Thursday, December 22, 2011

Terkini : Perdana Menteri setuju tangguh SBPA

Perdana Menteri setuju tangguh SBPA - Omar Osman


22/12/2011 12:53pm


PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN

Pagi yang indah...

As-salam...

Alhamdulillah, masih lagi bernafas di bumi Allah ini...

Dan syukur jugak, hari ni dah hari Khamis... hehe

Menambahkan lagi 'munge-munge' dalam hati... ^_^

Kenapa ye, tak habis2 lagi bunga-bunga ni memekar dalam hati...

Ha, syhhhhhhh... top secret... hahaha



Tapi kepala ting tong sket pagi ni gara2 tak cukup tidur... Si kecil demam lak... Risau betul malam tadi...

Asyik merengek je... Dok sebut "mi... mi... mi..." Sian dia...

Summayyah ni pulak jenis manja sikit... Nak tidur atas badan kita je...

Tapi pagi tadi dah ok sikit... Hantar jugak le ke taska... Sebab minggu depan dah nak cuti...

Harap2 dia ok kat taska... Tapi dah pesan kat pengasuh tu, if badan dia panas sangat bagitau la...

Ok la, bebel kejap je... Nanti sambung lagi... Till then, daaaa....

Wednesday, December 21, 2011

Gugel punya gugel, terjumpa la......

As-salam...

Rentetan entri hati berbunga riang semalam... hehe

Petang semalam sementara nak tunggu enchik suami datang menjemput tuan puteri ni (jangan muntah ye... hehe) tangan ni pun saja je la gatal2 nak gugel nama sendiri...

Saja nak tengok apa yang keluar kat senarai carian gugel tu...

Dalam banyak2 senarai tu, tetiba mata ni tertumpu pada sesuatu... Rupa2nya, nama saya ni telah digunakan sebagai singkatan satu persatuan iaitu Sabah Muslim Women Lawyers Association (SALWA). Perghhhhh... terus rasa kagum... hahaha (ayat orang jakun... hehe)

Ok la, tu je nak cerita... Ater, hati masih berbunga riang... hehehe...

Cer tunjuk sket camna cara senyum orang yang hatinya tengah berbunge-bunge tu... ^_^



Sekian, daaaaaaaa......

Tuesday, December 20, 2011

Mood : Happy

As-salam...

Hati berbunga riang...

Entah kenapa tiba-tiba sahaja...

Mudah-mudahan rasa itu akan berterusan...

Dan bibir ini akan sentiasa menguntumkan senyuman....


Selingan:

Tengah dok layan cerita ni (setiap Rabu & Khamis)...

Hujung tahun... Mood pun hujung2 jugak... hehe

As-salam...

Apasal ntah, makin hujung tahun mood ni makin di penghujung jugak...

Rasa 'M' je nak buat itu ini... haihhhh...

Nak belek buku pun 'M' je rasa... hua hua hua...

Cuma mood untuk buat satu menda ni je yang makin membuak2... Mood nak deco rumah... Azam sebelum next year nak ubah rupa dalam & luar umah... Eiii, tak sabar rasa nak tengok hasilnya... hahaha...

Ok la, mood nak menaip pun makin menurun jugak... haha...

So, stop aje kat sini dulu ye... Nak tempek satu piccas ni... Idaman qolbu... hehe... Bestnya kalau dapat wat camni...

Simple but nice...

Till then, daaaaa....

Wednesday, December 14, 2011

Rindu....

As-salam...

Waktu ni ramai yang dah balik... ye la, dah kul 5 lebih kan...

Saya??? Tunggu kul 5.30 japgi baru leh balik... pastu tunggu pulak enchik suami datang jemput...

Memang tak ada mood langsung sekarang ni... Mood balik kampung je yang tengah membuak2.... hehe

Dok menghitung hari demi hari... Rasa macam lambat betul nak jumpa hari Jumaat minggu depan...

Tak sabar nak jumpa si Abang Long Faris...

Semalam call dia... Dari mula call sampai nak end call asyik la dia dok sebut "Nak ikut ummi... nak  ikut ummi (nak balik sini)"... dah la sayu je nada suara dia...

Sedih giler rasa... dah tu sebelum letak, dua kali dia cakap "Sayang ummi, sayang ummi..." lagi la rasa sedih... Adeh...

Memang pasni tak kan bagi dia balik kampung lama2 dah macam nih... huhu

Eh, dah kul 5.30... ok la, nak siap2 & balik dah... tataaaa...

**Alhamdulillah, Summayyah dah dapat tempat kat taska bawah office saya ni... Start new year ni dia akan pindah ke sini...

**senang sikit hati, dua2 anak dok dekat... boleh la Faris tolong tengok2kan adik dia... lega....




Anak2 permata hati... ^_^

~ WW ~

Friday, December 9, 2011

Gerhana Bulan Penuh - 10 Disember 2011

As-salam...

Salam Hari Jumaat...

Entri hari ni saya nak kongsi info pasal gerhana bulan penuh yang akan berlaku esok. Ni adalah gerhana terakhir bagi tahun ini. Kalau kita terlepas, lagi 3 tahun baru dapat tengok lagi... So, esok ramai2 la kita teropong bulan ye... hehe

Kat bawah ni ada sedikit info pasal gerhana bulan yang akan berlaku esok. Saya C&P dari sumber ini.

---------------------------------------------------------------------

Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.


Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):


Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37

Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11

Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29

Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36

End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45

Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04

Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30


Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.

Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.


Oleh itu jangan lepaskan peluang menyaksikan KESELURUHAN fasa Gerhana Bulan Penuh malam esok.

Selamat Mencerap Gerhana!
--------------------------------------------------------------------------------