Wednesday, June 15, 2011

120 hari @ 4 bulan

Alhamdulillah, hari ni genap la umur my little princess, 4 bulan…

Sekejap je dah 4 bulan ye… Kalau sebut 120 hari cam baru sikit je kan. Tapi kalau sebut 4 bulan macam dah lama…

Pagi tadi bawak Summayyah ke klinik sebab demam dia datang balik. Lagipun dah lebih dari 3 hari dia demam…

Pas check semua doc cakap nak kena amik darah lak… Pastu kena masuk ubat kat mont*t lak… Sian Summayyah…

Masa amik darah tu saya tak tengok pun, tak sampai hati…

Pastu masuk balik bilik doc, dia cakap darah dia ok je… tak ada apa2 masalah… Mungkin demam biasa… Pastu doc check sekali lagi pernafasan. Dia cakap banyak kahak… So, kena amik neb la pulak..

Mula2 ok je, lama2 melalak sakan Summayyah…

Tadi call tanya mak mertua, dia cakap Summayyah tido lama tadi, 3 jam lebih… Maybe nafas dia dah mula ok la tu…

Ok la, nak cerita pasal perkembangan terkini:

* Last check up (8 Jun 2011)

Berat : 6.32kg

Tinggi : 62cm

*Dah boleh meniarap. (1st time meniarap 17 Mei lepas, masa tu umur dia 3 bulan 2 hari) Tapi saya tak sempat nak tengok saat2 tu.

Masa tu saya tengah dok prepare breakfast kat dapur… Dengar dia dok bunyi2… Ingatkan sebab dia boring ke apa… Jenguk je kat ruang tamu, tengok2 dia dah meniarap pun. Dok berbunyi2 sebab dah kepenatan… hehe

*Sekarang dah mula kenal orang… Kalau dengar je suara abang dia, bukan main lagi senyum walaupun tak nampak muka abang dia lagi.

*Kalau orang yang dia dah biasa nampak or kenal, mula la ‘menyembang’… ramah betul…

Tapi kalau dengan orang yang dia tak biasa, dia akan diam je sampai orang tegur ‘tak dengar bunyi suara pun… diam je dia ni…’

*Dah pandai ketawa mengekek bila seronok sangat

*Pandai tengok tv… Kalau saya nak wat kerja rumah, letak dia atas tilam kecil & bukak tv. Dia dok diam je la sambil tengok tv…

*Dah mula nak menyulur… tapi ke belakang lak… Org utara kata gostan ke belakang… hehe

*dah pandai nak main2 dengan kita… kadang2 tu bila dok dekat dengan saya/abah/faris, sure dia akan pegang2 muka kita… kalau orang lain selain kami bertiga dia tak wat camtu…

*kalau dok dekat ngan abang dia time abg dia dok minum susu, mesti dia akan tarik botol susu abang dia sampai terlepas dari mulut... Faris apa lagi, ketawa mengekek la adik dia wat camtu...

*dah start pegang barang & masukkan dalam mulut… ha, ni yang tak berkenan nih… dah pandai masuk2 mulut lak…

*dah tak reti dok diam masa menyusu, tambah kalau dengar suara abang dia... mula la tak senang nak menyusu... Kejap2 lepas... Sabo je la...

Apa lagi ye… dah tak ingat lak… hehe

Tapi satu je yang agak lambat perkembangannya… Rambut… lambat tul nak panjang… Bila la ummi nak leh wat tocang nih… hehe. Tak menyabar2…
Itu je kot nak cerita pasal perkembangan si kecik tu… Rasanya sama je ngan baby lain yg sebaya ngan dia… Ok la, till then…. Daaaaa

eh, apa ambil gambar nih... saya tengah cekci nih... baru pas mandi...

4 comments:

~aSHa~ said...

wah tembam2 ni kalo 4 bulan dah 6 kilo......best peluk...

~SHiLA~ said...

kejap je mase kn..da 4bln sumayah.rase mcm br je dgr sal bsalin.hehe :)

Ena said...

dah besar dah anak ummi ni kan..
geram plak tengok pic tu.. comel sangat..

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

eh muka dia sebjik si abang kan? comelllll geram tgk