Wednesday, April 28, 2010

Macam mana nak buat ya???

Salam...

Mula2 nak nangis dulu boleh tak... hehe (ni bukan nangis, ni ketawa..)

Sebenarnya saya tengah tersepit ni antara bos dan anak... Adeh, sakit pala kembali menyerang...

Alkisahnya, semalam bawak la si Faris ke klinik sebab badan dia naik balik bisul2 macam yang pernah saya cerita sebelum ni. Tapi kali ni kecil2 je, dan naik sampai ke muka.

Lepas doktor check apa semua, dia kata dapat infection (sama macam yg dulu). Mungkin melalui sentuhan (jangkit dengan budak lain), benda yg dia pegang or benda yg masuk dalam mulut dia.

Jadi, doktor tu telah nasihatkan supaya tak hantar Faris ke taska sampai jangkitan tu betul2 dah hilang sebab dia kata tak guna kalau makan ubat tapi still ke taska.

Ye la, kat taska kan dah bercampur gaul, pastu pemakanan pun kena ikut menu (buat sementara faris tak boleh makan makanan yg boleh menyebabkan gatal2, makanan yg pedas2 dan berempah).

Tambah pulak nak kena bagi antibiotik & ubat2 yg lain ikut time...

So, doktor suggest le kat saya supaya amik cuti. Tapi bukan sehari dua tau. Mungkin makan masa sampai berminggu-minggu. Cuti saya pun tinggal berapa hari je ni. Nak cuti raya lagi... hehe

Semalam minta tolong adik datang jaga, dia pulak ada test JPJ Jumaat ni. Minggu depan baru dia boleh datang. Jadinya, saya bercadang nak amik la cuti esok & jumaat ni.

Tapi kan, mulut ni berat je nak cakap kat bos bila tengok dia banyak kerja. Bila mulut dah rasa ringan, baru je saya nak cakap dia dah kena naik jumpa big bos lak. Pehtu, tadi baru je nak bukak mulut lagi, dia yang cakap dulu "Esok remind saya pasal hal... bla bla bla..."

Adeh, esok??? camna saya nak cuti ni??? Tu la, bukan senang tau nak jadi PA ni. Nak cuti pun kena tengok keadaan & jadual bos. Orang lain senang je apply cuti. Sapa kata kerja PA ni senang?? Meh ganti saya sehari dua... hehe (jangan marah aaa...)

Ok la, dah melalut ni. Sorry la, sekadar luahan hati seorang insan yang sedang kerunsingan... Ini lah cabaran seorang isteri merangkap ibu yang berkerjaya. Selalu tersepit antara keluarga & kerja...

Ada sesiapa yg boleh bagi cadangan yang bernas lagi jitu camna nak bukak mulut cakap kat bos??? Ni dah nak dekat pukul 4 nih...

Ok la, have to go... Papaiii...

Murah rezeki....

Salam...

Lambat pulak saya bersiaran pagi ni... Sebabnya tadi saya pergi Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Jabatan saya... Mula2 tu macam malas je nak pergi sebab perut cam tak sedap lak pagi ni. Tapi gagahkan jugak la diri ni.

Dan saya sangat la bernasib baik, Alhamdulillah... Sebab tergerak hati nak pergi. Tau kenapa? Masa pendaftaran tadi saya telah diberi ini:


Nak tahu apa yg ada di dalamnya???



Waa, duit belanja makan pagi + tengah hari... Tak sia-sia saya dengar kata hati... hehe.

Pastu pulak, balik kat tempat tengok2 ada nasik lemak atas meja. Ada officer yang belanja makan tengah hari ni. Pastu pulak, bos saya bagi nasik lemak yang dia dapat tu sebab dia dah janji dengan member dia nak keluar makan tengah hari ni...

So, tak yah dah turun beli nasik dan duit yang dapat tadi boleh le simpan utk belanja esok... Alhamdulillah, ini la yang dinamakan murah rezeki... Amin...

Erm, yang tu je kot yang nak diceritakan tengah hari ni. Otak tak dapat nak diperah 100% sebab tengah lapar sesangat ni. Jenguk blog Kak Ena & Dalila tadi rasa cam nak meleleh je air liur tengok gambar nasik kerabu ngan nasik lemak... Haisyh...

Ok la, till then. Daaaa

Tuesday, April 27, 2010

Owh owh....

Salam...

Dah nak balik pun... Langit kat luar masih mendung walaupun tadi hujan dah turun dengan lebatnya. Itu maknanya hujan akan bersambung lagi malam ini... Tak pa, hujan tu kan satu rahmat...

Erm, bermula esok sampai hari Jumaat ni saya tinggal berdua je dengan Faris kat rumah. Hubby kena pergi kursus... Adeh, satu perkara yang dari dulu saya nak elakkan. Bukan tak pernah dok berdua je dengan Faris, dah pernah la beberapa kali.

Tapi kali ni lain sikit sebab rumah dah bertambah besar, makin seram lak bila dipikirkan... Penakut betul la saya ni... hehe. Saya tak tau la camna nak laluinya esok. Kalau rumah lama tak apa lagi, keluar bilik nampak je semuanya sampai ke dapur. Rumah sekarang???

Dah la semalam masa saya tengah tidur dengan Faris kat bilik atas, tiba2 je dia menangis meraung. Pastu sorok muka dia bawah lengan saya. Saya pun terus jadi kecut perut. Dalam kepala ni dok pikir "apa la yang dia nampak"...

Terus rasa cam nak nangis je bila pikir camna nak dok 2 org je ni esok sampai jumaat ni... Ada sesiapa yg volunteer nak temankan saya & faris??? hehe

Saya dah plan awal2 lagi, nampaknya sepanjang dok berdua ni balik kerja terus makan, mandi, solat pastu terus 'bummm'.

Nampaknya saya haruslah tabahkan hati ye kawan2... Cepat la hari Jumaat... ^_^

Ok la, dah nak balik ni. Kepada kengkawan yg baru nak balik macam saya, hati2 ye... Papaiiii....

H.a.n.y.a K.a.u Y.a.n.g M.A.M.P.U

Salam...

Selamat pagi semua... Ha, saya buka nak cerita pasal lagu ke apa ye... Saja letak tajuk cenggitu sebab ada perkataan M.A.M.P.U tu...

Haisyh, semalam rasa macam sakit jiwa & otak je sebab blog saya tetiba telah dihalang atau bahasa yg selalu digunakan di'block' oleh pihak yang seperti di atas... heheh...

Sakit jiwa dan raga tau... Herm, nasib baik hari ni boleh log in... Kalau tak, mau mati kutu saya kat office nih...

Ok la, tak mau celoteh panjang. kang kena block lagi sapa susah??? saya dan diri saya jugak... hehe

Papaiiiiii.........

p/s : memang hanya M.A.M.P.U yang mampu, ye tak... hehe... opssss

Monday, April 26, 2010

Isnin yang ceria....

Salam...

Selamat pagi semua...

Wah, setelah bercuti dari dunia blog ni selama 3 hari, rupanya banyak betul ketinggalan cerita. Bukan apa, saya sangat la sibuk (eceh, sibuk memanjang je saya nih...) last week. Cuti pulak sibuk berjalan ke sana sini.

Pergi melawat 'orang baru'. Biras saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Gambar lupa pulak nak amik dari henpon hubby... Pastu berjalan2 melihat alam... (",)

Pagi2 tadi dok melawat rumah kengkawan, singgah la kat blog Rose. Dan dia dah umum pemenang GA yang dia buat. Oh my, adakah saya di tempat ke-2??? Senyum lagi sampai ke telinga... hehe.

Nampak gayanya, saya ni boleh masuk contest yang berunsurkan teka meneka je... yang lain selalu tak menang pun... hehe

Dan nampaknya, ciri2 seorang penyiasat terserlah... hehe. Apa kaitan penyiasat lak dengan contest teka meneka ni??? Ni sure kes terpengaruh dari cerita2 berunsur penyiasatan yang saya dok mengadap saban hari la ni...

Apa2 pun saya dok tunggu pengumuman rasmi dari Rose... eceh... Bukan apa, dari tadi saya tak dapat nak baca entri dia sampai habis, macam tergantung je. Ada masalah ke... Nak leave comment pun tak boleh... herm....

Kepada Mek Rose, makacih ya kerana buat GA ni. Saya target nak hadiah No. 1 tu, memang menjadi idaman sangat. Tapi tak pa la, no. 2 pun ok jugak... hehe.

Ok la, ni baru entri 'warming up'... Kang dah 'panas' sket saya post entri lain lak... ^_^. Papaiiiii....

Thursday, April 22, 2010

Sempat lagi ya....

Salam...

Baru nak bersiaran. Ni punnak cepat sebab satgi nak kena attend kursus lagi..

Owh, banyaknya cerita yang tak sempat saya baca kat blog kengkawan. Petang ni pas habis kursus saya jengah ye...

Ok, papaiiiii....

Wednesday, April 21, 2010

Sekadar berkongsi....

Salam...

Sempat lagi nak jengah blog nih... hehe. Maklum la, tempat berkursus saya kat aras 3 je. Satu bangunan jugak. Saya kat aras 4... boleh la lari2 jap... hehe

Japgi kelas start kul 2.30. So, sementara nak tunggu kelas bermula nak share la satu info yang tak tahu la betul ke tidak. Tapi mungkin jugak la ada betulnya.

Kawan2 semua suka tak makan menda alah ni???


Kanak2 kan suka sangat makan menda ni. Orang dewasa pun sama jugak. Tapi mungkin ramai yg tak tahu apa keburukannya. Nak tau? Baca kisah kat bawah ni...

Kisahnya begini. Masa saya pi kenduri sepupu saya kat Alor Star hari tu (bulan berapa ntah) ada la dapat candies utk budak2.

Dalam tu ada gula2 dan jelly/sumi. Disebabkan anak saya tak reti dok diam, saya pun umpan la dia dengan jelly tu. Baru je saya buka plastik penutup tu dan nak suap dekat anak saya, datang la Pak Long (bapa saudara sebelah mak).

Dia cakap kat saya. "Tak elok bagi budak2 makan jeli ni. Tambah kalau anak ada penyakit penat (asma). Kan dalam tu ada banyak bahan kimia". P

Kebetulan mak su saya pun ada kat situ, dia pun kata benda yang sama & dia kata dia tak pernah bagi anak2 dia makan jeli. Terus saya buang dalam tong sampah...

Sebelum2 ni saya memang tak pernah la dengar pasal bahaya jeli ni. Patut la arwah tok wan (datuk) saya sangat2 la tak bagi kami makan jeli.

So, kengkawan semua cuba kita renung2kan. Kadang2 mungkin kita rasa hairan kenapa anak boleh dapat penyakit yg macam2 sedangkan keturunan kita tak ada yang menghidap penyakit tu. Mungkin salah satu faktornya sebab pemakanan mereka.

Banyak sangat makanan ringan / jajan yang ada kat pasaran sekarang ni. So, pilihlah yang terbaik untuk anak2. Tak salah sekali sekala bagi makan, tapi pantau2 la ye...

Ok la, yang tu je saya nak share petang2 ni. Nak settle jap kerja pastu nak turun pergi kursus lak... Ok, papaiiiii.......

**p/s: habis la bankrup kilang jeli pas ni... hehe


Quick update...

Salam...

Tengah nak cepat ni... Hari ni saya ada kursus lak. Dari kul 8.30 pagi sampai la 5.30 petang ni. Hari ni ngan esok saya berkursus. Kursus Penulisan Surat Berkesan... hehe.

Kalau sempat, tengah hari ni akan curi masa jenguk blog, ok...

Ok la, have to go... Daaaa...

Tuesday, April 20, 2010

Bicara bisu...

Untuk seketika, semangatku seakan luluh...
Terasa sia-sia segala usahaku selama ini...
Di penghujungnya, aku juga yang dipersalahkan...
Sedangkan sang pesalah lari menyelamatkan diri...
Berselindung di sebalik tembok-tombok alasan...

Arghhh... kenapa aku yang menjadi mangsa???
Aku hanya menjalankan amanah yang diberikan...
Sebaik mungkin aku laksanakannya...
Madu yang ku beri, tuba yang kau balas.

Aku dijadikan perisai oleh mereka yang pengecut
Pengecut???
Ya, itulah gelaran yang selayaknya bagi mereka
Kerana tidak mahu mengaku kesalahan sendiri...

Oh Tuhanku, berilah aku kekuatan untuk menghadapi dugaan ini....

Macam-macam dunia hari ni...

Salam...

Dah makan ke?? Saya, alhamdulillah dah kenyang. Walaupun makan roti je... hehe

Sebelum nak celoteh panjang, aci tak kalau saya tak sambung entri pasal duit 10 sen hari tu?? Macam "M" je nak sambung... hehe

Erm, cakap pasal tajuk entri, saja ja nak share satu cerita ni. Ingat tak dalam entri pagi tadi saya ada kata yg bos saya pergi ziarah salah sorang classmate dia yg juga merupakan salah sorang staf kat Jabatan saya ni.

Masa bos saya balik tadi saya tanya la kat bos saya, arwah sakit apa. Bos saya kata ada 2 version yg dia dengar. Satu, orang kata dia sakit kanser tulang. Kat bahagian kaki sampai pinggang tak boleh berfungsi.

Lagi satu version, ada orang kata yang dia terkena buatan orang. Ekceli, org yang nak buat tu tujukan kat orang lain, tapi terkena dekat dia...

Bos saya kata, kesian sangat tengok anak2 dia. Kecik2 lagi... Yang sulung baru form one. Ada lagi 2 org yg masih bersekolah rendah.

Saya yang dengar ni pun rasa sedih, hampir2 air mata ni nak menitis. Tapi tahan aje la depan bos, malu nak nangis... hehe

Kalau betul dia meninggal sebab kanser, nak buat macam mana kan sebab dah takdir ajal dia. Tapi kalau sebab buatan orang la (memang takdir juga) saya harap orang yang buat benda tak baik tu dibukakan la pintu hati dia supaya bertaubat.

Walaupun mungkin orang tu tak berniat nak tujukan dekat dia, tapi tak elok juga kan perbuatan orang tu.

Kadang2 saya jadi takut bila dengar cerita2 macam ni. Rasa macam dah tak selamat je dunia ni.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Dan semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah dari segala perkara yang tidak elok...

Ok la, till then... Daaaa....

2nd time...

Salam....

Yeayyy... Sekarang ni saya tengah senyum sampai ke telinga.... ^_^

Nak tahu kenapa???

Saya dapat tempat ke-3 dalam Contest "Teka Gambar dapat hadiah" yang dianjurkan oleh Mamacira. Seronot seronot... (ala, baru 2 kali menang dah kecoh... apa daaa)

Tahniah jugak kepada kak Eina @ mamalieyna yang mendapat tempat ke-2... hehe

Nak tahu apa hadiah yang saya dapat? Sila klik di sini ya...

Ok, daaaaa

Tukar lagi...

Salam...


Selamat pagi semua...


Sempat menjengah blog jap pagi ni.... Bos tak dak, pi ziarah orang meninggal jap pagi ni. Staf jabatan ni jugak. Saya dok kat opis je, tolong jaga opis a.k.a bilik bos... hehe


Herm, kali ni saya tukar lagi. Bukan tukar layout, tapi photo & display name...hehe.


Rasa2nya masuk ni dah 4 kali saya tukar 'display name' saya... saja suka2. Bila dapat ilham yang baru, gatal je la tangan ni nak tukar...


Gambar pun harus lah sentiasa tukar kan... Mengikut peredaran usia... ^_^


Ok la, nak cerita yang tu ja. Mood berbloging saya ni asyik pasang surut ja. Yang banyaknya surut la... ehehe... Bila mood pasang, time tu la kerja banyak... Tak pa la, janji berupdate jugak kan...


Ok, papaiiiii.....

Monday, April 19, 2010

B>L>U>E>S

..... Di antara langit dan bumi, ada ruang yang harus diisi. Sekiranya tidak, hanya kekosongan yang memenuhi alam ini. Demikianlah diri ini. Di antara malam dan siang, terlalu banyak ruang yang kosong. Menghadirkan kesunyian yang kadang kala menyiksa jiwa.....  


B.l.u.e.s u.n.t.u.k a.k.u

It's Back!!!!!

Salam...

Selamat petang semua...

Ni ada berita nak share nih... Kepada kaum2 ibu, sila la simpan duit anda ye sebab pada 24 & 25 April ni ada :



  Maklumat lanjut seperti di bawah:


Products Offered :

Baby Diapers
Baby Apparels
Baby Toiletries
Baby Accessories
INCO Adult Diapers
Adult Toiletries
Sanitary Pads
Maternity Pads
Brands Featured Pureen Pride ‘N’ Joy
Pureen Basic
Tracia Toiletries
Dr Mist

Time: 10am to 6pm

Terms:
VISA & MasterCard accepted for purchases above RM150

Location : (Tel 603 7628 8888)

Summit Company (M) Sdn Bhd
Lot 6 Jalan 19/1
46300 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia


Jom la pi ramai2. Kalau ada terjumpa saya kat sana, jangan segan2 nak tegur ye... hehe. See ya!!!!

Apa yang tak kena ni???

Salam....

Dah nak masuk tengah hari baru nak jengah blog nih...

Pasai pa ha kebanyakkan orang hari ni muka serius ja. Pastu tak senyum & ceria pun... Termasuk la bos saya...

Saya ni bukan boleh, kalau bos buat muka serius je mula la dok pikir "Aku ada buat salah ke???" Nak buat kerja pun rasa tak senang hati...

Dan satu lagi tengah dok pikir satu 'masalah' ni ha... Susahnya hati... Tapi still under control la...

Ok la, nak cakap yang tu je. Will update later sebab ada kerja sket... Ok, papaiiiiiiii..........

Friday, April 16, 2010

Mommies Blogger Award

Salam..

Petang ni rasa cam nak buat entri pasal award la...


Award ni diterima daripada Kak Ena @ teratakmilikku. So, sebelum nak amik award ni nak kena la buat menda2 kat bawah tu:

Thank and link the person who gave you the award.. post the above award in your entry too..
To Kak Ena, terima kasih daun keladi ye... Lain kali bagi lagi... hehe

List the date of birth of your first child and your following children.. add also their names..
Ada sorang je... Ahamad Faris Danish, dilahirkan pada 06 Julai 2008 (06/07/08)
Upload a picture of you with your children..


Tak ada la gambar yang latest... Ni gambar last year... Aci la kot ye... hehe

Pass the award to all mommy bloggers you know! Let them know k..

saya nak bagi kat :

Ezzah @ Cikpuan Ezzah
Siti @ teratakibu
nissa @ ummirania
ain @ mamaDQ
mamalieyna @ mamaarif
Rose @ pot pet mek rose
khams @ tentangkami
azlia @ mamaamsyar


Pastu dekat semua mommy2 yang kat luar sana tu...

Paksa rela....

Salam...

Pagi2 dah pening... Bukan apa, saya menci la nak kena kutip2 duit ni... Semenjak saya dilantik mengutip duit untuk kelab Jabatan dan Bahagian, asal orang nampak muka saya je cam tengok muka 'ceti haram'... Adeh, tension maaa....

Tambah pulak kalau diaorang ada banyak tunggakkan, mula la buat muka terkejut la, masam muka la dan paling tak tahan bila diaorang cakap "Saya rasa macam dah bayar banyak sebelum ni, tapi kenapa ada tunggakkan?"... Adeh, ni yang paling tak tahan...

Rasa macam seolah2 saya ni amik duit diaorang lak... Tolong la, sejahat2 saya ni kan, tak dak la sampai nak 'makan' duit orang, nak pecah amanah... Terus rasa patah semangat tau camni...

Tapi nak buat camna, nak cakap 'tak mau' pun tak boleh, dah arahan... Terpaksa rela je la...

Thursday, April 15, 2010

Dialog dengan perutku....

Saya : Eh, dah pukul 12.50 dah... Perut, perut... nak makan apa hari ni??

Perut : Entah la. Tak dak selera la. Rasa macam nak makan sesuatu, tapi tak tau apa dia...

Saya : Habih, camna nak cari kalau tak tau...

Perut : Tu la, teringin nak makan kat satu tempat ni, tapi kan tak kan nak pi sorang2. cam tak sesuai je...

Saya : Jap, tanya ngan 'big bos'...

Setelah beberapa minit berbalas sms...

Saya : Erm, nampaknya tak dapat la makan kat situ. 'big bos' ada hal...

Perut : tak pa la... (merajuk)

Saya : Apa kata tapau nasik kat cafe je...

Perut : tak mau la makan nasik. tak lalu. kalau beli nanti sure tak habis...

Saya : nasik goreng?

Perut : tak mau

Saya : Mee sup, bihun sup, mee kari? 

Perut : tak mau, tak mau, tak mau...

Saya : Habis nak makan apa ni??? Makan pisang goreng je la...

Perut : Ok la, daripada biar kosong je...


So, tengah hari ni saya makan pisang goreng je... huhu

RM0.10 & RM0.20... Apakah nilainya pada anda???

Salam...

Pagi2 Khamis ni nak cerita pasal satu pengalaman yang takkan saya lupakan seumur hidup. Baru ja berlaku last week.

Sebelum nak berceloteh lebih panjang, nak bagi nasihat sket kat diri sendiri terutamanya dan kengkawan yang sudi membaca celoteh saya ini.

Mungkin kadang2 pada kita duit seposen ngan duaposen tu amat kecil nilainya, tapi dalam sesetengah keadaan, ianya lebih bernilai lagi, bahkan mungkin lebih bernilai dari wang 1 juta...

Cerita ni agak panjang, mungkin ada sambungannya... Kalau rasa boring, sila la klik butang 'X' kat atas tu ye... ^_^

Alkisahnya, last week saya pergi la rumah kakak saya kat Jelatik. Tapi saya naik train aja sebab malas nak redah jamm. Bawak kereta sampai Sungai Besi, pastu parking kat bawah Stesyen Star Sungai Besi tu.

Saya pergi sorang2 je. Hubby ngan anak tak ikut. Then, masa nak balik ke rumah saya kat Putrajaya, kakak saya (angah) ikut sekali. Dia nak bermalam kat rumah saya sebab esoknya tu kami adik beradik (kak yong, kak chik & mak saya) nak pi tengok tok saya yang baru lepas operate mata kat Sepang.

Angah ni first time drive jauh sebab hubby dia tak ada, ke Lubnan. Pastu dia pun ingat2 lupa jalan nak pergi rumah saya sebab saya kan baru je pindah. Rumah lama dia ingat la jalan nak pergi.

So, saya pun naik la sekali dengan dia. Kononnya nak jadi pemadu arah le. Sampai kat Sungai Besi, dia tunggu tepi jalan, saya pun pergi la ambil kereta. Dia cakap la "tak yah la bawak handbag, bawah ic dengan lesen ja dah la". Saya pun amik la ic dengan lesen & jugak henpon...

Pastu kami gerak la sama2. Lebih kurang lagi 100 meter nak sampai kat tol baru saya teringat "Ya Allah, purse aku ada dalam kereta angah!!!". Kelam kabut saya rapat ke kiri & stop kat situ. Dah le tempat yang saya stop tu lorong utk kenderaan berat bayar tol. Terus pasang lampu emergancy.

Buka tempat syiling tu dengan harapan ada la duit sebab saya selalu letak duit seringgit & syiling dalam tu supaya senang kalau nak bayar tol. Pastu baru teringat pagi tadi saya guna duit tu utk bayar parking sebab tak ada duit kecik...

"Ya Allah... apa aku nak buat ni??" menggeletar satu badan masa tu.Terus amik henpon call mak bagitau saya stuck kat tol sebab tak dak duit nak bayar tol. Mak kata nanti diaorang patah balik.

Sambil tu, saya terus geledah bekas duit syiling tu dan amik saki baki duit yang ada. Lepas saya kira2 semuanya, ada RM1.05 je, lagi 15 sen tak cukup. Buka dashborad, habis saya selongkar. Masa tu dok berharap ada la duaposen. Jumpa la jugak duit...

Dah habis bayar tol call balik mak nak bagitau yang saya dah bayar tol & tak yah la diaorang berpatah balik. Tapi masa saya call tu mak saya kata dah patah balik. Pastu tiba2 je senyap. Saya tengok le kat skrin henpon... "oh my..." bateri henpon habis???

to be continue... (sebab panjang lagi ceritanya... nanti korang jemu lak membaca. nak tau sambungan tunggu next entry ye... hehe)

Wednesday, April 14, 2010

Owh owh .....

Salam...

Entri untuk petang ni... hehe.

Tak dak apa pun nak cerita. Just cerita biasa2. Pasal kerisauan saya pasal penambahan berat badan saya. Nak kata bertambah dengan banyak tu tak jugak la. Last timbang dalam 49++. Naik 1kg ++.



Tapi kan yang sedihnya, last week masa saya bawak mak saya jalan2 kat K.L saya ada la beli sehelai seluar jeans sebab dah lama tak beli. Bukan berkira, tapi kalau jeans ni saya kureng sket keinginan untuk membeli. Selalu yang saya berkenan nak beli adalah seluar slack...

So, masa pilih2 tu saya pun mintak le ngan salesgirl tu nak saiz 'tet'. Masa tu pulak nak cepat sebab kakak saya dah dok kat kaunter bayaran. So, tak sempat la nak fitting dulu. Saya pun dengan yakinnya amik la saiz tu.

Sekali masa balik rumah, cuba try test pakai... Mak aiii, kat peha saja dah tersangkut. Adeh, jenuh saya kecikkan kaki (boleh ke kecikkan kaki??) dapat jugak tarik naik sampai ke pinggang... Pehtu try nak kancing tak lepas...

Owh owh, nampaknya perut saya semakin bun*** la. Mana taknya dah beberapa minggu ni kan, lepas je makan sambil tidokan si kecik tu dengan saya sekali terZzzzz.



Hubby pun ada kata yang saya nampak gemuks sket. Oh my... kalau orang lain yang cakap saya nampak gemuks saya tak kisah, tapi kalau hubby yang cakap, that's mean I've to do  something... Nampaknya lepas ni tiap2 hari kena exercise nih... D.i.e.t? Owh, saya tak suka perkataan itu sebab saya suka makannnnnn....


Cuma mungkin perlu makan secara seimbang... Nak kata selalu makan fast food, memang tersangat la jarang. Dalam sebulan tu kadang2 tak pernah pun makan fast food... Sebab saya dengan hubby jenis yang kureng sket ngan fast food ni... Kalau teringin sangat baru saya beli... hehe



So, sekarang ni saya nak cuba cabar diri saya cuba kuruskan peha & perut tu sampai boleh pakai jeans tu. Starting from today onwards, okeyh... Nak tengok berapa minggu or bulan dapat kuruskan peha & perut tu... hehe



Kawan2 ada tak yang nak join saya??? Jom la... hehe... Ok la, nak bebel tu je... Kalau dah berjaya nanti saya update ok... Till then, papaiiiii....

Pot Pet Mek Rose 2nd Anniversary Giveaway


Salam...

Dah lama nampak entri pasal ni kat blog Rose, tapi belum berkesempatan nak join. So, disebabkan ada masa senggang ni nak le join giveaway ni. Mana la tau ada rezeki kan...

Tambah lak teruja tengok hadiah yang ditawarkan tu... Dah lama mengidam nak beli beg tu, tapi ramai yang kata kalau beli kat kelantan or T'ganu lagi murah. Tapi nak tunggu sampai ke sana bila la kan... Kalau dapat tu boleh jugak wat beg telekung ke, cute je... hehe

Cara nak join giveaway ni senang ja, kena teka meneka pastu ikut je syarat2nya. semua dah dibuat sebab memang sebelum ni dah jadi follower dia, dah add blog dia kat list. Cuma kena buat entri je.

Kalau nak tau lebih lanjut pasal giveaway ni, sila klik sini ye. Tarikh tutup adalah pada 22 April ni. Ada masa lagi ni. Cepat-cepat la join ye... hehe

Wish best of luck....

Celoteh ringkas....

Salam...

Selamat pagi... Dah breakfast ke?? Saya dah.. Hari ni ada sorang pegawai kat sini yang belanja staf2 bahagian saya breakfast. Makanan2 yang disediakan adalah makanan kaum India... Ntah nama apa ntah diaorang sebut tadi...

Boleh tahan la jugak... Ada jugak mee goreng mamak. Saya makan sikit je, tak kena dengan tekak. Tak snap pun gambar... Tapi kan lepas makan tu terasa pening sket la. Maybe tak sesuai dengan selera saya.

Ok la, saja je nak cerita pasal tu. Ada kerja sket nak kena buat. Nanti saya jenguk lagi... Daaaaaaa

Tuesday, April 13, 2010

Dari Perak ke Kedah... Kisah balik kampung....

Salam...

Petang ni rileks sket sebab bos tak ada... So, nak stori mori pasal kisah balik kampung hari tu...

Ekceli saya ngan hubby plan nak pi jalan2 je minggu tu, dan balik ke kampung minggu berikutnya. Tapi last minute hubby ada hal lak nak kena settle kat kampung.

Hari jumaat tu dalam tengah hari hubby call cakap nak balik kampung malam tu. Balik je dari kerja saya pun kemas la apa yang patut. Mula2 cadangnya nak balik kul 10, tapi postpone ke pukul 1 pagi.

Malam tu lepas solat isyak terus tido kononnya tak nak bagi mengantuk la nak balik kul 1. Last2 kami tiga beranak tertidur sampai kul 4 pagi. Akhirnya kul 8.20 am baru bergerak balik.

Sampai kat kampung dalam pukul 1.30 pm. Macam biasa balik ke kampung hubby dulu.

Faris ngan sepupu2nya... Masa ni kat umah opah (kampung hubby)

Pastu esoknya dalam kul 9.30 am bergerak lak balik kedah (cam jauh je bunyinya, padahal 20 minit dah sampai kedah a.k.a kampung saya). Kononnya saya nak buat surprise la dekat mak saya sebab tak bagitau pun nak balik. Last2 tak menjadi sebab kakak saya dah terbocorkan rahsia... herm...

Petang tu naik motor ronda2 kat kampung saya. Udara sangat la nyaman. Berbeza dengan kat sini. Kat kampung dapat rasa betapa segarnya udara. Angin kampung pun lagi best dari angin bandar...



Kat kampung saya sekarang ni musim menanam / menyemai... Anak pokok padi yang masih kecil nampak menghijau je seperti hamparan karpet... Rindunya saya dengan susana seperti ini...

Ni bendang/sawah yang baru nak serak padi (benih).

Rindunya saya nak turun ke bendang... Teringat pulak masa kecik2 dulu. Setiap kali cuti sekolah Jumaat & Sabtu mesti turun ke bendang tolong mak & ayah. Tapi bukan tolong sangat pun. Banyak main daripada tolong... hehe

Part yang paling best bila mak kata "Dah, pi balik. Basuh dulu selut2 tu dalam parit"... apa lagi cepat2 terjun parit selek (panggilan utk tali air). Bukan setakat basuh selut (lumpur) di baju, terus berkubang la sampai merah mata. Sampai mak jerit la "Dah, dah. Naik masuk bilik air". Selagi tak nampak kelibat mak, jangan harap la kami naik.

Sedar2 je mak dah terpacak tepi parit pegang ranting pokok bunga raya. Apa lagi berbirat la belakang betis. Tak sempat nak lari selamatkan diri.. Hehe. Habis berkubang dalam parit, berkubang dalam kolah pulak... Mak datang terus dapat 'habuan' lagi. Kali ni dengan getah paip pulak... Sabaq ja la... Betapa nakalnya masa kecik2 dulu...


Ni pulak lorong yang masih belum berturap kat kampung saya... Dulu jalan depan rumah saya camni la. Tapi sekarang dah berturap...

Teringat pulak cerita W.a.d.i  U.n.u.n.g....  "Apa pun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti...."

Termenung atas buai bawah pokok rambutan di tepi bendang... Agaknya la kan, apa la yang sedang saya fikirkan...

Best betul duduk atas buai tepi bendang ni. Angin sepoi2 je. Sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah...


Balik kali ni jumpa 'anak' baru mak. Ada 2 ekor. Sekor jantan, sekor betina... Faris kalau nampak je lembu2 ni mesti buat bunyi "boohhh". Ala, dari jauh berani la. Cuba bawak pergi dekat2. Habis peluk orang kuat2... Takut... hehe

Muka budak penakut... Takut tapi nak tengok jugak lembu...


Tengok tu, keras je beraksi bila orang ambil gambar. Dah tu tengok ke lain je... Jenuh la dok panggil "Faris, tengok sini"... Dibuat dekk je... haisyh....

Ops, panjang lak dok cerita pasal balik kampung kali ni... hehe. Sesekali terimbau kengan lama... Betapa saya rindukan zaman kanak-kanak saya... Rindu suasana kampung...

Tak pa, InsyaAllah kalau ada rezeki tahun ni or tahun depan dapat la saya pindah balik kampung... Yeayyyy

Ok la, panjang dah mengomel. Qado balik seminggu tak mengomel panjang... ^_^ . Till then, papaiiiiii.....

Hadih oh hadiah...

Salam...

Herm, dah basi pun cerita pasal ni... Tapi nak abadikan jugak kat blog nih...

Pasal hadiah yang saya dapat dari Kak Ena sebab menang contest cuba teka yang dia buat tu... First time ni menang contest... hehe

Alkisahnya, petang lepas lunch saya masuk la bilik. Tengok2 ada sebuah kotak berbalut atas meja saya. Ingatkan dapat hadiah hari jadi dari secret admire ke... hehe



Sekali bila dah dekat ngan meja, pastu belek2 tertera la nama si pengirim... Automatik teringat pasal hadiah  contest tu... hehe. Dan hadiah yang saya dapat adalah... Jeng jeng jeng...


Taraaaa....

Sangat la comel hadiah yang diberi tu. Thanks ye Kak Ena... Saya letak kat office sebagai hiasan. Kalau letak kat rumah ni, sure habis dikerjakan oleh si kecik tu. Dia bukan boleh tengok benda2 comel ni, gerammmm je... hehe

Ok la, update ringkas pasal hadiah ni... Kalau ada kelapangan nanti saya post lak pasal cuti2 kat kampung... Till then, daaaaaa

Teringin, tapi....

Salam...

Lambat bersiaran hari ni... Ala, biasa2 pun lambat jugak kan... Hari ni dah start banyak kerja. Tapi sambil tunggu printer habis mencetak dokumen yang beratus helai tu, jengah la jap kat blog nih...

Apa yg saya teringin tu???

Alkisahnya, tadi masa dok jenjalan kat umah kengkawan terbaca la dalam blog babyIbu yang Majalah Pa & Ma ada buat contest... Tetiba je rasa teringin nak masuk. Tapi bila baca syarat2nya tak jadi la pulak...

Ye la, kat situ katanya anak kiter kena pandai beraksi & berani di depan orang ramai dan kemera. Kalau depan orang ramai tu rasanya boleh lagi la... Tapi kalau depan kamera? Jangan harap la... Susah bebenor nak amik gambar dia.

Orang sibuk nak ambil gambar dia, dia sibuk nak tengok skrin henpon. Habih camna??? Teringat pulak iklan camera Canon tu, yang lelaki tu nak ambil gambar, tengok2 tak dak orang pun sebab semuanya dok kat belakang dia sebab nak tengok skrin kat camera tu. Faris lebih kurang camtu la...

So, lupakan je la hasrat di hati tu... hehe... Tak pa la, apa pun Faris tetap bayi tercomel di hati ummi dan abah... Bak kata abah faris... hehe

Ok la, kerja mencetak dah settle nih. Nak kena pi binding lak... Papaiiii....

Monday, April 12, 2010

Aksi si kecik....

Salam...

Entri pasal hadiah yang Kak Ena bagi ngan pasal balik kampung hari tu nampaknya masih terpaksa diperam sebab gambar masih dalam henpon... hehe.

Cuma nak tempek gambar aksi si kecik tu buat macam2 muka dari masa kecik sampai la ke besar nh... So, layan je la ye... Nak bercerita mood belum sampai....

Masa ni jalan2 kat B.u.k.i.t  M.e.r.a.h  L.a.k.e.t.o.w.n - masa ni zaman Faris suka amik gambar nganga mulut...


"Erm, ummi saya ni kedekut. saya minta belikan beskal pun dia tak nak... apa la... "


"Tak mau senyum selagi tak dapat beskal ni..."


Ponnn ponnn... Jom naik ketapi balik kedah...


Aucakkkk


"Ni la pas kerja ummi saya... Lawa oo gambar dia..." hehe


Ni pulak gambar port kegemaran Faris. Kalau saya dok kat dapur ke, pastu tiba2 rasa senyap sunyi je saya akan panggil "Faris, faris... Buat apa tu??" Kalau tak dak repons tu kena la cepat2 pi cari dia. Sure tengah buat sesuatu. Selalunya kalau dia senyap je, kat sini la dia lepak...


Diam je dia dok kat bawah ni... Tak sedar gambar di snap...


"Ha, buat apa tu??", terus toleh tengok kita..


"Faris tolong kemaskan rak ni... Ummi sibuk sangat kat dapur..."

Sekarang rak ni dah tak ada sebab dah patah. Ni gambar kenangan masa kat rumah lama dulu... Kat rumah sekarang ni dah tak dak pot yang best untuk faris nyorok2... kesian dia...

Ok la, yg tu je nak cerita petang ni. Gambar je lebih, cerita tak dak sangat... hehe. Ok, daaaaaaa

Morning....

Salam...

Selamat pagi... Masih monday blues ke??? Saya? Semestinya... Maklum la, cuti pun tak dapat nak berehat... Pastu Jumaat lepas demam lak...

Cuti 2 hari ni sibuk dok bawak mak pergi berjalan2... Pastu ziarah saudara mara yang ada dekat2 sini... memang sedikit penat la. sampai rasa nak cramp kaki ni.

Hari ni still tak berapa sihat. Sakit tekak + batuk2. Pastu bila je masuk ke dalam 'peti ais' ni terus je rasa cam nak demam balik.

Hari ni bos saya dah masuk office setelah berkursus selama lebih kurang 4 bulan. So, saya dah tak sunyi lagi la... Pagi tadi, sampai je office terus teringat yang hari ni bos saya masuk. Tetiba rasa cam nerves semacam je. Macam perasaan saya kali pertama lapor diri kat sini... hehe

Bos saya samapi je office terus senyum. Ceria betul dia... And, saya dapat 2 ole2 dari dia.... Form U.K... hehe. Tenkiu bos... Esok la kot saya cerita pasal ole2 yg saya dapat tu... hehe

Banyak sebenarnya, entri yang terperam dalam draf tu. Tapi memandangkan mood saya untuk berblogging sedikit down sejak kebelakangan ni, nampaknya akan terperam la dalam draf tu buat seketika.

Ok la, ada kerja sket ni... Have to go... tatatititutu.....

Thursday, April 8, 2010

I'm exhausted...

Salam...

Dah pun petang... Penat pergi temuduga masih terasa. Bayangkan la, sampai je tempat temuduga tu, baru je nak turun dari kereta, terus teringat "alamak, dokumen yang nak kena bawak tu tertinggal kat office"... adeh, kelam kabut saya berpatah balik semula ke office... Apa lagi, pecut tak hengat la...

Alhamdulillah, selesai sudah...

Ada member2 yang bertanya, saya pergi temuduga apa... Bukan temuduga kenaikan pangkat (tu next next year kot... hehe), bukan juga temuduga jawatan lain... no no no... Cuma satu temuduga yang harus dihadiri oleh staf2 yang kerjanya macam saya.

Yang tugas seharian memerlukan kita berdepan dengan sesuatu yang 'luar biasa'. So, tak yah kot mention temuduga apa... hehe. Sapa2 yg kerja gomen & tugas harian dia cam saya sure tahu kan temuduga apa...  (ngada2 lak nak berahsia...)

Nak update pasal cerita kat kampung, dah petang sangat dah. Nak balik dah pun... So, esok2 je la ye... Lagi pun penat la... hehe. Plus lapar sesangat ni. Tak sempat nak lunch pun tadi...

Malam ni sure Zzzz awal... Macam semalam, tengok citer korea pun macam mamai-mamai je.. hehe

Ok la, have to go... Nak kena pergi jemput hubby lak nanti... Kang dia tertunggu2 depan opis dia lak... Ok, papaiiiiiii....

Dah bersawang....

Salam...

Ahhhhh, what a relief... ops silap, Alhamdulillah... lega rasanya bila semua dah settle...

Setelah bertungkus lumus dari minggu lepas menyiapkan tugasan yang diberi 'last minute' dah tu selonggok lak, hari ni boleh la ber'horray horray' lak... hehe

Sesapa yg kerja gomen tu tau la apa kesibukan yang melanda... Ni semua gara2 k.p.i & s.s.r.  Saya tak kisah le kerja melonggok pun sebab bukan tak pernah, dah banyak kali dah. Tapi kali ni datang sekali dengan pakej, saya tak sihat + anak tak sihat dan asyik meragam je.

Sepasal penat kat opis, pastu balik rumah sambung penat. Tidur pun tak cukup, mula la tension di tahap maksima...

Tapi hari ni boleh la tarik nafas lega, walaupun masih dok risau sebab si kecik tu demam malam tadi sampai pagi ni. Tapi terpaksa juga hantar dia ke taska sebab hari ni saya ada temuduga. Tawakkal je la... Kalau esok dia masih demam, nampaknya nak kena amik cuti la...

Erm, lupa lak nak bagitau. Dalam dok sibuk2 settlekan kerja yang menggunung tu, sempat jugak saya balik kampung hari Sabtu - Isnin lepas. Ada hal penting yang terpaksa diuruskan kat kampung... Cerita akan diupdate kemudian sebab ada gambar sekali... hehe

Hari ni kira warming up la setelah lama tak membebel panjang... ^_^

Ok la, kalau sempat sebelum pi temuduga nanti saya update lagi ye... daaaaaaaa.....

Wednesday, April 7, 2010

Waaa... rindunya...

Salam...

Berkesempatan untuk jengah blog jap. Tapi blog kengkawan memang tak dan la... Sorry ye, nanti saya qado...

Since last week sampai la minggu ni saya sibuk yg teramat. Rindu nak berceloteh panjang2... Tapi apa kan daya, kesibukkan membatasi masa saya... Plus kesihatan yang kurang baik...

Adeh, letih oiii... Muka pun dah pucat lesi...

Ok, have to go... papaiiiii....

Thursday, April 1, 2010

Hari yang sibuk....


Salam...

Wah, baru sempat nak jenguk blog nih... Punya la banyak kerja hari ni... Tu la, bila tak dak kerja, sampai naik boring. Sekali ada kerja, selambak terus. Dah la dateline nya esok...

Waaaaa.... rasa cam nak nagis je sebab tak menang tangan. Pastu pulak, senarai latest pasal kerja saya ni tertinggal kat umah lak. Tu la, semalam gatal tangan sangat bawak balik umah. Konon nak sambung buat kat umah la, so hari ni tak banyak sangat nak kena buat.

Tup tup, dah sampai rumah semalam cari pendrive baru teringat tertinggal kat opis... Waaaa, lagi sekali rasa nak nangis. So, hari ni buat je la apa yg patut. Kalau ada sayap, rasa nak je terbang balik rumah amik list tu.

Okeyh, rileks budak bucuk... Tarik nafas dalam2, lepas....

Tobat lepas ni tak mau gatai tangan dah bawak balik kerja ke rumah... Kan sendiri yang susah...

Hajat di hati nak pergi ke bank waktu rehat hari ni nampaknya terbantut la. Nak kena buat kerja bagi settle dulu... Esok rehat panjang boleh la pi...

Rumah kengkawan pun belum sempat nak jenguk... Sorry ya, dah settle semua nanti saya qado balik... hehe



Ok la, nak makan jap. Kelaparan di tahap maksima. Sempat makan beberapa suap nasik goreng je pagi tadi. Teringat pasal kerja yang menimbun ni, terus stop makan...

Ok, till then, daaaaa...