Wednesday, March 31, 2010

Warghhhhh... menci, menci, menci...

Salam...

adeh, benci la ngan sistem HR*** yg sangat menyusahkan ni... Tau tak, dah 3 kali saya buat SKT ni. tapi still tak berupdate. dah save, tapi bila nak send kat bos, tak dak butirannya...

Dah la hari ni last date... tau dak, dah nak balik ni...

Herm, malas dah nak layan... nak balik tenangkan otak... lagi bagus.... lantak la nak jadi apa... menci betul....

Papaiiii.......

Kisah Budak Bucuk

Salam...

Hari ni sedikit sibuk. Tapi sambil2 tu jenguk jugak ke sini... Sakit kepala lak. Printer wat hal pulak hari ni, tak leh nak print. Dah le banyak benda nak kena settle nih...

So, sementara tunggu printer dibaiki baik isi masa terluang...

Nak update pasal anak bujang saya tu. Hari isnin lepas bawak dia pi check up. Erm, berat badan tak naik pun. 11.5 kg jugak... Last check up bulan 1 hari tu pun 11.5kg gak... Ni sure gara2 selsema, pastu tak mau makan nasik... Lagi 2 bulan kena pergi check up balik...

Ni saja nak tempek muka si kecik tu...

khusyuk dok tengok tv

"Ummi, sedap la kunyah tiub bola ni..."

Perkembangan si kecik tu sekarang:

* Dah boleh sebut nama sket2 dengan bantuan... Bila saya kata Ahmad - dia sebut "Amad" (H silent). Faris - dia sebut "Ayis". Danish - dia sebut "Danis" (H silent lagi). Bila tanya 'siapa nama saya?' Dia sebut "ayis" (faris)... hehe, kelakar je...

* bila tidur nak didodoi lak. pastu kena sambil sembang2 dengan dia... Ajar dia baca doa la, apa la... baru dia akan tidur

* dah pandai nyanyi lagu ABC... tapi reti nyanyi dari A sampai E aje... pastu aa aa aa... Tapi masih dengar la irama lagu ABC tu... hehe

* dah pandai nyanyi lagu twinkle2... tapi yang ni pun irama je le. perkataan dia "aa uu uu" pastu ntah apa ntah. Yang betulnya hanya "up up up" (sepatutnya - up above the world so high)

- kebetulan pulak hujung / kepala katil saya betentangan dengan tingkap. So, bila tidur & mengiring ke kanan tu nampak la langit kat luar. Tiap kali bagi tidur si kecik tu mesti ternampak bintang kat langit. Pastu dia pun akan nyanyi la lagu twinkle2 versi dia... hehe

* bila dengar orang baca doa, terus angkat tangan. dah habis sebut "amin"

* banyak la jugak perkataan simple yang dah reti - habis, jatuh, tutup, buka, nak, ayam, cat, lizard, cicak, dll

* kalau kita lambat buat sesuatu je mesti dia sebut "cepat aa"

* memori dah semakin kuat. boleh la beza barang mainan or something tempat letaknya kat mana. Contohnya kalau dalam bakul mainan lego dia ada mainan lain, dia akan keluarkan. So, dalam tu ada block2 lego aje. Lagi satu, lepas buka baju terus letak dalam bakul baju kotor.

Tu je kot nak cerita pasal perkembangan si kecik tu.  Erm, rasanya sama je perkembangan dia ngan budak2 lain yang sebaya dengan dia... Tak dak la yang luar biasa...

Ok la, panjang dah bercerita. Till then, papaiiii

Selingan:


Suka sangat makan laksa... 'Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi"... hehe


Ni le buku ABC faris. Kalau saya nyanyi lagu "ABC's" dia akan cepat2 ambil buku ni & bukak sambil nyanyi jugak... hehe

Tuesday, March 30, 2010

Dush... dush...

Salam...

Sekejap je dah petang...

Adeh, sakit la pulak belakang kepala ni. Ni semua gara2 dok tahan ketawa tadi la nih... Bukan apa, staf2 kat sini suka betul menyakat saya. Dah la saya ni jenis yang suka ketawa. Lagi sakan la diaorang menyakat. Notti betul... Nak lepas je ketawa tu cam tak manis lak. Saya ni kan perempuan, kena la bersopan sikit bila ketawa... Ala2 ayu gitu... hehe

Dush... dush... hambik ko, pukul kepala sendiri... Sakit la, camna nak bagi hilang ni...

Kat luar dengar bunyi guruh berdentum... Jenguk ke luar... Mak ai, langit dah mula hitam... Sat lagi hujan turun la tu... Oh ya, dah lama nak tempek pic ni... Tapi asyik lupa je...

Kat sini la saya hilangkan tension saya. Bila tension or moody je saya akan termenung di jendela memerhatikan suasana ini...

Kat belakang opis saya ni ada tasik...

Ekceli dari tingkap bilik saya ni boleh nampak macam2 lagi. Tapi lagi satu side tu tengah ada pembinaan. Cam tak sesuai plak nak amik gambar & tempek kat sini. Kalau dari sudut tu akan nampak pusat ekuestrian (betul ke ejaannya?) Putrajaya...


Langit yang mula menghitam...

Kalau hujan petang ni alamatnya tak dapat la singgah pasar malam... Tapi kalau singgah pun selalunya saya tak tau nak beli apa. Herm, nak makan pun susah ka???

Ok la, dah merapu meraban lak... Esok ada satu entri special nak buat. Tak sabar rasa... hehe

Till then, daaaaa....

Sikit2 lama2 jadi bukit

Salam....

Apa kaitan entri ni ngan tajuk di atas??? herm, sesaja je letak tajuk camtu. ntah sesuai ke tak, belakang kira... hehe
Ekceli entri ni nak dipublish semalam la. Tapi tak sempat sebab sibuk sedikit... Ingat nak update pasal check up si kecik tu. Tapi esok2 la kot...

Saja nak cerita pasal kisah cuti hujung minggu hari tu... Lepas habis sidai baju tu saya ingat nak menyiram la pokok2 sayuran di ladang kebun saya. Sekali tengok... wah, dah mengeluarkan hasil... Apa lagi, cepat2 la snap 'hasil pertama' ini untuk dibuat kenang2an... Ngada2 je saya ni... hehe

Pokok bendi yang lebat berbuah...


Tomato yang masih hijau... Lagi 2 minggu dah masak kot...


Cabai melaka a.k.a cili padi

Dan hasil daripadanya saya telah memasak gulai a.k.a kari semalam. Tapi gambarnya tak snap lak. Segan la, masakan saya biasa je... hehe

Pokok bendi memang tak berhenti la berbuah. Penat nak makan. Pokok cili pun sama. Tengah tunggu cabai hidup membesar.... Nanti dah boleh la berjimat sket... hehe. Ingat nak tambah lagi lain2 pokok, tapi ruang tak cukup lak... Nak kena beli pot la nampaknya...

Ok la, nak cerita pasal tu je. Tak dak cerita yang best pun... Idea kekurangan la... Otak ni cam tak berapa nak berputar je... Masih terasa ngantuk lak sebab tadi tengah sedap lelapkan mata, ada orang terjah bilik saya sesuka hati je. terus terbantut tido saya... Haisyh... Dah la malam tadi tak cukup tido. Faris asyik meragam je sebab tak sihat...

Ikut hati mau je sambung balik sekarang ni, tapi dah habis pun waktu rehat... huhu

Okeys, till then. Papaiiiiii....

Monday, March 29, 2010

Sepantas kilat...

Salam...

dah makan ke semua??? Tajuk cam bukan main je kan... hehe

Bukan apa, saya tengah berkejar ni. Nak makan lagi, nak solat lagi & nak update lagi... hehe (sempat lagi jenguk blog...)

Satgi dalam kul 2 lebih dah nak kuar bawak si kecik tu pi klinik...

Tadi masa khusyuk dok jenjalan kat rumah kengkawan, datang la staf opis saya edarkan payslip. Apa lagi sepantas kilat saya membukanya. Sekali bila tengok amaunnya, mak ai... "Betul ke payslip aku ni??? Ke aku terbuka pay slip bos aku???". Tengok nama kat depan 'comel binti hensem' hehe. "Sah, nama aku ni..."

Tonyoh2 lagi mata. Tampar2 pipi kot mimpi... Adeh, sakit...

Sekali tengok... owh, patut la... Tunggakkan yang bergunung-ganang tu dah 'segedebuk' dapat... hehe. Senyum sampai ke telinga... Tapi masih ada yang belum dapat... So, tunggu lagi la next pay slip... ^_^

Pok cik kayo.... ops silap... Mok cik kayo....

Bila tengok kalendar, terus senyum jadi muncung... Adeh, next month nak kena renew road tax & insurance daaa... Tak dapat la nak berjoli sakan... Plus baki tu nak kena simpan sebab nak prepare untuk sebarang kemungkinan.

Tak pa la, untung dapat duit tunggakkan tu sekarang, selamat duit gaji saya bulan ni... hehe

Ok la, nak turun bawah sat. Jumpa DIA. Pehtu nak terus zassss ke taska si kecik... Till then, salam....

** saya tak tau pasal amun gaji tu sebab tak sempat lagi pi check gaji kat bank... hehe

Bebelan Pagi Isnin...

Salam...

Dah hari Isnin... Rasa macam sekejap je bercuti... Tambah lak tak ke mana2 pun, jalan2 area2 sini je & balik2 ke Alamanda je... herm... Sangat bosan ok...

Hari Sabtu hubby o.t sampai ke petang... Saya? Layan TV je la. Lepas membasuh & mengemas sket2 capai remote terus tekan 303... hehe. Layan sampai kul 1 baru terkedek2 masuk dapur & masak... hehe. Nak masak awal2 pun bukan ada sesapa nak makan...

Konon malam tu nak keluar, tapi macam 'm-a-l-a-s' je... Tambah si kecik tu tido awal...

Hari Ahad lak kononnya nak ke S.u.n.w.a.y L.a.g.o.o.n,   last2 tak jadi. Sudahnya ke Alamanda... Tu pun pergi sekejap je sebab si kecik tu dah wat perangai, coz ngantuk nak tido...

Petang japgi nk kena bawa si kecik tu utk check up 21 bulan / 1 tahun 9 bulan... Apa la si kecik tu tengah buat sekarang ni kan... Semalam badan dia panas, nak demam la tu... Lepas lap2 dah ok sikit. Pagi tadi macam dedar je. Ingat nak ambil awal dia hari ni. Tapi saya lak kena ganti orang...

Dah le saya terlupa yang saya kena ganti orang hari ni... Sedap je dok ngadap PC pagi tadi. Tengok2 dah kul 9 a.m. Apa lagi, kelam kabut saya naik aras 15 nih... Sangat tak best sejak tak ada bos ni. Kena ganti orang sana sini...

Ops, panjang pulak bebel hari ni. Nak cerita entri bergambar, thumdrive tertinggal dalam handbag lak.... Esok2 la... hehe

Ok, till then... Papaiiiiiiiiii

Saturday, March 27, 2010

Dah berkurun... hehe

Salam...

Rasanya agak lama dok peram tag & award ni... Bila dah masuk 2 orang yang bagi award ni, rasa cam harus menjawab secepat yang mungkin lak... Sebab tengok sana sini orang dah publish pasal award ni... Saya je ketinggalan kereta lembu... hehe

Award ni saya dapat dari Kak Ena - teratak milikku (org yg 1st bagi) dan juga Ezzah a.k.a Cik Puan Ezzah (2nd). To both of them, thanks ya... hehe

Sebelum nak amik award ni nak kena la buat beberapa perkara iaitu:

1. Thank & link the person that gave you the award. - dah settle

2. Pass this award onto 15 blogger you’ve recently discovered and think are fantastic

- rasanya ramai yang dah dapat... erm, nak bagi jugak le... kepada follower blog nih yang belum dapat award, sudi2 la amik ye... hehe

3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award - erm, perlukah??? hehehe


4. State 7 things about yourself.

S     - Simple tapi kadang2 sangat cerewet

    - 4?? erm, nak anak 4 orang... boleh ke??? hehe. Bukan la, saya anak yg ke-4.

S     - Sangat sensitif. Mudah menangis & merajuk.
   - Ada seorang anak & seorang suami... love both of them so much
   - Love my family so much esp mak & ayah
W   - Walaupun senang memaafkan kesalahan orang, tapi sukar melupakan...
A    - Amat obses dengan cerita korea / korean dramas

Ok, saya dah buat semua yang disuruh, dan sekarang saya dengan berbesar hati nak amik award dari mereka berdua... Taraaaaa...

Kasi besar sikit biar clear... hahaha

Friday, March 26, 2010

C.E.R.I.T.A ~ K.E.D.A.I ~ K.O.P.I

Salam....

Apa kaitan entri dengan tajuk di atas, saya pun tak tahu. Saja suka2 letak tajuk tu... hehe

Dah pun petang... Jap lagi kul 5 dah boleh balik kerja... Dan yang paling best esok cuti... yeayyy...

Rehat hari ni saya tak ke mana-mana pun... Sebabnya tak bawak kereta hari ni. Datang ngan hubby... Tadi dia ada offer gak nak bagi kereta, tapi cam malas je nak drive keta dia yg gedabak tu...

Lagi pun, bila memikirkan semalam adalah 'hari gaji' staf gomen makanya hari ni for sure la alamanda tu dipenuhi lautan manusia terutama sekali kaum hawa. Bak kata hubby "hari Jumaat adalah hari kaum ibu..." hehehe

Memandangkan tak ke mana2, so saya telah mnonton sesuatu untuk mengisi masa lapang sambil letak2 kepala atas meja... Apa yg saya tonton??? Jom layan... hehe

Ini la vcd yg saya dok layan tadi...

Vcd ni saya pinjam dari kak ngah saya. tapi dah terbuat macam harta lak... hehe. Suka tengok C.t dalam vcd ni. Cantik & jelita je dia ni... Ni koleksi A.J.L yang dia pernah masuk dari tahun 1996 - 2001. Antara lagu2 yang ada dalam tu...

"dari mata, dari jiwa yang berahi... makin ku mengerti istilah percintaan ini...
Moga nanti ada seru menyatakan kau kekasih hingga ke akhirnya..."




Dulu dok berangan nak pakai baju ni masa kawin sebab baju ni sangat la cantik bagi saya (masa tu). Tapi bila dah besar, hanya tinggal angan2 la... hehe


Lagu B.A.L.Q.I.S - Comel...

Sambil layan video tu, sambil la terjah blog orang sana sini... Pastu tiba2 perut berbunyi... Tengok2 dah pukul 1 lebih... Ops, tak makan lagi. Turun ke cafe ingat nak beli kuih or cucur je, tapi tak ada la pulak. Ada nasik je... Herm, tak lalu la nak makan nasik... Last2 makan biskut sahaja...

Owh, baru teringat yang petang semalam saya tak makan nasik. Sebab petang semalam ke Alamanda untuk membeli pizza... Konon aje macam org mengandung yg mengidam... Balik rumah si kecik tu dah excited nak makan. Siap duduk bersila depan ummi dia. Tak sempat nak bukak penutup mangkuk sup lagi dia dah "nak, nak". Lepas je dapat garlic bread & sup apa lagi, sakan menicah la...

tengok, sampai comot habis muka dia...

Roti tu tak luak pun. Mana tak nya, asyik hisap kuah je, roti tak makan... Saya makan pizza 1 slice je. Nak beli bukan main beria... Akhirnya tersimpan je dalam peti sejuk tu. Balik kang kena panaskan dalam oven la...

Ops lupa nak snap gambar makan pizza, sebabnya kul 11 lebih baru makan. Dah sejuk pun pizza tu... Gara2 tunggu hubby balik dari main futsal... Nak makan terus masa balik dari Alamanda petang semalam rasa macam kenyang lagi je. Tu yang makan lewat tu...

Ok la, panjang pulak celoteh petang ni.... Nak turun ke cafe jap, kutip hasil jualan... hehe... Papaiiiii....

Kisah pagi ini...

Salam....

Selamat pagi.. Dah makan ke?? Saya baru je nak start... Sambil makan sambil ngadap PC nih... Jap gi ada kerja yang sudah menanti.

Saja nak cerita kisah pagi tadi... Cam biasa siapkan si kecik tu untuk ke taska. So, bagi mandi la si kecik tu siap2 sebab dia 'membuang'. Sambil bagi mandi tu, sambil dok pikir nak bagi dia pakai baju apa pagi ni.

Pastu teringat la yang hari ni kan hari Jumaat. Jadi, saya bercadang la nak bagi dia pakai baju Melayu. Ye la, kalau nak tunggu hari raya je sayang la kan, sure baju tu dah kecik nanti. Pehtu, ingat nak bagi pakai baju warna kuning cair le sebab baju tu kain cotton (ada 2 pasang baju melayu, lagi satu warna maroon). Tak la panas sangat nanti.

Habis bagi mandi tu saya pun pergi la dekat drawer nak amik baju dia. Cari punya cari tak jugak jumpa. Aisyeh, kat mana letak lak ni. Rasanya hari tu masa lipat2 baju, letak sekali dengan baju Melayu maroon tu.

Last2 saya ambil la baju Melayu maroon tu disebabkan tak jumpa baju kuning cair tu. Sekali masa saya pergi ke katil nak pakaikan pampers si kecik tu tengok2 baju Melayu kuning tu ada atas katil. Terbentang elok je...

Saya senyum je... Dah siapkan si kecik tu & dengan saya sekali dah siap, turun bawah tanya la hubby. "Abang ke yang letak baju Melayu kuning tu atas katil?". Dia senyum je...

Wah, macam dia dapat baca fikiran saya je... hehe. Itu la yang dinamakan sehati berdansa sejiwa... kan kan kan...

Ok la, nak cerita yang tu je... ngada2 kan... Orang lain lagi hebat2  tak cerita pun... tak pa la, tak salah pun saya nak cerita... kan ni blog saya... hehehe

Ok, papaiiiii....

Ini la baju Melayu yang saya cakapkan tu.

** Ingat nak bagi pakai sampin sekali, tapi macam over lak...

** Seluar baju ni pun dah ketat. Masa bagi pakai tadi dia buat muka lak. Saya tanya "kenapa faris? ketat ke?"... pehtu dia jawab "ketat"... hehe. Kesian dia...

Thursday, March 25, 2010

Nak letak tajuk apa haaa....

Salam...

Erm, dah petang Khamis kan... Esok dah hari Jumaat. Pastu cuti... yeayyy...

Sekejap je masa berlalu sekarang ni kan... Minggu depan dan nak masuk bulan 4. Means, my bos akan balik dalam seminggu lebih. And no more goyang2 kaki lagi ye budak comei... hehe

Saja nak cerita pasal si kecik sorang tu... Alhamdulillah la, semalam Faris tido dengan lena cuma sesekali terjaga untuk minum susu... Syukur... Makanya ummi dia pun dapat la tido dengan lena... hehe

Cuma yang membimbangkan, semalam pengasuh kat taska tu ada la bagitau yang Faris dah 2 hari muntah masa tengah tido. Balik rumah pun dia ada muntah jugak. Tak tau la kenapa. Salah makan ke, tak sihat ke. Tapi aktif cam selalu je. Takut dia ada terjatuh kat taska je...

Tengok la, kalau hari ni stil muntah2, nak kena pi check jugak la. Hubby kata maybe sebab kahak banyak. Selsema dia tak baik2 lagi. Baru je baik 2 hari dah selsema balik...

Owh, dah nak balik pun... Ok la, papaiiiii

Selingan :

Lama tak tempek gambar si kecik ni... Susah betul nak ambil gambar dia...




Makin nak masuk umur 2 tahun ni makin lasak...

Erm, jangan tanya ye... hehe

Salam...

Morning semua...

Tajuk entri cam mengada2 je kan... hehe

Just nak bagitau la. Kepada kengkawan yang dihormati, please jangan tanya saya ada FB tak, friendster tak, dan lain2 yang sewaktu dengannya. Sebab saya akan menjadi serba salah untuk menjawabnya. Sebab apa??? biarlah rahsia... hehe. Tak dak la, sebab saya sendiri pun tak tau sebab apa... keh keh keh

So, pendek kata jenguk2 blog saya dah le ye... hehe

Ok la, that's all... papaiiiiii....

Wednesday, March 24, 2010

Sedikit info...

Salam...

Sambungan entri tadi... (ke D.a.r.u.s.s.y.i.f.a)

Kepada kengkawan yang nak pergi tu, tak yah buat appointment. Terus je pergi situ. Nanti kat sana akan disediakan sebuah buku. Pastu tulis la nama, masalah dengan asal (tempat tinggal).

Nanti ustaz bertugas merawat tu akan panggil la nama ikut giliran dalam buku tu. Pasal bayaran pulak, terpulang le pada keikhlasan kita nak bagi banyak mana... Lebih kurang macam sedekah la. Tak nak bagi pun boleh... Tapi seeloknya bersedekah la kan...

Oh ya, kalau ada yang bercadang nak dapatkan rawatan daripada Tuan Guru, kena la pergi awal sikit. Sebab ramai yang cerita, kalau hari yang Tuan Guru buat rawatan orang tersangat la ramai. Ada yang sebelum subuh pun dah sampai. Siap solat subuh dekat surau yang berhampiran. Lagi pun waktu rawatan adalah dari pukul 7.00 pagi sampai 12.45 tgh hari je. Sebelah petang orang lain pulak - anak buah dia...

Ok la, tu la sedikit info yang saya nak share... Mudah2an dapat membantu sesiapa yang bercadang nak dapatkan rawatan kat situ...

Till then, as-salam...

Ke D.A.R.U.S.S.Y.I.F.A

Salam...

Terima kasih la kepada semua yang sudi memberi cadangan untuk menghilangkan keboringan saya ni... Secara jujurnya saya tak la reti sangat nak berchatting ngan org perempuan nih... dengan lelaki reti la... hahahaha

Tak de la, abaikan ayat di atas ye...

Sebenarnya tadi saya keluar rehat awal sebab nak membawa si kecik tu ke :


Ekceli nak pergi masa Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din bagi rawatan. Tapi check2 kat website dia, jadual rawatan beliau adalah semalam. So, hari ni anak buah dia la... Nak pergi lepas kerja memang dah tak sempat sebab waktu rawatan sampai pukul 7 petang sahaja. Paham2 la, orang yang pi berubat kat sini punya la ramai. Kalau pi petang sure tak sempat la. Nak tunggu hari cuti, memang lambat lagi, hari ni baru hari Rabu...

Sebenarnya dah 2 hari Faris mengamuk sakan balik dari taska. Pastu asyik terjaga nangis2 tengah malam. Salah satu sebab lagi nak pi berubat bisul2 yang naik kat badan dia tu, sebab owner taska Faris yg suggest suruh cuba berubat tradisional lak sebab ubat klinik macam tak dak perubahan pun.

Masa sampai tadi punya la ramai orang. Tapi Alhamdulillah la, mungkin rezeki faris. Ustaz yang bertugas hari ni panggil nama Faris dulu... Lepas masuk bilik rawatan tu cerita la apa yang patut & sesi rawatan pun bermula. Ustaz tu baca la beberapa ayat suci Al-Quran & doa. Pastu sampai turn nak buat air penawar, si kecik Faris tu tak nak bagi pulak air mineral tu kat Ustaz. Jenuh la pujuk dia. Tapi ustaz tu rileks je... hehe. Dia pun paham, biasa la budak2...

Habis rawatan, ustaz tu pun bagi la beberapa kaedah rawatan sampingan yg boleh diamalkan setiap hari kat rumah. Dan jugak ayat2 Al-Quran yang boleh diamalkan sebagai penawar. Selesai semua, hantar la si faris tu balik ke taska semula & ummi dia terus balik rumah masuk kerja balik. Ingat nak melencong je, tapi tak baik kan...

Oh ya, lupa lak nak cerita. Masa tunggu nak amik Faris kat taska tu, ada la 3 orang budak dalam umur 3 ke 5 tahun dok main dekat playground depan taska. Budak2 tu dok tegur2 saya "Hai kakak". Adeh, terasa kembali muda la pulak bila budak2 tu panggil kakak... hehe. Senyum sampai ke telinga la bila 'mak cik' dipanggil kakak... hehe

Ok la, panjang lebar pulak celoteh petang ni... Kepada sesiapa yang nak tahu lebih lanjut pasal rawatan yang saya cakap tadi tu, sila klik sini. InsyaAllah, rawatan menggunakan ayat suci Al-Quran mujarab... Ustaz2 yang merawat kat situ pun adalah terlatih.

Ok la, As-salam....

J.i.W.a L.a.R.a

~~ Owh my.... bosan giler nih... Rasanya macam boleh mati kebosanan dalam bilik ni sorang2.... Perasaan yang begitu menekan jiwa.... Anybody can help me??? ~~

Dah jemu la...

Salam...

Dah breakfast ke??? Hurm, saya cam biasa la, minum susu + makan biskut... Badan pun dah kering cam biskut kering... heheh

Owh, pasal tajuk entri tu... Bukan jemu ngan sapa2 or hubby saya ye... Ekceli saya dah rasa sedikit jemu la nak minum susu ni... Baru je seminggu dok minum, dah rasa jemu... Tapi nak wat camna, nak tambah kalsium dalam badan, kena la jugak... Dan selagi tak pergi mencari pil kalsium tu, harus la minum susu setiap hari okeyh....

Dulu masa dari sekolah sampai la zaman bujang, kalau 1 mug or 1 gelas tu memang tak cukup. Mesti saya akan bancuh 2 kali (2 mug la). Tu yang membesar dengan sihat dan kuat tu... hehe

Tapi semenjak lepas kawin ni, adeh... Cam seksa je nak telan, macam nak makan ubat je lagaknya... Agaknya la kan, hormon2 lepas kawin ni dah mengubah kegemaran saya kot... Banyak la lagi yang dah berubah... Contohnya dulu suka sangat makan jagung, sekarang ni tengok jagung pun 'bo layan' je... Dulu suka sangat makan asam2, sekarang dah kureng...

Tapi tak semua la berubah. Ada satu yang masih saya suka dari dulu, kini dan selamanya... eceh... Iaitu tengok citer korea... heheh... Rasanya yang tu takkan berubah kot.... (",). And makan coklat... Biar la orang kata coklat ni menggemukkan ke apa ke, saya still sukaaaaa makan... ^_^

Ok la, nak sambung breakfast yang masih tak habis ni... Nampaknya terpaksa la saya buat macam dalam cerita P. Ramli - Belalang tu. Minum sambil tutup idung... keh keh keh...

Ok, papaiiiii.....

Tuesday, March 23, 2010

Bila saya boring...

Salam...

Sejak dua menjak ni, saya rasa cam tak dak idea je nak tulis apa dalam blog nih... Plus penyakit 'mim alif lam sin' melanda diri saya dengan dahsyatnya...

Dah tu, otak dah semacam tepu je semenjak kepergian bos saya ke UK... hehe. Bukan apa, punya la boring dok kat opis ni kerja tak banyak sangat. Biasanya sampai tak menang tangan buat kerja masa bos ada... Erm, lagi 2 minggu balik la dia... Pasni tak leh la goyang kaki lagi ye... hehe

Oh ya, hari ni nak cerita pasal apa yang saya buat time bosan2 kat opis ni setelah pening megadap PC ni... Jeng jeng jeng...

Apa lagi, kerja cut & paste...

Ni je la yg mampu saya fikirkan untuk mengisi masa lapang. Nak buat benda lain, tak dak bahan pulak... Dan hasilnya...


Tadaaa.. Ditampal disudut meja saya yang berserabut tu... hehe

Tak cantik pun, sebabnya lain yang saya nak buat, lain yang jadi... Tak pa la, janji ada la benda yang dibuat masa lapang2 nih... hehe

Ok la, tu je kot nak diceritakan... hehe... Nak taip panjang2 tak dak idea. Nanti la bila idea dah kembali ke asal saya story mory lagi ya.... Papaiiiiiiiiii

Friday, March 19, 2010

LAC REBRANDING CONTEST

Salam...

Wah, petang2 cenggini terasa teringin lak nak masuk contest. Tambah pulak hadiah yang ditawarkan sangat la mengujakan saya sebab saya memang sangat minat memakai shawl...

Contest ini adalah anjuran Leezan Alee Collection. Contest ni dibuat sempena penjenamaan semula LUVLEE_SHAWLS kepada LEEZAN ALEE COLLECTION. Untuk maklumat lanjut klik sini.

So, nak kena pilih la 3 hadiah yang ingin dimenangi (shawl) dan pilihan saya adalah seperti berikut :

LAC4


LAC5


LAC6

Saya sukakan himpunan koleksi Leezan Alee Collection kerana coraknya yang cantik, menarik dan da bomb. Sangat sesuai digayakan oleh sesiapa sahaja, ke mana sahaja dan bila-bila masa. Dan pastinya saya kelihatan lebih cantik dan comel apabila menggayakannya.

Teringat la pulak peristiwa suami saya hantar sms mengatakan saya nampak sangat cantik & cute bila memakai shawl. Terus teruja nak menang okey... hehe. Jangan marah ye, bila lagi nak puji diri sendiri.

Pertandingan ni tutup esok (20/03/2010) tau. So, cepat2 la join ok... Kepada kengkawan yang nak tengok koleksi  lain yang ada di Leezan Alee Collection sila la berkunjung ke blognya iaitu Leezan Alee Collection.

Ok la, wish best of luck kepada semua peserta especially diri saya sendiri la kan... hehe

Owh, terlupa pula saya. Saya nak panjangkan contest ini kepada :


Ok la kot... hehe

Till then... Papaiiii.....



Tragedi Kedai Makan...

Salam...

Dah makan ke semua??? Pi mana rehat yang panjang ni??Saya pi kuar makan dengan kawan2 lama sempena meraikan sorang member saya yang baru kawin.

Petang ni saya nak cerita satu kejadian yang terburuk berlaku ke atas saya. AMARAN, kalau tak tahan geli jangan baca ok....

Asalnya kami nak makan kat A.n.i   S.u.p   U.t.a.r.a,  tapi tutup la pulak kedainya. Nak pergi ke tempat lain, parking dah bayar untuk 2 jam... Rugi la pulak.

So, kami decide la nak makan je kat area2 situ. Terjumpa la satu kedai makan ni. Masa tu saya berdua je ngan kawan saya... Lagi 2 orang on da way. Kami pun duduk2 la dulu. Ramai jugak orang yang makan tengah hari kat situ...

Bila dah sampai semua apa lagi pergi la memilih lauk pauk untuk dimakan. Saya amik ayam masak kicap & sayur je sebab yg lain macam tak berapa berkenan di hati.

Dah duduk semua, air pun dah sampai kami pun makan la dengan berseleranya sebab masing2 kelaparan. Tengah sedap je saya menyuap, tetiba kan saya terpandang la kat lauk ayam saya... Tau tak apa yang saya nampak??? Sila jangan muntah ye selepas membaca cerita ni...

Saya ternampak ulat kecil yg sangat banyak - merenyut2 kat ayam tu... Pehtu siap ada yang dok bergerak2 lagi atas jari saya...

Ya Allah, terus saya stop la la (masa) tu jugak and pergi basuh tangan. Masa tu member2 saya macam pelik je kenapa saya stop tiba2. So, diaorang tanya la "kenapa hang dah tak makan?" saya senyum ja... Nak bagitau, takut selera diaorang terbantut lak. Lepas diaorang desak, saya tunjuk le ayam tu kat diaorang...

Apa lagi, masing2 pakat bangun & basuh tangan la... Terus panggil pekerja dia & tunjuk ayam tu. Pekerja dia ambil pinggan saya pastu kata "maaf ye kak. Boleh ambil yang lain sebagai ganti". Saya tersenyum sambil berkata "Oh, takpa. Saya tak nak"... Sorry la saya nak makan lagi. Kalau kengkawan la, lalu tak nak makan lagi kat situ?? Oh my...

Dah balik office call bagitau husband, dia kata kenapa tak ambil gambar & buat report. Sebab sebenarnya banyak dah cerita pasal kedai makan tu cuma tak ada orang nak baut report. Saya tak terfikir pulak nak ambil gambar tadi. Nak buat report pun tak leh la sebab tak ada bukti...

Cuma nasihat saya kepada kengkawan yang dok kat Putrajaya, berhati2 la bila nak pi makan kat satu kedai ni. Letaknya kat Presint 15, bertentangan dengan Secret Recipie. Saya tak nak bagitau la namanya sebab macam tak baik la pulak kan... Sesiapa yang nak tau jugak pi la tengok apa kedai makan yang bertentangan dengan SR dekat Presint 15 tu... hehe

Ok la, panjang lak membebel petang ni... saya tengah lapar ni, tapi dok terbayang ulat2 tu terus rasa tak lalu nak makan... aisyeh.... Ni la kejadian terburuk yang pernah berlaku ke atas saya... herm...

Kengkawan yang baca ni jangan rasa loya lak ye... Sorry la, cerita teruk2 lak petang2 ni... hehe

Ok la, till then... papaiiiiiiii....

Thursday, March 18, 2010

Tak tahan weiiii...

Salam...

Fuhhh, penat betul tengok reharsal tadi... Semua group best2 belaka... Group bahagian saya buat tarian Bangra (betul ke ejaannya ntah...). Kebanyakkannya buat tarian ala2 bollywood... Adeh, kaki ni rasa menggedik semacam je bila tengok orang menari... Pulak tu lagu rancak... Rasa cam nak naik atas pentas je join sekali... hek hek

Paling tak tahan bila dengar muzik zapin. Adeh, memang pantang le. Jenuh dok 'pedo' kaki ni dari bergoyang... Muzik lain boleh lagi, tapi kalau zapin, memang saya tak tertahan nak goyangan kaki... Seronok tengok orang nari zapin...

Tengah hari ni nak kena pecut ke K4 jap untuk membeli susu si kecik tu yang dah tinggal sikit. Nak pergi petang ni tak sempat lak. Nak amik si kecik tu lagi... Nak bawak dia pergi sekali lagi la tak boleh....

Ok la, bebel sekejap je... hehe. To Kak Ena, saya dah kasi la address umah saya. Saya sent melalui email yahoo akak. Kalau tak sampai jugak inform saya ye... nanti saya send semula... hehe

Ok, papaiiiiii.....

Morning....

Salam...

Dah breakfast ke??? Saya dah... Susu 1 mug + cucur kodok a.k.a jemput2 pisang. Dah kenyang ni... Mula la berat je mata ni, tambah lak minum susu suam... lagi la...

Hari ni saya drive sendiri ke office lagi. Hubby outstation, ke Ipoh. So, macam biasa la. Hantar si kecik tu ke taska dulu, pastu terus pecut ke office. Hari ni si kecik tu sangat la behave. First time naik kereta dia nak duduk je atas sit tu. Selalunya nak berdiri je.

Baby car seat? Jangan harap la dia nak duduk dalam tu. Ada sampai 2, tapi dua2 ada dalam stor. Rugi je beli, tapi tak pakai.

Japgi nak pergi tengok raptai penuh persembahan untuk dinner malam ni. Semalam tengok staf2 bahagian saya praktis macam best je... Kalau sebulan praktis tarian tu, boleh kurus rasanya... Tetiba teringin lak nak menari... hehe.

Harus lah mengajak si kecik tu menari lepas balik kerja ni... Ye la, nak masak pun kami dua beranak je nak makan. Baik saya beli je... hehe

Ok la, kalau ada masa nanti saya sambung lagi bebelan saya... Ok, papaiiiiii...

Wednesday, March 17, 2010

K.A.S.U.T

Salam...

Dah lunch ke?? hehe... Saya dah, kenyang sangat sampai mata ni jadi layu je, tunggu masa nak tertutup... hehe

Ingat tak saya pernah cerita yang saya nak pergi membeli kasut 'orang muda' tu??? Ye, dah beli pun. Lama dah, cuma baru je rasmi...

Since last week, saya telah memaksa rela diri saya untuk memakai kasut bertumit sedikit tinggi... Nak kata sedikit tu tak juga, boleh tahan la tingginya bagi saya... (",)

Saja gatal2 susahkan diri & sakitkan betis saya yang comel itu... hehe. Ye la, dah beli sampai 2 pasang (ada orang sponsor... hehe) harus la kena pakai. Takkan la nak simpan buat hiasan je atas rak kasut kan...

So, terkedek2 la saya berjalan sambil control ayu & anggun. (anggun & ayu ke???). Hubby kata bukan main lagi jalan macam model - ala2 kucing jalan (catwalk). Ye la, tu la tujuannya saya pakai kasut bertumit ni. Bagi nampak keperempuanan sikit. Kalau pakai kasut flat, cara jalan saya nampak sedikit kasar...

Akibatnya, otot2 betis menegang, sakit wei... Tapi tu last week la. Minggu ni dah ok sikit. Agaknya kaki saya dah serasi dengan kasut2 tu... hehe.

Jom tengok sket kasut yang telah mendera kaki saya ini.


Ni kasut yang saya pakai hari ni... hehe. Ni saya yang pilih... 


Kasut ni En. Hubby yang pilih. Dia kata sesuai dengan kaki saya... erm...
Ops, lupa pulak nak buang resit dekat kotak kasut tu... ngeh ngeh


Kasut biasa2 saja. Nak beli yang mahal2, yang berjenama2 dan beratus2 tu tak ada la. Bak kata arwah tok wan (datuk) saya, kasut tu letak kat kaki. beli yang murah pun tak pa. Kalau tudung tak pa beli yang mahal, sebab letaknya di kepala... Betul tak???

Mungkin sebab tu saya berkira sket la nak beli kasut yang harga mencecah ratusan ringgit ni. Bukan nak kata berkira, rasanya tak pernah la beli yang lebih daripada seratus... Kalau orang nak kata kedukut pun, saya tak kisah. Bukan saya minta duit diaorang pun... kan kan kan..

Bagi saya yang penting saya suka design nya dan saya selesa bila memakainya. Kalau murah & tak berjenama tapi cantik dan selesa, apa salahnya kan...

Ops, membebel panjang pulak saya ni. Cerita pasal kasut pun nak bebel ke??? Ok la, c u in da next entri... Papaiiiiiii....

S.L.E.E.P.Y

Salam...

Selamat pagi... Hello. Teman anda di sini... saya. Bangun dengan riang, menyanyi... Bermain bersama, ayuh....

Ha, sapa tau lagu kat atas tu dalam iklan apa... cuba teka... Tapi tak dak hadiah la... hehe

Erm, hari ni sedikit sleepy sebab semalam kul 3.30 baru saya Zzzzz... Ekceli 3.30 tu saya baring atas katil. Mata terlelap tu tak tau la kul berapa. Tu yang sedikit sleepy tu. Dah la headache, tak cukup tidur pulak...

Semua ni gara2 gatal sangat pi minum indocafe... Biasanya saya minum susu suam waktu malam. Tu yang senang je Zzzz tu... hehe. Tapi semalam, pukul 2 lebih pun tak dapat lelapkan mata jugak. Mengiring ke kanan, tak kena. Mengiring ke kiri pun tak lena. Melentang rasa rimas.

Last2 saya bangun & buat kerja rumah. Lipat baju & iron baju. Tu pun buat dalam bilik je. Nak kemas rumah tingkat bawah sedikit 'bimbang'... hehe. (lebih kepada takut). Tu pun sambil iron baju dok pikir macam2, tapi tabahkan je la hati ni...

Dah habis buat semua kerja tu, baru terasa penat. Baring2, menguap2 pastu bila masa terlelap pun saya tak sedar. Sedar2 dah pukul 6 lebih. Terus bangun siap2 semua. Hari ni sampai awal sikit kat office... hehe

Ok la, panjang pulak membebel di pagi hari. Nak pi alas perut jap... tatatititutu...

Tuesday, March 16, 2010

Dah ok...

Salam...

Petang2 baru nak bersiaran... Saya dah ok, cuma cam biasa la 'headache' masih terasa... Ubat pulak letak kat mana ntah... Cari punya cari tak jugak jumpa. Sure tertinggal kat umah ni...

Tarik nafas dalam2... lepas.... Ok, dah semangat sket...

Saya tengah keboringan ni, tak tau nak buat apa... Ekceli, bukan hari ni saja, dah beberapa bulan yang lalu. Semenjak bos saya ke UK untuk berkursus (dari Jan - April ni). Saya dah macam orang tak dak arah je dok dalam bilik ni sorang2. Kadang2 saya bukak le jugak pintu untuk tengok orang lalu lalang... Tapi selalunya pintu tu bertutup rapat le, baru privacy sket... hehe

Hari ni kat Bahagian saya ni sedikit sunyi sebab kebanyakkan staf tak ada... Diaorang pergi training menari untuk persembahan masa Majlis Makan Malam Jabatan saya nanti. Ada la jugak diaorang ajak, tapi saya malas nak join. Saya kata 'saya menari macam kayu'.. hehe. Padahal sebelum ni dah banyak kali pun join persembahan tarian.

Bukan apa, susah la nak beri komitmen dengan menda camni. Nak kena turun training tu la masalahnya. Kalau saya masih bujang, saya join aje. Dah berkeluarga ni aktiviti agak terhad. So, biarlah yang bujang2 je masuk. hehe

Kat luar hujan lebat sekarang ni. Baru je cadang nak singgah pasar malam. Nampaknya niat 'murni' saya terbantut la... Kalau hujan berterusan jugak, alamatnya kena masak le hari ni... hehe

Erm, lupa lak. Kepada kengkawan yang membaca entri saya semalam - 'baca sampai habis tau' saya nak minta maaf la kalau2 ada yang tersinggung.. Sekadar jenaka di petang hari... Jangan marah tau... Senyum2 la selalu sebab bila selalu senyum, awet muda... mesti mariiii (tag line M.A.M.U RL4).

tersenyum anda buat mungkin saya kurangnya-sekurang tapi ? kan semalam entri buat yang orang je belasah nak rasa anda Mesti (baca dari belakang)

Peace!!!!!

Ok la, banyak pulak membebel hari ni... Owh, dah nak balik rupanya... yeayyyy....

See u next time... Daaaaa

Not in da mood....

Salam...

Hari ni saya :



+



So, akan menyepi buat seketika... Daaaaaaaaaaaaaaaaaa

Monday, March 15, 2010

Baca sampai habis tau....


First love akan terus dikenang...

v

v

v

v

v

v

v

Cinta kilat bererti cinta sesaat...

v

v

v

v

v

v

v


Cinta sejati dibawa ke mati....

v

v

v

v

v

v


Cinta monyet akan hilang...

v

v

v

v

v

v


Yang tinggal hanyalah monyetnya, tersenyum sambil membaca entri ini...



P/s : Peace.... hehe. Jangan marah aaa, sesaja melawak petang2 ni.... kes tak dak idea nak wat entri... Ekceli ni teks dalam bentuk sms sebenarnya... tapi telah diadaptasi ke dalam bentuk entri...

"P.E.N.D.A.K.I.A.N"

I can almost see it
That dream I am dreaming
But there's a voice inside my head saying
"You'll never reach it"

Every step I'm taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking

But I gotta keep trying
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down
But no, I'm not breaking

I may not know it
But these are the moments that
I'm gonna remember most, yeah
Just gotta keep going

And I, I got to be strong
Just keep pushing on

'Cause there's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Somebody's gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

Keep on moving, keep climbing
Keep the faith, baby
It's all about, it's all about the climb
Keep the faith, keep your faith, whoa

T.H.E   C.L.I.M.B   -   M.I.L.E.Y   C.R.U.S

***********************************
Dalam pendakian hidup ini, banyak dugaan dan jua rintangan yang harus ditempuhi. Apa yang penting adalah sabar dan percaya pada diri...

Untuk mendapatkan sesuatu, adakalanya kita perlu korbankan sesuatu. Walaupun adakalanya pengorbanan itu melukakan hati.

Tiada kesenangan yang datang bergolek begitu sahaja... Yang penting usaha dan terus berusaha, selebihnya bertawakkal kepada-Nya.

Itu lah kehidupan... Ianya tentang sebuah pilihan......

Entri ringkas

Salam...

Camna weekend kengkawan semua? Pi jalan2 mana?

Saya? Biasa la, sekitar sini2 saja.. Maklum la, semenjak tolong hubby buat kerja sambilan dia, agak sibuk sikit walaupun di hujung minggu...

Tak dak cerita yang best pun nak dicelotehkan pagi ni... Cuma nak cerita pasal si kecik tu je. Saya perasan kan. 2,3 hari ni dia tak berapa nak makan nasik. Semalam lagi la, langsung tak mau makan apa-apa. Biasanya kalau tak makan nasik, dia akan makan roti sapu jem sekaya. Boleh habis sekeping la... Tapi semalam, langsung tak nak makan apa2... Perut dah berbunyi2, tapi bila suapkan makanan, rapat je dia tutup mulut.

Susu je yang dia nak. Sampai bibir nampak pucat lesi. Risau sangat2 semalam. So, petang semalam masa keluar pi beli barang rumah, singgah jap makan kat foodcourt kat Alamanda tu. Pesan la soto ayam. Guess what, si kecik tu makan dengan lahapnya...

Si kecik ni, kalau soto memang no. 1. Kadang2 tu belum sempat nak suap ke mulut 'ummi dia, dia dah buka mulut lagi. Hubby kata, lepas ni kena la buat nasi impit hari2 dengan sup... hehe. 'Ye lah tu...'

Ok la, itu saja nak dikongsikan... Nak ngomel panjang2 pun nanti orang jemu membaca... Daaa daaa daaaa

** ntah apa2 je entri kali ni... kepala tengah weng weng...

Friday, March 12, 2010

Adeh, geramnya....

Salam...

Celoteh petang hari sebelum balik... Yahuuuu, esok cuti... hehe (macam la tak pernah cuti)...
Pasal tajuk kat atas tu, bukan geram kat sesapa pun. Sebenarnya saya sangat la geram tengok bunga2an segar yang ada kat lobby office saya tu. Kalau masuk ikut main entrance, akan nampak satu pasu bunga besar yang dipenuhi dengan bunga2an segar...

Nak snap gambar tak berani lak. Biasa la kan, kat office saya ni bahaya sket buat aksi pelik2 nih... CCTV merata ceruk.

Minggu ni pasu tu dipenuhi bermacam2 bunga termasuk la bunga kesukaan saya - rose pink..




sumber

Adeh, tangan ni rasa gatal je tiap2 kali lalu kat situ... Gatal nak amik sekuntum... hehe. Tapi tak boleh la kan sebab kalau amik tanpa kebenaran apa hukumnya??? ya, haram... Kalau haram tu apa yang dapat? Ya, pandai... dosa la.

So, tak nak la berdosa pulak sebab curi bunga yang sekuntum... hehe

Malam kelmarin, masa dok tengok citer korea tu bertambah geram lak sebab ada satu babak tu salah seorang pelakon tu gunakan rose kuning untuk melamar kekasih dia... sangat romantik babak tu... hehe. Terasa nak rose warna kuning la pulak...

Wahai suamiku yang tersayang, jika kamu baca entri isterimu ini sila la belikan dia sejambak rose pink campur peach cair okeyh... next week pulak nak warna kuning. next next week nak warna putih... hehe

Amboi2, bukan main lagi demand budak busuk sorang ni... hehe

Ok la, saja je bebel pasal bunga... Perempuan mana la yg tak suka diberi bunga... Betul tak???

Ops dah nak balik rupanya... Ok la, happy weekend ye semua... Saya dah nak balik nih... Nak singgah pasar tani lagi... hehe... Till then, daa daa daaaaaaa....

**psssttt... haruslah hantar mesej kat hubby jap gi "abg, kalau rajin jenguk la blog ayg hari ni ye"... hehe

Serba Salah...

Salam...

Pergi ke mana tengah hari ni??? Rehat kan panjang sikit hari ni (bagi staf gomen). Saya asalnya ingat nak pergi cari hadiah untuk member saya yang akan melangsungkan perkahwinan esok... Tapi cam malas je nak pergi...

Ekceli, saya tengah serba salah ni... Asalnya perancangan dibuat bersama member2 lain nak pergi sebuah kereta je. Senang & jimat sket... Tapi last2 minute masing2 tak boleh pergi pulak sebab ada hal. Tinggal la saya sorang saja. Ingat nak pergi naik bas aje, tapi esok hubby kena OT la pulak.

Habis, nak tinggal kat siapa si kecik tu??? Nak usung naik bas?? Oh, tak sanggup 'ummi dia. Dalam kereta pun tak reti dok diam. Sekejap kat depan, sekejap kat belakang... Apatah lagi bas yang lagi besar... Tak pasal orang marah je dengan kita...

Masalahnya kan, member saya ni dah kata 'wajib' pergi sebab masa kenduri saya dulu dia datang... huhu... camna nak buat nih???

Erm, ok la. Nak pi isi perut jap. Lapaq sangat2 ni. Lepas dah kenyang baru boleh pikir balik, kannnnn... hehe

Till then, daaa daaa daaa

Thursday, March 11, 2010

D.E.K.O

Salam...

Siapa kat sini berkeinginan untuk make-over rumah dia, angkat kening 2 kali !!! hehe

Kalau tanya, siapa pun nak hias cantik rumah dia kan... Especially rumah sendiri la kan... Rumah yang sekarang pun ada keinginan untuk deko jugak, tapi macam 'ntah bila la'.... Teringin nak wat cam ni:




Simple aje, tapi macam rasa relaks je bila dok kat sini... wah, sangat menarik kan...

Tapi kan macam susah je... yang lain2 tu (langsir, sofa &susun atur) macam tak ada masalah la. Tapi kan kalau hiasan2 macam floor lamp & pasu2 bunga tu memang masalah. Sebabnya sure habis dikerjakan oleh si kecik tu. Bayangkan la floor lamp yang saya beli kat Ikea hari tu (gambar google2 tak jumpak lak) habis dirobek2 sampai koyak... adeh... sudahnya saya letak lampu tu dalam bilik tidur saja...

Tu belum lagi letak pasu bunga... So, tak yah berangan la nak menghias bagai rumah tu... Ala2 kadar je la... Tapi kalau nak tunggu si kecik tu besar, kang ada lagi yang kecik... Alamatnya sampai ke tua la... hehe

Tapi walau camna pun nak jugak decorate rumah sendiri nanti dengan cantik... Tak sabar rasa... Tak pa, sekarang kumpul duit dulu... hehe

Tadi sesaja je tengok lagi catalog Ikea, adeh macam nak 'gila' je tengok. Teringin nak beli itu, teringin nak beli ini. Yang itu murah, yang ini murah... Herm, tu belum lagi pergi kat situ, rambang mata... Lain yang nak dibeli, lain yang dibeli. Pendek kata, kalau nak pi situ memang kena bawak duit lebih... hehe

Ingat nak ajak hubby pi cuci mata la minggu depan... hehe... Dalam dok berjimat cermat pun ada hati nak bershopping ye...

Ok la, till then. Daaaa daaa daaa...

Bebelan kosong....

Salam...

Sambungan celoteh pagi tadi... Sebenarnya saya tengah kelaparan nih... hehe (lapar pun nak bagitau ke...). Nak pi cari makan belum masanya lagi. So, nak hilangkan kelaparan membebel la jap kat sini...

Sesaja nak cerita hal semalam... Semalam saya ada la mesej kat kakak saya yang no.2 (angah) bagitau yang saya MC. takut lak dia hantar email ke, call kat opis ke... Antara sms kami seperti di bawah:

Saya : Aku MC hari ni. Apa2 hal tepon ja. (kasar kan bahasa - ber'aku' ber'hang' ja kami adik beradik... tapi ni biasa la bagi kebanyakkan orang utara... betul tak orang utara sekalian???)

Angah: Hang sakit apa?

Saya : sakit kepala

Angah: pregnant ke???

Saya : hasiyh, bukan la... bla bla bla...

**********************************************

Ni yg malas ni. Asal bagitau demam ke, sakit kepala ke sure soalan "pregnant ke?" yang akan keluar... Sana sini orang dok tanya, bila nak tambah? Herm, sampai kadang2 tension jugak cheq nih... Ada anak sorang pun sakit kepala dok pikir macam2... Bukan tak mau tambah, sapa la yang tak suka ada anak ramai...

Tapi buat masa sekarang ni, tunggu dulu la kot. Biar la si kecik tu besar sket baru akan fikir untuk menambah apa yang patut... Bukan senang wei nak tambah anak. Bukan macam tambah nasik ke, tambah menambah ke... hehe

Tapi kan, tetiba semalam lepas kakak saya cakap camtu dalam petang2 sikit tu dengan tiba2 saya terasa teringin sangat nak menicah (ni bahasa org utara, kalau bahasa baku panggil apa ntah) pelam muda... pastu teringat jeruk2 yang dijual di K4 Alamanda... Adeh, risau saya... ngeh ngeh ngeh...

Tapi tak dak apa kot. Biasa la, kadang2 kita ni teringin nak makan macam2, betul tak??? (nak sedapkan hati... hehe)

Ok la, dah penat membebel nih. Bukan hilang lapar pun, makin lapar ada la...  Lambat lagi pukul 1...

Ok la, meggi saya sudah kembang (ayat Alex RL4)... Daa daa daaa

Saya menang....

Salam...

Tak tau nak bagi tajuk apa sebenarnya untuk entri ni...

Semalam saya MC sebab sakit kepala... So, hari ni baru sempat jenjalan ke rumah kawan2. banyak cerita yang saya ketinggalan rupanya... Dan tak sempat lagi nak tinggalkan komen... kepada kengkawan, satgi kalau saya free, saya jengah lagi ok... hehe

Pagi2 lagi masa check comment yg masuk, mata saya tertarik membaca komen dari Kak Ena, dia mintak alamat umah... Ingatkan nak hantar kad jemputan kawen hari jadi, rupanya saya telah menang contest cuba teka yang dia buat... wah, wah, tak sangka la pulak... saya sesaja je suka2 teka, tengok2 betul pulak tekaan saya... rezeki2... umpama 'orang mengantuk disorongkan bantal' la pulak... (ada kena mengena ke simpulan bahasa ni??? belasah je la... hehe)

Hari ni saya rasa sangat segar. Sakit kepala pun dah kurang sikit. Still terasa, tapi tak macam semalam la... Semalam saya asyik Zzzz aje. hehe. Ambil peluang bila dok umah sorang2... Petang2 sikit baru sibuk kemas umah & memasak...

Malam tadi pun Zzzz awal. rasanya kul 10 lebih dah hanyut. Konon nak tengok drama korea tu la. Last sekali, tv yang tengok saya... Sedar2 hubby dah balik dari main futsal. Saya pura2 tido, tengok2 tertidur betul... hahaha...

Pagi tadi kul 5 lebih dah terjaga akibat 'terlebih' tidur.... hehe.

Ok la, tak nak bebel panjang... Next entry pulak saya bebel lagi okeys.... Till then, daaa daaa daaa

Tuesday, March 9, 2010

Pesan Ibu...

Pesan Ibu...

Tak perlu bersuara...
Seorang perempuan, harus bijak mengunci kata...
Dan menyimpan lukanya...

Tak perlu meminta...
Seorang perempuan, harus sentiasa memberi...
Tanpa meminta yang lebih lagi...

Sebagai perempuan,
Hidup adalah perngorbanan...

Maafkan...

Aku belajar bersuara...
Kerana adakalanya, suara menyembuhkan luka.

Aku belajar meminta...
Tanpa meminta, aku tak mungkin memiliki.

Aku berhenti memberi...
Kerana apabila terlalu memberi,
Orang akan terlupa untuk menghargai.

Sebagai perempuan...
Adakalanya aku harus meninggalkan penjara keperempuananku...

Celoteh petang...

Salam...

Petang2 baru sempat nak bersiaran... Yang pagi tadi tu auto publish sebab dah tau x sempat nak berbloging pagi tadi sebab saya kena ganti PA lain sampai la hari Jumaat ni...

Ekceli tak dak apa pun nak dikongsikan petang ni sebab tak dak idea pulak...

Cuma nak cerita pasal keadaan kelam kabut pagi tadi... Hari ni saya drive sendiri ke office sebab hubby ada kursus kat KL. So, kena la hantar si kecik tu ke taska. Nasib baik la si kecik tu sangat behave masa dalam kereta. Cuma pagi tadi keluar lambat gara2 sikecik tu buat perangai lak.

Pagi2 lagi dah bising berperang dengan si kecik tu nak pakaikan pampers & baju. Jenuh lari ke sana ke mari kejar dia nak bagi pakai baju. Mana nak siap diri sendiri lagi. Nasib baik saya dah iron baju untuk seminggu siap2...

Tadi sampai kat office ngam2 kul 8.00 pagi. Kalau terlewat seminit jenuh nak perah otak bagi alasan... adeh...

Cakap pasal si kecik tu, saya sangat la risau sebab badan dia dari dada sampai ke muka naik macam bisul kecil. Kat leher dengan dahi ada bisul besar. Dah 3 malam tak dapat tidur lena. Mungkin sakit. Semalam bisul yang dekat leher dah pecah. Meraung2 dia... Kesian anak 'ummi. Selsema pun tak hilang2 lagi.

Ingatkan hantar ke taska yang tak guna aircond tak selsema la. Rupa-rupanya sama saja... Lebih teruk lagi ada la, badan faris naik ruam yang banyak. Pastu akibat menggaru terus jadi cam bisul kecil. Doc kata liang roma dia tersumbat. Tu yang berlaku infection...

Pagi tadi masa hantar tu, dengar dia menangis. Masa tu rasa macam nak je berhenti kerja pastu jaga sendiri anak. Tapi susah la, zaman sekarang kebanyakkan wife berkerja. Mak saya pun tak bagi berhenti sebab dia kata orang perempuan ni kena jugak ada kerja / pendapatan tetap sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang...

Bila difikirkan, betul jugak. Bukan nak meminta yang buruk, tetapi sebagai persediaan. So, terpaksa la kuburkan hasrat hati tu. Tapi setiap hari saya berdoa moga ada keajaiban akan berlaku... Amin...

Eh, membebel panjang lak... Jap gi nak kena balik awal ambil si kecik tu... Teringat lak peristiwa petang semalam. Semalam sebelum balik rumah saya ke office hubby dulu untuk ambil kereta saya sebab saya parking kat situ masa nak balik cuti CNY hari tu.

So, masing2 balik naik kereta masing2 la. On the way nak balik tu sempat lagi kami racing... hahaha. Tapi sekejap je la sebab kereta makin banyak. Maklum la, time balik kerja masa tu. Lagi pun saya tau, sure saya kalah punya. So, sebagai isteri harus lah mengalah kan... hehe

Ok la, tu je yang saya nak bebel petang2 ni. Ada kerja sket nak kena buat nih. Till then, daaaa...

Berkebun di hujung minggu...

Salam...

"mari kita ke ladang, hoii... mari kita ke ladang, hoii"... ingat tak lirik lagu ni? kalau tak silap dalam salah satu cerita P. Ramli... (betul ke ek??)... Amboi, menyanyi lak...

Herm, nak cerita pasal berkebun kat belakang rumah... Cewah... Aktiviti ni dah berjalan kira2 dua bulan yang lepas. Masa tu faris kena 'pos' ke kampung. Tinggal 'ummi dengan abah je kat rumah tak tau nak buat apa hujung minggu...

Plus, masa balik kampung hari tu ada ambil tanah baja kat umah mentua. So, operasi bercucuk tanam pun bermula la... Konon nak tanam pokok cili, tomato, kari, kunyit & bendi...

Jom layanz proses menanam... hehe

Ini la tanah baja yang diimport dari kampung... ^_^


Pokok cili & tomato yang ditanam atas tanah biasa dulu...


Pokok2 yang dah siap ditanam semula ke dalam poli-bag


Pokok serai, kunyit dan kari... hehe


Selepas beberapa bulan berkebun, kini pokok pun dah besar. Tapi sayangnya, pokok kunyit saya tinggal batang saja sebab daun2 habis dimakan ulat... adeh... Pokok yang lain membesar dengan jayanya... hehe


Pokok kari dan kunyit terpaksa dipindahkan ke dalam poly-bag untuk mengelakkan dimakan oleh ulat daun...

Amacam, besar tak pokok2 saya?? hehe... Sudah berangan untuk menjadi petani moden pulak... (baru je tanam 3,4 pokok dah berangan lebih...)


Pokok tomato dah keluarkan bunga (tapi tak clear lak, silap tak zoom kat bunga je)

Lepas ni boleh la menuai hasilnya... Tunggu pokok cili lak berbunga... Tak sabar nak tengok hasil... (",)


Pokok bendi ni pun nak kena ubah sebab satu bag tumbuh sampai 5 pokok...

Berkebun ni pun bagus untuk kesihatan jugak sebab keluar la jugak peluh masa berkebun ni... Yang penting kena rajin jaga la... Bak kata mantan PM - pertanian adalah perniagaan.. Wah wah wah, bukan main lagi...

Ok, itu saja cerita pasal berkebun nih... Best sangat bila dah nampak hasilnya... Lepas ni boleh jimat sikit dah... Eceh... Cuma dok fikir nak tanam kat mana timun nih??? herm...

Ok la, till then. Daaaaa