Friday, October 29, 2010

Short N3....

Salam...

Dah petang pun... Esok cuti...

Saja nak bebel2 jap kat sini. Sebelum cuti2 selama 2 hari ni... hehe

Yeayyy, Ahad ni mak saya nak datang sini... best2... Kebetulan lak, En. Suami akan outstation next week... So, tak la risau sangat dok berdua kat rumah...

Sebelum ni dok terfikir gak nak pergi tumpang umah kengkawan ke, hehe...

Semenjak satu 'peristiwa' yang berlaku kat rumah saya baru2 ni, cam tak berapa berani nak dok sorang2... hehe

Nasib baik mak datang. Tu pun kebetulan je sebab ada hal sikit kat sini.... Tak la saya suni + takut nak dok kat rumah...

Ok la, selamat berhujung minggu buat kengkawan semua... Daaaaa

Thursday, October 28, 2010

Ingat nak taip sket je... sekali dah terbebel panjang daaa...

Salam...

Lewat lak bersiaran hari ni...

Kureng sket mood nak berblogging. Just jengah blog kengkawan je...

Rasa cam kurang sihat sikit la hari ni... Sakit kepala + batuk2 + tekak sampai ke hidung rasa perit sangat (maybe nak selsema kot...).

Pastu rasa seram sejuk je cam nak demam... :(

Pagi ni breakfast adalah ditaja oleh UPK (unit penyelidikan khas). Nasik lemak + ayam goreng berempah..

Tak berusik pun lagi. Sebab dah kenyang lak rasanya. Pagi tadi makan biskut cicah air sementara nak tunggu breakfast tajaan sampai...

So, simpan la kot untuk lunch nanti... hehe. Jimat wet sket... hehe

Oh ya, siapa kat sini minat tengok citer ni:

saya sangat2 la suka tengok ye... ehehe. Dari dulu (zaman2 sekolah) kini & mungkin selamanya... hehe

Selalu tepat je kul 7.30 pm terus tekan 611... Hehe. Sebelum  tu harus la pastikan dah siap masak + solat maghrib... hehe

Sekarang lak waktu maghrib masuk awal, lagi la senang nak terpacak terus depan tv kul 7.30 tu ... hehe

Lagu untuk ending yang sekarang ni paling best. Siap hafal lirik lagu. So, bila habis je citer terus panggil faris... Selalunya saya nyanyi faris lak akan tepuk2 tangan sambil angguk2 kepala.. kelakar...

Tapi semalam saja je saya nyanyi sket2, nak tengok reaksinya. Tau tak apa dia buat? Terus dia paksa abah dia nyanyi lak... Siap cakap kat abah dia "Nyanyi la..." sambil tepuk2 peha abah dia... hehe

Ye, faris pun dah 'turun' perangai ummi... Satu lagi cukup suka tengok Shin Chan... Masa ngandung dia dulu suka sangat tengok citer tu...

Tapi jangan sampai ikut perangai shin chan yang adakalanya tak berapa senonoh tu udah la ye... Sekadar hiburan tak pa...

Ok la, bebel panjang lak. Tadi kata tak dak mood. Sekali dah bercerita, jadi lupa diri lak....

Nak layan tok ti nyanyi jap nih... Koleksi juara lagu tok ti... hehe. Suka tengok muka dia yang cantik jelita tu... Kot2 nanti tempias kat baby... hehe

Till then, daaaaaa....

Wednesday, October 27, 2010

Nak minta hak sendiri pun bukan main susah lagi....

Salam...

Entah kenapa minggu ni asyik rasa sakit hati je...

Sakit hati pasal satu masalah ni...

Saya rasa ramai yang mengalami masalah camni.

Masalah bila kita kena bayar balik sesuatu contohnya PTPTN ke, gaji terlebih bayar ke dan yang sewaktu dengannya...

Kadang2 tu asyik dapat warning letter je. Siap kata nak kena saman la, wat potongan gaji la dan macam2... Pastu selalunya bagi tempoh 14 hari dari tarikh surat atau memo yang kita dapat untuk selesaikan pembayaran...

Kita ni pun berusaha la membayar secepat yang mungkin...

Tapi cuba kalau kita lak, sepatutnya dapat duit kita balik untuk lebihan bayaran ke, tunggakan elaun ke, tunggakan gaji ke, bukan main susah nak dapat...

Kadang2 tu sampai berbulan2 la. Sampai kita nak kena call berkali2, padahal tu hak kita... Geram je terasa...

Macam kes pagi tadi. Sepatutnya saya dapat pelarasan COLA saya dari tahun lepas, tapi sampai ke hari ni tak ada khabar.

Bila call, mula2 dia kata nama saya tercicir. Ok, saya tak kisah la... So, call lagi untuk follow up, dia cakap akan bayar melalaui cek atau bank in terus.

Dan yang saya sakit hatinya, pagi tadi masa saya call dia kata dah lama bayar iaitu melalui bank in... Tapi yang saya geram tu, saya tak dapat pun apa2 makluman mengenai pembayaran tersebut baik melalaui email ataupun surat...

Lain kali kalau dah bayar tu bagitau la kan, mana la kita nak perasan kalau dah bank in terus dan dah bercampur ngan duit gaji...

Dah la tu, cara cakap cam marah2 lak tu... Apa salahnya cakap baik2... Mula2 kata dah bayar dari tahun lepas. Bila saya minta check tarikh, rupa2nya baru je bayar tahun ni...

Dah la tu amaun dia kurang 1++ dari yang sepatutnya. Sepatutnya saya dapat RM4++ tapi dapat RM2++ je... Kalau ikut hati nak je saya sound balik, tapi cam malas je... Mau nak kena tunggu sampai tahun depan lak kot... So, pejam mata je la yang lagi 1++ tu...

Saya dah malas nak call berkali2... Biar la...

Rasa2nya la kan, kalau la amaun RM1++ tu sepatutnya saya yang kena bayar kat diaorang sure sampai ke lubang cacing diaorang akan mintak. Tak dak maknanya diaorang nak pejam mata gak kan... betul tak???

Erm, tak pa la... Semoga Allah akan ganti yang lebih baik dari itu... (ayat memujuk hati yang tengah sakit & geram...)

Nanti nak kena pergi ke BIMB nak print penyata bulan berkenaan, nak tengok betul tak dah masuk amaun sebanyak yang diberitahu tadi...

Sebut pasal nak check tu, tadi saya kata la "Ok, nanti saya tengok balik (means saya nak pergi check la penyata akaun saya bulan yang berkenaan)"

Tau tak apa orang tu cakap? "Buat apa nak tengok2 lagi dah. Dah masuk pun..." dengan nada marah...

Eiii, ikut hati mau saja saya jawab "Suka hati la...". Seriously, memang mendidih la jugak darah saya bila dengar dia cakap camtu tadi... Dah tu lepas saya cakap "Ok, terima kasih..." terus je dia letak ganggang... Sungguh tak beradap... Sabo je la...

Mungkin dia tension agaknya... Tapi siapa yang salah??? Saya ke dia??? Len kali kalau dah bayar tu bagitau la, bukan senyap je... Sapa suruh wat camtu...

Mana la saya tau duit tu dah di bank in kan....

Sorry la, kan dah bebel panjang2 pagi2 nih... Ok la, nak layan blues jap... Daaaaaa

**ekceli rasa cam nak nangis je sekarang ni... entah kenapa...

Heart of Gratitude!!!

Salam...

**Saya C&P dari email yang diterima...**

Heart of Gratitude!!!

A blind boy sat on the steps of a building with a hat by his feet. He held up a sign which said: "I am blind, please help." There were only a few coins in the hat.


A man was walking by. He took a few coins from his pocket and dropped them into the hat. He then took the sign, turned it around, and wrote some words. He put the sign back so that everyone who walked by would see the new words.

Soon the hat began to fill up. A lot more people were giving money to the blind boy. That afternoon the man who had changed the sign came to see how things were. The boy recognized his footsteps and asked, "Were you the one who changed my sign this morning? What did you write?"

The man said, "I only wrote the truth. I said what you said but in a different way."

I wrote: "Today is a beautiful day but I cannot see it."

Both signs told people that the boy was blind. But the first sign simply said the boy was blind. The second sign told people that they were so lucky that they were not blind. Should we be surprised that the second sign was more effective?

Moral of the Story: Be thankful for what you have.. Be creative. Be innovative. Think differently and positively.

When life gives you a 100 reasons to cry, show life that you have 1000 reasons to smile. Face your past without regret. Handle your present with confidence. Prepare for the future without fear. Keep the faith and drop the fear.

The most beautiful thing is to see a person smiling…

And even more beautiful is, knowing that you are the reason behind it!!!

Enjoy your day with a heart of gratitude.

Tuesday, October 26, 2010

'Kata orang' vs 'Naluri keibuan'

Salam...

Hari ni mood nak menaip cam baik je... selalu kureng rajin sket... hehe

Saja nak cerita biasa2 petang2 ni...

Dan saja jugak nak tanya kat kengkawan blogger terutama yang dah bergelar ibu...

Ni ha, pasal 'kata orang' vs 'naluri keibuan'... ecehhhh...

Kisahnya begini...

Masa saya peknenkan Faris dulu, macam biasa la kan banyak tul 'versi2 simptom' yang digunakan oleh orang2 sekeliling utk teka jantina anak dalam kandungan kita...



So, macam2 la saya dengar dari mulut orang2 sekeliling...

Ada jugak yang tak dapat diterima oleh hati masa tu... sebab saya berharap untuk dapat anak lelaki sebagai anak sulung... So, bila ramai yang cakap baby dalam pewot saya ni pompuan, sedikit 'terasa' la... hehe

Antara simptom2nya (seswai ke guna perkataan 'simptom'??? belasah je la...):

Simptom 1:

Muka saya menjadi sangat2 teruk masa tu. Selalu berjerawat. Parut jerawat jangan cakap la, memang penuh... hehe

Makin kritikal bila saya menjadi sangat malas dalam bab2 penjagaan muka ni. Malas nak cuci bagai, malas nak solek2... Serius, memang tak terasa la nak wat semua2 tu...

Pastu kat tengkuk ni memang jadi hitam2 & naik bintik2...

Kebetulan, masa saya awal2 peknen tu ada la sorang officer ni (perempuan) tegur saya. Dia kata muka saya nampak teruk sangat. Masa tu dia tak tahu saya peknen.

So, saya cakap la saya peknen & rasa cam malas nak cuci2 muka. Mungkin sebab tu kulit muka saya jadi camtu... Terus dia kata "ha, ni sure anak perempuan..."

Dan, masa saya balik kampung ada la sepupu saya yang tegur menda yang sama. Kulit muka & tengkuk nampak teruk.

Dia pun cakap la, masa dia mengandungkan anak ke-2 & ke-3 (dua2 anak perempuan) dia kulit muka & tengkuk dia jadi cam saya la... Terus dia pun kata "Ni kompem anak perempuan ni.. Sebab anak permpuan akan 'tarik' cantik mak dia.."

Lagi sekali....

*****

Simptom ke-2.

Saya menjadi sangat2 tak rajin untuk membuat kerja rumah. Mostly kerja2 rumah adalah dibuat oleh abah... hehe. Saya kalau setakat basuh baju tu rajin lagi la...

Ala, campak2 je baju dalam mesin, tekan2 butang, dah... Sidai & lipat abah yang buat... hehe

So, saya pun cerita la kat sorang kakak office ni, dia memang rapat la dengan saya... Dan ayat yang sekali lagi didengari:

"Sure salwa peknen anak perempuan ni... Biasanya kalau malas buat kerja rumah ni, peknen anak perempuan. Akak dulu masa peknen memang rajin wat kerja rumah..." (masa tu anak dia dua2 lelaki...)

****

Sadis tol masa tu... hehe. Biasa la kan, bila dah berharap nak anak lelaki, tapi semua pakat cakap anak perempuan, terus rasa lain macam je...

Tapi masa tu saya cukup yakin sebab naluri saya kata anak dalam kandungan saya ni lelaki...

So, tiap kali orang cakap camtu, saya just jawab la "Tak pa la, anak perempuan ke lelaki ke tak kisah la. Asalkan sihat & sempurna, Alhamdulillah..."

So, untuk yang 2nd ni saya tak la berharap sangat... Tapi biasa la kan, kalau anak sulung dah lelaki sure kalau boleh biarlah yang 2nd perempuan...

Tapi tak kisah la lelaki ke perempuan... Saya terima seadanya... Macam yang saya kata dulu 'asal sihat & sempurna saya cukup bersyukur...'. Kalau dapat perempuan tu kira advantage la kan... hehe

Dan untuk yang 2nd ni ada gak naluri saya terasa... Tapi takmo la cerita kat sini... Syhhhhh, biarlah rahsia... Tunggu & lihat... hehe

Kawan2 camna, ada gak pengalaman yang sama ke?? Ke betul je seperti telahan orang sekeliling?? hehe

Tak paham bahasa ke???

Salam...

Tadi masa dok bw umah kengkawan, terbaca cerita Anje pasal susu untuk anak...

Terus teringat satu insiden yang berlaku Sabtu lepas.

Masa tu kami 3 beranak ke Jusco Tmn Equin. Saja nak cari beberapa barang. Tapi tak ada la pulak barang yang saya nak tu... Tak apa la, cari kat tempat lain lak...

So, sebelum balik tu kami singgah jap kat bahagian jual barang2 basah tu sebab nak beli susu Faris yang dah nak habis...

Cari punya cari baru la terjumpa. Kebetulan lak, dekat ngan rak susu yang kami nak beli tu ada sorang promoter susu jenama XXX. Nampak je kami terus dia datang...

Biasa la nak promote susu la... Sambil dia bagi penerangan, sambil la hubby saya cari susu faris, perisa madu... Saya lak dok la dengar penerangan tu sambil angguk2 je.

Niat dalam hati lepas dia dah bagi penerangan tu, nak cakap TQ & blah la... hehe

Kebetulan lagi Faris tengah selsema. Lagi la dia bagi penerangan detail pasal susu tu yang boleh tingkatkan tahap imun anak... Saya senyum jek...

Dah dapat susu Faris kami pun berkira2 la nak beredar dari situ. Tapi promoter tadi tahan kami. Dia suh cuba dulu susu tu. Siap nak letak lagi dalam trolley kami.

Saya cakap tak nak. Tapi dia nak letak jugak. Pastu dah start paksa2 lak... Adeh, sabo je la... Saya masih tetap senyum sambil cakap "Tak apa la, terima kasih aje la..."

Promoter tu masih tak benarkan kami pergi sambil terus bercakap "Tapi susu ni bla bla bla...". Saya nak balh cenggitu je cam kurang ajar lak nanti...

Last2 dah tak tertahan, saya tarik je trolley saya, terus tolak sambil cakap "Tak pa la, saya tak nak" & terus blah... Dalam hati geram je. Dah orang tak nak tu nak paksa2 jugak...

Pantang betul saya orang dok paksa2 ni... Setakat ni tak pernah la lagi saya jumpa promoter susu yang jenis sampai paksa custommer beli susu. Kalau saya senyum dan cakap "tak apa la, terima kasih", diaorang pun dah paham yang kita tak nak.

Terus je jawab "sama2...". Tapi yang ni cam tak paham je Bahasa Melayu... Kang kalau kita berkasar, baru tau.. Nak je cakap 'awak ni tak paham Bahasa Melayu ke? Saya tak nak tu, maknanya tak nak la..." hehe

Itu je la insidennya... hehe. Ok la, daaaaa



** masa kat Jusco tu rasa geram je tengok barang2 baby... Nak beli cam awal sangat lagi... Nanti la, dah masuk 7,8 bulan nanti baru nak start cari...

** kali ni kena beli baju yang warna unisex punya sebab konon2 kali ni tak nak tau lagi jantinanya. Biar suprise... hehe

~ Cerita si AFD ~

Salam...

Hari ni nak cerita kisah si kecik tu lak... hehe

Sejak dok taska sekian lama ni macam2 pe'el & perkembangan yang dapat dilihat...

Alhamdulillah, faris dah pandai baca doa makan. Nak makan ke, minum susu ke sure baca doa dulu... Bagus, bagus... Cuma ayat yang last tu 'azabannar' tu masih belum jelas sebutannya. Selalunya dia akan sebut 'waqina a na na nar'... hehe

Dan yang kelakarnya, tiap2 kali balik rumah dari taska sure ada nama baru yang disebutnya.

Sebelum ni asyik dok sebut 'ika, ika...'. Pastu saja je la saya tanya "Siapa ika tu faris?" senyum je... Bila abah lak menyampuk "Owh, awek ye..." terus gelak hehe... Sabo je la...

Pastu selang sehari dua, dok asyik sebut 'bye bye lily...'. Tapi dok sebut2 kat rumah... Lily mana la pulak nih...

Selang lagi dok sebut lak "bye bye syikin...". Syikin pulak... Adeh, banyak awek tul... hehe

Pagi tadi masa hantar ke taska, ada la sorang budak pompuan ni lalu depan kami. Terus terdengar faris sebut 'ika, ika..'

Owh, ini rupanya 'ika' yang disebut2 tu... Tersengih2 budak perempuan tu... Macam2 budak2 ni...

Kadang2 rasa nak ketawa pun ada.... Nasib baik kecik lagi, tak tau apa2... Kalau dah besar mau kena bebel ngan ummi... Belajar rajin2 dulu, ada kerjaya & terjamin masa depan baru leh ngorat anak dara orang... hehe

Pastu sekarang ni kalau dia makan nasik ke, or tengok saya & hubby makan nasik bila dah tinggal sket je lagi nak habis dia akan sebut 'sikit ja lagi, sikit ja lagi...'

Means lagi sket la nak habiskan makanan... Konon2 nak bagi semangat kat kita supaya habiskan makanan tu la... hehe. Sebab selalunya kalau suap nasik kat dia, lagi sikit je nak habis dia dah tak mau makan, selalunya kami akan guna ayat tu la kat dia. Sekarang ni dia lak yang gunakan ayat tu kat ummi & abah dia...

Dan yang paling saya suka 'loghat2' utara telah dipraktiskan oleh dia... Bila nak air... 'ummi, nak ayaq...'. Bila ngantuk 'ummi, nak tidoq...' sambil nyanyi 'du du du du, ayis (faris) nak tidoq...'.

Bagus2... jangan dah besar nanti habis hilang semua loghat utara tu dah la... penat ja ummi ajaq... hehe

Ok la, tu je pun nak cerita... Saja, dah lama tak cerita pasal si Faris ni...

Hari tu masa dok 'clean & clear' kan pendrive tertengok la gambar2 faris masa kecik2 dulu... Rindu betul masa zaman2 tu... Shomel je dia... hehe (puji anak sendiri).

Ni nak tempek sekeping je pic kami berdua. Masa ni kalau tak silap faris umo 3 bulan ++. Rasanya tak pernah lagi tayang kat blog nih gambar ini...


Ok la, till then... Daaaaaaa....


Monday, October 25, 2010

Ngada2 nak jawab...

Salam...

Saja ngada2 nak jawab pertanyaan kengkawan...

Uih, bukan period pain... dah beberapa bulan tak period nih... hehe

Sakit pewot... Since semalam lagi. Sampai ke hari ni. Rasanya sebab salah makan nih... Semalam, pas beli barang2 kat Alamanda, singgah jap makan mee kari...

Pas makan tu, sampai je kat rumah perut dah rasa lain macam... Pastu apa lagi, ulang alik ke toilet la sampai ke pagi tadi.

Tapi gatal kaki gak nak mai office, sebab ada kerja nak kena settle hari ni... Nak pi klinik, mulut lak tak terluah nak mintak izin bos... adeh...

Dan tadi, lagi satu 'masalah' lain lak melanda... :




2 kali lak tu... dah rasa lembik lutut nih... huhu...

**Somebody, help me.... (^_^)... Mana superMAN ku nih...

~~ Not in da mood ~~

Hari ni tak ada mood sangat... sebab :

Dari semalam sampai sekarang. So, mana yang sempat saya leave comment tu ada la... yang tak ada tu saya  just baca2 saja... Sorry ya...

Thursday, October 21, 2010

Bersiaran di petang hari...

Salam...

dah petang baru nak jengah sini...

pagi tadi macam biasa, pi klinik untuk rutin bulanan nan satu itu...

Hari ni serba tak kena lak...

** HB dah turun balik - 10.8 saja..
** Berat badan naik melampau - 2.3kg..


sumber : google

** Yang lain2 ok aje...

Pastu nak dijadikan cerita, nurse pun ukur la panjang rahim berapa. Sekali dia ukur dia cam tak puas hati la. Terus dia panggil lagi sorang nurse ni, pun dapat ukuran yang sama...

Habis check semua2, dia pun cakap la, perut saya besar dari yang sepatutnya... Tak teli ngan minggu la. So, dia refer saya ke doc untuk scan...

Katanya takut ada masalah lain cam baby besar ke apa ke... Saya dah mula risau... Takkan baby kali ni besar kot... adeh...

Dalam hati "scan lagi???" bulan lepas dah scan... Masuk ni dah 5 kali kena scan... Saya tak berapa suka sangat scan2 nih...

Pastu nurse pun tanya lagi, dah rasa ke pergerakan baby? Saya jawab la, dah... Dia tanya 'dah rasa kuat ke pergerakan baby?'

Saya pun jawab la, 'ha ah..'. Pastu nurse tu pun kata, 'okey, hari ni puan amik injection untuk kancing gigi ye...'

Dalam hati: 'what? injection??? adeh... ni yang seram ni...' hehe. saya ni takut sket bab2 nak kena inject ni...

sumber : google

tapi mulut jawab je 'okey', sambil senyum... dalam hati dah rasa kecut... (^_^)

Pas habis semua2, scan kad tunggu la giliran nak jumpa doc. Sambil2 tu ngap la bekal roti yang dibawa... Lapar giler masa tu...

Bila no. naik terus la masuk jumpa doc... Doc pun tanya la kompem ke bagi tarikh yang betul. Saya pun jawab la memang kompem...

So, doc suh la baring nak scan... Sebelum tu dia amik ukuran dulu. Sekali dia cakap, ukuran perut saya sebenarnya memang teli ngan minggu kandungan...

Bila scan pun sama... Memang tak ada masalah apa2, bukan sebab baby besar ke apa... Cis, kan tak pasal2 je kena scan lagi... Pas amik time slip, terus pi ke bilik untuk amik injection...

Sambil tunggu tu rasa berdebar semacam je. Bila nurse panggil je nama, terus la langkah masuk bilik tu. Mulut tak henti2 dok baca doa... hehe

Bila nurse tu kata 'tahan sket ye puan. Nanti bila ubat masuk rasa sakit sikit...'

Masa jarum masuk ke kulit tu tak rasa lagi. Bila dia dah tekan picagari tu, owh... sungguh seriau terasa...

sumber: google
saya tak la pakai cekci camni ye... hehe


Habis semua, amik beg. Tangan sebelah kiri memang rasa kebas dah. Terus terfikir, camna nak drive ni?? Saya bawak kereta sendiri pagi tadi.

Terus call husband mintak tolong amik kat klinik... hehe... Kereta pun tinggal je kat situ... Balik kang kot singgah amik...

Sampai kat office memang tak leh nak menaip dengan tangan kiri ni. Gagah je la taip ngan tangan kanan...

Tu pasal la petang2 ni baru bersiaran. Ni pun gagah jugak dok menaip...

Rumah kengkawan pun leh melawat camtu2 je la... Baca je, nak tinggal komen tangan ni berat la nak menaip... Sorry ya...

Ok la, dah panjang lebar lak bebel. Dalam pada dok sakit tangan nih...

Ok la, till then... Daaaaaa...

**Rasa nak mintak tolong husband masak je hari ni.. Aci tak??? hehe

Wednesday, October 20, 2010

Jom pakat2 teropong...

Salam...

Hampir2 lak terlupa nak habaq...

Jom pakat2 teropong langit malam ni... Pasai pa??? Ha, baca kat bawah ni noooo...


October 21, 22 - Orionids Meteor Shower. The Orionids is an average shower producing about 20 meteors per hour at their peak. This shower usually peaks on the 21st, but it is highly irregular. A good show could be experienced on any morning from October 20 - 24, and some meteors may be seen any time from October 17 - 25. Best viewing will be to the east after midnight.


Mungkin boleh nampak, mungkin tak. Tapi takpa, nak gak tunggu kot2 leh nampak... Yang ni tak banyak sangat la meteornya... Tunggu yang bulan 12 ni, lagi banyak...


Ok la, akhir kata... tunggu jangan tak tunggu nooooo....

Dapur kedua...

Salam...

Tetiba terlebih rajin lak nak bercerita... hehe. Enjin terlebih panas sudaaaa...

Ni ha, nak cerita pasal 'dapur kedua' saya. Tapi bukan pasal wet kitchen ke dry kitchen ye... Bukan jugak pasal renovate rumah dan sebagainya...

Rumah sekarang ni dilarang sama sekali untuk renovate apa2... ye la, bukan hak milik sendiri... ate, hanya menumpang kan... hehe

Tunggu umah sendiri siap ujung tahun ni, leh la nak renovate ke apa ke... hehe

Ekceli 'dapur kedua' saya ni adalah kat dalam bilik saya kat office ni ha... Biasa la, penyalah gunaan harta kerajaan... hehe

Kabinet berlaci kat belakang tempat duduk saya ni dah dijadikan dapur/ kabinet meletakkan segala mak nenek stok makanan...

Kalau bukak je pintu kabinet tu, nampak la segala balang2 yang dipenuhi stok biskut, kurma... Stok air kotak, stock gula, susu tepung & lain2... hehe

Kalau orang mai spot check ni mati ai... hehe. "Ni nak kerja ke nak makan nih..."

Owh, jangan salahkan saya ye... Saya ni jenis kena makan setiap sejam sekarang ni... Tu pasal la kena sediakan stock yang banyak tu... Dan yang pasti kena kunci la kan...

Kang bocor rahsia lak kalau tetiba ada orang datang nak cari fail dalam kabinet ni, jumpa menda lain lak... hehe

Gambar??? Adeh, terasa kureng best tak dapat nak paparkan gambar bukti... Ye la, saya ni pakai henpon cap ayam biasa je. Tak leh nak amik gambar apa semua. Leh kol & hantar sms je...

Sadis tol... Henpon 2 bijik yang boleh amik gambar & rakam video tu dah rosak... Ntah bila nak pi baiki pun tak tau la. Sebab tu la entri saya ni jarang bergambar hokey... hehe

Ok la, stop la mengarut bukan2... Tu je alkisahnya nak diceritakan... Memang tak berseri langsung sebab tak dak gambar...

Maka gigih la saya dok google contoh2 gambar sebagai pengganti... Aci la kot ye... hehe

Lebih kurang cam gambar2 kat bawah ni la...

sumber: google

sumber : google

Lebih kurang cenggini la... Tapi kabinet kat sini raknya lagi panjang daripada ni... hehe

Ok la, till then... daaaaaaaa....

'Panas enjin' dulu la kot...

Salam...

Hari ni mood happy je pagi2... Ntah kenapa pun tak tau... Nak kata dah masuk gaji, lambat lagi... minggu depan...

Ke semalam ada mimpi yang best2 ke... lupa lak apa yang saya mimpikan malam tadi... Dapat toilet dalam bilik ni kot... hehe

Tapi harap2nya jangan la ada yg dok merosakkan mood happy yang datang sekali sekala je nih... hehe

Baby pun happy gak kot hari ni. Asyik bergerak2 je pagi ni... Tapi ummi lak yang bermasalah bila baby asyik dok gerak nih... Masalah jadi 'pelawat setia' toilet la... hehe

Hari ni bakal boring lagi... Bos kursus sampai petang kat luar. Mungkin tak masuk office... Mati kutu lagi hari ni...

Nasib baik ada mesin fotostat dalam bilik ni. Tak la sunyi sangat. Ada je la orang datang berkunjung, nak fotostat dokumen... hehe

Erm, nak bebel apa lagi ntah... Nanti2 la kot sambung lagi.... Warming up sket2 je pagi ni... Panas enjin dulu... Bak kata kebanyakkan blogger, nak amik tarikh cantik hari ni... 20102010... hehe

Ok, tatatititutuuuuuu....

Tuesday, October 19, 2010

Kan bagus...

Salam...

Entri ringkas sebelum balik...

Apa yg bagusnya???

Ni ha, dok verangan toilet ada lam bilik nih...

Dah tak larat nak 'melawat' toilet setiap stengah jam... hehe

Kan bagus kalau ada toilet cam dalam bilik big2 bos tu... Takde la nak 'terkepit2' ha... Ops... ayat terhover lak....

Sila abaikan angan2 orang yang 'kurang rajin' nak berjalan jauh nih... hehe

Daaaa....

Erm, nak bebel apa ya...

Salam...

Dah petang baru nak jengah...

Mood tak ada sangat. Kureng sihat lak... Dari hari sabtu lepas...

Kami 3 beranak sakit perut. Paling teruk abah & faris... Saya sedang2 je, tapi sampai sekarang still berbaki rasa sakit tu...

Rasanya sebab makan buah duku yang dibeli kat pasar tani tu. Memang abah & faris pulun makan. Saya makan gitu2 je la...

Mungkin sebab tu dua beranak tu teruk sket la sakit perutnya berbanding saya...

Dan sebab tu la jugak tak dak mood sangat sekarang ni... Idea nak bercerita pun tak berapa nak ada... Nak tempek gambar pun, dah lama tak snap2 nih...

So, bebalan pun sket je la... hehe

Ok la, tu je kot nak bebel. Jari ni dah tak mau bergerak dah... Katanya 'tak dak mood nak tekan keyboard nih...' hehe.

Ok, daaaaaa....

Selingan:

Kedah dapat masuk separuh akhir Piala Malaysia... Gud Luck to pasukan Kedah... Harap2 tahun ni menang kat Kedah pulak la...

And kepada semua peminat bola sepak kat Malaysia ni, jangan la taksub sangat ye, sampai nak gaduh2... Kalah menang adat pertandingan.

Contohi peminat bola sepak luar negara... Kalau pasukan diaorang kalah habis kuat pun diaorang nangis je... Macam saya gak... Sampai kena perli ngan husband sebab nangis masa tido... hehe

Jangan gaduh2 okey...

Biar jasa jadi kenangan,
Hijau kuning lambang kemegahan,
Jelapang padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darulaman...

hehe... sekadar hiburan di petang hari...


Friday, October 15, 2010

Sedikit perkongsian ilmu...

Salam...

Lambat pulak bersiaran hari ni...

Erm, idea nak update ada banyak, tapi sedikit busy lak hari ni... Tapi tak pa, cuba jugak... hehe

Untuk pagi ni (pagi yg dah nak masuk tengah hari...) saya nak share la sket info yang saya dapat masa tengok rancangan Semanis Kurma minggu lepas & semalam.

Minggu lepas tajuknya 'Pendam Memakan Diri'. Banyak berkisar tentang cerita2 memendam rasa... Biasa la kan, kadang2 tu ada rasa tak puas hati, marah, kecil hati & sebagainya.

Dan biasanya kalau kita tak ada kekuatan, kita akan pendam saja perasaan2 tu... Ye la, kadang2 kalau luahkan takut jugak mengeruhkan suasana...

Tertarik ngan kata2 Ustaz Zawawi, salah seorang panel jemputan malam tu:

"Orang perempuan ni hati dia dekat mulut. Sebab tu bila dia rasa sayang dia akan mudah cakap 'I LOVE U'. Bila dia buat salah / rasa bersalah dia akan cepat2 cakap 'I'M SORRY'..."

"Orang lelaki pulak mulut dia dekat hati. Sebab tu kalau dia sayang ke jarang dia nak ucapkan. Dan lelaki ni lebih banyak memendam perasaan"

Dan, kalau mengikut kajian, sebenarnya orang lelaki lebih banyak yang memendam perasaan berbanding perempuan... Mengikut kajian la.. Wallahu'alam...

Lebih kurang cenggitu la Ustaz Zawawi kata... Satu lagi yang ustaz tu kata lagi:

"Kebanyakkan orang perempuan tak rasional masa bising. Manakala kebanyakkan orang lelaki tak rasional masa diam. So, orang perempuan kena kurangkan bising dan orang lelaki kena kurangkan diam (means kena luahkan jugak sekali sekali perasaan)"

Pastu macam2 lagi la yang diperkatakan... Kesan memendam perasaan, cara nak luahkan perasaan.

Dan masa nak dekat habis rancangan tu, ada diberikan doa untuk diamalkan berkaitan memendam rasa ni.. Ada 2:

1. Kalau kita rasa buntu, tak tau nak cari penyelesaian : bacalah surah As-Syuaraa, ayat 78

2. Supaya kita ada kekuatan diri & tak rasa lemah : bacalah surah Al-Kahfi, ayat 39

Dan semalam, tajuk perbincangan adalah 'Suami sukar melafazkan cerai'.

Tapi saya just dengar2 je la. Sebab pasal gantung tak bertali ni... Cuma saya amik note pasal doa yang diberi diakhir rancangan.

Doa supaya suami mudah dibawa berbincang. Ada dua doa yang diberi, tapi lagi satu saya tak berapa nampak lak tulisannya...

1. Amalkan surah Toha, ayat 1-5

2. Surah Yaasin (tapi saya tak nampak jelas lak tulisannya. Kalau tak silap ayat 52. Sapa2 ada tengok semalam leh la betulkan kalau salah ye...)

Ok la, tu je sedikit perkongsian ilmu hari ni... hehe

Selamat beramal ye...

Daaaaaaa....

Thursday, October 14, 2010

Pertanyaan tentang supplement...

sumber : google


Salam...

Erm, lupakan pasal isu berat tadi tu...

Tajuk cam skema je...

Just nak tanya kawan2 yang ada makan suppliment lain selain yang klinik bagi tu or obimin yang beli sendiri kat farmasi tu...

Salin dari dua2 tu ada tak supplement lain yang bagus or ok untuk orang2 yang 'macam saya'... Dan satu lagi, kalau boleh supplement yang all in one. tak nak telan banyak2 pil... hehe

Yang boleh tambah energy sket time camni ni...  Dan boleh naikkan hb... Saya rasa salah satu sebab saya sakit kepala ni sebab kurang darah kot...

So, minta pendapat kawan2 yang memang ada amik supplement lain selain yang saya sebut kat atas. And apa perubahan yang kawan2 rasa selepas mengamalkan supplement tu...



Kalau cerita pengalaman lagi bagus... Thanks in advance...

Salam pagi khamis...

Salam...

Selamat pagi... Rasa ceria semacam lak hari ni. Tak tau la kenapa...

Padahal pagi tadi hampir2 je nak amik EL sebab sakit kepala dari semalam... Bangun pagi tadi pun rasa sakit2 satu badan...

Malam tadi tetiba je terjaga kul 3 lebih sebab perut tetiba menegang, rasa sakit sangat...

Pagi ni gagah jugak la datang kerja. Pas pekena teh panas, terus rasa ceria je... hehe. Ye la, dah 4 hari tak minum teh panas pagi2, dok minum susu je... Hari ni saja tukar selera...

Oh ya, hari ni pagi2 lagi tapak tangan sebelah kanan ni rasa gatal2 je.. Kenapa ya... nak dapat duit ke??? hehe

Gaji lambat lagi ni. Ke nak dapat durian runtuh ni??? Kalau dapat, syioknya la... hehe... Merepek2 lak... Ntah2 tapak tangan gatal sebab kena gigit nyamuk semalam... ngeh ngeh...

Tetiba lak teringat, pagi semalam masa saya tengah iron baju nak pergi kerja tetiba je dengar faris menangis... kuat sangat. Sambil dok panggil 'ummi... ummi...'

Masuk bilik tengok dia dok nangis tersedu2. Hubby kata faris tetiba je menangis tersedu2 camtu, padahal sebelum tu tengah nyenyak tidur. Ntah apa yang dia mimpikan pun tak tau la.

Bila saya dok dekat ngan dia & cakap "ni ummi ada ni..." baru reda sket tangisan dia. Erm, ni mimpi bukan2 la ni... adeh...

Ok la, saja je nak bebel merapu2 pagi2 ni. Nak hilangkan sakit kepala yang masih bersisa ni.

Till then, daaaaaa....

Wednesday, October 13, 2010

Tiba-tiba...

~ tiba-tiba saja rasa nak makan biskut cicah air milo panas... adeh, mana nak cari biskut kat office nih... stok dah habis lak... ~

** tu pun nak habaq ka....

Adeh, lambat lagi ke???

Salam...

Apa yang lambat lagi tu??? Gaji? Bukan, duit masih cukup & terlebih cukup sampai nak masuk gaji nanti... Bersalin?? Itu memang lambat lagi... Takkan esok kot kan... hehe. Biar lambat asal selamat...

Ni ha, lambat betul la waktu rehat... Bukan sebab lapar... Alhamdulillah la, masih kenyang lagi. Pagi tadi saya bekpes makan roti 2 keping sapu marjerin + gula, pastu air susu 1 mug (minuman rutin sekarang)...

Alhamdulillah jugak la, selepas dok minum susu tiap2 hari dah jarang la kena cramp sekarang ni. Tapi masalah lain lak datang melanda...

Masalah yang membuatkan saya tak sabar2 nak tunggu time rehat ha... Masalah mengantuk... Memang ni la kesan sampingan selepas minum susu suam...

Mula la mata jadi layu je. Puas dah saya dok wat macam2... Tapi tak tertahan jugak rasa ngantuk ni. Tak larat dah nak menongkat mata ni...



Walaupun bilik saya sekarang ni hari2 bising sebab mesin fotostat telah dipindahkan ke dalam bilik saya (ntah pape je la... dah tak privacy...), namun masih tak dapat mengusir jauh rasa mengantuk yang sedang bermaharajalela nih...

Kan best kalau dapat landing2 jap sambil pejam2 mata jap sekarang ni... Kat bawah meja ni pun jadi la... hehe (ayat orang terdesak...)



Sakit kepala lak rasanya...

Tapi semalam tak sempat ngantuk sebab banyak betul kerja. Sampai rasa tak leh nak bernafas... Sampai balik kerja semalam saya muntah2 la... Boleh dikatakan 'kerja sampai muntah...' hehe

Ok la, dah merepek merapu dah nih... Sebelum macam2 lagi saya repekkan, baik saya stop dulu. Nak pi jalan2 cari pasal hilangkan ngantuk jap...

Daaaaaa... tatatititutuuuuuuuuu....

Tuesday, October 12, 2010

Ish... ish... tak patut betul...

Salam...

Hari ni rasa macam ding dong bell betul... Perasaan bercampur aduk... Sabo je la...

Tapi satu je perasaan yang tengah dok membuak2 sekarang ni... Rasa tak puas hati... Memang tak patut betul la... Eeiii, sabaq ja la...

Tak patut, tak patut, tak patut, tak patuttttttttttt....

Apa yang tak patutnya??? Biarlah rahsia... ehehe...
Daaaa....

Monday, October 11, 2010

Entri orang ponteng kursus... hehe

Salam...

Akhirnya, saya tak pergi pun kursus tu. Bukan sebab 'M' tu ye... 'M' tu menyerang pagi tadi je. Pastu semangat datang balik.

Tapi ada kerja lak pagi tadi. Ingat nak masuk petang ni, tapi masalahnya unit saya ni dah tak ada orang pun. Semua pergi kursus. Bos lak meeting. Habis, kang kalau ada call ke, surat urgent ke camna...

Makanya, terpaksa la dok jadi guard jaga bilik nih.

Tengok la kalau esok boleh lari2 jap pi kursus tu... hehe.

Oh ya, hari tu katanya nak cerita pasal masa balik kampung raya hari tu... So, nak tempek sket pics yang berkenaan... hehe

Ekceli, ingat nak letak salah satu dari gambar2 ni dalam contest anjuran Mamalieyna, tapi disebabkan muka Ahmad (panggilan baru sekarang...) tak berapa nak jelas, makanya terpaksa la tukar ngan gambar lain...

Ok la, layan je la gambar yang sedikit je nih... Amik guna hp je, so kualiti agak tidak memuaskan...

Cubaan membiasakan diri Ahmad dengan jentera pembajak... hehe

Masa mula2 letak okey je Ahmad. Siap senyum2 simpul lagi. Tapi bila jentera tu dah mula bergerak, dah lain macam muka dia. Lama2 terus nangis.

Tapi berjaya dipujuk oleh abah untuk terus dok atas jentera tu... hehe


Sempat lagi posing...

Masa ni dah mula bergerak masuk ke dalam bendang/sawah. Ahmad pun dah start jadi cool... Abah yang tolong control arah tuju...


Pusing bendang 1 round...

Tapi masa ni tanah keras sket, air belum masuk. So, bawak sket2 je, takut patah lak mata jentera tu.. Oh ya, kami adik beradik panggil jentera tu kebokta... tapi kalau nama betulnya apa ntah... hehe

Selesai pusing sket, angkat la si Ahmad turun. Tersengih2... Pastu ummi pun cakap la "Ahmad nak tak dok ngan tok (nenek ) & tok wan (datuk)?. Nanti boleh tolong buat bendang dengan jaga lembu..."

Laju je mengangguk... Ye lah tu...

Tetiba lak teringat zaman kecik2 dulu... Rindunya zaman dulu2... Main lumpur (orang kedah kata 'keleboq'), mandi manda kat tali air... bestnyaaaaaaaaa... Budak2 zaman sekarang dah jarang merasa camtu...

Dah tu, tiap kali balik kampung mesti ada ja tanah bendang yang dah ditambak untuk dijadikan kawasan perumahan / taman perumahan... Sayang betul rasanya. Apa boleh buat, tanah orang kan, takkan saya nak pi larang kot... hehe

Ok la, tu je bebelan di petang hari oleh orang yang ponteng kursus... hehe. Ok, daaaaaa

** Sorry la, gambar pun tak banyak.

"M" besar datang menyerang...

Salam...

Hari Isnin yang penuh semangat.. hehe. Sila jangan percaya...

Jap lagi dalam kul 9.30 pagi kursus akan bermula. Tapi mood nak pi kursus sangat la 'zero' okeyh... Last week excited sangat bagi nama.

Walaupun jumlah kursus yang wajib dihadiri dah penuh & terlebih2 pun (dah 11 hari) tapi disebabkan keinginan nak menambah pengetahuan pasal Microsoft Power Point ni semangat lak bagi nama...

Dan kursus tersebut akan berjalan selama 3 hari...

Tiba2 lak pagi ni rasa cam 'M' yang teramat sangat nak pi kursus tu... Seriously, 'm' yang sangat2 ye... hehe

Pagi2 tadi bos saya dah tanya "Jadi ke pergi kursus tu?"... Dengan selamber nya saya kata "Tak kot... malas lak nak pergi..."

Boleh??? Selamber bewak ja jawab camtu ngan bos... hehe.

Tolong la.... dah 9.30 ni... Nak pergi ke tak nih?? Adeh...

Friday, October 8, 2010

Caca Marba...

Salam...

Lupakan saja segala rasa geram tu. Bukan ada pekdah pun, wat sakit hati & naik darah je... Biarkan aje orang camtu... Tunggu & lihat je la sampai bila keadaan ni akan berterusan.

***

Saja ja nak cerita macam2 dalam entri kali ni. Malas nak buat 2,3 entri...

Sekarang ni saya tengah rasa ngantuk sangat gara2 telah minum air susu tadi... Biasanya pagi2 saya minum teh panas. Tapi orang kata tak elok selalu sangat minum teh kalau time peknen.

So, terpaksa la selang seli ngan air yang berkhasiat... eceh... Tapi padahnya camni la, mata terus layu & kuyu je. Rasa cam bantal memanggil2 je nih... Adeh..

Oh ya, semalam team takraw husband saya dapat tempat ke-3... Tempat pertama & kedua dapat kat HUKM... Dapat la kettle seketoi... hehe, menambah koleksi kettle kat umah...

Kali ni tak dapat duit lak... Kalau tak leh pau duit dia... hehe

Pastu pagi tadi Faris datang taska naik motor ngan abahnya. Sepatutnya dia naik keta ngan saya, tapi menjerit2 dok sebut 'tak mau, tak mau' bila suh naik keta.

Semalam hubby pinjam motor member dia jap masa nak pi lawan takraw tu. So, hari ni nak hantar balik la. Pagi tadi masa dok tunggu saya sidai baju, sempat la si abah bawak Faris round2 dalam kawasan taman tu naik motor.

Faris ni kalau dah dapat naik motor jangan harap la nak turun. Tambah lak tengok abah dia pakai helmet, lagi la tak mau turun.

Sudahnya abah kena la hantar Faris ke taska naik motor. Dah la tak dak helmet untuk kanak2 tu.. Sangat bahaya betul... Risau je saya...

Apa lagi, tadi bawak slow je ikut belakang diaorang. Tapi sampai kat traffic light, jammed la plak. Si abah & Faris dah lepas depan sebab naik moto.

Traffic light tu lak, dah 3,4 kali lampu hijau baru saya lepas. Apa lagi, memecut la saya cari 2 beranak tu. Sepanjang jalan ke office tak nampak pun 2 beranak tu.. Dah mula rasa risau.

Sampai je kat lobby nak ke basement tu nampak la si abah yang baru kuar dari taska... Lega rasanya... hehe

Ops, dah terlebih panjang lak dok karang entri ye... hehe

Lupa lak, tak ada la gambar masa sambutan raya taska Faris hari tu sebabnya si abah tak dapat datang. Meeting pagi petang. Jadi saya tempek je la gambar Faris yang tengah dok try baju raya... hehe

Ok, daaaa....

Baju raya tahun ni warna temanya adalah seperti di atas... Tengok tu, tagging harga kat sampin pun lum buang lagi... Segar dari kedai.. hehe

Pagi lagi dah .... haish...

Salam...

Pagi2 lagi dah geram je... Erm, dengan seseorang tu...

Kalau sekali sekala tak apa, tapi memang boleh dikatakan selalu la... Mengambil kesempatan ke atas diri saya yang memang tak leh nak kata 'tak nak' nih...

Kadang2 tu sampai saya naik tensyen la... Ye la, saya tahu saya ni hanyalah ...... (tak leh nak teruskan penulisan... Pandai2 la teka ayat penyambungnya... hehe)

Geram2 pun hanya boleh pendam dalam hati la sebab dia .... saya ni ....

Sabar2... Kat mana2 pun sure akan ada orang camni... Sebelum2 ni pun dah berlaku pun. Cuma jarang2. Tapi sekarang ni selalu jugak la...

** Sorry la kalau ayat cam tunggang terbalik. Luahan perasaan orang yg tengah geram, tapi tak leh cerita detail... Ni bukan masalah rumah tangga ye. Masalah kat office....

Thursday, October 7, 2010

Takraw lagi...

Salam...

Jap je dah petang ye..

Erm, hari ni kena balik sendiri (drive sendiri). Jap gi kena turun amik si kecik tu dulu baru turun ke basement amik keta lak...

Pastu makan pun sorang2 je hari ni sebabnya En. Suami ada game takraw petang ni ngan esok...

So, tadi saja la mesej dia... Pastu taip la "Loncat bebaik nooo...". Pastu terus balas balik... "Macam perli ja..."

Hehe, bukan perli... Saja nak mengusik... hehe. Kang balik rumah sure sakit2 satu badan, pastu muscle injure... Jadi la wife dia ni tukang urut part time... hehe

Tapi tak pa la jugak, injure2 pun selalunya dapat la jugak top three... Pastu leh la pau duit hadiah tu... hehe (upah jadi tukang urut... keh keh keh)

Kadang2 tu saja ja la tanya kat Faris... "Faris dah besar nanti nak masuk sukan apa? Ummi dulu hoki. Abah takraw...".

Tapi bukan Faris yang jawab, abah dia lak yang tolong jawabkan... "Faris besar nanti main tenis untuk negara tau...". Saya : "Ye lah tu..."

Ok la, merepek2 je petang2 ni kan... Ha, dah lama tak tempek gambar anak bujang saya nan sorang tu... Tengah hari tadi baru je dapat gambar dari En. Suami... Punya la lama dok tunggu...

Esok2 la saya wat entri pasal gambar tu ye. Gambar kat kampung masa balik cuti raya hari tu... Ok la, daaa

Faris yang gigih dok gigit medal abah... Konon2 gaya atlit yang menang medal la tu... adeh... 

Kusut, misteri dan macam2 lagi... adeh...

Salam...

Hari ni mood macam swing2 je... Ntah pasai pa ntah... Badan je kat office, tapi otak melayang2 ke mana hala... Banyak menda yang sedang mengusutkan fikiran....

Nasib belum tersimpul mati je. Nak kena leraikan segala kekusutan ni.

Pulak tu, ingatkan dah selesai la satu masalah yang lebih kepada satu misteri yang melanda diri ni sejak minggu lepas.

Nampaknya, misteri tu masih menyelubungi diri... Adeh, menci tul la. Sapa la makhluk tuhan tu yang telah menggusarkan hati ni.. Kalau berani meh tunjuk muka kat sini. Jangan dok 'menyorok' bikin hati susah... Geram...

Lupakan segala kusut musut tu. Ni nak cerita something yang happen malam tadi... hehe

Saja nak cerita pengalam yang berulang. Dulu2 masa nak cerita tak ada lagi blog nih... Blog ni wujud pun saat Faris dah selamat melihat dunia ni dah...

So, boleh la cerita pasal 'adik' dia pulak kan... hehe.

Malam tadi masa tengoh syiok dok layan channel 391 (KBSW) - cam biasa la citer korea- tetiba perut ni mengeras sangat2. Cam nak pecah rasanya. Dah 2,3 hari camni. Biasanya jadi masa kat office.

So, nak kurangkan rasa tegang tu saya pun pegang2 la perut. Sekali rasa cam keras sangat2 perut ni. Bila saya pegang betul2 rasa cam tajam2 je. Rasanya mungkin vontot baby kot...

Owh, teringat masa 1st time peknen dulu. Moment yang paling indah bila dapat rasa salah satu anggota badan baby buat kali pertamanya... Dulu masa Faris kalau tak silap yg 1st saya dapat rasa siku/lutut dia sebab rasa cam kecil & tajam2 je.

Yang ni cam besar sket la kalau nak dikatakan siku/ lutu. Tu yg rasanya 'dia' punya vontot kot... hehe. Rasa kelakar bila dapat pegang... Lama gak baby dok dalam keadaan camtu...

Pastu terus rasa biasa balik... dan dah boleh nampak la gerakkan dalam perut tu... senget2 jadinya perut saya. Selalu senget ke kiri...

Doktor kata kulit perut saya nipis. tu yang senang nampak masa awal2 peknen. dan mungkin jugak tu salah satu sebab perut saya kecik je masa peknen... herm...

Tu je nak cerita... saja nak kasi semangat sket kat mommy2 yang baru2 peknen tu & tengah berusaha nak menambah... hehe

Ok la, nanti2 sambung lagi... daaaaa

selingan:

Bread, Love and Dreams

Citer yang saya tengah layan sekarang ni... So, hari Rabu & Khamis kul 9.00 malam sampai kul 10.15 malam saya yang konker tv... hari lain tak kisah la siapa nak konker pun... Cuma 2 hari tu je.. hehe. Hubby pun dah 'tersangkut' ngan citer ni...

Wednesday, October 6, 2010

Dah agak dah...

Salam...

Dah kenyang ke??? Saya tak berapa nak kenyang nih. Tadi kuar jap teman officer kat sini kuar beli barang sket. Pastu sempat la tapau bihun goreng je...

Nak tapau nasik cam tak lalu lak nak makan nasik. Tak pa la, kang balik rumah nanti qado makan nasik... hehe

Awalnya ingat nak teman dia je.. Last2 ada jugak la barang yang dibeli. Tapi semuanya barang2 yang memang dalam list nak beli la, cuma ingat nak kuar ngan hubby pi beli, kebetulan saya dah kuar terus je la beli...

Berbalik kepada tajuk... Apa yang saya dah agak tu?? Ha, si Faris tu la....

Tadi kan saya turun la ke taska dia pi jamuan raya. Mula2 tu dia tak nampak lagi muka saya, elok je la dia dok duduk atas kerusi dengan kengkawan dia.

Sekali bila dia dah perasan saya ada, terus je lari2 sambil jerit "Ummi, ummi...". Pastu terus jalan nak ke bilik dia (bilik yang menempatkan toddler).

Kononnya nak amik beg la tu. Dia ingat saya datang nak amik dia... Terus pengasuh dia cakap "Faris, tak balik lagi la. Petang nanti baru balik". Terus dia tak jadi ambil beg.

Tapi asyik ngekor saya je la. Pantang hilang dari pandangan terus nangis sambil cari saya. Takut betul kena tinggal.

Masa tu saya dah agak dah, ni sure melalak sat lagi masa saya nak balik nih. Tapi terus la layan dia... Elok saya dah siap makan, pastu nak balik dia pegang kuat tangan saya.

Ajak balik. Saya cakap la, "Belum lagi. Ummi nak kena masuk office nih..". Sambil nangis2 dia dok sebut "Tak mau... tak mau..."

Adeh, dah agak dah. Sure akan melalak la dia nak ikut. Kalau bos saya tak ada memang saya dah bawa naik sekejap bagi dia diam, pastu hantar balik ke taska.

Pulak tu hari ni ada audit 5S pulak nak datang, lagi la tak boleh. Nak tak nak saya tinggalkan jugak dia yang tengah dok melalak tu kat pengasuh dia...

Entah lama ke sekejap dia nangis tak tau la. Takut dia nangis sampai muntah je...

Tu la salah satu sebab saya macam malas nak turun tadi. Takut dia nak ikut masuk office la. Kalau tak nangis tak pa, ni dok nangis2 rasa tak senang hati lak...

Selalunya saya akan cakap, "Tak pa faris, lagi 5 bulan je Faris nak dok kat taska. Pasni faris boleh dok puas2 ngan ummi dah. Pasni ummi jaga sendiri anak2 ummi... Tak yah pening2 dah nak pikir nak hantar mana..."

** InsyaAllah, mudah2an...

Jamuan Raya lagi???

Salam...

Pagi ni bersiaran awal sedikit... (awal sangat la...)

Sebab nak kena settle apa yg patut sebabnya jap lagi kul 10 pagi taska Faris ada wat jamuan raya... Kalau ikutkan macam tak nak pergi...

Tapi bila dok fikir nanti budak2 lain parents dia datang makan2 dengan anak2 kang Faris sorang2 lak tak dak sapa2 datang... sian pulak rasanya.

Terus rasa nak pergi... hehe. Lagi pun makan2 kan, rezeki jangan ditolak... hehe. Tapi belum bagitau lagi kat CikPuan Bos... Erm...

Semalam masa nak amik faris pengasuh taska dia ada pesan suruh pakaikan baju raya hari ni dan kalau bermurah hati boleh la bagi sumbangan makanan...

Balik rumah dok fikir, nak bawak apa lagi ye selain kuih raya... Mula2 cadangnya nak wat nasi impit + kuah kacang je... Nasi impit yang belum rebus ada banyak lagi. Kacang pun ada la lagi sikit...

Tapi bila fikir2, rasanya mesti dah ada orang bawa kalau ada yang bagi sumbangan sate mesti akan ada nasi impit sekali...

Pikir punya pikir punya pikir, terus teringat yang bihun beli untuk makan2 hari tu ada lagi. So, amik keputusan nak wat bihun goreng je la... senang & cepat... hehe

Malam tadi sebelum tido sediakan siap2 segala bahan mak nenek untuk masak pagi ni. Senang, bangun je terus start menggoreng...

Set jam kul 5 lebih. Tapi memandangkan semalam agak lewat saya ketiduran, terus la dok postpone jam tu. Sekali sedar dah kul 6 lebih... hamik ko...

Kelam kabut saya bangun.. Pas solat subuh terus mulakan operasi menggoreng... Gigih la dok goreng bihun sorang2... keh keh keh... Sambil2 goreng sambil2 siap apa yg patut...

Nasib baik la siap on time... Tapi boleh buat tak banyak la. Rasanya cukup la dalma 20 orang nak makan. Nak wat camna, kuali pun sedang2 je. Tak ada kuali besar cam kat kampung tu...

Tak pa la, nanti combine dengan makanan2 yang parents lain bawak dah jadi banyak kan...

Kamera lak tak ada. Dah pesan ngan hubby, kalau dia dapat datang minta dia bawak kamera sebab ada dengan dia. Dia nak guna lak hari ni. Dah tu dia lak ada meeting pagi ni.

Awal2 lagi dah pesan, kalau sempat datang, datang la... bawak kamera sekali... Dia cuma jawab "ok" je... Tapi rasanya kalau dah meeting ngan jabatan2 luar ni sure habis lambat. Pulak tu dia kena ganti bos dia lak...

Harap2 dia leh datang la.. sekejap pun jadi la... Rugi la kalau tak dak gambar gak kali ni. Tapi saya lak tak pakai baju raya...

Erm, ok la... Bebel jap je... Ada kerja nih... Daaaaa

Monday, October 4, 2010

Fenin...

Salam...

Fenin... fenin... fenin...

Itulah yang dapat dikatakan oleh saya sekarang ni..

Kalau dalan citer P. Ramli - Madu tiga, salah satu dialog dalma citer tu "Ya Allah, macam2 penyakit ada dalam rumah ni..."

Saya lak nak buat dialog sendiri "Ya Allah, macam2 format borang yang ada dalam office ni..." hehe

Ni la masalahnya bila banyak sangat borang or format yang nak kena buat tiap2 bulan. Sampai saya naik pening menengok menda alah ni...

Sampai tak tau mana satu yang bos saya maksudkan. Borang itu ke borang ini...

Adeh, lama2 boleh mati saya dalam timbunan borang2 yang berlainan format nih... hehe (poyos je...)

Ok la, gtg... ada banyak lagi nak kena settle kan ni. Ni pun amik nafas jap jengah & update blog nih... hehe

Daaaaa.....

Cerita hujung minggu yang memenatkan...

Salam...

Selamat pagi Isnin... Hari ni masih terasa sakit2 badan lagi...

Sabtu lepas ada buat makan2 sikit. Tapi buat kecil-kecilan sahaja. Hanya jemput member office beberapa orang, member office husband, kawan2 rapat, jiran2 dan saudara mara sahaja.

Nak panggil semua, bajet pun ciput aje.. InsyaAllah, kalau bajet lebih next time boleh la panggil lagi ramai orang... Sorry ya pada yang tak dijemput... Maaf sangat2...

Menu hari sabtu lepas pun biasa2 saja... Laksa, bihun sup, nasi impit + kuah kacang, nasi impit + sup dan makanan sampingan (kek, kerepek dll)

Alhamdulillah la, majlis berjalan lancar. Tetamu pun tak putus2 datang sampai ke malam... Memang penat giler terasa la...

Jumaat malam tu dah start operasi penyediaan bahan2 untuk dimasak. Bermula dengan bahan2 untuk kuah laksa. Pakat la saya ngan husband dok siang & perisi ikan untuk buat kuah. Sampai naik krem kaki & pinggang. Ikan lak 2 kilo stengah. Pastu daging & tulang lak untuk buat sup...

Sambil siap2 kan bahan tu sambil2 kemas2 rumah, susun perabot yang sket tu, mop lantai la... Sedar2 dah 3.30 pagi weh... Apa lagi, settle cepat2 terus la Zzzz..

Esok pagi2 dah bangun lagi, sambung apa2 yang patut... Tidur pun dalam 2,3 jam je...

Malam tu lepas tetamu semua balik terus melepet la saya depan tv. Dah tak larat nak menapak naik tangga. Tapi tengah malam tu hubby kejutkan suruh naik jugak tidur dalam bilik sebab kat ruang tamu tu ada nyamuk sket.

Kaki sebelah kanan dan cramp. Seksa rasa naik tangga... hehe

Pagi esoknya (Ahad) dua2 belah kaki cramp. Tengok banyaknya kerja nak kena buat, mengemas & membasuh rasa cam nak pengasan je... hehe

Sepagi la wat kerja2 tu sorang2. Hubby lak sibuk ngan bisnes lak. Ada tempahan dari kawan2 dia untuk open house.

Settle semua kerja2 tertunggak tu, mandikan si kecik terus baring2 lagi... Nak tido tak leh. Badan rasa sakit2 sangat.

Petang lak kuar pi cari susu & barang2 dapur. Kalau ikut hati malas nak keluar. Tapi memandangkan susu si kecik tu dah tinggal sikit, memang tak cukup untuk malam tu gagah la jugak keluar.

Maaf la kepada kengkawan yang jemput saya ke open house. Memang tak berdaya dah nak pergi. Dengan kaki yang masih sakit akibat cramp tu... Maaf banyak2 ye....

Gambar pun tak ada. Memang tak sempat la nak snap2. Pulak tu hp hubby lak rosak. Sekeping habuk pun tak ada gambar...

Ok la, tu je nak cerita. Dah lama tak mengupdate... Sekali update berjela2 lak taip...

Till then, daaaaa....