Monday, October 15, 2012

Salam Isnin semua......

As-salam...

Erm, tak ada apa nak dicelotehkan pagi ni...
Just entri pemanas untuk hari ni...
Tu pu kalau rajin nak up entri kedua lak...
Banyak cerita berlaku, tapi jarijemari ni kurang mood nak menaip...

Tetiba teringat pasal kata2 Prof Muhaya yang saya dengar dari radio IKIM last week...
Kena belajar kawal emosi & sentiasa memaafkan orang...
Jangan sibuk cari salah orang...

Jadi sebagai peringatan untuk diri sendiri terutamanya, bila marah tu jangan beremosi sangat (contohnya seperti di entri2 yang lepas)...
Dan dengan ini saya memaafkan semua orang yang pernah melakukan kesilapan kepada saya... Dan saya mohon maaf juga andai ada salah silap...
Pasni dah takmo cari salah orang dah....
Yang penting nilai diri sendiri dan cari kekurangan diri dulu... berusaha perbaiki diri sendiri dulu....

Ok la, till then... Daaaaaaa....

Wednesday, October 10, 2012

Tenggelam timbul, tenggelam timbul...

As-salam...
Semenjak tak ada mood nak berblogging ni, camni la jadinya... Sekejap timbul, sekejap tenggelam...
Moodnya kalah mood ibu mengandung... huhu....

Ni pun sebenarnya tak ada idea nak direpekkan kat sini...
Cuma teringat satu peristiwa tu...
Saja nak bebel kat sini... nak share pengalaman sikit...
Entri ni mungkin agak panjang...
kalau sudi baca sampai habis, terima kasih...
kalau tak sudi takpe, saya tak paksa... :)

****************

Al-kisahnya, masa saya tengah sibuk siapkan kerja 3S saya tu (sila rujuk entri sebelum ni... hehe), ada la sorang pegawai tu datang ke bilik saya...
Masa tu kalau ikutkan bos saya tengah cuti rehat, tapi dia datang jugak office untuk siapkan kerja memandangkan minggu tu minggu terakhir dia kerja sebelum cuti belajar...
tapi awal2 lagi dia dah pesan tak mau orang ganggu... So, saya pun senyap je la tak bagitau sesiapa yang bos saya ni ada dalam bilik & dia pun tutup pintu...
Maybe pegawai ni tak tahu yang bos saya ni ada.
So, dia pun cakap la nak minta saya tolong fotostat beberapa dokumen. Katanya ada banyak dokumen yang dia nak saya tolong fotostat dan setiap dokumen nak 3 salinan...
Dan katanya lagi, "Puan suruh akak tolong saya. Petang semalam dia pesan. Saya lupa nak bagitahu"....
Memandangkan saya tengah sibuk nak siapkan kerja2 saya, saya pun cakap la dekat dia yang saya akan tolong dia lepas dah settle semua kerja sebab saya kena siapkan sebelum habis minggu tu...

Lepas pegawai tu beredar, saya macam rasa pelik la pulak...
Sebab saya tahu camna cara kerja bos saya...
Kalau dia nak minta tolong saya masa saya sibuk, dia akan suruh saya siapkan kerja dulu.
Sama la jugak kalau dia nak minta saya tolong pegawai lain, sure dia akan cakap camni "Salwa, lepas awak dah siap kerja awak, boleh tak awak tolong si polan?"
Dan sepanjang saya kerja dengan dia, tak pernah la dia minta tolong saya melalui orang lain. Means, dia akan cakap directly dekat saya, tak pernah pakai orang tengah.
Lebih pelik lagi, baru je petang sebelum tu bos saya mesej saya pasal kerja2 yang saya kena buat esoknya. Tak ada pula dia cakap suruh tolong pegawai tu...

Tapi tak apa la, saya pun tak nak la bersangka buruk kan...

So, the next day tu... nak dijadikan cerita pegawai tu datang nak jumpa bos saya. Kebetulan bos saya ada kat tempat saya.
So, dia pun tunjuk la satu folder kat bos saya yang mana kalau tak silap saya folder yang dia nak suruh saya fotostat tu...
Pastu, saya terdengar la perbualan mereka:

Pegawai : "Puan, puan nak tak copy dokumen2 ni? Kalau puan nak satu copy nanti saya bagi. Sebab saya dah minta tolong Kak Salwa fotostat dokumen ni."
Bos saya : "Dokumen apa ni?"
Pegawai : "bla bla bla"
Bos saya : "Takpe la, saya taknak... Lagi pun saya nak letak kat mana... Ni pun saya tengah clearkan bilik saya sebelum saya cuti"
Pegawai : "Ye ke, takpe la puan"...

Ha, finally kebenaran terbongkar... See, berani2 je dia mempergunakan nama bos saya untuk mintak tolong. Padahal bos saya tak dak pun suruh dia mintak tolong saya...
Naluri seorang PA yang faham benar pe'el bos dia... kan betul firasat saya mengatakan ada yang tak kena... hehe
Ekceli saya tak kisah kalau dia nak mintak tolong. Tapi jangan la dengan cara macam ni. Macam nak mempergunakan orang je...
Saya tahu la, saya ni PA je kat sini. Tapi tolong la respect orang lain jugak walaupun jawatan dia lebih rendah berbanding kamu...
Nasib baik saya tak tanya kat bos saya pasal ni. Kalau tak, tak pasal2 bos saya tahu dia mempergunakan nama bos saya untuk mintak tolong orang lain.
Dah la bos saya ni pantang orang 'kacau' PA dia... herm....

**************************

Tu je bebelan pengalaman yang saya nak share... Seriously, saya tak suka orang buat macam tu... Tak salah kalau kita cakap jujur. Terus terang je la nak mintak tolong... Macam la saya ni tak sudi nak tolong...

Ok la, tu je nak cerita dan bebelkan pagi ni... terima kasih la sudi baca entry saya yang panjang lebar nih... hehehe...

Till then, as-salam....