Petang ni rileks sket sebab bos tak ada... So, nak stori mori pasal kisah balik kampung hari tu...
Ekceli saya ngan hubby plan nak pi jalan2 je minggu tu, dan balik ke kampung minggu berikutnya. Tapi last minute hubby ada hal lak nak kena settle kat kampung.
Hari jumaat tu dalam tengah hari hubby call cakap nak balik kampung malam tu. Balik je dari kerja saya pun kemas la apa yang patut. Mula2 cadangnya nak balik kul 10, tapi postpone ke pukul 1 pagi.
Malam tu lepas solat isyak terus tido kononnya tak nak bagi mengantuk la nak balik kul 1. Last2 kami tiga beranak tertidur sampai kul 4 pagi. Akhirnya kul 8.20 am baru bergerak balik.
Sampai kat kampung dalam pukul 1.30 pm. Macam biasa balik ke kampung hubby dulu.
Faris ngan sepupu2nya... Masa ni kat umah opah (kampung hubby)
Pastu esoknya dalam kul 9.30 am bergerak lak balik kedah (cam jauh je bunyinya, padahal 20 minit dah sampai kedah a.k.a kampung saya). Kononnya saya nak buat surprise la dekat mak saya sebab tak bagitau pun nak balik. Last2 tak menjadi sebab kakak saya dah terbocorkan rahsia... herm...
Petang tu naik motor ronda2 kat kampung saya. Udara sangat la nyaman. Berbeza dengan kat sini. Kat kampung dapat rasa betapa segarnya udara. Angin kampung pun lagi best dari angin bandar...
Kat kampung saya sekarang ni musim menanam / menyemai... Anak pokok padi yang masih kecil nampak menghijau je seperti hamparan karpet... Rindunya saya dengan susana seperti ini...
Ni bendang/sawah yang baru nak serak padi (benih).
Rindunya saya nak turun ke bendang... Teringat pulak masa kecik2 dulu. Setiap kali cuti sekolah Jumaat & Sabtu mesti turun ke bendang tolong mak & ayah. Tapi bukan tolong sangat pun. Banyak main daripada tolong... hehe
Part yang paling best bila mak kata "Dah, pi balik. Basuh dulu selut2 tu dalam parit"... apa lagi cepat2 terjun parit selek (panggilan utk tali air). Bukan setakat basuh selut (lumpur) di baju, terus berkubang la sampai merah mata. Sampai mak jerit la "Dah, dah. Naik masuk bilik air". Selagi tak nampak kelibat mak, jangan harap la kami naik.
Sedar2 je mak dah terpacak tepi parit pegang ranting pokok bunga raya. Apa lagi berbirat la belakang betis. Tak sempat nak lari selamatkan diri.. Hehe. Habis berkubang dalam parit, berkubang dalam kolah pulak... Mak datang terus dapat 'habuan' lagi. Kali ni dengan getah paip pulak... Sabaq ja la... Betapa nakalnya masa kecik2 dulu...
Ni pulak lorong yang masih belum berturap kat kampung saya... Dulu jalan depan rumah saya camni la. Tapi sekarang dah berturap...
Teringat pulak cerita W.a.d.i U.n.u.n.g.... "Apa pun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti...."
Termenung atas buai bawah pokok rambutan di tepi bendang... Agaknya la kan, apa la yang sedang saya fikirkan...
Best betul duduk atas buai tepi bendang ni. Angin sepoi2 je. Sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah...
Balik kali ni jumpa 'anak' baru mak. Ada 2 ekor. Sekor jantan, sekor betina... Faris kalau nampak je lembu2 ni mesti buat bunyi "boohhh". Ala, dari jauh berani la. Cuba bawak pergi dekat2. Habis peluk orang kuat2... Takut... hehe
Muka budak penakut... Takut tapi nak tengok jugak lembu...
Tengok tu, keras je beraksi bila orang ambil gambar. Dah tu tengok ke lain je... Jenuh la dok panggil "Faris, tengok sini"... Dibuat dekk je... haisyh....
Ops, panjang lak dok cerita pasal balik kampung kali ni... hehe. Sesekali terimbau kengan lama... Betapa saya rindukan zaman kanak-kanak saya... Rindu suasana kampung...
Tak pa, InsyaAllah kalau ada rezeki tahun ni or tahun depan dapat la saya pindah balik kampung... Yeayyyy
Ok la, panjang dah mengomel. Qado balik seminggu tak mengomel panjang... ^_^ . Till then, papaiiiiii.....
8 comments:
eh, kg sal sebijik kg MIl siti..sawah padi semua..mmg sejuk mata memandang...hehehe
sal,
akak suke la suasane kg camtu.. sejuk jer mater memandang.. nak tgk suasana camtu kene p umah mak tok/neenk belah ayah la jawabnyer.. tu pun kene tgk musim.. kalo musim cam kat lam gambo sal nie..cantek la.. sejuk jer rase..
faris, fars, cam irfan gak la tu.. wat dekkkk je biler kiter panggil.. hu3x..
hoho...sal..mengimbau kenangan tullah..lebih kurang la pengalaman zaman kecik2 kita..uuuh seronoknya! kenangn yg abadi selamanya dlm ingatan! huhu..tetiba rasa teringin nk kembali ke zaman itu..huhu..
bestnyerrrrr dok kampung! jeles la ngan sal..dh nk balik dok kg! huhu..
Salam Sis sal
subhanallah cantiknya...rindunya pada suasana seperti ini.dulu masa sekolah selalulah balik kampaung kawan di tepi sawah..
Siti:
Ye ke, agak2nya mana2 negeri yg tanam padi sama je pemandangannya kan... hehe
Kak Ena:
Akak suka, saya lagi lagi la suka... hehe.
Tak pe akak, pasni kalau nak tengok pemandangan cenggini datang je singgah kampung sal...
tu la kan, susah betul nak ambil gambar bila dah besar...
Mamalieyna:
Tu la, walaupun hidup masa tu serba sederhana tapi saat tu la kenangan yang paling bermakna & manis dalam hidup.
Memang bila terkenang je rasa nak kembali ke zaman tu, kan...
Tak pasti lagi, tu pun kalau ada rezeki. Tapi harap sangat la sebab dah beli rumah kat kampung...
Salam Sis Ummu:
Thanks sudi singgah. Saya lagi la rindu kampung halaman... hehe
Kalau sampai ke kedah tu singgah2 la kampung saya...
Post a Comment