang dekat dia sambil tepuk2 perut dia sebut 'dik dik'. Mak saya punya la ketawa.. hehe

Apa2 pun, harap2nya faris akan jadi abang yang baik nanti ye... Amin...

** semalam rasa seram je bila baca entri kat blog rose pasal penjagaan lepas bersalin tu. terkenang peristiwa 2 tahun yang lepas... Oh my....  Mudah2an kali ni pun normal lah hendaknya... Semoga dipermudahkan segala-galanya.... Amin....

Mungkin kita terlupa....

Salam...

Dah masuk hari ke-14 berpuasa. Sekejap sahaja masa berlalu.

Hari ni ingat nak meluahkan sedikit perasaan la... Sebelum tu nak minta maaf la kalau ada sesiapa yang tersinggung ke, terasa ke dan yang sewaktu dengannya... Dan kalau pasni ada yang nak boikot blog saya pun tak apa la... Saya tak kisah...

Sekadar meluahkan perasaan yang terpendam... Lebih kepada mengingatkan diri sendiri yang sering lupa dan lalai... Mungkin akan ada yang kata "Siapa dia ni nak cakap lebih2...". Terpulanglah...

Al-kisahnya, macam bulan2 puasa yang lepas... Saya selalu tengok rancangan Jejak Rasul kat TV3. Tapi tahun ni sangat berbeza bagi saya. Sebab kali ni saya rasa sangat terkesan dengan paparan Jejak Rasul.

Kali ni Jejak Rasul buat trilogi. Kalau tak silap siri pertama pasal Sri Kandi Islam. Pastu sekarang ni pasal Israel dan Yahudi. Lepas ni pasal apa ntah, saya lupa lak...

Mula2 pasal Sri Kandi Islam... Mengingatkan kita pasal sejarah Islam... Sangat bagus... Dan bermula hari Ahad lepas episod pasal Yahudi & Israel. Bermula dari situ la kesan yang mendalam telah menyentuh hati saya.

Campur semalam, dah 2 episod pasal Yahudi & Israel. Saya sempat tengok dari mula (pukul 6ptg) sampai habis (6.30 ptg). Tu pun sebab Ahad memang masak siap awal. Pastu semalam memang tak masak. Ada jemputan berbuka...

Bermula dari kisah seorang pemuda Islam yang ditembak mati ketika dalam perjalanan (berjalan kaki) ke masjid untuk solat Asar, dari situ memang hati ni terasa sakit sangat... Sakit bila mengenangkan umat Islam diperlakukan sewenang-wenangnya...

Bukan selama ini tidak terasa sakit di hati, tapi kali ini sangat meninggalkan impak pada diri saya. Sampai bangun pagi tadi terasa bersyukur sangat kerana suami & anak saya masih di sisi, masih bernafas...

Dan semalam paparan tentang Masjid di dalam kawasan Palestin dikawal ketat orang kafir laknatullah. Bayangkan la tempat umat Islam beribadat dikawal ketat oleh kaum kafir... Umat Islam tidak dibenarkan keluar masuk ke Masjid tersebut dengan bebas...

Sedangkan kaum yahudi sebebasnya boleh bergerak keluar masuk ke situ. Betapa jahat dan zalimnya kaum yahudi ni... Semoga Allah melaknati mereka...

Entah kenapa tiba2 rasa betapa bertuahnya saya di bumi Malaysia ni. Dapat beribadat dalam suasana yang tenang & bebas. Bebas mengamalkan ajaran Islam tanpa rasa takut & bimbang digelar 'pengganas'.

Nak pegi ke masjid pun tak perlu takut kalau2 dipertengahan jalan nanti kena tembak. Tapi masih ada yang culas untuk ke masjid.... (termasuk lah saya, saya akuinya...)

Tak dapat saya bayangkan kalau la kat Malaysia ni keadaannya macam di Palestin, semua masjid dikawal ketat oleh orang2 kafir, mungkin hanya Imam dan Bilal saja yang ada di masjid?? Tapi saya percaya, ramai lagi yang beriman dengan sebenar2nya di Malaysia ni...

Teringat satu soalan yang pernah diajukan oleh salah seorang Ustaz yang mengajar saya masa sekolah dulu. "Kalau la satu hari ada orang kafir datang dan mengajukan senapang di kepala dan menyuruh kita memilih antara tetap beriman dengan Allah (akan ditembak mati) atau murtad (akan dilepaskan), mana satu agaknya yang akan kita pilih??"

Saya sendiri tak yakin dengan diri saya. Dan saya tak tahu apa jawapan yang akan saya beri nanti. Mampukan saya memilih untuk terus beriman?? Ya Allah, lindungilah daku dan orang2 Islam dari ancaman kaum yang menentang tuntutan kebenaran-Mu.

Bila tengok keadaan umat Islam di Palestin, teringat kempen 'SAVE GAZA' yang sering dilaung2kan. Yang satu ketika dulu hangat sekali diperkatakan. Yang mendapat sokongan hampir segenap umat Islam di Malaysia.

Tapi hari ni?? Seolah2 senyap begitu sahaja. Teringat pula betapa terkesannya bila semua umat Islam memboikot masa tu. Memang memberi kesan la kepada ekonomi Yahudi. Sampaikan sanggup menurunkan harga untuk barangan keluaran mereka.

Paling jelas restoran fast food yang sangat terkenal tu (tak perlu la saya sebut di sini... anda pun tahu kan...). Memang lengang, seperti bulan puasa. Hanya kelihatan orang bukan muslim. Dan dengan drastiknya harga diturunkan untuk menarik perhatian ramai semula.

Dan kesannya??? Seperti yang boleh dilihat hari ni. Kembali penuh dengan umat manusia?? Di mana boikot yang dilaung2kan... Hangat2 tah* ayam?? Pasal ni saya tak nak komen lebih2. Nanti akan ada yang marah. Cuma fikir2 lah sendiri.

Kalau boleh elak, kita elakkan la. Bak kata kawan saya, kalau barang keperluan harian tu mungkin susah sikit nak elakkan. Tapi selagi terdaya, buat la apa yang patut.

Saya sendiri akui, dulu masa kempen boikot tu memang tak jejak kaki ke satu hypermarket ni. Tapi bila susu & pampers anak tak ada di pasaraya lain, terpaksa jugak jejak kaki ke situ... Saya pun termasuk dalam golongan yang lupa akan boikot ini...

Dan saya terkelu bila ada yang berkata "Kalau nak ikut barangan keluaran Yahudi ni, sistem komputer yang kita guna sekarang ni pun pengasasnya yahudi jugak". Memang betul, banyak barangan keluarannya yang sedang kita gunakan.

Tapi macam yang saya kata tadi, selagi mampu elakkan elok lah kita elakkan. Silap2 hari bulan blog ni pun kepunyaan mereka... Entah la....

Saya nak cakap lebih2 pun, siapa la saya ni. Ilmu agama di dada pun tak setinggi mana. Iman pun tak seteguh para pejuang Islam. Saya hanya manusia biasa yang selalu melakukan kesalahan. Tapi saya tak sanggup melihat umat Islam diperlakukan sewenang2nya.

Nak pergi berjuang, jauh sekali. Hanya mampu berdoa dari jauh dan mengingatkan yang lain2 supaya turut berdoa bersama2 demi kesejahteraan semua umat Islam di seluruh dunia. Kalau kita tak mampu pergi berperang, cukuplah sekadar perangi mereka secara halus dengan melumpuhkan ekonomi mereka.

mungkin kita sudah lupa akan ini...


dan ini...

Memang kita susah nak elakkan sebahagian dari senarai di atas. Apa yang kita mampu elakkan, elakkan lah...

Jangan lupa penderitaan orang lain.


Mungkin ini bukan anak kita... Tapi apa rasanya kalau ini anak kita??


Insan tak berdosa menjadi mangsa...

Fikir-fikirkan lah... Baru2 ni banyak isu timbul pasal status halal makanan di 'restoran fast food' ini (tak perlu rasanya saya sebutkan), banyak reaksi yang diberikan. Dan tak mustahil akan ada yang membenci entri saya ini. Terpulang. Mungkin selagi kita tidak di tempat mereka, kita tak rasa apa yang mereka rasa...

Tapi jangan lupa, apa yang akan terjadi di masa akan datang tak siapa dapat meramalnya. Hanya DIA yang lebih mengetahui. Seperti firman Allah di dalam Al-Quran - "Di akhir zaman nanti, kaum yahudi akan menentang umat Islam sekeras-kerasnya..."

Dan itu lah yang terjadi sekarang...

"YA ALLAH, LINDUNGILAH UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA. BERILAH KEKUATAN DAN KESABARAN KE ATAS MEREKA YANG DIZALIMI OLEH KAUM KAFIR"

"YA ALLAH, SELAMATKANLAH BUMI GAZA"


Note: Saya hanya meluahkan sedikit rasa. Maaf andai ada yang tersinggung. Saya bukanlah seorang pendakwah atau ustazah. Saya sedar, saya sendiri tidak sempurna. Saya hanya manusia biasa yang bencikan kezaliman dan penindasan terhadap umat Islam khususnya, terutamanya kanak-kanak yang tidak berdosa... Wallahu'alam...


Monday, August 23, 2010

Nak kena tukar ke???

Salam...

Eh, ini bukan entri pasal kena tukar tempat kerja ke apa ye... Ni cerita pasal si budak kecik yang bernama faris tu... hehe

Kisahnya, dah lama la saya perasan dan abahnya pun dah pernah cakap. Pasal lampin pakai buang faris la atau yg selalu kita gunakan 'pampers'...

Faris sekarang ni dok pakai pampers saiz L jenama drypers... Tapi kan sejak akhir2 ni saya perasan la yang bahagian atas montot dia (antara montot nak ke pinggang tu...) selalu je merah2 & faris selalu garu kat situ even baru je pakai pampers tu...

Abah kata faris dah kena tukar pakai saiz XL dah sekarang ni... Ho ho, jawapannya rugi la beberapa keping kan... Kalau saiz L ada 72 keping... XL kalau tak silap 60 ++.

Nak tak nak kena jugak la tukar sebab badan faris pun dah naik betul... Memang debab je nampak dia sekarnag ni. Kalau mana2 orang jumpa sure cakap "Sihatnya budak ni..". Ada yang cakap badan dia macam budak umur 3 tahun...

Dan yang pastinya perot dia sangat la moncit... hehe. Sama naik ngan ummi dia.. hehe. Cakap pasal perut muncit ni ada cerita lucu. Tapi next entri la kot saya cerita...

So, habis je stock pampers yg sekarang ni kena la pi survey saiz yg lagi besar... Berat faris pun rasanya dah bertambah. Dua bulan lepas (last sekali timbang) berat dia 13.5kg... Sekarang ni rasanya dalam 14 kg lebih dah...

Abah pun tak larat nak dukung. Apatah lagi ummi yang keding ni... Nak bawak adik lagi...

Itu je la pasal kisah tukar menukar ni ha... Tu pun nak cerita kan... hehe

Bukan apa, hajat di hati kalau boleh nak ajar dia tak pakai pampers langsung dah. Tapi susah sket sebab kat taska tak ajar camtu. Kang dia melepas merata2 kat taska susah pulak.

Mungkin nanti ummi cuti panjang 2 bulan tahun depan boleh la kot ajar faris membuang kat toilet.. Lagi pun masa tu sure faris pun dah pandai cakap...

Ok la, selamat berbuka ye semua... Lepas masuk waktu maghrib la kan, bukan sekarang ye... Papaiiii

Mengidam ke???

Salam...

Dah tengah hari. Sekejap saja... Mungkin hari ni sedikit sibuk, tu yang tak sedar masa pantas berputar...

Tadi lepas dah settle semua kerja, saja je la letak2 jap kepala atas meja. Tu pun sebab dah banyak kali menguap... Tetiba saja rasa teringin nak makan 'coq kodok pisang' atau nama bakunya jemput2 pisang...

Sabo je la saya ni kan... tengah2 puasa dok teringat makanan lak... Tapi tak mo yang beli punya. Nak yang buat sendiri or mak buat. Sebab kalau beli kebanyakkannya tepung je banyak, pisang cinonet.

Kalau saya yang buat haruslah sebaliknya.. Pisang banyak tepung sikit sampai kadang2 tu tak ada rupa la sebab lembik sedikit. Tapi shedapnyaaa... Nikmat woo, rasa pisang je... hehe

Nak pi cari mana ni pisang? Kalau nak cari masa balik kerja ni tak dan (tak sempat) dah... Tolong, cheq dah mangidam ni... hehe (tu pun nak habaq kat semua orang ka???)

Tak sabaqnya nak balik kampung.... Oh oh oh balik kampung... (tiba2 sahaja... ^_^)

Ok la, merepek ntah apa2... Sebelum saya merepek dengan lebih dahsyat lagi, baik la saya stop sekarang kan... Ok, papaiiii....

Awal lak hari ni....

Salam...

Awalnya bersiaran hari ni... Biasa la, sampai office awal... Sementara bos belum sampai, buat la apa2 yg patut kan...

Tak ada apa sangat nak diceritakan pagi ni... Masih dok warming up jari ni lagi... hehe

Cuti 2 hari tak jalan2 sangat pun. Cuma keluar beli barang2 rumah saja. Lagi pun, cuaca tak berapa nak menentu sekarang ni. Berbuka puasa pun kurang betul makan. Banyak minum air sahaja...

Memang sangat2 la terasa dahaga... Semalam, beria2 la saya memasak... hehe. Dalam 5 jenis lauk. Tapi, air jugak yang laku...

Sudahnya, lepas berbuka masing2 tersandar sebab mengah... Banyak minum air sangat... dah la tu, semalam makan daging rusa lak.. tidur malam tadi kipas memang habis laju la. Kalau boleh nak pasang kipas tambahan je... hehe

Tu, dalam peti ais ada lagi daging rusa... Siapa nak?? hehe. Mungkin akan tersimpan la sampai balik kampung ni. Pastu suruh mak buat rendang... ^_^

Herm, sabtu hari tu saya tak memasak pun. Barang dapur dah habis langsung, hubby lak OT hari tu. So, nak keluar membeli barang tak leh... Kebetulan kereta lak ada satu je, lagi satu hubby tinggal kat office dia..

Tunggu dia balik pun dah lambat. Last2, untuk pertama kalinya saya menjejakkan kaki ke PARAM. Masa sampai tu tak ramai sangat lagi orang...

Pilihan pun tak banyak sangat... Saya rasa cam beli sikit je, tapi tangan penuh kiri kanan... ho ho...

Hubby kata macam nak makan sebulan je... Ye ke?? Tak ada la. Tapi serius la, pasni dah tak mo la beli sangat kat PARAM tu, tak kena ngan tekak ni... baik masak sendiri lagi puas hati...

Apa yang saya beli ye... Kue teow goreng, rojak (passemboq), kuih muih (2 jenis) - ni utk saya la. Hubby makan nasik ayam percik. Pastu bubur nasik ngan puding utk faris... Tu je pun.. Tapi ntah kenapa nampak cam banyak plastik je.. hehe

Kira ok la, berjaya mengekang nafsu makan.. Tapi tak habis pun makan sebab passembur tu kuahnya, uih kuat betul rasa belacan... tak tertelan rasa...

Sorry ye, gambar tak ada pun. Malas nak snap2... hehe

Ok la, nak bebel panjang2 pun menambahkan rasa dahaga (apa kaitan la pulak dahaga dengan menaip entri nih...)

Till then, daaaa....

Friday, August 20, 2010

KESAHIHAN DAGING McDonald tidak HALAL??

Salam...

Email ni saya terima dari seorang member... Hanya forward dan share sahaja... Kebenarannya, wallahhu'alam.... Tapi tak salah kan share... Terpulang la pada masing2 nak percaya atau tak...

Untuk mengetahui lebih lanjut, click SINI

Sekian, wallahu'alam...

Jadi cikgu pulak???


Salam...

Hai, tetiba je rasa nak tukar profesyen lak la... hehe (tetiba je...)

Nak jadi cikgu la pulak camni... Dah ada anak murid dah pun ha... Asyik panggil 'teacher.... teacher...'

Al-kisahnya, semalam masa saya sibuk dok kelentung kelentang kat dapur tu dengar la suara dua beranak tu yang tengah dok gomol2 kat ruang tamu...

Mula2 elok je la si Faris tu dok ketawa mengekek je... Dalam hati saya 'tak lama la tu, nanti jadi ta*k bunga la tu...'

Memang pun, lepas pada tu, dengar la si kecik tu dok nangis... Tapi nangis manja. Abahnya pulak kuat mengusik, lagi la naik volume si kecik tu.

Saya malas nak amik pusing karenah dua beranak tu. Kang dok melayan si kecik tu ada gak yang hangit kat dapur kang...

Tak lama lepas tu dengar la si kecik tu lari2 menuju ke dapur. Pastu berhenti kat pagar khas kat pintu dapur tu... Pastu dok panggil2 "teacher, ni ni ni ni..." (dia tak reti lagi nak buat ayat "tengok abah ni...").

Saya malas nak layan. Tapi dia asyik dok panggil je "teacher, teacher...". Sabo je la, nak masak pun tak leh nak fokus... hehe

Last2 saya pusing & tanya "ada apa faris??"... "Tu", sebut dia sambil tunjuk ke arah abah dia... Nak mengadu la tu kononnya...

Start dari tu sampai la ke malam, dia asyik dok panggil saya ngan hubby "teacher" aje... Entah ummi & abah hilang ke mana ntah...

Ni sure asyik dok teringat pengasuh kat taska la tu. Kan kat taska budak2 panggil kat pengasuh dia 'teacher'... Sampai terjangkit kat rumah... herm...

Tu je kisahnya, tapi kelakar sangat... Bangun pagi tadi dah ok la, panggil ummi ngan abah semula.

Ok la, pasal berita gumbira tu... InsyaAllah, tahun depan bertambah la ahli keluarga saya... InsyaAllah... Boleh paham ke apa yg saya cakap nih... Nak cakap detail2 macam segan lak rasanya... hehe

Kalo tak paham jugak, buat2 la paham ye... Ramai la jugak yang teka dengan betul sebelum ni... Saya just bagi hint je sebelum ni... hehe

Ok la, daaaaaa....

**hari ni rasa senang hati lak... mungkin sebab esok & lusa cuti.... tu yg hepi tu... hehe

Thursday, August 19, 2010

Kebosanan yang melampau...

Salam...

Dah petang baru nak bersiran... Mood kureng sket hari ni... Asyik menguap je kerjanya. Dan asyik terlelap je kat tempat ni ha...

Bukan tak ada kerja, ada tu ada. Tapi semua dah settle... Bosan giler rasanya... Tadi tengah hari ingat nak Zzzz la sekejap. Pastu teringat yang susu si Faris tu dah nak habis. Cukup untuk malam ni je. Untuk ke taska esok tak ada...

Gagah la drive keta ke K4 pi cari susu dia... Orang boleh tahan ramai la jugak. Sempat la beli barang2 dapur sket... Hajat di hati nak buat cucur udang masih belum kesampaian lagi ni. Tadi boleh lupa nak beli taugeh & kucai... Sabo je la...

Pasal berita gembira tu, ada 2 sebenarnya. Satu saya dah sah dalam gred jawatan sekarang. Baru je dapat surat pasal kenaikan Gred tu... Alhamdulillah... Dan segala tunggakkan gaji tu dah pun dapat last month... Rezeki nak raya... hehe

Berita yang keduanya, tetiba je rasa macam tak jadi nak share lak bila teringat salah satu entri dalam blog member saya. Dalam entri tu katanya, ada orang cakap kat dia "pasal diri sendiri pun nak heboh2 kat dalma blog."

Terus rasa cam, 'nak share ke tak...'. Rasa cam nak 'biarlah rahsia...' hehe.

Ngada2 tul... Nanti la, mungkin sekarang ni bukan masa yang sesuai. Next2 time ye... Semalam dah berkobar nak share, tapi hari ni dah terbantut la semangat tu... Sorry ya...

Ok la, selamat berbuka ye kepada kengkawan semua.... Ok, papaiiiii....

Wednesday, August 18, 2010

Ho ho ho....

Salam...

Alhamdulillah, dah kul 10 lebih dah... hehe. Bukan apa, hari ni memang sangat lemau terasa.

Sebabnya? Sahur tadi saya hanya makan 2 biji kurma, satu mug air ho ho ho horlicks (hehe) & 1 mug air masak sahaja... Tak lalunya la nak makan nasik...

Husband sorang je la yg makan nasik tadi. Pehtu, kul 8.30 tadi dah rasa semacam je... hehe. Perut dah terasa pedih... Baru rasa nyesal tak makan nasik... hehe

Dulu2 masa bujang memang selalunya sahur saya makan kurma + air susu satu mug. Memang dapat bertahan la sampai berbuka. Lepas kawin ni macam dah wajib pulak kena makan nasik... herm...

Ekceli ada satu berita nak share ni... tapi nanti2 la kot... Petang2 sket ke... Kalau cerita sekarang nanti tak ada idea dah nak update apa... keh keh keh...

Ok la, nak sambung jengah2 jap sementara ada sedikit masa ni. Kerja semua dah settle tadi... Till then, daaaa...

Tuesday, August 17, 2010

Kisah Faris pulak...

Salam...

Dah lama rasanya tak cerita pasal anak bujang saya yang sorang ni kan... Lupa nak update pasal dia masa birthday dia hari tu...

Lagi pun rasanya sama je ngan budak2 lain yang sebaya dengan dia... hehe. Tak pa la, cerita la jugak kat sini... (haha, ketandusan idea nak update)

# dah pandai kira satu sampai sepuluh sendiri. kalau jumpa buku 123 dia tu mula la mulut dok sebut satu sampai sepuluh. kadang2 dok dalam kereta kat belakang sorang2 pun dok sibuk mengira. Tapi selalu jugak tinggal no 3. Lepas 2 terus 4... hehe

# dah pandai pakai seluar sendiri. baju kadang2 je berjaya... masih dibantu.


# kalau cakap "jom mandi", tapi kita masih dok duduk or baring mesti dia akan cakap "cepat la..." sambil kerut kening dia tanda marah... sabo je la


# dah pandai mandi sendiri. pas buka seluar, pampers (ni pun buka sendiri), bagi paip air kat dia terus la dia mandi.. gosok2 badan, kepala... Pastu picit mandian atas tapak tangan, sabun satu badan... hehe. Senang, ummi sudah mandi, faris pun sudah jugak... hehe

# lepas mandi dah pandai lap badan sendiri. Bila cakap je "amik towel, lap badan" terkedek2 amik towel lap2 badan & kepala. Tapi tak la sesempurna kita buat. Masih lagi ummi tolong lapkan lepas tu... hehe

# dah pandai bergaya. Kalau hari kena pi skolah (taska) ok lagi la sebab baju memang saya sediakan siap2 atas katil. Dalam beg pun saya dah letak siap2.

Tapi kalau hari cuti, jangan harap la kita nak pilihkan baju untuk dia ye. Kalau kita dah pilih siap2 dia akan cakap "amau (tak mau)" sambil geleng kepala. Pastu terus pergi ke drawer baju dia amik sendiri baju yang dia nak pakai.

Selalunya dia akan bukak drawer baju baru... Kalau kita buat tak layan je, sampai ke sudah le dia dok tunjuk jugak baju yang dia nak pakai tu sambil cakap "ni".  Abah kata "amboi, dah pandai bergaya sekarang ye. Macam sapa ntah (sambil tengok2 ummi)" - ye la, macam ummi dia...

# selalu nyanyi satu lagu ni, tapi tak tahu la lagu apa... kadang2 dengar cam dia sebut "rahmat bahagia" pun ada jugak. Ada la sket2 iramanya cam lagu negaraku tu... mungkin kat taska ada ajar lagu negaraku kot...

# kalau ummi or abah bukak je laptop, perkataan pertama yang akan keluar dari mulut dia "Shin Chan".. tu je yang dia tau... Sebabnya selalu la jugak bagi dia tengok shin chan kalau nak suruh dia dok diam... hehe. Ada sesetengah diaolog dalam cerita tu yang dia boleh hafal... hehe. kelakar je dengar bila dia dok ajuk cakap shin chan tu...

# kadang-kadang tu bila duduk saja2 selalu dengar dia sebut "love u...". amboi, bukan main lagi nooo. Belajar dari sapa la ni...

# dah boleh baca surah Al-Fatihah sket2. tapi tu pun ikut abah dia baca la...

# cukup pantang kalau ada orang tak angkat tangan time doa lepas azan dibacakan kat tv. sure pergi kat orang tu, pegang tangan org tu suruh tadah tangan... hehe

# dah pandai cakap loghat utara sket2 hasil didikan ummi... hehe.tapi abah tak bagi, suruh ajar bahasa baku gak... ummi tetap berdegil nak ajar loghat utara. biar diwarisi turun temurun... hehe. funny je bila dengar faris sebut "tidoq", "ayaq" dll...

Yang tu je la kot... tak ingat dah... lagi pun sama je kan dengan budak2 yang sebaya dengan dia... Ok la, till then, papai...

** tak ada la pulak gambar terbaru si Faris ni... Bukan apa, susah betul la nak snap gambar dia. Kalau berjaya pun sure muka pandang ke arah lain... haish...

Dah okey...

Salam...

Selamat pagi semua... Puasa tak hari ni?? Saya, alhamdulillah setakat ni masih full lagi... hehe

Semalam tu, lepas dapat je lelap mata masa luch hour bangun tu terus rasa segar bugar... Cuma perut berkeroncong tak hengat. Maklumla, dah kosong betul... Tapi, masih dapat bertahan hingga waktu berbuka. Selamat puasa saya semalam... hehe

Cumanya, plan asal nak masak beberapa jenis lauk & cucur udang terpaksa la dipostpone kerana memang tak larat sangat semalam. Kempunan nak makan cucur udang... hehe (mengidam ke???)

So, lauk hanya dibeli di PARAM aje la. Tu pun, saya tunggu dalam keta ngan Faris... Oreder je kat suami... hehe. Tak kosa nak berhimpit2 ngan orang ramai tu...

Balik rumah just masak nasik & air je.. hehe

Dan disebabkan tak masak, makanya dok la melayan citer kat tv3 kul 6.30 ptg tu... Ramai kan yang tengok citer ni... Sebab utama ada pelakon kecik comel tu ha... Geram je tengok dia tu, dah la comel petah lak tu...

Ok la, tu je kot nak bebel jap pagi ni. Entry warming up... hehe. Sampai jumpa lagi, daaaaaaa....

Monday, August 16, 2010

Salam Isnin...

Salam...

Entri ringkas di pagi ini...

Sebelum tu nak minta maaf la kat kawan2 semua sebab tak sempat nak jengah blog kengkawan semua.

Saya kurang sihat sedikit pagi ni. Sepatutnya saya kena attend Perhimpunan Bulanan Jabatan saya. Tapi disebabkan berdiri terlalu lama sangat tadi menunggu ketibaan 'big boss', kepala terus pusing.

Tambah pulak keadaan dewan yang hingar bingar sangat (biasa la kan, cuti 2 hari masing2 nak cerita itu ini). Terus rasa loya & habis semua yang dimakan waktu sahur tadi keluar balik... hehe...

Saya hampir2 pitam. Sudahnya, masa doa tengah dibacakan saya terus 'larikan' diri balik ke bilik. Dah tak boleh nak berdiri langsung...

Masih sakit kepala lagi saat ini... Tu je nak bagitau (kecoh betul...). Tengok la petang nanti kalau dah ok tu saya jengah2 la apa yg patut.

Buat masa ni tak boleh nak ngadap PC ni, berdenyut2 sangat rasanya... Ok la, till then, daaaa....

Thursday, August 12, 2010

Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, tetapi bersyukur kena selalu

Salam...

Kisah ni saya c&p dari email yang saya dapat. Moga dapat menjadi panduan kepada semua yang bergelar ibu & bapa...

Cerita ini mungkin agak panjang, kalau bosan sila la klik kat tanda 'X' atas sekali sebelah kanan ye... hehe

Enjoy reading...

******************************

Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu, mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak-anak, kadang-kadang tangisan nyaring.

Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:

Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.

Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan ini, ucapan tahniah datang mencurah-curah.

Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah itu.

Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya.

Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya. Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.

Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu
kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.

Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak mengulanginya kembali.

"Mama, abang minta maaf ... Abang tak akan ulang lagi." Itulah ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.

Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata. Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.

Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu yang bakal datang.

Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.

"Abang ... mari sini!!" Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar rentung ladang hemahnya.

Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah.. Kaki anak melangkah keluar dari rumahdengan larian deras. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar.

Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku ... Alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah anaknya.

Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana, dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan
menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.

"Ya Allah ... tolonglah selamatkan anakku ini." Doanya dalam raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta laluan daripada pemandu lain.

"Ya Allah ... aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku memohon sekali ini ... Ya Allah selamatkanlah anakku ini."

Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah bercucuran keluar.

Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya.

"Mama maafkan abang ..." Ungkapannya sukar ... tersekat-sekat kerana kesakitan itu. "... Abang janji tak akan buat lagi."

Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah. Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu dengar.

Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.

"Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu yang baik, aku sedar akan kesalahanku ..."

"Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini ..." Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan setulus-tulusnya kepada tuhan.

Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.

"Puan, maafkan ... Kami telah cuba melakukan yang terbaik." Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah.

"Anak puan ... Telah meninggal dunia."

Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap sukar untuk menjelaskannya kepada ibu ini. Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini.

Dalam tangisan berderai, dia meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat, kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat selama-lamanya.

"Anak ... Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan di sepanjang perjalanan pendekmu ini ..."

Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku, dingin sekali. Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna.

Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah,semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya penuh koyakan kertas yang ditaburkan.

Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu berkata, "Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari di sepanjang hidup ini."

"Ibu rindu kepadamu ... Ibu rindu kepada nakalmu ... Ibu rindu pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?"

Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi. Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.



**********

Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu nikmati dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa.

Amat malang kerana kita selalu sedar dan menghargai sesuatu, hanya selepas nikmat itu terlerai daripada genggaman.

Finally...

Salam...

Akhirnya, setelah terperuk cam katak bawah tempurung selama 2 hari setengah (hari ni sekerat hari je...), disebabkan internet down. Dalam kul berapa ntah tadi baru ok balik....

Nasib baik la kerja banyak la jugak. Kalau tak, mati kutu dibuatnya... Tapi dalam pada dok hepi sebab internet dah ok, saya sedikit stress hari ni.

Nak cerita kat sini tak leh la pulak. Bulan puasa ni kena jaga adab. Bak kata orang, kalau betul tu mengumpat, kalau salah tu fitnah... Sudahnya, pendam je la dalam hati...

Ye la, kalau balik kerja nanti cerita kat hubby pun sama jugak la kan. Dikira mengumpat... Makanya, zip aje la mulut ni & pasrah je la...

Tapi sedikit terkilan la.. (hehe, nak jugak selit sket...). Kenapa la dia tak faham keadaan saya sekarang ni... Arghhh, rasa nak menjerit jap...

Astaghfirullah... Kurang pahala puasa kang... Tak pa la, banyak2 bersabar je la... Ok la, nak titon jap (terapi stress yang paling berkesan)... hehe. Papaiiiiiiiiii

Monday, August 9, 2010

Terlebih rajin la pulak... hehe

salam...

Entri petang hari... Tiba2 ja rasa terlebih rajin sikit... hehe

Ekceli kalau ikutkan bulan ni & bulan depan dah dapat balik kul 4.30 ptg. Tapi disebabkan hubby tak dapat tukar waktu kerja dia (means, kena masuk kul 8.30 balik kul 5.30) makanya, terpaksa la saya batalkan hasrat nak masuk keja awal & balik awal...

Takkan la saya nak tunggu sejam kat luar taska faris tu dengan si kecik faris yang lasak tu. Jenuh, kang tak pasal pukul 5.00 dah bukak puasa... hehe

Tapi saya terpaksa la jugak masuk kul 8 balik kul 5 sebab taska faris tutup kul 5.15 pm. Dan untuk makluman juga, saya masih menunggu jawapan dari taska baru tu sebab hingga sekarang masih 'full'... huhu. Sian Faris, kena la dok 'bertapa' lagi kat taska sekarang ni...

Dan nampaknya kalau hari Rabu ni start puasa, esok dan seterusnya balik je kerja kena la memasak kat dapur ye... Bukan apa, kalau beli lauk kat pasar Ramadhan pun selalunya bila time nak sahur je dah basi.

So, daripada nak kena bangun awal pagi yg terlampau untuk memasak, baik saya masak siap2 petang tu. Penat sikit takpa, janji esok tu bangun je panaskan lauk & letak nasik je... hehe (inilah isteri rajin yang mithali ye kawan2... hehe)

Ok la, tu je kot nak bebel2 petang2 ni... Papaiiii...

Hobi baru...

Salam...

Lama rasanya tak berupdate blog nih...

Bukan apa, semenjak dua menjak ni jadi "M" je nak update blog. Makanya tercipta la hobi baru iaitu jelajah dari blog ke blog sahaja tanpa mengupdate blog sendiri...

Adakah ini disebabkan pembawakkan??? hehe

Ok la... Adios amigos... Papaiiii....

**Nampak sangat la "M" besar sedang bermaharaja lela... Nak taip panjang2 pun "M" rasa...

Monday, August 2, 2010

Salam...

Masih berkisar cerita pagi tadi... (tak sudah2 lagi ke... hehe). Mekacih le pada kengkawan yg bagi nasihat. Saya dah memang nekad nak hantar taska baru...

Tadi pas hantar je Faris terus sms hubby ajak dia pi survey taska lain. Then rehat tadi hubby cakap dia dah pi satu taska ni, member dia yang rekemen suh hantar kat situ.

Katanya taska tu memang ok la. Cuma yang sedihnya dah penuh... Tapi harapan nak dapat tu masih ada la. Harap2nya dapat la masukkan Faris ke taska tu. Cuba tengok kot2 Faris ok, boleh la terus dok kat situ...

Tapi jarak taska tu agak jauh sikit la dari rumah & office. Tak apa la, janji Faris ok2 je... hehe

Berbalik kepada cerita taska sekarang ni, rupa2nya bukan saya je menghadapi masalah dengan pengasuh kat situ. Rupa2nya officer kat bahagian saya ni pun macam tu jugak. Dia hantar sebulan je, pastu terus tukar ke taska lain.

Saya dapat tau pun masa saya tanya dia tadi dia hantar anak dia ke taska mana. So, dapat la tau macam2 cerita... Camtu jugak la, katanya memang pengasuh kat situ jenis tak berapa friendly...

Owh, maknanya bukan dengan saya sorang je la... Selama ni saya banyak jugak dengar sok sek pasal taska tu, tapi saya cuba fikir positif... Bila jadi sendiri depan mata, memang tak boleh dah nak positifkan fikiran ni...

Mungkin la kejutan sedikit bagi saya. Sebelum ni taska2 lain yang saya hantar Faris memang cikgu jenis tunggu depan pintu, pastu greet kita dengan senyuman. Bila kat sini lain sikit, saya pun rasa lain macam la. Rasa macam ada buat salah ke sampai orang tak nak senyum dengan kita...

Entah la. Dah malas nak fikir pasal taska kat bawah ni. Yang penting harap2 dapat la masukkan Faris ke taska baru tu. Walaupun tak tahu macam mana keadaan kat situ, tapi tak salah kalau cuba dulu.

Lagipun ramai member hubby yang rekemen hantar ke situ. Esok nak pergi hantar borang permohonan. Harap2 ada la nasib...

Ok la, seharian dok cerita pasal taska je... hehe. Bukan apa, saya rasa semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak2nya. Saya tak dak la harap orang jaga & layan anak saya macam anak raja. Dan saya tahu, bukan senang pengasuh2 taska nak handle budak2 yg ramai tu.

Tapi jangan la nak marah anak saya tak tentu pasal. Apa la salah dia. Sedangkan kita pun akan rasa tensyen kalau orang marah kita tak tentu pasal. Inikan pula budak2 kecik.

Bak kata member office saya "Mungkin la kita boleh bersabar, tapi anak2 kita tu macam mana? Kalau hari2 tensyen & takut, risau pulak perkembangan dia terjejas..".

Ok la, bebel je ek kerja saya ni. Pastu balik2 pasal taska je... hehe. Kalau ikut hati nak je berhenti kerja. Tapi memandangkan zaman sekarang ni semuanya nak kena guna fulus, tak sampai hati lak nak biarkan hubby sorang2 je cari rezeki...

Lagi pun hutang PTPTdot tu tak habis lagi... hehe. Kena la settlekan dulu yang tu ye kawan2...

Hai, dah 2 kali taip 'OK LA' tapi tak stop2 jugak membebel ni, apa kes... Ok la (kali ni memang betul2 nak stop), jumpa lagi esok dengan topik yang lain lak... ngeeee...

Papaiiiii.....




Pagi2 lagi dah buat saya rasa dot dot dot....

Salam...

Selamat pagi... Ekceli saya sedikit sibuk hari ni. Tapi nak gak jengah jap melepas perasaan kat blog nih... hehe

Adeh, pagi2 lagi buat saya rasa dot dot dot je... Apasal dot dot dot?? Sebabnya saya tak tau nak kategorikan perasaan saya ketika ini. Nak kata marah, tak juga. Nak kata geram pun tak juga.

Yang pasti saya sendiri pun tak tau nak kata apa yg saya rasa. Cuma rasa sedikit stress dan nak nangis je... (Sebenarnya dah 'ter'menangis pun...)

Sebabnya... Pagi tadi cam biasa la, saya hantar la si kecik tu ke taska. Dan macam biasa, hantar sampai ke depan pintu bilik yang menempatkan toddler. Selalunya lepas hantar tu saya terus berlalu.

Tapi hari ni entah kenapa tergerak hati nak tunggu & tengok apa yang si kecik tu buat. Dan dengan tiba2 ada la salah seorang dari pengajar taska ni muncul dari sudut bilik. Mungkin dia tak perasan la yang saya tengah berdiri depan pintu.

Dengan tak semena2 dia angkat tangan macam isyarat nak pukul anak saya sambil jegilkan biji mata dia. Bila perasan saya ada di situ dia buat macam nak cover2 la perbuatan dia tadi tu.

Terus saya rasa macam tak terkata. Nak kata marah, entah la... Geram??? pun entah la... Cuma masa tu saya rasa macam nak nangis & terkilan sangat.

Bayangkan la anak saya baru je melangkah masuk ke taska tu. Bukan buat apa salah pun. Macam tu ke cara seorang pengajar (rasa macam tak sesuai lak nak panggil teacher... emo la plak...) sambut kedatangan budak2 ke taska??

Kalau iya pun anak saya lasak sangat ke, takkan la masa dia ok / tak buat salah pun nak marah dengan tak semena2...

Dalam hati tuhan saja yang tahu. Dalam kepala saya ni dok fikir "dekat belakang saya, apa la yang dia buat kat anak saya...". Memang saya nekad la kali ni nak cari taska baru.

Cuma kesiankan Faris la, nak kena sesuaikan diri dengan tempat baru lagi... Bukan saya nak buruk2kan taska ni, tapi seriously saya tak pernah la jumpa taska camni... Kalau orang tanya "Ok ke hantar anak kat taska tu?"... Biasanya saya jawab "Boleh la...".

Kalau ikut hati nak je kata "Baik cari taska lain..." hehehe. Tapi tak nak la kan. Kalau diaorang nak hantar, hantar je la. Nanti pertimbangkan la sendiri taska tu ok ke tak...

Apa yang saya perasan, cara pengajar tu memang menunjukkan seolah2 dia tak sukakan saya & anak saya. Saya dok fikir juga, apa salah yang saya buat dekat dia? Memang dia tak pernah senyum la dekat saya.

Kalau pagi2 saya hantar anak saya tu, boleh je dia buat derk (tak reti). Bukan la nak suruh sampai tunduk hormat. Cukup la sekadar senyum.

Entah la, mungkin diorang marah kot sebab selalu la jugak Faris jadi orang yang terakhir saya ambil. Tu pun tak sampai pun pukul 6 petang. Biasanya, kalau pukul 5.45 petang saya ambil, pengajar2 & Faris dah dok tunggu kat luar taska.

Sabo je la. Saya ni dah la balik kul 5.30 petang (Masuk 8.30 pagi), faham2 la sikit. Takkan la sharp 5.30 pm tu saya dah nak punch card. Saya pun kadang2 banyak kerja...

Entah la, runsing fikiran ni. Tengok, kan dah membebel lak pagi2 nih... Sorry ya kawan2, terpaksa membaca luahan hati saya ni. (kalau ada yg sudi baca la).

Ok la, till then... daaaaaa