Wednesday, May 26, 2010

Herm... erm...

Keadaan di petang hari selepas lunch hour...


Sedapnya... Tunggu masa je nak Zzzz... hehe

Sejenak hati berbicara....

Ketika ini terasa seperti ada mendung di dalam hatiku...
Seolah2 awan hitam sedang menyelubungi...

Dan seperti biasa, titik2 hujan mula menitis di dalam hati...
Arghhh, bencinya berperasaan begini...
And yes,
I like walking in the rain, coz no one knows I'm crying...

Di saat ini, terasa seperti hendak terbang mengelilingi dunia...

Terasa ingin menelefon seseorang untuk meluahkan rasa...

 
Ingin sekali mengirim khabar kepada teman lama
yang jauh di mata apatah lagi hati...
 Apa kan daya, keinginan hanya jadi mimpi sahaja....
Oh, sangat mustahil dirasakan... 

Menghitung hari demi hari...
Cepatlah hendaknya waktu berputar.
Tak sabar rasanya menunggu penghujung bulan hadapan.


"Cukup lah sekali aku melalui saat-saat yang memilukan itu.
biarlah hari-hari mendatang menjanjikan aku
seribu satu kebahagiaan yang aku dambakan.

Namun... aku yakinkan diri
Tuhan itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Dan aku tahu
Ketabahan dan kesabaran
Akan membuahkan nikmat yang tidak dapat dinilai...."

 `` ~ lady salwa ~``

Salah daaaa....

Owh owh, nampak nya saya ni advance sangat la pulak... Tak sabo nak cuti kot... haha...

Hari ni baru hari Rabu la... Adeh, apasal tulis dalam entri tadi hari Khamis.... Thanks to Nieylemi yg telah betulkan saya... Katanya "Hari ni hari rabu la..."

Hahaha.... ketawa cover malu... Sila abaikan ke'excited'an saya tu ye... Entah kenapa dari bangun tido pagi tadi saya dok ingat hari ni adalah hari Khamis.

Hahaha... ketawa lagi sebab malu...

Doa Hari Ini...

Salam...

Pagi2 khamis ini, sama2 la kita berdoa ye kawan2... Hari ni saya nak share doa yang boleh diamalkan terutamanya ketika menghadapi kesulitan.

sila klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Mudah-mudahan dipermudahkan urusan harian kita. Selamat beramal...

Monday, May 24, 2010

Betul ke BIBIR TEBAL = S.E.K.S.I. ???

credit to : google

Salam...

Hehe, tajuk bukan main lagi kan...

Ekceli, saya pernah la terbaca dalam satu majalah ni (tak ingat majalah apa & bila), dah lama la. Kalau tak silap masa tu tengah study lagi.

Katanya, wanita yang berbibir tebal ni nampak s.e.k.s.i.  Ye ke?? Erm, nak komen pun tak tau la. Biasa la, setiap manusia ada pandangan tersendiri...

Tapi saya bukan nak kupas lebih lanjut pasal topik ni. Ada la kaitan sket2 ngan cerita yang saya nak bebelkan kali ni... ^_^

Sebenarnya bibir saya ni tengah 'menebal' atau lebih tepat lagi membengkak... Harus la tetiba teringat pasal artikel ni kan. Nampak s.e.k.s.i  ke saya sekarang ni dengan keadaan bibir saya??? hua hua hua

Kawan2 jangan salah paham ye. Saya tak dak la pi buat operate besarkan bibir ke, suntik2 ke, jauh sekali la bergaduh dan bertumbuk suami isteri...

Ni kisah pasal bibir saya telah mendapat ulser. Dah seminggu pun, tapi disebabkan tak letak ubat, makanya tak baik2 la lagi. Bukan apa, asyik terlupa nak beli bonjela je... Ada yg suruh letak garam je.. Oh no no no noooo...

Dah pernah cuba, tapi tak sampai 2 saat dah terloncat2 sambil menjerit. Pedih giler... Memang tak tahan...

Memandangkan ulser ni tak berapa mengganggu saya (tak rasa sangat sakit/pedih), tu yang lengah2 je nak letak ubat. Sampai membengkak la bibir saya ni.

Nak jadi cerita pulak, malam tadi si kecik tu tidoq punya la lasak. Sekali dia libas muka saya betul2 kena dekat bibir atau lebih tepat lagi kena kat ulser tu. Apa lagi, terjerit la saya. Sakit berdenyut2. Sekali saya bangun & tengok kat cermin, darah dah mula mengalir keluar dari ulser tu...

Memang pedih tak hengat je. Ada la rasa geram sket kat si kecik tu. Tapi bila pikir2 balik, dia bukan tau apa2 pun sebab dia tengah tidoq, hilang rasa geram tu... hehe

Pagi tadi bangun je tidoq, tengok kat cermin "Fuh s.e.k.s.i nya bibir aku..." hehe. Ini bukan s.e.k.s.i  lagi nih, ni dah seksa namanya. Seksa sebab sakit plus muka nampak pelik sebab bibir dah senget sebelah.

Tadi saya senyum pun control2 & cover2 je... Malunya la.... hehe

Ok la, terpanjang pulak cerita.

Petang ni nak kena bawak si kecik tu pi check up. So, tak ada la kat opis petang ni. Biasa la, selalunya memang la ramai umat manusia kat klinik tu. Last pergi hari tu sampai kul 5 petang saya dok melangut kat klinik tu... herm...

Ok la, till then. Daaaaaa....

Dah pun hari Isnin....

Salam...

Erm, pagi2 lagi masa check dekat list update, punya la banyak cerita yang saya ketinggalan. Nak qado rasanya akan mengambil masa...

Petang Jumaat minggu lepas saya pergi dengar ceramah. Tajuknya The Power of Positive Thinking: The Laws of Attraction. Kul 6.00 petang baru habis. Erm, lebih ke arah memberi motivasi. Lambat habis pun sebab saya tunggu tanyangan DVD motivasi tu sampai habis.

Bayangkan la masa pukul 5 petang tu, sorang demi sorang bangun sebab dah nak balik. Konsentrasi saya agak terganggu sedikit. Tapi saya tetap kuatkan semangat untuk tonton sampai habis sebab memang best giler (walaupun DVD tu dalam Bahasa Inggeris) dan sangat memberi motivasi.

Lagi pun saya difahamkan, kalau nak beli CD tu sendiri, harganya RM100++. Memang tak terbeli la... Last sekali masa lampu buka, tengok2 ada la beberapa orang (rasanya tak sampai pun 10 orang) yang tinggal termasuk la saya... hehe

Lepas dengar ceramah tu + tengok DVD tu memang rasa bersemangat dan bermotivasi la. Tapi bertahan sehari dua je. Hari ni terus je rasa 'bermotibasi'... (^_^). Agak2nya la kan, kena tengok DVD tu tiap2 hari kot... hehe

********************************

Pagi2 ni mood masih di awang2an. Jenguk blog kengkawan, ramai yang dok cerita pasal A.F ye...

Saya??? Hahaha, tengok separuh jalan je pastu Zzzz. Seriously, tahun ni saya tak ikut langsung A.F tu. Ntah, tak berkeinginan pun nak tengok. Tahu pun bila adik saya dok cerita.

Malam final tu pun saya buka sebab adik saya nak tengok. Kalau saya sendiri, maybe saya dah Zzz lebih awal atau tengok channel lain. Biasanya 103 or 701. So, kalau orang nak suruh komen ke jangan la tanya saya ye... jawapannya "No komen..." heheh.

Ramai jugak yang sokong si juara tu ye, termasuk la adik saya... Pastu tengah hari semalam siap dok tengok lagi ulangannya. Saya pun terpaksa la layan sama. Tau tak apa adik saya kata?? "Tengok yang ni berkali2 pun tak rasa jemu"... Ye ke? Ye lah tu... Apa2 je la....

Ok la, bebel panjang pulak pagi2 ni. Rasa lapar balik la pulak. Tadi dah breakfast pun kat rumah. Nampak gayanya, nak kena cari sesuatu buat alas perut la...

Ok, till then. Papaiiiii.....

Wednesday, May 19, 2010

Terkenang semasa dulu...

Salam...

Ekceli entri ni saya nak publish petang semalam. Sementara tunggu hubby datang jemput semalam. Kebetulan pulak dia lambat sebab kena pergi site, ada banjir la pulak... Tapi tengah dok edit2 itu ini, dia call kata dah sampai. Kelam kabut saya, tak sempat nak sudahkan proses edit mengedit tu.

So, hari ni la baru dapat publish. Semalam masa tengah dok godek2 thumdrive, terjumpa la gambar2 kenangan masa saya kerja kat office lama dulu. Tempat kerja pertama saya selepas habis study... Memang best giler la office lama dulu...

Sebelum tu, jangan ketawa ye bila tengok gambar2 saya ni. Kalau ketawa juga, lain kali tak mo dah share ngan kengkawan semua... hehe

Ok la, dipendekkan bebelan. Gambar2 kat bawah ni kenangan masa saya join Perbarisan Sempena Hari Kebangsaan yang ke-49 tahun 2006. Masa tu buat kat Kuching, Sarawak... Sangat teruja nak join sebab dengar kata buat kat Kuching, tak pernah lagi jejak kaki ke situ... Harus lah kan... ^_^

Jom la layanzz beberapa keping gambar nih...

 Sesi raptai separuh kat Kuching, Sarawak

Masa ni saya tak berapa sihat sebenarnya. Mungkin keletihan setelah berminggu2 berlatih. Nampak tak muka saya yang sangat pucat itu. Ramai yang suruh saya rehat je, tapi saya degil. Nak jugak turun berkawad masa tu. Last2 saya dok kat tepi je tengok diaorang berkawad. Sebab hampir2 pitam masa tu. Nasib baik tak pitam, kalau tak free2 je kena dukung lagi... hehe

Hari raptai penuh... Yang pakai baju askar tu la jurulatih kami... Saya yg berdiri dua dari kiri.

Masa ni kalau tak silap pukul 4++ kat Kuching... Bayangkan la kami semua kena bangun pukul 3.30 pagi. Sebab katanya raptai akan bermula jam 7.00 pagi. Memang tak cukup tidur saya masa tu. Pagi2 dah terpacak kami semua. Last2 kul 8 pagi baru start... herm... 

Raptai penuh ni buat 2 kali. Tapi saya join sekali je sebab lepas je buat yang kali pertama tu saya sakit dada... Makanya, rehat2 je la kat tepi...
 
The day - 31/08/2006. Kasi besar sikit biar jelas.... hehe.

Masa hari perbarisan. Kalau kawan2 terer, cuba teka mana satu saya... Sapa teka betul saya kasi hadiah... hehe. Masa ni Alhamdulillah la, saya boleh bertahan sampai ke akhir acara. Mula2 tu, jurulatih kami tak bagi saya join sebab dia takut saya pitam kat tengah jalan.

Ye la, bukan dekat tau jarak kami nak kena berkawad ni. Tambah pulak dengan aksesori yg macam 'ultramen' tu, berat giler... Jurulatih siap eskot kami kiri kanan takut kalau2 ada yang tumbang...

Dan Alhamdulillah, syukur... Kami dapat tempat pertama bagi acara perbarisan... yeayyy. Tapi bagi acara kereta berhias dapat tempat ke-2 je... Ok la tu kan...

Bergambar sebelum perbarisan bermula... Macam2 gaya ada...

Tengok tu, asyik nak 'fire' orang je kerjanya... hehe

Amacam, smart tak??? BERTUKAR!!!!! ^_^

Tengok la, kaku je saya berposing bila amik gambar. Macam kontrol macho ayu pun ada... Burokkkk. Sebenarnya kan, masa ni saya malu2 meow... Banyak mata yang memandang... Tu yang jadi tak reti pulak nak buat gaya2... Saya ni kan pemalu sket... uwekkk

Erm, tak ada la pulak gambar kereta berhias. Tak pa la kot, bukan ada muka saya pun kat situ... hehe

Seronok sangat masa join perbarisan ni. Dapat menambah kenalan. Sebab agensi2 bawah kementerian join sama. Astro, Celcom, Digi, Indah Water, Maxis, MiTV, Penjana Bebas (IPP), Pos Malaysia, SKMM, Suruhanjaya Tenaga, Syabas, Time, TM, TNB dan TV3 (Media Prima).

Dan saya hampir2 je nak pergi uji bakat jadi pembaca berita/ pengacara TV9... hehe. Ada orang offer nak tolong. Tapi memandangkan saya staf gomen, terpaksa la lupakan je angan2 tu... hehe. (ada bakat ke baca berita??? Jadi pengacara??? Hahaha)

Ok la, panjang pulak cerita saya hari ni. Till then, daaaa

Tuesday, May 18, 2010

Mendung...

Salam...

Tajuk yg entah apa2... hehe. Kes tak dak idea nak bagi tajuk...

Dah petang pun... Tapi idea untuk berceloteh masih tak mai2 jugak... haisyhhhh...

Entah kenapa minggu ni mood untuk update blog tak jugak kunjung tiba... Bahan untuk bercerita banyak tapi bila mood ada, cable lak tertinggal... herm...

Maybe sebab saya ni kepenatan. Cuti 2 hari lepas asyik berjalan2 je. Bawak mak yg datang dari kampung & adik yg datang dari Johor jenjalan pusing2 KL & sini...

Tambahan pula fikiran saya agak kusut dan terganggu oleh beberapa perkara... Cuba tak nak fikirkan, tapi makin cuba dilupakan makin teringat2 pulak... adeh...

Menambahkan lagi rasa letih. Rasa macam nak pi spa je bersantai2 sambil diurut2 manja... hehe. Dan mula la penyakit "M" semakin menjadi2...

Nun di luar cuaca agak mendung dan suram. Langit diselimuti awan hitam. Begitu juga mendungnya hati saya ketika ini... puitis la pulak..


Ok la, dah merepek, merapu, meraban dah ni... Till then, papaiii....

Friday, May 14, 2010

Macam-macam hal la pulak...

Salam....

Dah petang jumaat kan. Jap lagi dah nak balik...
Kepala saya tengah 'pusing' nih. Macam2 hal lak jadi hari ni...

Hal pertama:

Tadi waktu lunch, saya balik rumah. Niat di hati nak kemas sket2 & basuh baju sebab takut minggu ni berjalan2 je kan... hehe

Sampai kat rumah, makan... Pastu mata rasa cam berat je... "Nak tido sekejap la. Tahan ngantuk dari pagi tadi...". Terus Zzzz. Sedar2 dah pukul 2.20 petang... Terkejut saya, terus bangun, solat & siap2. Nasib baik hari ni rehat sampai 2.45 petang. Terus pecut ke office. Nasib dekat je, 10 minit dari rumah. Sampai office tengok pintu bilik bos bertutup, fuhh selamat... hehe

Hal kedua:

Masa on the way nak balik ke office tadi, sampai je kat traffic light dekat ngan opis saya lampu merah. So, bila dah hijau saya pun gerak la. Sekali masa nak pusing stereng keta rasa cam berat semacam lak. Saya ingat sebab tangan saya tak larat nak pusing stereng.

Nyaris2 saya terlanggar lori treler yang berhenti kat tepi jalan. Masa nak masuk parking kat basement tu pun camtu gak, jenuh saya pusing stereng. Masa tu ingat dah nak tengok apa masalah. Sekali bila dah parking, terus lupa. Saya terus je masuk office.

Tadi nak hantar beg baru la ternampak... Alamak, tayar kereta flat la pulak... adeh. Ni la first time tayar kereta saya flat ye kawan2. Nasib bukan kat pertengahan jalan tadi. Kalau tak, jenuh...

Call hubby, dia kata japgi dia datang bawak pump & terus hantar bengkel.

Hal ketiga:

Tadi saya pergi le ke Bahagian Pengurusan, nak hantar dokumen untuk difailkan & nak ambil plat nama bos saya. So, saya cari la sorang staf ni sebab staf bahagian saya kata ada pada dia plat tu.

Sampai kat tempat dia, tak ada lak orangnya. Saya pulak tak kenal mana satu, so tanya la staf2 yang ada kat situ. Sekali datang la tuan badan tu. Muka mak ai, masam mencuka. Serius je, tak senyum langsung... Macam saya ni ada buat salah lak.

Kebetulan lak, plat nama bos saya dah ada orang yang 'tolong' ambil, pastu tak bagitau kat saya. Lagi la masam mencuka muka staf tu sambil kata "Dah ada orang ambil". Saya pun kata la "Ye ke, sorry la ye. Dia tak bagitau saya pun".

Boleh dia blah cenggitu je. Terpinga2 saya kat situ... Herm, at least cakap la "Tak pa, it's ok" ke, apa2 ke... Macam2 jenis orang la... Adeh...

So, kesimpulannya macam2 yang berlaku hari ni sampai saya sakit pala hotak. Nasib baik esok cuti... Ada lagi satu perkara yang berlaku sebenarnya. Tapi malas nak cerita. Cukup la setakat saya bagitau, ada 'tetamu tak diundang' telah 'mengganggu' saya tadi dan masih mengganggu lagi sekarang ni... Rimas la... Nak je kata "Tolong la paham..."

Ok la, papai... Nak balik, rehatkan otak...

Tersentuh hati melihat gambar ini...

Salam...

Semalam masa dok 'ziarah' rumah kengkawan, tertengok la satu gambar ni. Sangat menyentuh hati dan perasaan saya... Gambar ni saya copy & paste dari blog nieylemi.

 

Sedih tengok dua kanak2 ni. Dengan keadaan tak terurus, tidur atas kotak je. Paling sedih tengok botol susu yang cuma berisi air kosong. Anak2 kita minum susu mahal2... Makan pun sedap2. Dan adakalanya terlalu bermewah2, tak diajar rasa susah... herm...

Pastu saya pun email le kat kakak2 saya. Saya taip kat dalam email tu "Kesian tengok budak2 ni".... Pastu kakak saya pun balas "Ye, kesian... Teringat dekat anak-anak. Apa la nasib diaorang kalau angah mati dulu..."

Tiba2, air mata mengalir... Dan saya rasa sangat sayu & sebak. Teringat kat Faris, camna dia nak survive dalam usia sekecil sekarang kalau saya & hubby tak ada... Tapi saya yakin, InsyaAllah mak ayah saya, mertua saya or adik beradik saya akan jaga dia sebaik mungkin.

Cuma andaikata la saya ni tak ada adik beradik, hubby pun camtu, pastu tak ada sesiapa yg dapat tolong jagakan Faris jangan la hendaknya hidup anak saya begini...

Sama2 la kita berdoa semoga Allah sentiasa melindungi kanak2 di dunia ini yang masih kecil & masih belum mampu berdikari... Amin...

"Ya Allah, sekiranya Engkau takdirkan aku dan suamiku pergi dahulu sebelum anak/ anak2ku, peliharalah anak/ anak2ku. Janganlah Engkau biarkan mereka hidup merempat dan meminta2... Cukup lah seandainya mereka dapat hidup dengan sempurna. Amin..."

Zzzzz

Salam...

Keadaan saya sekarang ni :


Rasa macam nak balik Zzzz je kat rumah. Rasa macam nak mintak cuti je hari ni. Saya dah minum 1 mug  

 

tapi nampaknya macam tak berkesan langsung. Mata saya semakin layu, tunggu masa je nak tutup tirai nih...

Ok la, daaa....

Thursday, May 13, 2010

Tragedi di klinik....

Salam...

Dah pun petang... Jap gi time balik. Tengah tunggu hubby datang menjemput. So, sambil2 tu isi le masa terluang. Nak tunggu kat lobi cam malas je. Ye la, dari dok termenung atas sofa tu baik saya dok kat tempat saya ni. Dapat mengadap jap PC nih...

Ni saya nak cerita kejadian tengah hari tadi.

Waktu lunch tadi saya ke klinik sebab nak check tangan saya. Asyik bertangguh je saya ni. Dan saya terpaksa drive sendiri sebab tak nak susahkan hubby. Dia cakap dia sakit kepala. Hubby tanya "Boleh ke nak drive ni", saya pun jawab boleh je... ^_^

So, sambil drive tu sambil tahan sakit le.. hehe. Dan akibatnya, saya merana menahan sakit sekarang ni. Tapi gigih jugak menaip entri ni nak cerita pasal peristiwa yang berlaku tadi.

Sampai je kat klinik tu terus le pergi ke kaunter pendaftaran. Staf kat situ pun tanya la "Nak jumpa doktor ke?". Saya cakap le "Ye". Dia pun kata "Maaf la kak, yang tinggal ni last patient yang doktor akan check, sebab doktor nak keluar rehat. Dia tak rehat lagi". "Owh, ye ke... Tak pa la". Saya sedikit keciwa... "Sorry ye akak". "Tak pa, tak pa..."

Saya pun keluar la dari klinik tu dengan rasa keciwa. Ye la, penat je drive dengan tangan yg sakit, tapi tak dapat jumpa doktor. Ingat nak ke klinik lain lak, sekali tengok jam lagi 10 minit pukul 2. So, terpaksa la memecut balik ke office...

Masa saya sampai je kat kereta, saya pun tekan la remote kerta tu. Dua tiga kali saya cuba. Tak boleh2 jugak buka. Dalam hati 'Apasal pulak ni, bateri low ke'. Cuba lagi, tak boleh jugak.

Ntah camna saya terpandang tempat duduk penumpang yang kat depan tu. Ada sekeping CD apa ntah. 'Bila masa lak aku beli CD nih?' Sekali tengok nombor plate.... "Salah kereta daa. Patut la tak leh unlock alarm tu.

Dengan muka slumber saya wat2 la cari kereta saya... Adoi, malunya.... hehe

Moral : Lain kali tengok betul2 nombor plat ye kawan2... ^_^

Ok la, nak balik dah ni. Kali ni harus & mesti pergi klinik untuk check sebab memang kali ni sakit berdenyut. Pagi tadi macam dah kurang... herm...

Ok, daaaa....

Skill baru...

Salam semua...

Ni nak cerita satu kisah pasal budak yang banyak akal... Jom layanzzz

Pada satu petang yang damai...

"Ummi, ummi... Mai sini sat..." panggil si anak...

"Apa dia? Ada apa ni?" tanya si ibu yang sibuk dok memasak kat dapur...

"Mai sat, Faris nak tunjuk skill baru yang Faris baru ja belajar ni... Mai la tengok"... kata si anak lagi.

Maka si ibu pun pergi la ke ruang tamu untuk melihat apakah skil terbaru yang telah dipelajari oleh anaknya.

"Okey, 'ummi tengok tau..."

"Mula-mula buat camni..."


"Pastu angkat kaki camni... Iyah, iyah... Ha, boleh pun..."


"Ok, berehat sat. Penat panjat tadi... Herm, macam menarik je decoder astro ni..."


"Tapi kan, yang kat atas tv ni lagi menarik la 'ummi..."

"Ye la, menarik sangat la tu... Kalau jatuh baru tau. Nampak gayanya kena suruh abah beli rak tv baru ni. Yang lebih selamat supaya Faris tak boleh panjat2 dah..."

"Apa la 'ummi ni, orang baru panjat sikit dah marah2. Faris kan boboy, kena la lasak2 sikit..."

"Ye lah tu..."

******************************************
Minngu lepas, masa saya tengah dok masak kat dapur untuk dinner, tiba2 adik perempuan saya cakap "Cuba kak wa tengok apa yang faris tengah buat tu".

Terus saya ke ruang tamu nak tengok apa yg dia buat. Rupa2nya dah pandai panjat naik atas rak tv... Nampaknya nak kena cari rak tv lain la. Ntah belajar dari sapa pun tak tau la...

Tu la, orang tua2 kata 'baru nak boleh akai'... Means, otak tengah berkembang pesat. Tengok orang lain buat, sekejap je dah dapat tiru...

To abah, apa lagi sila le cari rak tv yang lebih selamat ye... hehe. Ok la, sekian saja cerita pasal si kecik saya ni. Till then, daaa....

B.i.r.l.a.h R.a.h.s.i.a

Salam...

Selamat pagi semua...

Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih la kepada kengkawan yang beri nasihat & kata2 semangat pasal semalam tu. TQVM...

Dan terutamanya buat hubby saya yang telah meniupkan kembali semangat ke dalam diri saya... (macam nak bagi ucapan menang award la pulak... hehe)

Alhamdulillah, saya dah ok hari ni... Dah kembali ceria dan bersemangat... Semalam pun ingat nak sambung nangis kat rumah. Tapi tak jadi lak sebaliknya asyik ketawa sebab hubby dok wat lawak je... ^_^

Saya memang camtu, sehari je sedih. Nangis puas2, pastu ok la...

Ada yang tanya, apa yang saya sedihkan & frust tu?? Pasal semalam yang saya sedihkan tu bukan sebab interview yg saya pergi dulu tu. Tu saya pergi temuduga tapisan keselamatan... hehe.

Ni pasal menda lain. Tapi tak pa la, yang sedih2 tak yah la share. Biar saya simpan je cerita ni...

"Dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam, kuputuskan
Biarlah rahsia..."

hehe, nyanyi la pulak ye... Ok la, nanti saya update lagi... Papaiiii

** miss my little cute so much.... :(

Wednesday, May 12, 2010

Uwaaaaa.....

Salam...

Erm, nampaknya saya tak dapat nak berkongsi dengan kengkawan apa berita yang saya tunggu sangat2 tu sebab saya baru dapat tau tadi & ianya mengecewakan...


Apa nak buat, tak ada rezeki. Tapi separuh dari semangat saya hari ni hilang... Adeh... Dan saat ini saya rasa macam nak menangis je. Tapi memandangkan kat office, tahan je la... Balik rumah nanti 'qado'... hehe


Saya dah cuba untuk tak berharap sangat, tapi 'ter'berharap jugak sebab dah lama saya tunggu peluang ni.... arghhhhhh....



Harap2 lagi satu berita yang saya tunggu akan menggembirakan saya hendaknya... amin....

Ok la, nak ke toilet jap, nak pi 'buang' air mata... hehe. tak sempat balik rumah dah.... Daaaa....

Nak makan 'ku gembira' tak???

Ku gembira sentiasa
Badan ku sihat dan kuat... hurray...
Biar panas atau sejuk
Ku bermain penuh minat... yeayyy

Bermain melompat sini sana
Scott's Emulsion membantu saya...

**********************************
Salam...

Ha, pernah tak dengar lagu ni??? Sering berkumandang di kaca televisyen setiap kali iklan Scott's Emulsion kan... Tapi ni lagu untuk iklan dulu2 la. Sekarang dah lagu lain...



Saya kan, setiap kali nak bagi si kecik tu makan scott's ni mesti nyanyi lagu kat atas tu. Si kecik tu bila je dengar saya nyanyi baris yang pertama 'Ku gembira sentiasa...' terus je bangun sambil berlari menuju ke dapur.

Pastu tunjuk ke atas para (kabinet) kat mana saya letak Scott's emulsion tu. Pastu siap dok bersila depan saya dengan penuh sabar menanti saya bagi 'ubat' kegemaran dia ni. hehe

Tak pun kalau saya tanya dia "Faris, nak makan tak 'ku gembira'??", sama jugak cam kat atas, terus je lari menuju ke dapur...

Sampai kadang2 kalau susah sangat nak bagi makan ubat, abah dia akan cakap "Siapa nak makan 'ku gembira?", baru boleh bagi ubat. Tu pun dia akan luah balik sebab rasa lain... hehe.

Tapi kan, macam dah salah ajaran lak. Sepatutnya kena ajar anak sebut nama benda tu dengan betul. Tapi tak pa la, dia masih dalam proses pembelajaran. hehe

Selalunya saya bagi guna picagari je, senang sikit. Memang tak cukup la kalau bagi 3ml tu. Mesti kena tambah 2ml lagi. Kalau tak mengamuk sakan dia... Pastu kena cakap baik2 ngan dia "Okey, dah ye. Esok kita makan lagi, okey??". Baru la dia akan angguk2 tanda paham... hehe

Selalunya jugak, sambil bagi makan tu saya nyanyi la lagu kat atas tu. Dan si kecik tu dengan mulut yang penuh akan cuba sahut "hurray" dengan "yeayy" tu sambil angakat2 tangan... Seronok tengok telatah dia... ^_^

Dulu faris memang ok la bila makan scott's emulsion ni, jarang demam. Tapi kan semenjak dua menjak ni, saya ada la perasan yang setiap kali lepas bagi je scott's emulsion ni, sure malam tu badan faris akan panas macam demam.

Sebab tu la saya dah jarang2 bagi. Kalau bagi pun sebab dia ternampak sama ada dalam peti sejuk or atas para. Ada tak kengkawan yang mengalami masalah yang sama??

Ke satu kebetulan je setiap kali makan scott's tu suhu badan Faris naik?? Musykil saya... Sapa2 yang ada pendapat or pengalaman sila2 la share ye...

Sharing is caring kan... hehe. Ok la, daaaa

Semangat yang h.i.l.a.n.g......

Salam...

Selamat pagi semua...

Kenapa ya, hari ni rasa cam kurang bersemangat la... Fikiran pun rasa maca melayang2 je. Tubuh badan kat office, tapi fikiran kat rumah... herm.

Risau jugak, kang jadi macam hari tu. Lain yang bos saya suruh buat, lain yang saya buat... Salah sendiri sebab masa dapat arahan fikiran dok melayang2...

Ok la, nak jenguk blog pun tak semangat nih... Till then, papaiiiii...

** Adakah ini semua gara2 saya masih belum dapat berita yang saya tunggu sangat2 tu???

Tuesday, May 11, 2010

Berdebar la pulak....

Salam...

Dah pun petang Selasa. Esok dah Rabu...

Sebenarnya saya tengah berdebar2 tunggu satu berita ni. Sepatutnya hari ni saya dah dapat tau. Tapi disebabkan mungkin ada masalah teknikal, telah ditunda dan esok baru la saya dapat tau...

Teringin sangat nak share kat sini, tapi memandangkan tak tau lagi berita gembira or duka yang bakal saya dapat, so saya putuskan untuk merahsiakannya buat sementara waktu... hehe (ngada ngada laks...)

Saya tak la berharap sangat. Bukan apa takut nanti kalau berita yang saya terima bukan apa yang saya harapkan, sure saya kecewa dan frust menonggeng. Tapi jauh kat sudut hati saya, ada la jugak berharap... hehe

Tapi kan kalau yang saya terima nanti adalah berita sedih, mungkin saya tak share la kat sini. Biarlah saya pendam je cerita tu & share ngan orang tertentu je... hehe

Moga2 Allah memberi yang terbaik untuk saya... amin...

Ok la, nak cerita yang tu je sebab berdebar sangat2 sampai tak keruan jadinya... hehe

Till then, daaaaaa....

Sepetang dengan si kecik....

Salam...

Saja nak tempek gambar si kecik ni. Dah lama tak cerita pasal dia... Layan je la gambar2 kat bawah ni... Gambar2 ni saya snap masa dia tengah main2 kat rumah. Happy je, mood nak bergambar pun ok...

Masa ni saya tengah layan dia bermain. Ketawa mengekek2. Seronok bila ada orang dok layan... Sambil2 tu saya snap la pic dia...

Bila saya sebut... "Senyummmm"

Senyum tunjuk gigi... hehe

********************************************************************
Then, saya kata "Tengok sini...."

Ok, dah tengok...

*****************************************************************
Bila saya kata "Comelnya... senyum sket..."


Terus buat malu2 lak...

*************************************************************************
Saya kata lagi... "Senyum la..."

Terus bagi senyuman termanis buat ummi...

********************************************************************************
Pastu bila saya kata "ok la, ummi dah penat la. nak baring2 jap. faris main2 sendiri ye..."

Terus mengamuk2 ajak main lagi. Adeh...

Ni la aktivit hari cuti saya kalau tak ke mana2. Kena layan si kecik ni main... Abah pulak sedap dok Zzzzz... hehe. Apa2 pun seronok layan karenah si kecik ni walaupun kadang2 geram gak bila mai angin suka mengamuk dia tu....

..lalala..

Salam...

First sekali saya nak bagitau nih. Yang lagu semalam tu sekadar suka2 je tau. Kang jadi ajaran sesat lak sebab bagi perempuan yang dah kawin, kunci syurga bukan pada ibu dah, ada pada keredhaan suaminya. Thanks to DDrfauziah atas komen & ingatan yang diberikan... Risau jugak saya orang salah faham tulisan saya...

Lagu tu saya suka dengar bila teringat kat ibu saya... hehe

Juga nak ucapkan terima kasih pada kawan2 yang beri nasihat tentang masalah tangan saya tu. Terima kasih sebab ambil berat.

Saya tak sempat pun lagi nak pergi check. Semalam masa balik kerja dah singgah klinik, tapi ramai pulak orang. Hubby pulak ada hal sikit petang semalam. So, maybe petang or malam ni baru pergi.

Sakit tangan saya pun dah berkurangan. Cuma bila nak pegang mug & munilis tadi rasa sakit sikit la, macam otot menegang. Hopefully, tak ada apa2 la.

Ok la, daaaa....

Monday, May 10, 2010

M.a.m.a I L.o.v.e U....

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan membesarkan
Bercucuran air mata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan ibunda berikan

Duhai apakan gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan membesarkan
Tiada bahagia jika tiada doa puja restu
Syurga itu ditelapak kaki ibu...

**********************************

Salam...

Rasanya masih belum terlambat kan kalau saya nak ucap 'selamat hari ibu' to all mommies. thumbs up for all mommies kat dunia ni coz anda semua adalah insan yang terhebat... clap clap...

Erm, lagu kat atas tu memang pebret la. kalau dengar sure meleleh je air mata ni & teringat2 kat mak saya... huhu...

To my mum, love you so much. Terima kasih kerana melahirkan saya, membesarkan saya & memberi didikan yang terbaik untuk saya. Jasa dan pengorbanan mak takkan dapat dibalas hingga ke akhir hayat ini...

My beloved mum... miss her so much...

Tak pa, next week dapat jumpa mak... yeayyy...

Dan untuk mertua saya, juga diucapkan selamat hari ibu. Terima kasih kerana melahirkan seorang anak lelaki yang sangat baik yang telah menjadi seorang suami yang terbaik untuk wanita terpilih bernama Salwa... hehe



Banyak ilmu masakan yang saya cedok dari dia... hehe

Dan last sekali of coz la untuk diri saya sendiri yang telah menjadi 'ummi kepada AFD... Sangat bahagia menjadi seorang ibu apabila melihat anak yang dilahirkan membesar hari demi hari dengan sempurna... Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku kesempatan untuk menjadi seorang ibu...


Saat dilahirkan ke dunia... 06/07/2008

Senyuman penawar duka... Dah besar pun anak 'ummi ni....

Ekceli opis saya sekarang ni tengah bergelap. Pedih bijik mata saya ni nak tengok keyboard. Seb bek la skil menaip yang dipelajari masa study dulu masih ada. Dapat la saya guna... hehe

Ok la, nak cakap yg tu je... Mata pun dah berpinar2 nih... Till then, papaiiiii....

Sekadar luahan hati yang terguris...

Kadang-kadang bila kita terlalu baik pada orang, orang akan ambil kesempatan ke atas kita. Kalau berlaku sekali dua tak mengapa. Tapi kalau dah berkali-kali hingga terasa diri seperti hamba, siapa yang tak sakit hati???

..... :( ......

Salam...

Mood berblogging sudah mai...

Ekceli bukan malas nak menaip. Saya ada satu masalah yang sedang melanda diri sejak dua menjak nih...

Dulu2 ada terbaca dalam blog Ain pasal yang dia sakit tangan sampai tak boleh nak pegang benda... Now, jadi kat saya pulak. Tapi tak la sampai tahap jari & tangan tak ada deria rasa.

Cuma sekarang ni kalau saya pegang mouse or menaip dalam tempoh masa yang agak lama (lebih 10 minit) sure tapak tangan saya akan sakit2, rasa kebas dan menyucuk2...

Risau pulak saya. Memang ada bercadang nak pegi check. Takut pulak bila ada terbaca artikel pasal 'carpal tunnel syndrome'. Tapi masalah ni kadang2 je berlaku. Iaitu kalau saya guna tangan kanan dengan lama untuk menaip or pegang mouse.

Kalau suhu terlalu sejuk pun masalah yang sama akan menyerang... Contohnya macam hari ni, sampai saya terpaksa pakai glove untuk kurangkan rasa kebas dan sakit pada tapak tangan saya.

Nampaknya balik kerja ni nak kena ajak hubby ke klinik la. Risau jugak kalau biar lama2. Harap2 tak ada apa2 la... Teringat hari tu masa tangan saya diserang rasa sakit, kebetulan pulak hari tu banyak kerja dan harus disiapkan segera. Rasa macam nak menangis je depan bos sebab buat kerja sambil tahan sakit.

Kawan2 kalau ada yang pernah jadi camni, share la apa2 info ye... Ok la, ni pun tak leh taip lama2. Terpaksa ambil masa, berhenti sekejap2 sambil urut tapak tangan...

Till then, papaiiiiii.......

?????

Salam...

Selamat pagi Isnin semua...

Hari Isnin adalah hari 'fikiran melayang2' bagi saya... Oh ya, lupa lak. To Cik Puan Ezzah, minta maaf la ye sebab dah tersalah tafsir dia punya entri hari tu. Seriously, saya memang baca sampai habis. Tapi heran saya camna saya boleh tak perasan ada di akhir entri tu ada terselit ayat yang mengatakan itu hanyalah gimik sahaja.

Rupa2nya yang dia dok cerita dari atas sampai ke bawah tu pasal pengalaman dia masa pregnant anak yg ke-2... Herm, camna nih boleh tak perasan... Adakah ini bermakna saya ni senang teruja bila mendapat berita camtu dari kawan2??? hehe...

Yang tu je kot nak dibebelkan pagi ni... Mood untuk berblogging masih di awang2an. Ok la, papaiiii....

Friday, May 7, 2010

Sikap mencerminkan diri???

Salam...

Dah pun petang ye... sekejap je...

Leganya dah habis kursus... hehe. Walaupun sehari saya tinggal, banyak jugak yang saya ketinggalan. Especially good news from Ezzah... Congrats ya... Pasal soalan dia di akhir entrinya tu jawapan saya ialah mungkin lagi setahun dua kot... ngeh ngeh ngeh...

Ok la, saya nak share satu perkara yang berlaku masa kursus semalam. Sampaikan saya asyik terfikir perkara tu sepanjang saya memandu pulang ke rumah dari tempat kursus semalam...

Kepada kengkawan & jugak readers yang sudi membaca entri ini, sama2 la kita nilai kisah ini ye... hehe. (Cam berat je bunyinya).

Camni... Semalam masa sesi petang kursus tu, urusetia ada la announce yang semua peserta kena isi borang penilaian kursus dan kembalikan kepada urusetia di kaunter pendaftaran untuk mendapatkan slip pengesahan kehadiran ke kursus. So, sesiapa yang tak isi dan tak pulangkan form tu tak dapat la slip bukti yang dia menghadiri kursus tu.

Masa habis kursus tu semua orang berebut-rebut la nak hantar borang tu sebab masing2 nak balik cepat kan... Urusetia dah arahkan semua beratur. Ada yang beratur, ada yang tak. Pastu bertolak2. Memang sangat huru hara la.

Sampaikan ada sorang kakak tu kata "Macam ni ke sikap penjawat awam?". Betul kata akak tu. Saya rasa kalau budak2 sekolah dapat arahan untuk beratur pun diaorang akan ikut arahan...

Saya?? Mestilah saya beratur kan... hehe. Betul la, bukan nak tunjuk baik tau. Masa sampai turn saya untuk serahkan borang tu saya nampak la ada beberapa orang yang datang terus dari belakang urusetia untuk serah borang.

Urusetia tu siap cakap lagi "Kalau nak bagi borang, beratur kat depan macam orang lain. Kalau dari belakang saya tak layan". Tapi diaorang tu buat muka toya je. Tetap jugak nak berdiri kat belakang urusetia tu. Last2 urusetia tu amik jugak le. Dalam ramai2 tu saya nampak ada la sorang pompuan ni, memang buat muka dekk je, muka tak bersalah...

Saya macam malas nak amik port, lepas bagi borang saya pun blah le... Bukan apa, makin lambat makin mahal le parking saya nak kena bayar nanti. Terus saya berjalan ke tempat parkir.

Sampai kat tempat parkir, start enjin tunggu seminit dua terus gerak. Masa nak keluar tu ada la dalam 3 buah kereta depan saya tengah tunggu turn nak bayar parking. Ekceli akan ada 2 arah yang bertentangan untuk keluar tapi di penghujungnya akan bertemu jadi satu lorong sebab pondok nak bayar parking tu satu je.

Masa saya tengah que untu bayar tu, tak ada lagi kereta dari arah bertentangan. Pastu lebih kurang ada 3 buah kereta depan saya (saya kereta yang ke-4 la. A, B, C dan D - kereta saya), datang la sebuah hilux dari arah bertentangan. Lepas kereta A bayar, turn kereta B, so kereta C pun bergerak sket masuk lorong.

Saya masih kat tempat saya la, kekonon nak bagi laluan la kat hilux tu. Ye la, walaupun dia datang lambat tak salah kan selang-seli. Pastu datang pulak kereta wira belakang hilux tu. Mula2 saya buat macam tak kisah je la.

Pastu dah kereta C bergerak untuk bayar, then hilux tu pun ikut belakang kereta C, saya pun gerak la nak masuk line belakang hilux tu. Tapi kan kereta hitam tu terus je himpit rapat belakang hilux tu. Saya sabarrrr je la time tu.

Masa turn hilux tu bayar, memang kereta hitam tu terus masuk line, tak kasi chan kat saya. Saya just geleng kepala sambil dalam hati kata "Apa la orang ni, tak reti selang seli ke...". Sekali saya tengok drivernya, rupa2nya perempuan yang buat muka derkk tak bersalah yang tak beratur masa nak bagi borang tadi...

Saya tak terkata masa tu... Herm, camni ke sikap perempuan tu? Walaupun mungkin bagi dia benda ni remeh, tapi bagi saya inilah cermin bagi diri dia. Kalau yang remeh pun dia tak boleh bertolak ansur, apatah lagi yang lebih besar...

Ops, dah membebel panjang lak saya... Tapi serius, saya sangat sakit hati dengan orang jenis camni. Bagi saya orang camni tak tau 'budi bahasa' kat jalan raya... Macam dia sorang je nak cepat...

Kawan2 jangan tiru camni tau. Tak baik buat camtu. Kot iya pun nak cepat, at least angkat la tangan kat saya ke, saya sure bagi laluan punya. Tak pun senyum, tu pun dah memadai... Bak kata dalam iklan kat Era "bukan kena bayar pun"...

Ok la, sedikit leteran di petang hari sebagai penutup minggu ni... hehe. Sorry ya... Till then... Daaaa...

Sekadar berkongsi info... Wallahhu'alam...

Salam...

Selamat pagi semua... Eh, dah nak masuk tengah hari pun...

Sebenarnya saya nak post entri lain pagi ni, tapi memandangkan mood untuk meneruskan penceritaan dalam entri tu kureng, makanya terperap la dalam draf buat sementara waktu... hehe

Tadi masa ziarah 'rumah' kengkawan, saya tertarik la dengan satu entri yang dibuat oleh Kak Ena@tertak milikku pasal 'Zina akan berterusan walaupun dah diijab kabulkan'...

Tertarik nak share la sedikit info pasal ni. Saya sendiri pun tak arif, tapi sebab saya pernah jugak dapat email pasal ni dan saya ada la buat sedikit research pasal perkara ni, so nak share la apa yang saya tahu melalui bacaan saya dan apa yang pernah diberitahu oleh orang kepada saya...

Kalau kawan2 nak tau lebih lanjut pasal perkara ni boleh baca kat sini sebab kalau saya nak copy & paste memang sangat la panjang. Ustaz Zaharuddin ada huraikan dengan detail pasal hal ni dan cotoh2 hadis pun ada. Dan ada jugak dia jawab soalan susulan pasal isu ni. Boleh baca kat sini. Elok baca kedua2 artikel ni supaya lebih paham...

So, sila2 & rajin2 la berkunjung ke website Ustaz Zaharuddin sebab banyak lagi isu agama yang ada di situ. Boleh tambah pengetahuan kita pasal agama.

Ok la, selamat membaca. Wallahhu'alam...

p/s : Kak Ena, sorry ye... Bukan nak kata email tu tak betul... cuma berkongsi info yang ada. Wallahua'lam...

Thursday, May 6, 2010

Opsss....

Salam...

Dah makan ker???

Petang ni saya nak share satu cerita pasal pengalaman lucu saya... Aisyeh, asyik cerita pasal pengalaman je, sah sah tak dak modal nih... hehe

Just berkongsi pengalaman je, sebagai bacaan ringan untuk hilangkan boring or stress...

Al-kisahnya, kalau tak silap peristiwa ni berlaku tahun lepas. Masa tu saya ngan hubby plus si kecik Faris on the way nak balik ke kampung. Kebiasaannya, kalau balik kampung kami akan bertolak dalam pukul 1 atau 2 pagi.

Malam tu tidur dulu, pastu dalam pukul 1 bangun terus siap2 dan bertolak balik. Saya macam biasa la, mula2 tu mata terbuka luas lagi la. Makin lama, makin kecil la mata ni pastu terus lelap... hehe. Sian hubby drive sorang2...

Dan kebiasaannya kami akan berhenti rehat jap kat R & R Tapah. Masa ni la hubby tidur sekejap. Saya pun amik le kesempatan ke toilet. Masa tu memang dah tak tertahan la... hehe

Nak jadi cerita, masa tu parking kat R & R sebelah hadapan sangat lah penuh. So, husband saya terpaksa la parking kat bahagian belakang yang biasanya lori & bas parking kat situ.

Saya kalau dari parking belakang tu tak biasa sangat la dengan selok belok jalan nak ke toilet. Tapi memandangkan dan macam nak 'terburai' je, lari2 anak la sikit. Dan dalam keadaan mamai2 sket tu saya pun masuk la toilet tanpa melihat 'sign' kat dinding sebelah pintu masuk toilet tu...

Sekali masa saya masuk saya jadi heran "Apasal la toilet ni lain macam je... Ke aku yang mamai ni??". Ntah macam mana saya tertoleh dan nampak seorang lelaki dalam toilet tu...

"Alamak, aku dah salah masuk toilet!!!!". Apa lagi terus pecut keluar la. Nasib baik mamat tu tak nampak saya, kalau tak haru... Ntah2 dia menjerit saya lagi menjerit kuat la... hahahaha



Malu giler saya rasa time tu walaupun tak ada orang yang nampak (agaknya la). Terus hilang rasa mengantuk sampai ke kampung... ^_^

Memng lepas tu setiap kali saya nak masuk toilet, saya mesti tengok dulu 'gambar' kat sebelah pintu masuk toilet tu... keh keh keh... Dan saya akan pastikan gambarnya seperti di bawah sebelum melangkan masuk... ^_^



Hehe...

Salam...

Curi2 masa kejap. Ekceli saya tengah ada kursus kat Parcel B sekarang ni. Lari jap balik opis sebab ada kerja sket.

Sambil buat kerja sambil jenguk blog. Nasib baik tempat kursus dekat la jugak. Dalam 10 minit je dari office saya. Bos pesan suruh tengok2 surat masuk takut ada yang urgent.

Sekarang tengah break sampai kul 2.20 jap gi. Ingat nak makan tadi, tapi barisan untuk amik nasik tu punya la panjang sampai keluar dari pintu dewan. Bila memikirkan nak kena balik office lagi, mana nak sempat nanti terus saya amik air ngan makan buah je. Pastu terus zasss balik ke office...

Ok la, nak cakap tu je... hehe. Dah sediakan dah auto publish entri untuk petang ni... hehe. Ok, daaaa....

Wednesday, May 5, 2010

N.O.V.E.L vs K.O.R.E.A.N D.R.A.M.A.S

Salam...

Lambat pulak bersiaran hari ni... Ada kerja sket... Erm, tetiba je nak buat entri pasal ni sebab tadi ada terbaca dalam blog Siti pasal novel.

Saya dulu2 masa zaman remaja suka la jugak layan novel2 ni. Tapi kebanyakkannya saya pinjam dari library or kawan2. Sambung study, dapat pinjaman PTPT.dot dot tu saya gunakan la sket utk beli novel... Haisyh, org suruh guna duit tu untuk belajar, saya beli menda lain lak...

Masa zaman bujang & dah kerja, still rajin membaca novel tapi dah tak pernah beli walaupun dah 'berduit'... hehe.

Lepas je kawin, memang langsung tolak ke tepi la novel2 nih... Dah tak layan... keh keh keh. Novel2 yg saya beli sebelum ni elok je dok dalam kotak yang disimpan di dalam stor... ^_^

Entah la, minat nak layan novel tu macam dah hilang dibawa bayu je... Mungkin sebab saya rasa tengok citer korea lagi besh dari baca novel... hehe. Lagi terkesan di hati. Cuma bezanya, kalau ada kerja ke apa-apa hal ke, kena la tinggalkan tontonan tu, tapi tak boleh la nak stopkan cerita tu...

Kalau baca novel, boleh la jugak letak penanda buku kat tempat yang kita stop tu kan... hehe. Tapi apa2 pun saya tetap jugak suka tengok citer korea sebab kalau terlepas pun boleh tengok balik kat u-tube... hehe.

Sekarang ni saya dah 'booking' tv dari kul 9.00 pm sampai la 11.30 pm... hehe. Tapi kadang2 on off jugak sebab ada la kerja2 lain. Oh ya, cerita2 yang saya dok ngadap hari Isnin sampai khamis tu adalah :

Isnin & Selasa jam 9.00 malam


Rabu & Khamis - jam 9.00 malam


Isnin - Khamis jam 10.10 malam

Tapi yang citer kul 10.10 malam tu selalu la jugak miss sebab Zzzz awal... hehe. Dan cerita kul 9 tu pun selalu jugak miss sebab kadang2 kena tolong hubby buat bisness dia... hehe. Kadang2 tu 'M' besar datang menyerang...

Apa pun, saya tetap peminat kDramas no. 1... yeayyyy....

Tuesday, May 4, 2010

Entri tak dak tajuk....

Salam...

kawan2 tak keluar makan ke?? Saya masih kekenyangan la pulak. Tadi makan kek kukus sampai 3 potong, masih terasa kenyang sampai sekarang. Nak beli nasik, takut nanti tak habis pulak... dah membazir...

Hari ni hari yang tak berapa nak bertuah bagi saya le... huhu...

Sebabnya kan, tadi masa saya nak serahkan kat bendahari duit kelab bahagian saya yang saya tolong kutipkan hari tu (berapa banyak kan daaa) sekali kira kurang RM 6.00. Adeh, saya tak tau camna boleh tak cukup ni...

Mungkin ke masa saya nak bagi balik baki saya terlebih bagi... herm, rasanya tak dak la pulak tersalah bagi baki... Apa nak buat, benda dah jadi. Kena la saya ganti duit tu. Nasib baik 6 hengget je. Kalau 60? 600? jenuh... mana nak cekau duit banyak tu.

Tadi saya pejam mata je la bagi duit tu. Sebab tu la saya tak suka tau bab kutip mengutip duit nih. Dah nak kena tunggu semua bayar baru boleh serah. Kalau orang tu cuti ke, kursus ke dah satu hal nak kena tunggu dia. Tu yang duit terperap dekat saya lama...

Ramai yang cakap "Buat la dengan ikhlas", "Dah tugas, kena la buat"... Kadang2 senang je orang nak berkata. Cuba orang tu lak yang kena kutip mengutip ni... Rasa2nya kan, apa yg diaorang rasa... Herm...

Ok la, dah terbebel lak. Perut pun dah rasa lapar balik ni. Nak turun cari makan jap. Ok, papaiiii.......

Sambungan : Tu la, sapa suruh main-main....

Salam...

Selamat pagi semua... Ada ke yang tunggu sambungan entri semalam?? Perasan je saya ni, macam la ada orang yang ternanti2 sambungannya... Tak pa la, saya nak sambung jugak... hehe....

******************************
Tahu apa yang saya buat untuk kenakan kawan saya?? Ekceli bukan kenakan, lebih kurang cam nak bergurau je. Saya buat2 cam nak lemas... hehe.

Kelam kabut member saya datang 'menolong'. Bila diaorang sampai dekat dengan saya je terus saya ketawa dan cakap yang saya melawak je... Pastu dapat la 'nasihat' berbakul2....

Tak lama lepas tu, tiba2 je saya rasa macam kaki saya nak cramp. habis kejang betis. dan saya langsung tak mampu nak berenang ke tepi. Terus la terjerit2 panggil kawan saya yang dua orang tu... Boleh diaorang ketawa sambil kata "dah la berlakon sikit2." pastu terus diaorang berenang jauh dari saya.

Masa tu Allah saja yang tahu macam mana takutnya saya kalau tenggelam. walaupun saya pakai 'life jacket', tapi kalau badan saya makin memberat, takut tak tertampung dah. Tu nasib baik pakai jugak jaket tu, kalau tak, dah kompem saya tenggelam terus.

Sambil menangis teresak2 saya jerit lagi panggil kawan2 saya. "Ani, Ina... orang serius ni. Kaki orang kejang ni, tak boleh gerak". Mungkin diaorang tengok saya menangis dengan dahsyatnya, baru la diaorang percaya.

Kelam kabut semua... Terus tarik saya ke tepi. Tapi kan nak angkat naik ke tebing tak boleh sebab kudrat tak seberapa. Tambah pulak tebingnya bercerun sikit cam dalam gambar kat bawah ni:

credit to : sumber
tapi ni masa air surut. masa air pasang memang dalam.

Tiba2 muncul hero saya datang menyelamat keadaan... hehe. Kebetulan dalam ramai2 pengawas lelaki yang pergi kursus tu terselit sorang pengawas lelaki India. Saya dah tak ingat nama dia. Kalau tak silap mula dengan huruf 'G'... Dulu selalu la ingat sebab setiap kali selisih dengan dia, dia akan senyum je... Pastu apa lagi, gosip panas tersebar la... haish...

Sumber

My super 'G'... hehe

Dia datang dan telah mencempung (kalau bahasa standard dukung la kot) saya dan bwak naik ke tebing... Nasib baik jugak badan dia boleh kira sasa la jugak... hehe. Dan dia la lelaki pertama (selain family saya) yang telah dukung saya. Habis jatuh saham... :(


Selingan : masa mula2 kawin dulu saya bgaitau la dekat hubby, bukan dia elaki yang pertama dukung saya camtu sebab dah ada lelaki lain yang merasmikannya... ^_^

sumber
lebih kurang cenggini la. search punya search, tak jumpak pulak gambar yang bersesuaian....

Dan kebetulan jugak, masa tu jurulatih kayak ada kat situ. (tak ingat pulak saya dia tak pergi solat jumaat ke atau dah balik... : p). Dia le yang tolong gerak2kan kaki saya sambil cakap "Awak ni kurang kalsium ni. Tu yang boleh cramp masa mandi pantai. Penyelam yang profesional pun boleh lemas sebab camni la, kaki cramp... bla bla bla..."

Saya yang tengah dok tahan sakit tu, tahan je la telinga ni dengar dia dok bagi nasihat. Dalam pada tu sempat pulak kawan saya dok snap gambar saya yang tengah dok nangis... Adeh, sure buruk giler muka saya time tu... hehe. Lupa pulak saya nak minta copy gambar tu untuk buat kenangan...

Memang saya tak lupa la kenangan tu sampai bila2. Tambah kalau dengar lagu Cinta Pantai Merdeka tu... hehe. Tu la, lain kali nakal sangat lagi, kan dah kena diri sendiri.

Ok la, tu je ceritanya. Cuma moral yang saya nak sampaikan kat  sini adalah jangan dok buat main menda2 camni... Bahaya. Saya terus insaf lepas tu... Tapi insaf sekejap le, lepas tu buat lagi... hehe

Teringat pulak cerita budak gembala kambing yang dok tipu orang kampung yang kambing dia kena makan dengan harimau tu... Cuma bezanya, saya tak bela kambing... hehe.

Daaaaaa......


Monday, May 3, 2010

Tu la, sapa suruh main-main....

Ku ukir namamu di awan gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa cinta kita terurai

Oh indahnya... peristiwa
Cinta kita di Pantai Merdeka...

*************************************

Salam...

Ha, pernah dengar tak lagu ni?? Rasanya lagu ni agak femes la jugak time saya skolah2 dulu... Tapi tak pasti pulak saya betul ke tak lirik yang saya taip tu... hehe

Tapi saya bukan nak cerita pasal cintan cintun kat Pantai Merdeka ke, frust bercinta ke... tidak sama sekali... no no no.... ^_^

Cuma nak share satu pengalaman yang saya takkan lupakan sampai bila2. Kenangan yang berlaku kat Pantai Merdeka le... hehe

Sorry la, saya ni asyik cerita pasal kenangan je kan... Tu je la modal yang ada... kih kih kih

Ok la, berbalik kepada peristiwa yang saya sebutkan tadi. Peristiwa tu berlaku masa tahun 2002. Masa tu saya tingkatan 5, nak amik SPM tahun tu...

Tak ingat bulan berapa, tapi masa tu skolah saya ada la buat Kursus Kepimpinan Pengawas. Yang join masa tu Pengawas Sekolah sesi pagi (form 3 - Upper Six) plus Pengawas Asrama.

Kalau tak silap 2 buah bas jugak la kot yg bertolak pergi ke Kem Singkir a.k.a Kem Singkiaq ( loghat utara). Kalau tak silap jugak, bertolak hari Khamis. Kursus tu 3 hari 2 malam (Khamis - Sabtu). Sampai ke Kem tu petang Khamis.

Esoknya (Jumaat) pagi2 lepas bersenam + kudapan, ada program berkayak. Masa tu ada jurulatih khas yang dijemput untuk mengajar kami teknik2 berkayak, camna nak handle kalau kayak kita terbalik, nak keluar dari kayak dan lain2 la...

Lepas dia dah bagi penerangan plus buat demo, kami diarahkan cari pasangan untuk berkayak. Pasangan mestilah berlainan jantina. Means, lelaki ngan perempuan la. Apa lagi, masing2 menggedik la cari pasangan nak berkayak termasuk la saya... hehe

Masa tu mula la dok pikir nak pasangan dengan siapa. Kan bagus kalau boipren pun ada masa kursus tu... thehehe. Lepas dok ushar sorang2, saya pun target la sorang mamat junior ni. Comel je orangnya...

Harus la kan cari yang junior, kalau senior lain pulak nanti jadinya. Kang timbul gosip2 panas lak... ^_^. Sekali masa sampai je turn saya, member saya kebas budak junior tu... Hampagas betul... Makanya, terpaksa la saya cari oang lain...

Selesai sesi belajar berkayak tu, budak2 lelaki semua kena naik untuk bersiap2 ke masjid. Nak kena pi solat Jumaat. So, peluang keemasan ini telah digunakan dengan sebaik2nya oleh budak2 perempuan untuk bermandi manda dengan bebasnya.

Tambah pulak masing2 dibekalkan 'life jacket', apa lagi mandi sakan la.hehe. Sebab kalau nak harap berenang sendiri, alamatnya boleh tengok je la pantai tu. Dalam jugak la paras air kat kawasan tu, kalau berdiri memang kaki tak cecah ke dasar. Masa tu air tengah pasang.

Saya yang dah lama tak 'berkubang' ni jadi 'perak' la sket... hehe. Berenang2 umpama ikan duyung... cewahhh. Kuak lentang, kuak kupu2, kuak rama2, kuak katak, semua kuak la yang terkeluar masa tu... hehe.

Sambil2 dok berkuak tu mula la terfikir nak kenakan kawan baik saya yang dua orang tu...

Nak tau apa saya buat??? Tungguuuuu.... Dah panjang sangat la, nanti orang jemu membaca. So, to be continue.... hehe