Friday, July 25, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

As-salam...


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua pembaca blog Zon Larangan Cemburu Buta. Maaf andai ada salah silap sepanjang saya berkarya di sini.


Kepada yang ingin pulang ke kampung, hati-hati di jalan raya. Ingatlah insan yang tersayang.


Makan lemang, ketupat, rending dan juadah hari raya tu biarlah berpada... hehe


Nak iklan jap eh... hehe. Buat sesiapa yang ingin mendapatkan produk Shaklee pada musim perayaan ini saya ada menawarkan perkhidmatan COD di sekitar Perak, Kedah dan Pulau Pinang seperti berikut :


Kedah :
Sekitar Bandar Baharu


Perak :
Sekitar daerah Kerian


Pulau Pinang :
Sekitar Nibong Tebal dan Seberang Perai Selatan


Untuk maklumat lanjut dan cara untuk menghubungi saya, anda boleh berkunjung ke kedai online saya : Kedai Kami.


Akhir sekali, selamat menjalani ibadah puasa di akhir Ramadhan ini dan selamat Hari Raya Aidilfitri.


Till then, as-salam.

Wednesday, July 23, 2014

Penghujung Ramadhan...

Bismillah...

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas sehingga ke hari ini dan merasa kemanisan beribadah dalam bulan Ramadhan Kareem ini...

Lama rasanya tak menaip di sini... rasa kejung pulak jari jemari ni nak menaip... Tapi hati ni nak sangat update blog... jadinya jari jemari ni hanya mengikut rentak apa yang terlintas di fikiran ketika dan saat ini... ewah ewah... bermadah bagai pulak... :)

Di kesempatan ini saya nak menyusun jari memohon maaf andai ada tersalah silap samada secara sengaja/ disedari atau tidak sengaja/tanpa saya sedari. Maklumlah, saya ni hanya insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.

Kepada sahabat handai yang nak datang beraya ke rumah mak saya tu sangat dialu-alukan... jemput la ye..

Kepada yang tengah bersiap2 nak balik kampung tu, jangan lupa pastikan anda meninggalkan rumah dalam keadaan yang selamat. Periksa semua keadaan rumah dulu ye. Hati2 ketika memandu.. Biar lambat asal selamat. Semoga kita semua selamat tiba ke destinasi yang dituju..

Makan ketupat, lemang, rendang dan kuih raya tu jangan sampai tak ingat dunia pulak.. hehe... kang nanti ada jugak yang masa bulan puasa turun 3kg tapi lepas raya naik 5kg. Tak ke haru tu... Tapi jangan risau, Shaklee ada penyelesaiannya... (hehe, sempat lagi promote... )

Ok la, panjang lak bebel.. dah merapu meraban dah...

Akhir kalam, kepada semua pembaca blog Zon Larangan Cemburu Buta dan Kedai Kami, saya memohon maaf sekali lagi andai ada sebarang kekhilafan sepanjang saya berkarya dan berniaga..

Semoga amalan kita sepanjang bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah dan diberi ganjaran pahala di sisi-Nya.. Amin

Till then, Assalamu'alikum...