Friday, December 28, 2012

Frust...


Hari ni rasa frust sesangat.... :(

Not in da mood....

Thursday, December 27, 2012

Finally....

As-salam...

Akhirnya, hari ni baru la pintu dapat dibuka... Nak dekat kul 11 pagi tadi...
Tu pun dengan menggunakan 'kunci induk'... hehe
Saya dah susah hati pagi tadi bila dapat tau mungkin esok baru pintu bilik dapat dibuka...
Tapi rezeki di hari Khamis ni, orang yang berkenaan tu datang kerja...
Legaaaaaa rasa... Macam hilang semua beban kat bahu ni... ^_^

Bila masuk je bilik ni, sekali tengok misscall punya la banyak... adoiiii...
tapi tak pa, bukan saya sengaja tak angkat telefon kan...
Masalah teknikal yang tak dapat dielakkan... (ayat membela diri... hehe)

Tinggalkan cerita pasal bilik berkunci tu...
Tinggal berapa hari je lagi nak masuk tahun baru...
Dan bermakna tinggal beberapa hari je lagi usia saya nak bertambah...
Makin tua rupanya saya nih...
Hakikat yang harus diterima... :)

Tak ada apa pun nak dicelotehkan pagi nih (pagi ke??? nak masuk tengah hari dah pun...)
Saja rajinkan diri update blog... hehe
Ok la, ada masa nanti sambung lagi celoteh...
Kepala tengah kusut memikirkan macam2 perkara...
Banyak yang perlu dibereskan minggu ni...
Harap2 semuanya berjalan lancar... Amin....

Till then, daaaaa.....

Wednesday, December 26, 2012

Terlebih cerdik...

As-salam....

Entri kedua... hehe
Entri yang pepagi tadi tu adalah autupublish...
Ni entri yang segar dari ladang... hehe

Mood hari ni adalah mood bercuti...
Setelah 4 hari cuti dan bermalas-malasan kat rumah, hari ni rasa macam nak cuti lagi je...
*Tak sedar diri.... cuti tinggal ciput, ada hati nak cuti lagi...

Ok la, berbalik pada tajuk di atas...
Apa yang terlebih cerdiknya???
Ha, kisahnya... kan saya sepatutnya ganti orang lagi minggu ni...
Tapi hari ni tak dapat ganti tempatnya sebab.... saya tertinggal kunci biliknya dalam biliknya (paham tak ayat yang berbelit nih???)

Nak dijadikan cerita, saya yang terlebih cerdiknya ni simpan kunci bilik PA tu dalam laci meja di dalam bilik dia...
Pastu, biasanya bos dia tak kunci pintu utama... dia just kunci pintu bilik dia je...
Tapi boleh pulak dia kunci pintu tu Jumaat lepas...
Makanya tak dapat la saya masuk bilik tu...
Dah tu, bos tu pulak bercuti rehat dari Isnin lepas sampai la 1 Januari ni...
Bagus kan... hehe

So, sekarang saya terpaksa la tunggu pihak keselamatan untuk membuka pintu bilik bos tu...
Dan dapat la saya bersenang-lenang duduk kat bilik saya... :)

Sekian, kisah kecerdikan yang terlampau... hehe
Till then, as-salam...

Moralnya: len kali kunci jangan letak sembarangan... :P


More than 100 Keyboard Shortcuts must read

Keyboard Shorcuts (Microsoft Windows)

1. CTRL+C (Copy)

2. CTRL+X (Cut)

3. CTRL+V (Paste)

4. CTRL+Z (Undo)

5. DELETE (Delete)

6. SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)

7. CTRL while dragging an item (Copy the selected item)

8. CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)

9. F2 key (Rename the selected item)

10. CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)

11. CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)

12. CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)

13. CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)

14. CTRL+SHIFT with any of the arrow keys (Highlight a block of text)

SHIFT with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)

15. CTRL+A (Select all)

16. F3 key (Search for a file or a folder)

17. ALT+ENTER (View the properties for the selected item)

18. ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)

19. ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)

20. ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)

21. CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents opensimultaneou sly)

22. ALT+TAB (Switch between the open items)

23. ALT+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)

24. F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)

25. F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)

26. SHIFT+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)

27. ALT+SPACEBAR (Display the System menu for the active window)

28. CTRL+ESC (Display the Start menu)

29. ALT+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu) Underlined letter in a command name on an open menu (Perform the corresponding command)

30. F10 key (Activate the menu bar in the active program)

31. RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)

32. LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)

33. F5 key (Update the active window)

34. BACKSPACE (View the folder onelevel up in My Computer or Windows Explorer)

35. ESC (Cancel the current task)

36. SHIFT when you insert a CD-ROMinto the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)

Dialog Box - Keyboard Shortcuts









1. CTRL+TAB (Move forward through the tabs)

2. CTRL+SHIFT+TAB (Move backward through the tabs)

3. TAB (Move forward through the options)

4. SHIFT+TAB (Move backward through the options)

5. ALT+Underlined letter (Perform the corresponding command or select the corresponding option)

6. ENTER (Perform the command for the active option or button)

7. SPACEBAR (Select or clear the check box if the active option is a check box)

8. Arrow keys (Select a button if the active option is a group of option buttons)

9. F1 key (Display Help)

10. F4 key (Display the items in the active list)

11. BACKSPACE (Open a folder one level up if a folder is selected in the Save As or Open dialog box)





Microsoft Natural Keyboard Shortcuts

1. Windows Logo (Display or hide the Start menu)

2. Windows Logo+BREAK (Display the System Properties dialog box)

3. Windows Logo+D (Display the desktop)

4. Windows Logo+M (Minimize all of the windows)

5. Windows Logo+SHIFT+M (Restorethe minimized windows)

6. Windows Logo+E (Open My Computer)

7. Windows Logo+F (Search for a file or a folder)

8. CTRL+Windows Logo+F (Search for computers)

9. Windows Logo+F1 (Display Windows Help)

10. Windows Logo+ L (Lock the keyboard)

11. Windows Logo+R (Open the Run dialog box)

12. Windows Logo+U (Open Utility Manager)

13. Accessibility Keyboard Shortcuts

14. Right SHIFT for eight seconds (Switch FilterKeys either on or off)

15. Left ALT+left SHIFT+PRINT SCREEN (Switch High Contrast either on or off)

16. Left ALT+left SHIFT+NUM LOCK (Switch the MouseKeys either on or off)

17. SHIFT five times (Switch the StickyKeys either on or off)

18. NUM LOCK for five seconds (Switch the ToggleKeys either on or off)

19. Windows Logo +U (Open Utility Manager)

20. Windows Explorer Keyboard Shortcuts

21. END (Display the bottom of the active window)

22. HOME (Display the top of the active window)

23. NUM LOCK+Asterisk sign (*) (Display all of the subfolders that are under the selected folder)

24. NUM LOCK+Plus sign (+) (Display the contents of the selected folder)

25. NUM LOCK+Minus sign (-) (Collapse the selected folder)

26. LEFT ARROW (Collapse the current selection if it is expanded, or select the parent folder)

27. RIGHT ARROW (Display the current selection if it is collapsed, or select the first subfolder)









Shortcut Keys for Character Map

After you double-click a character on the grid of characters, you can move through the grid by using the keyboard shortcuts:

1. RIGHT ARROW (Move to the rightor to the beginning of the next line)

2. LEFT ARROW (Move to the left orto the end of the previous line)

3. UP ARROW (Move up one row)

4. DOWN ARROW (Move down one row)

5. PAGE UP (Move up one screen at a time)

6. PAGE DOWN (Move down one screen at a time)

7. HOME (Move to the beginning of the line)

8. END (Move to the end of the line)

9. CTRL+HOME (Move to the first character)

10. CTRL+END (Move to the last character)

11. SPACEBAR (Switch between Enlarged and Normal mode when a character is selected)

Microsoft Management Console (MMC)





Main Window Keyboard Shortcuts

1. CTRL+O (Open a saved console)

2. CTRL+N (Open a new console)

3. CTRL+S (Save the open console)

4. CTRL+M (Add or remove a console item)

5. CTRL+W (Open a new window)

6. F5 key (Update the content of all console windows)

7. ALT+SPACEBAR (Display the MMC window menu)

8. ALT+F4 (Close the console)

9. ALT+A (Display the Action menu)

10. ALT+V (Display the View menu)

11. ALT+F (Display the File menu)

12. ALT+O (Display the Favorites menu)





MMC Console Window Keyboard Shortcuts

1. CTRL+P (Print the current page or active pane)

2. ALT+Minus sign (-) (Display the window menu for the active console window)

3. SHIFT+F10 (Display the Action shortcut menu for the selected item)

4. F1 key (Open the Help topic, if any, for the selected item)

5. F5 key (Update the content of all console windows)

6. CTRL+F10 (Maximize the active console window)

7. CTRL+F5 (Restore the active console window)

8. ALT+ENTER (Display the Properties dialog box, if any, for theselected item)

9. F2 key (Rename the selected item)

10. CTRL+F4 (Close the active console window. When a console has only one console window, this shortcut closes the console)





Remote Desktop Connection Navigation

1. CTRL+ALT+END (Open the Microsoft Windows NT Security dialog box)

2. ALT+PAGE UP (Switch between programs from left to right)

3. ALT+PAGE DOWN (Switch between programs from right to left)

4. ALT+INSERT (Cycle through the programs in most recently used order)

5. ALT+HOME (Display the Start menu)

6. CTRL+ALT+BREAK (Switch the client computer between a window and a full screen)

7. ALT+DELETE (Display the Windows menu)

8. CTRL+ALT+Minus sign (-) (Place a snapshot of the active window in the client on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing PRINT SCREEN on a local computer.)

9. CTRL+ALT+Plus sign (+) (Place asnapshot of the entire client window area on the Terminal server clipboardand provide the same functionality aspressing ALT+PRINT SCREEN on a local computer.)





Microsoft Internet Explorer Keyboard Shortcuts

1. CTRL+B (Open the Organize Favorites dialog box)

2. CTRL+E (Open the Search bar)

3. CTRL+F (Start the Find utility)

4. CTRL+H (Open the History bar)

5. CTRL+I (Open the Favorites bar)

6. CTRL+L (Open the Open dialog box)

7. CTRL+N (Start another instance of the browser with the same Web address)

8. CTRL+O (Open the Open dialog box,the same as CTRL+L)

9. CTRL+P (Open the Print dialog box)

10. CTRL+R (Update the current Web )



--------------------------------------------------------------------------------

Monday, December 24, 2012

Perbualan seorang Lelaki Inggeris Dgn Pak sheikh




Seorang lelaki Inggeris datang ke seorang Sheikh dan bertanya:

Mengapa tidak di bolehkan dalam Islam bagi perempuan

untuk berjabat tangan dengan seorang lelaki?

Sheikh menjawab: Dapatkah anda berjabat tangan dengan

Ratu Elizabeth?

Orang Inggeris berkata: Tentu saja tidak, hanya ada orang-

orang tertentu yang boleh berjabat tangan dengan Ratu Elizabeth.

Sheikh menjawab: Wanita kami adalah ratu dan ratu tidak

berjabat tangan dengan lelaki-lelaki asing ( bukan muhrim)


Kemudian lelaki Inggeris bertanya lagi: Mengapa gadis-gadis Muslim

menutupi tubuh mereka dan rambutnya?


Sang Sheikh tersenyum dan mengambil dua gula-gula, ia membuka yang pertama dan yang lain dibiarkan terbungkus. Dia melemparkan keduanya di lantai berdebu dan bertanya pada orang Inggeris itu:

Jika saya meminta anda untuk mengambil salah satu gula-gula, mana yang akan anda pilih?


Orang Inggeris menjawab:

Tentu saja yang tertutup.


Sheikh mengatakan:

Itulah cara kami melihat wanita di Islam.

Dengan pakaian menutupi aurat, darjat perempuan Islam lebih baik daripada tidak tertutup.


[✔] Sekadar ingat-mengingati sesama kita. Jom perbaiki diri..

--------------------------------------------------------------------------------


Friday, December 21, 2012

Waktu DOa Mustajab


Ada waktu-waktu tertentu yang mempunyai nilai mustajab doa. Maka jangan sia-siakan kesempatan untuk berdoa di waktu itu.

1. Waktu sepertiga malam yang akhir

Sesungguhnya Rasulullah bersabda:

“Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya”.(HR Bukhari dan Muslim)

2. Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”.(HR Ibnu Majah)

3. Doa selepas solat fardhu

“Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu” (HR Al-Tirmizi)

4. Doa di dalam sujud

“Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan” (HR Muslim)

“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa” ( HR Muslim )

5. Sesaat pada hari Jumaat

“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”. (HR Bukhari dan Muslim)

6. Ketika Lailatulqadar

Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w:

“Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu say abaca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )

7. Ketika Hari Arafah

Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/83)

8. Doa antara Azan dan Iqamah

“Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” (HR Al-Tirmizi)

9. Ketika Hujan

Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340)



--------------------------------------------------------------------------------

Hukum Pakai Bulu Mata Palsu




Soalan

Assalamualaikum,Apakah hukum memakai bulu mata palsu dan maskara?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t

Pemakaian bulu mata palsu adalah haram selaras dengan Hadis Nabi mengenai pengharaman pemakain rambut palsu:

“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” (Shahih al-Bukhari, no: 5934)

Apa-apa perbuatan tabarruj yakni berhias diri dengan melampau maka ia diharamkan dalam Islam.

Pemakaian maskara adalah harus selagi mana ia tidak merubah wajah yang sebenar dan bahan yang digunakan tidak mengandungi unsur syubhah dan tidak kalis air. Ini dibimbangi ketika mengambil wudhuk air itu tidak rata ke anggota wudhuk.

Sebagai peringatan Panel menasihatkan gunakanlah maskara yang tidak menonjol ketebalan bulu mata tersebut sehingga menarik perhatian kaum lelaki. Sesungguhnya tabarruj atau pemakai perhiasan yang berlebihan itu adalah amalan zaman jahiliyyah.

Wallahua’lam



--------------------------------------------------------------------------------

Thursday, December 20, 2012

Petua Rasulullah Utk yg Sakit Kronik

Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah S.A.W;


"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua.


by Ustaz Zahazan Mohamed



Terkurung dalam peti ais...

As-salam...
hari ni nak pot pet kat sini... hehe

Biasa la, bila mood pasang surut ni....
time ada mood nak mengetuk keyboard ni, baik turutkan saja...
Kang nanti dah tak ada mood, sunyi sepi lak blog nih...

Eh, terlebih membebel lak...
Berbalik kepada tajuk... "Terkurung dalam peti ais.."
Ekceli start dari hari Isnin lepas sampai 4 Januari ni saya kena ganti PA lain yang bercuti...

Ni la perkara yang seboleh-bolehnya saya cuba nak elak...
Saya 'kurang suka' sikit bab kena ganti mengganti ni...
Dan dipendekkan cerita... Kat tempat dia ni punya la sejuk...
Macam dok kat dalam peti es... Rasa beku satu badan...
Walaupun saya dah pakai blazer, still sejuk giler....
Kebas satu badan... Dan macam dok kat obersi je rasa...
Mula la dok fikir "Camna kalau dapat dok kat oversea... Sejuk camni pun tak tahan..."

Tapi tetap juga berangan yang satu hari nanti saya akan jejakkan kaki ke bumi asing...
dan tempat idaman kalbu adalah... Tadaaaaaa...



Cuba teka kat mana ni???
ye betul... Istanbul, Turki....
Tak ada kaitan dengan cerita 'Istanbul... aku datang' ye...
Sebelum cerita tu keluar lagi memang dah lama berangan nak ke sini...
Ni angan2 yang dah lama terpendam...
Tapi harus dilupakan buat sementara waktu atas sebab2 yang tak dapat dielakkan...
InsyaAllah, satu hari nanti pasti saya akan dapat pergi ke situ... (berangan dulu.... itu mesti...hehe)
Ok la, tu je pun nak di pot petkan pagi2 nih...

Selamat bertugas buat semua.....

**Psss.... semalam tu saja je buat tajuk camtu...bikin gempak... hehe
Ada yang tanya pasal posting... Jawapannya tak...
setakat ni belum ada rezeki nak ke situ... baru berangan2 je...
InsyaAllah, ada rezeki satu hari nanti akan jejak la kaki saya ke situ...
mungkin dalam 3 tahun akan datang... :)

Wednesday, December 19, 2012

WW ; Berpindah ke Oversea???


Tak sabar rasanya....

Monday, December 17, 2012

Tahniah....

As-salam...

Baru je up entri tadi, ni dah up lagi... hehe
Saja nak ucapkan tahniah buat rakan blogger, Mek Rose yang telah selamat melahirkan baby boy...
Alhamdulillah....

Tahniah buat dia & keluarga... Selamat berpantang ye Rose...

Ni gambar baby dia... (lupa nak mintak izin si ibu untuk 'pinjam' gambar anaknya... hehe)


**Seronok bila dapat tahu kawan2 dah bertambah ahli keluarga.... Alhamdulillah, bertambah umat Nabi Muhammad S.A.W...

Pssstttt.... Saya bila lagi???? hehe... Sendiri kena jawab.. :P

Isnin = Letih + lemau...

As-salam...
Isnin yang agak meletihkan...
Semalam seharian kat Port Dickson...
Pergi tengok majlis tamat latihan si adik yang bongsu...
Habis muka saya ni burn...huhu
Dah macam orang yang buat latihan jugak...

Apa pun tahniah la kepada adik bongsu saya yang dapat bertahan hingga tamat latihan...
Dan selamat menjejakkan kaki ke alam pekerjaan...

Gambar? Tunggu kakak yang kedua transfer gambar2 dari kameranya...
Saya tak snap pun pic semalam...
Penat giler sebab terpaksa berjalan sejauh hampir 2km dari tempat parking ke tempat berlangsungnya majlis sebab parking yang penuh....
(pergi ke tempat majlis + patah balik ke kereta untuk ambil makanan + pergi balik ke tempat majlis, hampir 6km jugak la berjalan semalam...)
Memang rasa macam nak pengsan...
Kalau ikut hati & badan yang letih ni, nak je EL hari ni...
Sakit2 satu badan...
Tapi memandangkan start hari ni sampai 4 Januari ni kena ganti PA kat sini yang bercuti, makanya gagahkan la jugak diri datang opis...

Cerita lengkap latter on ye, beserta dengan gambar... hehe..
Hari ni just nak regangkan urat-urat jari jemari ni je..
Ok la, till then....
As-salam...

Wednesday, December 12, 2012

Nak jugak...

As-salam...

Salam sejahtera...

Ramai jugak yang update blog hari ni sempena tarikh yang cantik hari ni kan....

12.12.12

Orang kata sekali seumur hidup... ye la, nak tunggu 12.12.2112 memang dah dalam kubur time tu... :)

Ok la, saja je update sebab nak jugak termasuk dengan orang2 yang update blog pada tarikh cantik nih... hehe

Till then, daaaa....

**Lama rasanya tak cerita pasal budak2 tu... Later2 la ye... hehe

Tuesday, December 11, 2012

Apa la nak jadi...

As-salam....

Fuh fuh.... cuci2 sket sawang menempek kat blog nih...
Habuk pun dah penuh...

Dah berkurun tak update blog...
Tak ada mood punya pasal...
Dan agak bizi sket... hehe

Apa la nak jadi dengan saya ni...
Rasanya banyak benda yang jadi kegemaran saya dulu dah jadi kurang gemar dah sekarang ni...
Contoh???

 
Berblogging...
Dulu.... masuk je opis pagi2, tak sempat breakfast lagi terjah tengok blog dulu...
Sekarang.... Bila mai mood rajin/ rindu kat blog atau bosan tahap gaban baru la terasa nak bukak blog...

Drama Korea...
Dulu..... sangat2 la addict... sampai sanggup berebut remote ngan encik suami... Siap gaduh2 manja lagi... :P
Sekarang.... tak terasa teringin nak tengok pun... Kalau bosan camna sekalipun rancangan kat tv, tak teringat pun nak tengok channel KBS tu...

dan macam2 lagi la...

Agaknya perubahan hormon yang semakin menjadi2 kot... Ye la, sebab kan... saya macam perasan semenjak saya amik 'perancang tu' hormon saya macam 360 darjah dah berubah.... (nak salahkan hormon jugak tu...). Nasib baik tak berubah jadik lain... Hulk ke, shrek ke... hehe

So, kepada kengkawan yang masih sudi jenguk ke sini, terima kasih bebanyak... Sorry la, jarang2 melawat blog kawan2... Kalau melawat pun jarang2 tinggal komen... Maaf banyak2 ye... :(

Tapi, rasanya mulai saat ini nak aktif balik la berblog... Jeles tengok orang yang rajin update blog tetiap hari...

So, jari jemariku sayang... tolonglah rajin untuk mengetip papan kekunci ni ye... Begitu jugak dengan 'puan mood' ku sayang... tolong la buang jauh2 mood kureng rajin tu.... fuh fuh... pi main jauh2 mood kureng rajin oii...

Ok la, tu je bebelan sebagai 'pembersih' habuk & sawang kat blog nih... Kalau rajin esok akan sambung lagi...

Till then, daaaa....

**Pelan2 lawat rumah kengkawan.... 

Monday, October 15, 2012

Salam Isnin semua......

As-salam...

Erm, tak ada apa nak dicelotehkan pagi ni...
Just entri pemanas untuk hari ni...
Tu pu kalau rajin nak up entri kedua lak...
Banyak cerita berlaku, tapi jarijemari ni kurang mood nak menaip...

Tetiba teringat pasal kata2 Prof Muhaya yang saya dengar dari radio IKIM last week...
Kena belajar kawal emosi & sentiasa memaafkan orang...
Jangan sibuk cari salah orang...

Jadi sebagai peringatan untuk diri sendiri terutamanya, bila marah tu jangan beremosi sangat (contohnya seperti di entri2 yang lepas)...
Dan dengan ini saya memaafkan semua orang yang pernah melakukan kesilapan kepada saya... Dan saya mohon maaf juga andai ada salah silap...
Pasni dah takmo cari salah orang dah....
Yang penting nilai diri sendiri dan cari kekurangan diri dulu... berusaha perbaiki diri sendiri dulu....

Ok la, till then... Daaaaaaa....

Wednesday, October 10, 2012

Tenggelam timbul, tenggelam timbul...

As-salam...
Semenjak tak ada mood nak berblogging ni, camni la jadinya... Sekejap timbul, sekejap tenggelam...
Moodnya kalah mood ibu mengandung... huhu....

Ni pun sebenarnya tak ada idea nak direpekkan kat sini...
Cuma teringat satu peristiwa tu...
Saja nak bebel kat sini... nak share pengalaman sikit...
Entri ni mungkin agak panjang...
kalau sudi baca sampai habis, terima kasih...
kalau tak sudi takpe, saya tak paksa... :)

****************

Al-kisahnya, masa saya tengah sibuk siapkan kerja 3S saya tu (sila rujuk entri sebelum ni... hehe), ada la sorang pegawai tu datang ke bilik saya...
Masa tu kalau ikutkan bos saya tengah cuti rehat, tapi dia datang jugak office untuk siapkan kerja memandangkan minggu tu minggu terakhir dia kerja sebelum cuti belajar...
tapi awal2 lagi dia dah pesan tak mau orang ganggu... So, saya pun senyap je la tak bagitau sesiapa yang bos saya ni ada dalam bilik & dia pun tutup pintu...
Maybe pegawai ni tak tahu yang bos saya ni ada.
So, dia pun cakap la nak minta saya tolong fotostat beberapa dokumen. Katanya ada banyak dokumen yang dia nak saya tolong fotostat dan setiap dokumen nak 3 salinan...
Dan katanya lagi, "Puan suruh akak tolong saya. Petang semalam dia pesan. Saya lupa nak bagitahu"....
Memandangkan saya tengah sibuk nak siapkan kerja2 saya, saya pun cakap la dekat dia yang saya akan tolong dia lepas dah settle semua kerja sebab saya kena siapkan sebelum habis minggu tu...

Lepas pegawai tu beredar, saya macam rasa pelik la pulak...
Sebab saya tahu camna cara kerja bos saya...
Kalau dia nak minta tolong saya masa saya sibuk, dia akan suruh saya siapkan kerja dulu.
Sama la jugak kalau dia nak minta saya tolong pegawai lain, sure dia akan cakap camni "Salwa, lepas awak dah siap kerja awak, boleh tak awak tolong si polan?"
Dan sepanjang saya kerja dengan dia, tak pernah la dia minta tolong saya melalui orang lain. Means, dia akan cakap directly dekat saya, tak pernah pakai orang tengah.
Lebih pelik lagi, baru je petang sebelum tu bos saya mesej saya pasal kerja2 yang saya kena buat esoknya. Tak ada pula dia cakap suruh tolong pegawai tu...

Tapi tak apa la, saya pun tak nak la bersangka buruk kan...

So, the next day tu... nak dijadikan cerita pegawai tu datang nak jumpa bos saya. Kebetulan bos saya ada kat tempat saya.
So, dia pun tunjuk la satu folder kat bos saya yang mana kalau tak silap saya folder yang dia nak suruh saya fotostat tu...
Pastu, saya terdengar la perbualan mereka:

Pegawai : "Puan, puan nak tak copy dokumen2 ni? Kalau puan nak satu copy nanti saya bagi. Sebab saya dah minta tolong Kak Salwa fotostat dokumen ni."
Bos saya : "Dokumen apa ni?"
Pegawai : "bla bla bla"
Bos saya : "Takpe la, saya taknak... Lagi pun saya nak letak kat mana... Ni pun saya tengah clearkan bilik saya sebelum saya cuti"
Pegawai : "Ye ke, takpe la puan"...

Ha, finally kebenaran terbongkar... See, berani2 je dia mempergunakan nama bos saya untuk mintak tolong. Padahal bos saya tak dak pun suruh dia mintak tolong saya...
Naluri seorang PA yang faham benar pe'el bos dia... kan betul firasat saya mengatakan ada yang tak kena... hehe
Ekceli saya tak kisah kalau dia nak mintak tolong. Tapi jangan la dengan cara macam ni. Macam nak mempergunakan orang je...
Saya tahu la, saya ni PA je kat sini. Tapi tolong la respect orang lain jugak walaupun jawatan dia lebih rendah berbanding kamu...
Nasib baik saya tak tanya kat bos saya pasal ni. Kalau tak, tak pasal2 bos saya tahu dia mempergunakan nama bos saya untuk mintak tolong orang lain.
Dah la bos saya ni pantang orang 'kacau' PA dia... herm....

**************************

Tu je bebelan pengalaman yang saya nak share... Seriously, saya tak suka orang buat macam tu... Tak salah kalau kita cakap jujur. Terus terang je la nak mintak tolong... Macam la saya ni tak sudi nak tolong...

Ok la, tu je nak cerita dan bebelkan pagi ni... terima kasih la sudi baca entry saya yang panjang lebar nih... hehehe...

Till then, as-salam....

Friday, September 28, 2012

Aci tak???

As-salam...

Kemalasan untuk update blog semakin menjadi2...
Entah la, tak semangat pulak rasa nak berblogging nih...
Seperti hilangnya semangat nak bekerja semenjak bos dah tak ada nih...
(Bila ntah bos baru nak sampai)
Rasa macam nak minta tukar keluar dari sini je...
Tapi nak mengadap 'big bos' bahagian ni, membuatkan saya berfikir berkali2...

Lagi pun, peluang nak dapat bos baru tu cam samar2 je...
Baik saya angkat kaki je kan...
Sementara tak ada bos hakiki ni senang la sikit nak dapat 'sokongan tanpa pengganti'...
Kang dah ada bos nanti nak kena ada pengganti lak...

Ok la, tutup cerita pasal kerja nih...
Malas nak pikir buat masa ni... 
Banyak lagi hal2 lain yang lebih penting nak difikirkan...

Pasal tajuk entri tu.... Aci tak kalau sekarang baru nak tempek gambar raya...
Dah nak basi pun ha... Sebab dah nak masuk raya Aidiladha dah... hehe
Tak pa la, biar lambat asal ada... hihihi...

Layan je la beberapa keping gambar nih...
Sila abaikan tarikh pada gambar ye...
Dah transfer gambar masuk laptop baru perasan setting tarikh dah lari...
Gara2 anak kakak saya usik kamera tu....

Ni gambar masa raya kedua... kat kampung saya - Kedah... :)
Gambar raya pertama (kat Perak) ada dalam laptop... lupa nak save dalam pendrive....

Mukadimah...

Kami empat beranak... Tak sedondon lak... Maklum la, dah raya ke-2....

Kami tujuh beradik.. Dari kiri kakak yang sulung, pastu yang kedua dan seterusnya.... yang kanan sekali yang bongsu... (macam tinggi lak saya masa ni... padahal sebab pakai heels... hehe)


Ok, menantu2 lak dengan mertua.... Yang kanan tu menantu no. 2 dan seterusnya....

Family besar saya.... Tapi tak cukup korum jugak.. Sorang lagi menantu tak ada....

Tengah 'get ready' nak melompat nih.....

Lompat!!!!! Tapi ada jugak yang tak sempat lompat.... hehe

Ok, sekian saja bebelan hari ni dan gambar2 yang dah basi.... Terima kasih kerana sudi membaca dan mencuci mata....

Till then, as-salam.....

Wednesday, September 19, 2012

Kosong....

As-salam...

Rasa macam lama tak update blog...
padahal baru je berapa minggu... hehe
Minggu lepas memang minggu yang sangat sibuk...
kalau kebiasaannya kat office2 gomen ada 5S, saya pulak sibuk 3S...
Scan, shred & simpan...
Itu la kerja saya minggu lepas dan minggu2 sebelumnya...

Sebabnya, bos saya bakal meninggalkan saya (dah tinggalkan pun minggu ni....huhu).
Dia akan sambung belajar kat UK...
Tu yang sibuk tolong dia 'clear' kan bilik dia...

Sedih la jugak rasanya...
Sepanjang saya kerja, dia la bos yang paling lama saya berkhidmat penuh setia... cewahhhh...
Ada la 3 tahun lebih... lama la jugak tu... hehe
Sebelum2 ni paling lama pun saya jadi PA sorang bos tu, setahun lebih je...
Dan sebelum2 ni semua bos saya lelaki...
Dia la first bos perempuan....

Dah la hari last dia kat sini saya lak demam...
Tapi petang tu saya gagahkan diri jugak datang ke office untuk ucap selamat berangkat... hehe
Tapi sekejap je saya datang, sebab dia pun sibuk...
Tambah lak saya tak berapa tahan dengan kesejukan office...

Minggu ni rasa sunyi je... Jiwa pun rasa kosong je...
Maybe sebab tak ada bos...

Lepas ni tak tau la apa nasib saya...
Siapa la pulak bos saya lepas ni... Bos yang ke-5...
Harap2 dapat yang ok...
Berdebar la pula bila fikirkan hal bos baru nih...
Debarannya, macam tengah tunggu result final exam je... hehe

Ok la, celoteh panjang2 lak pagi2 nih....
Sorry la, masih tak ada gambar raya walaupun bulan Syawal dah pun berlalu...
Tak pa la kan... next2 time la...
Till then, as-salam...

**********
Kat luar hujan turun dengan lebatnya...
Hujan rahmat di pagi hari....
Moga ada berita baik untuk saya....

Friday, September 7, 2012

Masih dalam mood raya???

As-salam...

Berminggu kot biarkan blog ni tanpa sebarang update...
Memang kerajinan nak update blog tu tak ada langsung...
Ikutkan hati nak je biarkan terus blog ni bersawang... hehe
Tapi tengok orang sana sini up pasal cerita raya + gambar raya, macam terpanggil2 lak untuk update blog...

Hari ni rasa lemau sesangat...
Pasal apa pun tak tau la...
Dah la pagi tadi terlupa nak bawa beg si kecik Izzati tu...
Adoi, camna leh lupa pun tak tau la...
Dok sibuk teringat nak bawak beg kelas B. Arab, terus terlupa beg si kecik tu...
Ntah dia minum susu camna la pagi ni...
Naisb baik la baju, diapers & susu semua kat taska...
Botol je yang selalunya bawak balik... huhu

Ok la, nak bebel panjang2 pun tak leh...
kerja banyak menanti nih..
Nanti2 update lagi...
Niat di hati nak up gambar raya...
Sekali, pendrive tertinggal lak..
huhu....
Next time la...

Ok, till then... AS-salam...

Thursday, August 16, 2012

Entri Pagi Hari...

As-salam...

Pagi yang dirahmati - sebab hujan rahmat turun...

Pagi ni macam agak lancar perjalanan walaupun hujan sangat la lebat kat kawasan rumah saya... sampai jalan pun tak nampak tadi...

Maybe ramai yang dah start bercuti hari ni... Tak pun sebab sekolah dah start cuti hari ni...

Mood nak berkerja hari ni adalah 50-50... Otak dah melayang2 teringat kat kampung... Badan je masih kat sini...

Kakak yang sulung dah sampai ke kampung semalam... bestnya la dia...

Tapi tu la, dalam tak sabar nak balik kampung mood nak beraya tu tak jugak kunjung tiba... Pasai pa ntah... Heran betul... Agaknya sayang nak tinggalkan Ramadhan tahun ni...    :(

Kepada yang akan pulan ke kampung tu hati2 di jalan raya... Pastikan anda tinggalkan rumah dalam keadaan yang selamat (lebih kepada ingatkan diri sendiri)...

Mudh2an kita semua selamat tiba ke destinasi...

Ok la, tu je pun bebelan di pagi hari... Kang kalo rajin sambung lagi...

Till then. tataaaaaaaaa....

Wednesday, August 15, 2012

Kenapa 2 maskot Sukan Olimpik ini bermata satu?



WENLOCK

1. Ciri-cirinya memperlihatkan dia seorang yang berkuasa, solid, berbadan emas/platinum & kuat serta menampakkan dia seperti memakai "crown".

2. Aksesori yang dipakai pun tak semana2 tak kena dgn maskot ini. Mungkin cuma untuk melengkapkn sebagai seorang Raja/firaun. Kalau tgk btul2, dekat crown dia tu ada macam simbol pelik.. Betul ke lambang Taxi London? Ke lambang Piramid?

JAWAPAN: WENLOCK = DAJJAL

======================================

MANDEVIL
1. Man-Devil-Le? DEVIL? Ketahuilah kalian.. Bahawa Iblis itu juga bermata satu! Pernah baca sirah Nabi Idris? Dimana baginda telah membutakan sebelah mata Iblis dengan jarum??
2. Maskot ini berwarna BIRU.. Korang masih ingat lagi Iblis dijadikan oleh Allah dengan apa? Ya, api berwarna BIRU. Tengok bentuk kepala dia.. Macam tanduk kan? Ada ekor pulak tu..

 
JAWAPAN: MANDEVILLE = IBLIS

 
P/S: Betul atau tidak info ini, wallahualam. Semoga kita dapat menjaga hati kita supaya dijauhkan daripada fitnah Dajjal.

======================================

Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
"Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi, maka terhindarlah daripada fitnah Al-Dajjal."
- [Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i]

======================================

Salam Lebaran

As-salam...

Dah ada ke yang akan mula bercuti esok???
Bestnya la kan...
Dikesempatan ini saya nak ucapkan :


Mohon maaf anda ada salah dan silap di sepanjang saya berkarya di blog saya ini ...
Kepada yang akan pulang ke kampung untuk berhari raya tu, hati-hati di jalan raya...
Biar lambat asal selamat... Ingatlah orang yang tersayang... (macamiklan jalan raya lak... hehe)

Apa pun semoga kita sama2 beroleh kemenangan...
Allah huakbar!!!!

As-salam...

Beras habis la pulak....

As-salam...

Pagi2 lagi dah membebel kat sini.. hehe
Semangat 'cat baru' la katakan... :)

Pagi tadi buat pertama kalinya sepanjang bulan puasa ni saya & en. suami tak makan nasik time bersahur...
semuanya gara2 saya terlupa beras dah habis... huhu
Padahal, masa masak nasik untuk sahur semalam memang saya tengok beras dah nak habis...
Tapi terlupa la pulak nak bagitau kat en. suami ...
Kebetulan semalam kan berbuka kat luar...
Adoi la, camna leh terlupa...

Pagi tadi just minum susu 1 mug + makan kurma.
Tak tau la dapat bertahan ke tak nih...
Harap2 ok la kot...
En. suami tu dah la memang jenis makan nasik time sahur...
Camna la dia berpuasa hari ni eh...

Dulu2 masa bujang memang itu la juadah bersahur saya...
Tapi lepas kawin ni, dah terjangkit dengan en. suami lak...
Sahur mesti kena makan nasik...
Tambah lak si kecik tu masih menyusu badan...

Ok la, tu je pun nak bebel pagi2 nih...
Till then... As-salam...

**Jalan macam agak ok pagi ni... dah ada ke yang start bercuti???

Tuesday, August 14, 2012

Cat baru sempena raya...

As-salam...
Sempena raya yang bakal menjelang nih, saja la rajinkan diri jap...
Tukar cat rumah...hehe
Tapi bukan rumah tempat makan + tido + guling2 tu...
Ni ha, rumah kedua a.k.a blog saya nih...

So, jangan terkejut lak...
Kang ingat salah masuk rumah lak...
Saja test2... Maybe untuk sebulan kot... hehe

Ok la, tu je...
As-salam...

Umpama orang yang mengantuk disorongkan bantal...

As-salam...

Rajin pulak update blog hari ni...
Dah tak tau nak buat apa kan... hehe

Dah nak hujung-hujung puasa ni rasa rajin nak memasak tu macam dah ke laut je...
Tambah lak makin tak tau nak masak apa...

Tadi tiba2 en. suami mesej, katanya ada jemputan berbuka puasa untuk kami sefamili...
apa lagi, tersenyum je la...
macam orang yang mengantuk disorongkan bantal... hehe
Macam tau2 je orang yang jemput kami tu, yang saya ni tengah mood ke laut untuk memasak... hehe
Tolak hari ni, lagi dua hari je nak berbuka kat sini...

Lari topik jap...
tengah hari tadi ikut la member office ke Alamanda...
Niat di hati nak cari kasut raya... (kasut raya la sangat kan... hehe)
sekali bila dah jumpa yang berkenan di hati, tak ada saiz la pulak... huhu
Dah tu, ingat nak la beli something kat Parkson nun, sekali tengok orang yang beratur nak bayar....
Mak aih, punya la panjang Q nya... huhu


 gambar sekadar hiasan... hehe

Terus bukak langkah ke tempat lain...
Tak pa la, pakai je la kasut yang ada...

*****************

Dok menghitung hari nak balik kampung je....
Tak sabar nak berkumpul adik beradik...
Faris pun tiap2 hari dok tanya bila nak balik kampung...
Dia pun tak sabar kot nak jumpa sepupu2 dia... :)

Balik kampung... oh oh oh balik kampung....

Ok la, till then... daaaaa....

Mood beraya...

As-salam...
Pagi yang agak blues sket...
Tuesday blues kot... boleh??? hehe

Ekceli tak dak mood la pulak ha...
Sana sini orang cerita pasal raya, pasal persiapan raya, semua pasal raya la...
Entah kenapa tahun ni macam mood nak beraya tu tak sampai2 pun...
Entah ke mana hala 'dia' menyinggah...

Persiapan tu almost complete... dah 90% kot...
Baju dah settle, tu pun ala kadar je... Wasatiah (bersederhana) kekdahnya...
Kuih raya pun, 1 je yang beli. Tu pun en. suami yang beli...
Saya lebih suka buat sendiri kot...
Mungkin dalam 2,3 jenis... Pastu kerepek...
Jadilah...

Bukan apa, dah serik nak tempah kuih...
Masa cuba tester tu sedap kemain...
Sekali bila dapat, indah rupa dari rasa...
Sedih giler kot, dah la beli utk dua2 kampung (mak sendiri + mertua)...
Tu yang 'merajuk' tahun ni, tak nak dah order... hahaha

Ok la, tu je nak bebel pagi2 nih...
Ada ke yang macam saya ni, mood nak beraya belum mari???

**dengar cerita kat jalan TAR nun sesak ngan lautan manusia... Sape2 nak pergi sana hati2 la ye... En. suami cerita member office dia pergi jalan TAR weekend hari tu, sedar2 rantai tangan anak dia kena ragut dari belakang... Anak dia lak baru umur setahun lebih... So, berhati2 ye... Bila dah ramai ni susah nak control...

Monday, August 13, 2012

Keranamu semperit...

As-salam...

Phewww... penat sket petang ni...
Tadi tengah hari saya & en. suami merempit ke sana sini sebab nak cari acuan buat kuih ni...
Adoi, tak jumpa la pulak ha...
Mungkin ramai kot yang buat kuih ni tahun ni...

Nasib baik la en. suami tahan melayan karenah si isteri ni... hehe
Tenkiu laling... hehe

Adoi, time ada mood nak membuat kuih, barang pulak tak cukup...
Erm, tengok la petang ni kalau sempat dia cakap dia nak sambung pencarian...
Gigih sungguh...


Semperit oh semperit...

**Tapi ada yang panggil 'bunga cina', ada yang panggil 'biskut dahlia' dan lain2 la...
Saya tetap panggil kuih semperit... hehe


Orang KATA, Atuk KATA, dan Saya RASA

As-salam....
Ni copy & paste dari blog lain....

*******************************

ORANG KATA..

enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, dah tua nanti taubatlah

ATUK KATA..

orang muda hidup memang baru bermula,tapi belum tentu masih panjang lagi,entah esok lusa Izrail datang menjemput.

SAYA RASA..

Betul jugak tu..



ORANG KATA..

exams tu susah, kena banyak sacrifice,constant study..past year papers..etc..etc..

ATUK KATA..

exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji,dah ada syllabus untuk diikut,kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu,

byk pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..

SAYA RASA..

Betul jugak tu..



ORANG KATA..

have fun on your birthday, panggil kekawan dan

sedara mara, berpartylah sepanjang malam, make it a

memorable one!!

ATUK KATA..

setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi peluang utk beramal,bertaubat..

SAYA RASA..

Betul jugak tu..



ORANG KATA..

kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat, baru hati puas!

ATUK KATA..

ye ke hati dah puas?? Dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? Dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? Dah cukup zikir untuk santapan rohani? Dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?

SAYA RASA...

Semuanya BETUL atuk... ☹☹☹

Friday, August 10, 2012

Tragedi berbuka puasa di PICC

As-salam...
mood nak menaip petang-petang ni adalah ke laut...
tapi gagah jugak menaip sket2 kat sini... hehe

Tajuk bukan main lagi kan...
Tragedi la sangat...

Al-kisahnya, semalam ada jemputan berbuka puasa kat PICC.
Makanya, lepas kerja balik rumah & rileks2 jap...
Nak dekat kul 7 baru la kami 4 beranak bergerak ke PICC.
Nasib baik la ada parking yang dekat, tak la jauh sangat nak menapak...
Nak masuk parking kat basement, En. Suami tak mau...
So, parking la kat luar tu...

Macam biasa, dah berbuka tu makan la kan apa yang teringin...
Dah makan sikit, En. Suami pun pergi la solat dulu...
Dah selesai solat, dia pulak la jaga anak...
Saya pun take turn la pulak pergi solat...

Melenggang kangkung je la saya menuju ke surau...
Sekali tengok surau dah berubah tempat...
Sampai2 kat surau, amik wudhuk apa semua terus la nak solat...
Sekali, tengok2 kat situ tak ada telekung...
Semua muslimat kat situ solat guna telekung sendiri...
Terus jadi buntu jap, camna nak solat...

Tu la padahnya bila malas nak bawak telekung sendiri...
termanggu jugak la masa tu...
Fikir punya fikir, dapat la satu idea...
Kebetulan surau tu asalnya surau lelaki, tapi diaorang letak pengadang untuk membezakan bahagian solat lelaki dan wanita...
So, ada la kain pelikat kat atas rak kain tu...
Saya pun apa lagi, terus amik kain pelikat tu dan pakai.
Nasib baik saya pakai t-shir yang hujung lengannya ada grip...
Dan tudung lak tudung jenis syiria...
Terus tarik sampai ke bawah dagu...
Pastu kain pelikat tu saya ikat macam pakai kain nak solat...
Terus la solat macam biasa... hehe

Lepas habis olat tu terus la terfikir..
""Kalau saya menutup aurat dengan sempurna (pakai stoking ngan sarung tangan), sure tak ada masalah nak solat..."


selingan...

So, moral of the story: Kalau kita tutup aurat dengan sempurna seperti disyariatkan oleh Islam, walau kat mana pun kita berada, kita tetap dapat tunaikan solat sekalipun kita tak ada telekung...

Wallahu'alam....

***********
Sekian saja tragedi yang tak berapa nak tragedi ketika berbuka di PICC... Mungkin untuk dijadikan iktibar oleh saya sendiri... Mudah-mudahan saya diberi kekuatan dan sifat istiqamah untuk menutup aurat dengan sempurna... Amin...

Detik-Detik Rasulullah S.A.W Dijemput Sakaratul Maut

As-salsm...
Sedikit perkongsian untuk kita renungi bersama. Semoga rasa cinta kita terhadap Rasulullah s.a.w akan makin bertambah seperti mana sayangnya Baginda kepada kita semua...

***********************

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah;

“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.“Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat Penghantar Wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat rasa maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan-akan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya, “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku” – “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan, “Ummatii, ummatii, ummatiii” – “Umatku, umatku, umatku…” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma solli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi… Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

***************
Selawat dan salam untuk Rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W

Thursday, August 9, 2012

Saya Mahu Berubah MENJADI LEBIH BAIK



★ Jika ingin berubah menjadi baik, dekatkanlah diri dengan orang yang baik-baik. Hadirkan diri ke tempat yang baik seperti masjid dan surau.



★ Dengar alunan zikir, kuliah dan bacalah Al-Quran. Bercakaplah tentang perkara yang baik-baik. Kawal diri dan hati dari nafsu dan pastikan setiap perbuatan dilakukan menggunakan akal dan ilmu.



Insha'Allah ツ