Wednesday, October 6, 2010

Dah agak dah...

Salam...

Dah kenyang ke??? Saya tak berapa nak kenyang nih. Tadi kuar jap teman officer kat sini kuar beli barang sket. Pastu sempat la tapau bihun goreng je...

Nak tapau nasik cam tak lalu lak nak makan nasik. Tak pa la, kang balik rumah nanti qado makan nasik... hehe

Awalnya ingat nak teman dia je.. Last2 ada jugak la barang yang dibeli. Tapi semuanya barang2 yang memang dalam list nak beli la, cuma ingat nak kuar ngan hubby pi beli, kebetulan saya dah kuar terus je la beli...

Berbalik kepada tajuk... Apa yang saya dah agak tu?? Ha, si Faris tu la....

Tadi kan saya turun la ke taska dia pi jamuan raya. Mula2 tu dia tak nampak lagi muka saya, elok je la dia dok duduk atas kerusi dengan kengkawan dia.

Sekali bila dia dah perasan saya ada, terus je lari2 sambil jerit "Ummi, ummi...". Pastu terus jalan nak ke bilik dia (bilik yang menempatkan toddler).

Kononnya nak amik beg la tu. Dia ingat saya datang nak amik dia... Terus pengasuh dia cakap "Faris, tak balik lagi la. Petang nanti baru balik". Terus dia tak jadi ambil beg.

Tapi asyik ngekor saya je la. Pantang hilang dari pandangan terus nangis sambil cari saya. Takut betul kena tinggal.

Masa tu saya dah agak dah, ni sure melalak sat lagi masa saya nak balik nih. Tapi terus la layan dia... Elok saya dah siap makan, pastu nak balik dia pegang kuat tangan saya.

Ajak balik. Saya cakap la, "Belum lagi. Ummi nak kena masuk office nih..". Sambil nangis2 dia dok sebut "Tak mau... tak mau..."

Adeh, dah agak dah. Sure akan melalak la dia nak ikut. Kalau bos saya tak ada memang saya dah bawa naik sekejap bagi dia diam, pastu hantar balik ke taska.

Pulak tu hari ni ada audit 5S pulak nak datang, lagi la tak boleh. Nak tak nak saya tinggalkan jugak dia yang tengah dok melalak tu kat pengasuh dia...

Entah lama ke sekejap dia nangis tak tau la. Takut dia nangis sampai muntah je...

Tu la salah satu sebab saya macam malas nak turun tadi. Takut dia nak ikut masuk office la. Kalau tak nangis tak pa, ni dok nangis2 rasa tak senang hati lak...

Selalunya saya akan cakap, "Tak pa faris, lagi 5 bulan je Faris nak dok kat taska. Pasni faris boleh dok puas2 ngan ummi dah. Pasni ummi jaga sendiri anak2 ummi... Tak yah pening2 dah nak pikir nak hantar mana..."

** InsyaAllah, mudah2an...

8 comments:

-Sara- said...

aitt, sal nk benti kje ke pas bsalin yg ke2 tu?

Ena said...

sal nak jaga sendiri? sal nak cuti tanpa gaji ker bila dah bersalin nanti? ker nak amik maid? k gak tu.. kalo amik maid.. akak tak ready lagi.. ntahhhh la sal.. pk bukan2..

~~*Lady Salwa*~~ said...

Sara:

InsyaAllah, masih dalam perancangan... hehe

~~*Lady Salwa*~~ said...

Kak Ena:

Terer la akak nih.. Sal baru je konon2 nak wat suspen konon2 nak berenti kije...

tup2 akak telah meneka ngan tepat sekali...

InsyaAllah, perancangan tu nak amik cuti tanpa gaji la. tapi masih tengah dok timbang2kan... hehe

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

hohohohohoho..tu part paling tak bess
anak nak ikut kita sambil melalak-lalak..aish..sian kan sal..nak tinggal dia dalam keadaan tu tapi nak tak nak kene jugok

nok cuti tanpa gaji utk brapa lama mek sal?
suami sy cakap if dpt 2nd bb suh benti keje..ish..tamola..nak keje..ngeeee

. . . h u s n a . . . said...

hmmm, tak rse rugi ke kalau berenti ???

~~*Lady Salwa*~~ said...

Rose:

Tu la pasal. Sampai rasa nak nagis sekali je ngan dia masa tu... hehe

Tu la kan, nak berhenti sayang je.. Mungkin dalam setahun dua kot... Masih dok berkira2... ye la, tanggungan banyak gak. keta lagi, ptptn lagi... adeh...

Tak yah berhenti rose, amik cuti tanpa gaji gak cam sal. at least anak dah besar sket tak la risau nak tinggal kat orang...

~~*Lady Salwa*~~ said...

Husna:

akak tak berhenti kot dik... just amik unpaid leave...