Monday, August 2, 2010

Salam...

Masih berkisar cerita pagi tadi... (tak sudah2 lagi ke... hehe). Mekacih le pada kengkawan yg bagi nasihat. Saya dah memang nekad nak hantar taska baru...

Tadi pas hantar je Faris terus sms hubby ajak dia pi survey taska lain. Then rehat tadi hubby cakap dia dah pi satu taska ni, member dia yang rekemen suh hantar kat situ.

Katanya taska tu memang ok la. Cuma yang sedihnya dah penuh... Tapi harapan nak dapat tu masih ada la. Harap2nya dapat la masukkan Faris ke taska tu. Cuba tengok kot2 Faris ok, boleh la terus dok kat situ...

Tapi jarak taska tu agak jauh sikit la dari rumah & office. Tak apa la, janji Faris ok2 je... hehe

Berbalik kepada cerita taska sekarang ni, rupa2nya bukan saya je menghadapi masalah dengan pengasuh kat situ. Rupa2nya officer kat bahagian saya ni pun macam tu jugak. Dia hantar sebulan je, pastu terus tukar ke taska lain.

Saya dapat tau pun masa saya tanya dia tadi dia hantar anak dia ke taska mana. So, dapat la tau macam2 cerita... Camtu jugak la, katanya memang pengasuh kat situ jenis tak berapa friendly...

Owh, maknanya bukan dengan saya sorang je la... Selama ni saya banyak jugak dengar sok sek pasal taska tu, tapi saya cuba fikir positif... Bila jadi sendiri depan mata, memang tak boleh dah nak positifkan fikiran ni...

Mungkin la kejutan sedikit bagi saya. Sebelum ni taska2 lain yang saya hantar Faris memang cikgu jenis tunggu depan pintu, pastu greet kita dengan senyuman. Bila kat sini lain sikit, saya pun rasa lain macam la. Rasa macam ada buat salah ke sampai orang tak nak senyum dengan kita...

Entah la. Dah malas nak fikir pasal taska kat bawah ni. Yang penting harap2 dapat la masukkan Faris ke taska baru tu. Walaupun tak tahu macam mana keadaan kat situ, tapi tak salah kalau cuba dulu.

Lagipun ramai member hubby yang rekemen hantar ke situ. Esok nak pergi hantar borang permohonan. Harap2 ada la nasib...

Ok la, seharian dok cerita pasal taska je... hehe. Bukan apa, saya rasa semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak2nya. Saya tak dak la harap orang jaga & layan anak saya macam anak raja. Dan saya tahu, bukan senang pengasuh2 taska nak handle budak2 yg ramai tu.

Tapi jangan la nak marah anak saya tak tentu pasal. Apa la salah dia. Sedangkan kita pun akan rasa tensyen kalau orang marah kita tak tentu pasal. Inikan pula budak2 kecik.

Bak kata member office saya "Mungkin la kita boleh bersabar, tapi anak2 kita tu macam mana? Kalau hari2 tensyen & takut, risau pulak perkembangan dia terjejas..".

Ok la, bebel je ek kerja saya ni. Pastu balik2 pasal taska je... hehe. Kalau ikut hati nak je berhenti kerja. Tapi memandangkan zaman sekarang ni semuanya nak kena guna fulus, tak sampai hati lak nak biarkan hubby sorang2 je cari rezeki...

Lagi pun hutang PTPTdot tu tak habis lagi... hehe. Kena la settlekan dulu yang tu ye kawan2...

Hai, dah 2 kali taip 'OK LA' tapi tak stop2 jugak membebel ni, apa kes... Ok la (kali ni memang betul2 nak stop), jumpa lagi esok dengan topik yang lain lak... ngeeee...

Papaiiiii.....




6 comments:

Ena said...

heheh.. comei jekk dak farish tu.. ;D

betul tu sal.. susah kalau anak2 rasa takut & tak selesa je.. kita nie tak nampak kan!

harap lepas nie jumpa la Taska yg lebih baik.. ;D

~Miss Sukasih~ said...

insya'allah...klu nawaitu kte tok kebaikan anak2 kte...Allah pasti makbulkan...same2 kita doakan...amin...arap2,pasnie ade berita gembira yang akak kongsi kan..=)

shigellazoster said...

betul tindakan akak tukar taska tu. yela budak2 tak reti nak bercakap lagi... sian die kan... so dari perkembangan terjejas pastu membesar degn perasaan takut dengan ornag..bermasalah nanti.. so cr taska yang membina keyakinan anak2 kite.. baru minda anak kite berkembang... huhuu....

mamalieyna said...

huhu..hope dpt la faris tukar ke taska baru yg lebih baik..mmg harus terbantut perkembngn diorang if tiap2 hari rasa tertekan dn kebebasan disekat..sian terbayangkan..huhu..

tomeinya faris..!^_^

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

hope pasni faris dapat taska yang lg ok..huuhu

p/s:apa kata buat je repot kat dorangnya bos. baru dorang tau.

~aSHa~ said...

sama2 faris...aunty doakan yg terbaik...

akak anta anak ke taska under yayasan pembangunan keluarga...terjaga, guru2 terlatih jugak,

---------------------
dik, sale CR tu special discount kepada members...tapi kepada yg bukan pun...ada jugak discount2 menarik