Thursday, June 30, 2011

Tak dak mood la...

As-salam...

Dah lama rasanya biarkan blog ni sepi...

Entah la, macam M je nak update blog...

Just melawat blog orang + leave comment, pastu sign out...

Tak dak mood la...

Ni pun, gagahkan jugak...

Pagi tadi masa nak datang office, sarung je kasut kerja, rasa lain macam je...

Rupa-rupanya dah rosak lak kasut tu... (rosak lagi???)

Tapi pakai jugak la sebab yang tu la satu2nya kasut yang tumitnya tak berapa nak tinggi...

Yang lain semuanya tumit tinggi...

Dan atas kereta terus la cakap "Hai, rosak lagi kasut ni. Dah la tak dak kasut sangat ni.."

Motip??? Saja kasi hint suh orang tu belikan kasut baru... hahahaha

Tapi jawapannya "Tak dak dah kasut??? Herm.... (perli la tu sebab kasut banyak lagi sebenarnya...)

"Hehe (gelak sopan), kasut tumit rendah dah tak ada... Tinggal yang tumit tinggi je semua..." (alasan semata2...)

Ok la, dah melalut2 lak...

Till then, daaaaa.....

**Rasa cam nak letgo je kasut2 tumit tinggi tu... Bukan pakai sangat pun... Ada la baru pakai 3,4 kali...

Tuesday, June 21, 2011

Amboiiii, khusyuknya 2 beradik nih...

As-salam...

Beberapa hari tak update blog... Ntah la, angin M bertiup sepoi2 bahasa lak sekarang nih...

Ni pun M nak celoteh panjang2... Moh le layan aksi 2 beradik yang khusyuk tul dok menonton ha...

Bukan main lagi 2 beradik ni dok layan upin ipin...

Summayyah dah mula penat meniarap... angkat m*ntot lak... hehe

Ok, ummi letak atas bantal lak, bagi selesa...

See, macam paham je si Summayyah tu... hehe


Khusyukkan??? Sabo jek la... haha

Al-kisahnya, masa ni saya nak solat... Tu yang pasangkan je citer upin ipin kat dua beradik ni... Bagi dok diam sikit...

Tapi kan, baru je saya nak amik wuduk, dengar si adik nangis lak. Mula2 wat tak reti je, teruskan jugak berwuduk...

Selang lepas tu si abang lak nangis jugak... Pi jengah ke ruang tamu rupa2nya si abang nangis sebab adiknya nangis... herm...

Camna nak jaga adik ni... Adik nangis abang pun nangis jugak...

Ok la, last but not least, gambar si kecik yang cukup suka senyum.... Senyum je kerjanya... hehe

Thursday, June 16, 2011

Gerhana Bulan...

As-salam...

Kengkawan ada tengok tak gerhana bulan malam tadi???

Saya alhamudlillah la, diberi kesempatan untuk tengok... Sebelum2 ni asyik terlepas je...

Semalam ada la terbaca dalam blog sis Ummu pasal gerhana bulan ni, terus la berangan2 nak tunggu & tengok. Tapi katanya gerhana tu mungkin akan start lebih kurang 2 pagi...

Hai, waktu tido yang nyenyak tu... Tapi saya tak ada la pulak set alarm ke apa, untuk bangun...

Dah ada alarm semulajadi (si kecik tu)...

So, malam tadi atau lebih tepat pagi tadi lebih kurang kul 1.45 saya terjaga. Teringat pasal gerhana bulan ni... Dok tinjau2 jugak la ke luar tingkap...

Nampak langit yang clear je. Tak nampak pun sang bulan... Mungkin masih dalam proses la kot... Terus sambung tido lagi... hehe

Dalam jam 4 lebih saya terjaga lagi. Si Summayyah nak susu...

Sambil menyusu dia saya terpandang ke luar tingkap... Tingkap tu memang betul2 betentangan dengan hujung katil saya (bahagian kepala).

Terus ternampak sang rembulan... Tengah berlaku proses gerhana... Memang cantik. Tapi disebabkan keadaan saya yang terlalu mengantuk tu, rasa macam kat awangan je... hehe

Sedaya upaya cuba buka mata untuk melihat kejadian ciptaan Allah Maha Besar ni...

Selesai menyusu, saya bangun ke tepi tingkat pastu terus snap pic gerhana bulan tu.. Tapi seperti yang saya jangkakan, gambarnya kurang jelas...

Maklum la, pakai henpon cap ayam je amik gambar tu... sayang betul...

Lepas amik gambar terus Zzzzz balik... Sebab memang ngantuk sangat... Kononnya nak solat sunat gerhana pun tak kesampaian sebab mata ni berat giler...

Cuma sempat istighfar & ucap subahanallah je... Pastu mata terus layu... hehe. Dan bulan tu pun semakin hilang dari pandangan mata sebab mata dah terpejam... ngeh ngeh

Dan terasa rugi lak bila bangun pagi tadi teringat pasal hal ni... huhu. Bukan senang tu...

Cerita kat si abah, dia cakap "Kenapa tak kejutkan abg..."... herm, ye lah tu... Tak pesan pun...

Gambar yang saya amik pakai henpon cap ayam... Yang saya bulatkan tu la bulan yang sedang mengalami proses gerhana...

Dalam gambar ni memang nampak kecik je kan, tapi yang saya tengok real / live tu memang besar & clear la...

yang saya tick tu la fasa yang sempat saya lihat....

Dan pagi tadi masa bangun kul 6 tu still dalam proses lagi. Dah hampir nak nampak penuh semula dah...
Pastu dah tak nampak langsung sebab dilitupi awan...

Yang kelakarnya, saya siap mimpi lagi dapat tengok bulan secara close up & jadi ahli astronomi... hahaha... Sabo jek la...


Wednesday, June 15, 2011

120 hari @ 4 bulan

Alhamdulillah, hari ni genap la umur my little princess, 4 bulan…

Sekejap je dah 4 bulan ye… Kalau sebut 120 hari cam baru sikit je kan. Tapi kalau sebut 4 bulan macam dah lama…

Pagi tadi bawak Summayyah ke klinik sebab demam dia datang balik. Lagipun dah lebih dari 3 hari dia demam…

Pas check semua doc cakap nak kena amik darah lak… Pastu kena masuk ubat kat mont*t lak… Sian Summayyah…

Masa amik darah tu saya tak tengok pun, tak sampai hati…

Pastu masuk balik bilik doc, dia cakap darah dia ok je… tak ada apa2 masalah… Mungkin demam biasa… Pastu doc check sekali lagi pernafasan. Dia cakap banyak kahak… So, kena amik neb la pulak..

Mula2 ok je, lama2 melalak sakan Summayyah…

Tadi call tanya mak mertua, dia cakap Summayyah tido lama tadi, 3 jam lebih… Maybe nafas dia dah mula ok la tu…

Ok la, nak cerita pasal perkembangan terkini:

* Last check up (8 Jun 2011)

Berat : 6.32kg

Tinggi : 62cm

*Dah boleh meniarap. (1st time meniarap 17 Mei lepas, masa tu umur dia 3 bulan 2 hari) Tapi saya tak sempat nak tengok saat2 tu.

Masa tu saya tengah dok prepare breakfast kat dapur… Dengar dia dok bunyi2… Ingatkan sebab dia boring ke apa… Jenguk je kat ruang tamu, tengok2 dia dah meniarap pun. Dok berbunyi2 sebab dah kepenatan… hehe

*Sekarang dah mula kenal orang… Kalau dengar je suara abang dia, bukan main lagi senyum walaupun tak nampak muka abang dia lagi.

*Kalau orang yang dia dah biasa nampak or kenal, mula la ‘menyembang’… ramah betul…

Tapi kalau dengan orang yang dia tak biasa, dia akan diam je sampai orang tegur ‘tak dengar bunyi suara pun… diam je dia ni…’

*Dah pandai ketawa mengekek bila seronok sangat

*Pandai tengok tv… Kalau saya nak wat kerja rumah, letak dia atas tilam kecil & bukak tv. Dia dok diam je la sambil tengok tv…

*Dah mula nak menyulur… tapi ke belakang lak… Org utara kata gostan ke belakang… hehe

*dah pandai nak main2 dengan kita… kadang2 tu bila dok dekat dengan saya/abah/faris, sure dia akan pegang2 muka kita… kalau orang lain selain kami bertiga dia tak wat camtu…

*kalau dok dekat ngan abang dia time abg dia dok minum susu, mesti dia akan tarik botol susu abang dia sampai terlepas dari mulut... Faris apa lagi, ketawa mengekek la adik dia wat camtu...

*dah start pegang barang & masukkan dalam mulut… ha, ni yang tak berkenan nih… dah pandai masuk2 mulut lak…

*dah tak reti dok diam masa menyusu, tambah kalau dengar suara abang dia... mula la tak senang nak menyusu... Kejap2 lepas... Sabo je la...

Apa lagi ye… dah tak ingat lak… hehe

Tapi satu je yang agak lambat perkembangannya… Rambut… lambat tul nak panjang… Bila la ummi nak leh wat tocang nih… hehe. Tak menyabar2…
Itu je kot nak cerita pasal perkembangan si kecik tu… Rasanya sama je ngan baby lain yg sebaya ngan dia… Ok la, till then…. Daaaaa

eh, apa ambil gambar nih... saya tengah cekci nih... baru pas mandi...

“Herm, dah agak dah…”

Di suatu pagi yang tak berapa nak suam-suam kuku kerana cuaca mendung. Baru lepas dari gerimis mengundang…

Kelihatan seorang ibu muda (muda ker????) berbaju putih bunga2 oren dan bertudung oren striking (motip??? Saja nak bagitau) sedang terkoncoh2 berjalan.

Di kiri dan kanan bahunya menyandang beg galas dan tas tangan.

Sambil dia memimpin tangan anak lelakinya untuk dihantar ke taska.

Setibanya di taska…

“cepat, ummi dah lambat ni…” sengaja digesa anaknya supaya bergerak pantas.

Selepas selesai menghantar anaknya ke taska, terus dia berjalan menuju ke pintu masuk pejabatnya…

Tiba-tiba terdengar satu bunyi…. Kelekang kelekang kelekang…

Bunyi itu seakan mengekorinya…

Ditoleh kiri dan kanan, tiada sesiapa.

Maka dia mempercepatkan hayunan langkahnya.

Makin cepat dia melangkah, makin jelas kedengaran bunyi tersebut.

Dengan serta merta mukanya menjadi merah padam…

Namun, dia cuba berlagak biasa…

Setibanya dia di ruang kerjanya, terus dia menanggalkan sepatunya…

“Herm, dah agak dah…” (sila baca dengan nada yang bersahaja seperti Mail dalam citer upin ipin)

Rupa-rupanya tumit kasutnya telah pun pecah, menampakkan besi. Yang menyebabkan terhasilnya bunyi ‘kelekang kelekang’ terbabit…


*Sabo jek la… tumit kasut cheq dah pecah… malu nak jalan ha… asyik dok berbunyi 2 lak… adeh…

*ye ye je dok wat cerita, padahal nak bagitau tumit kasut pecah je… hahahaha

Tuesday, June 14, 2011

Kucing kehilangan anak

As-salam....

Akhirnya, kini pasti….

Opsss, ternyanyi lagu kak nita la pulak petang-petang ni… hehe

Alhamdulillah, setelah beberapa hari bertungkus-lumus ke sana sini macam kucing kehilangan anak (eh, seswai ke kucing kehilangan anak??? Hentam je la…), akhirnya dapat la juga taska untuk si Summayyah.

Tapi taska ni agak jauh sikit dari rumah saya la, namun agak dekat dengan office. Dan yang pastinya, berasingan dari Faris.

Means, sorang kat sana and sorang kat sini la… Nak buat camna, itu je yang ada… Hopefully, taska kat bawah office ni akan cepat la ada kekosongan.

Nampaknya pasni harus la keluar lagi awal dari kebiasaannya. Tambah lak kalau si abah ada kursus nanti, haruslah saya berkejar nak hantar dua beradik ni di taska yang berlainan… Fuhhhhhhhh… (belum apa2 agi dah tarik nafas panjang)

Taska ni si abah yang cari semalam. Yang kelakarnya, si abah tak tahu yang owner taska ni adalah Datin…

So, dengan selambernya dia dok panggil puan aje… hikhikhik

Katanya, kat banner depan taska tu just tulis nama Datin tu dengan D’……. (nama datin tu). So, dia ingat D’ tu cam huruf pangkal nama Datin tu la…

Dapat tau yang owner tu datin pun sebab semalam saya search dalam tenet pasal taska ni. Tak pa la, maybe owner tu pun tak kisah sebab si abah kata dia cakap pun mesra je…

InsyaAllah, kalau Summayyah dah ok dari demam, batuk & selsema hari Jumaat ni nak try hantar dia ke situ… Nak biasakan dia dengan keadaan taska.

Tu pun maybe sebelah petang je la hantar untuk permulaan ni. Tak la dia rasa lama sangat dia kat taska tu… hehe

Mudah-mudahan semuanya berjalan seperti yang dirancangkan… Amin…

Suka tengok bila Faris bermain dengan adik dia... hehe

Sama tapi tak serupa... hehe


**Eh, apa kena mengena tajuk ngan entri ni ye... hehe. saya pun tak tau la pasai pa saya letak tajuk camtu...

Tumpang dua kaki...

As-salam...

Senyum… senyum….

Alhamdulillah, pagi tadi Summayyah bangun tido dengan senyuman… Syukur…

Tapi badan dia masih dedar… Selsema dah kurang sikit. Hopefully, esok dia akan sembuh sepenuhnya… Amin…

Hari ni rasa lega sikit la nak ke office… Tak la risau sangat macam semalam…

Cuma ada rasa ngantuk sket2 la, sebab tak cukup tido… Tapi masih boleh dikawal.

Lagipun pagi2 tadi dah pekena indocafe suam, terus rasa segar bugar… hehe

Biasanya pagi2 saya minum susu, tapi tak berani lak nak minum pagi ni sebab takut menambahkan rasa mengantuk…

Jap lagi ada perhimpunan bulanan bahagian… Dan akan ada sumbangan sempena kelahiran cahaya mata… hehe

Best best… amboi, kalo pasal dapat hadiah best saja…

Tapi untuk Summayyah la, bukan ummi dia…

Tak pa, ummi tumpang dua kaki… ngeh ngeh…

Dan yang pastinya ada makan2… bertambah best…… senyum lagi… ^_^

**hari ni saya pakai baju kaler putih bunga2 oren… tudung lak oren yg striking… Motip??? Saja ja nak bagitau… hehe

**tajuk entri cam menyimpang jauh je dari jalan cerita... hahahaha

Monday, June 13, 2011

Anak oh anak.....

As-salam...

Pagi ni memang tak dak semangat nak kerja....

Bukan sebab monday blues ke apa...

Badan je kat office, fikiran melayang2 teringat anak kat rumah...

Masuk hari ni dah 4 hari Summayyah demam... Demamnya jenis on off lak tu...

Semalam bawak ke klinik, dapat la ubat 1 beg... Malam sebelum tido bagi makan...

Memang sampai ke subuh dia tido tak sedarkan diri... Tak menyusu langsung...

Pagi tadi pun sebelum pergi kerja try bagi susu, dia tak nak minum...

Agaknya mulut dia terasa pahit kot...

Dengan batuk & selsemanya... Memang kesian sangat saya tengok...

Kalau ikutkan hati, nak je amik EL jaga dia... Tapi Jumaat lepas saya dah EL, takkan hari ni pun nak EL lagi...

So, terpaksa la tinggalkan dia dengan mak mertua saya kat rumah...

Mak mertua saya pun bukan sihat sangat tu. Risau jugak nak tinggalkan tadi...

Mula la rasa menyesal sebab tak teruskan je niat hari tu nak amik cuti tanpa gaji untuk jaga anak...

Nak apply sekarang pun dah tak boleh, sebab cuti tu kena terus (bersambung) dari cuti bersalin... huhu

Ni 1st time Summayyah demam lama... Masa kena cucuk yang lepas2 pun tak demam camni. Just dedar sekejap, esoknya dah ok...

Mudah2an cepat la baik demam, selsema & batuknya... Kalau tak dulu, masa bangun tido senyum je kat ummi... Sekarang, bangun tido je, terus nangis2 & merengek...

Anak oh anak.....

Sunday, June 12, 2011

Mood ke laut....

As-salam...

Apasal ntah mood nak update blog sejak akhir2 ni asyik la ke laut je...

Click new post, pastu tutup balik...

Herm... Rasa cam dah malas nak berblogging nih...

Mood kalah orang yang tengah pregnant....

Apasal la esok hari isnin.... Bukan Jumaat... hehe

Fikiran pun asyik la melayang2...

Baju kerja pun tak iron lagi nih... tolonggggggggg....

Ok la, nak pi iron baju sat...

daaaaaaaaaaa..... hehe

Friday, June 3, 2011

Ada orang buang bayi dekat office???

As-salam...

Sapa la manusia yang kejam ni... buang bayi dia... Pulak tu kat office... haish...

Pagi tadi cam biasa, saya datang ke office...  Masuk bilik & then bukak lampu...

Past terus la menuju ke meja... Masa nak duduk tu, terpandang sesuatu...

Ha, nampak tak????

Close up sket.... Hah, ada orang buang bayi la....

Hehe, sila jangan percaya cerita kat atas ye...

Ekceli hari ni kakak saya yang dok jaga Summayyah ada urusan penting & terpaksa balik ke JB...

So, saya ingat nak le tumpang jap kat taska bawah office utk hari ni.

Tapi tadi masa pergi diaorang cakap tak leh amik baby sebab pengasuh tak cukup lak hari ni... Ada yang cuti...

Makanya terpaksa la usung si kecik ni masuk office jap.

Kebetulan bos tak ada sebab meeting kat luar, so line clear la... hahaha

Tapi tu la, pagi tadi tak teringat lak nak bawa bakul baby... So, terpaksa la letak si kecik tu atas lantai dengan beralaskan toto kecik...


Kesian kan ngan budak nih.....

Petang ni kena amik half day la nampaknya... Minggu depan dah la nak cuti, balik kampung... tu yang macam segan sikit la nak amik EL hari ni...

Lagi pun pagi tadi dah punch card... Alang2 dah masuk office, teruskan je la... Lagi pun hari ni sekejap je kan waktu kerja pagi...

Masa tengah taip entri ni, si kecik tu tengah nyenyak tido... Sejuk kan, ada aircond lak tu...

Sian anak ummi ye... Ummi letak atas lantai je...

Jap ye, lagi stengah jam je nak rehat dah ni... Pastu leh balik rumah...

**next week mak mertua lak tolong jagakan... 

**bila la nak dapat tempat untuk kamu Summayyah... kesian kamu... Bersilih ganti orang yg jaga...