Thursday, December 31, 2009

2009 vs 2010

Salam...

Betul ke tajuk cenggitu??? Herm, kalau tak betul pun biar la kan....

Kalau tengok blog2 lain, ramai blogger2 yang buat entri pasal 2009 & 2010... Kenangan 2009 la, azam 2010 la... Silap2 ayat cheq pun ada yang sama macam ayat dalam blog lain... Maaf ye kalau ada yang 'ter'sama...

Tapi entri cheq ni bukan nak cerita pasal kengan 2009... biarlah kenangan itu dibawa pergi oleh sang bayu... eceh.... Biar yang tinggal kengan2 manis belaka...

Cheq jugak bukan nak cerita pasal azam tahun baru... bukan tak ada, ada... kalau tak silap dalam 10 kot... hehe... banyaknya, entah tercapai entahkan tidak... harap2nya tercapai la... Tapi tak dapat nak kongsikan kat sini kot... sama cam header blog cheq... "BIARLAH RAHSIA"....

Apa yang pasti, azam tahun baru ni banyak pasal nak perbaiki diri dari segala aspek, baik dari segi duniawi mahupun ukhrawi... Yang penting sekali memperbaiki hubungan dengan Maha Pencipta...

So, kepada kengkawan semua, semoga tahun baru yang bakal mendatang akan membawa sinar baru... Semoga sukses dalam apa jua yang kalian lakukan...

ok la, daaaaa....

Wednesday, December 30, 2009

Adehhh...

Entri sebelum balik... masa ni dok tunggu nana tak sampai lagi...

tau dak, cheq pulak rasa pening & nak mun** tengok blog cheq ni... hehe... sabo je la...

ni semua gara2 obses dengan kontes. pening pilih gambar, pastu loya tengok blog yang penuh kontes... heheh...

ok la, nak kena pi toilet jap nih... kang berhamburan di sini... daaaa...

Abaikan...

Salam...

Entri ni dibuat khusus untuk memohon maaf jika kengkawan semua merasa pening & loya bila bukak blog cheq & tengok entri yang ada pasal contest, contest & contest...

Sila abaikan semangat berkobar-kobar cheq yang sibuk dok masuk contest last minute hingga menyebabkan entri minggu ni dipenuhi oleh contest sahaja...

InsyaAllah, next week keadaan akan kembali normal... hehe

ok la, daaaaaa....

SERIUS BABY 2009 GIVEAWAY

Salam...

Wah wah, contest lagi ya... Hujung-hujung tahun ni banyak pulak contest yang dibuat... Saja ja masuk, sekurang-kurangnya nampak update la sket blog ni...

Contest ni dianjurkan oleh ibu Rifqi sempena birthdaynya. Tarikh tutup penyertaan ini adalah pada 31 Disember 2009. Kepada yang belum join, cepat2 la join. Nanti tak sempat pulak... Nak tahu lebih lanjut? klik sini.

Gambar serius yang dipertaruhkan seperti di bawah... (serius ke???)...

Nama : Ahmad Faris Danish
D.O.B : 06 Julai 2008
Umur : 1 tahun 5 bulan ++


Kepada yang join contest ni, good luck... (especially untuk faris la ye... semangat!!!) hehe...

Contest "Ceria Si Ayah Bersama Anak"




Salam...

Kali ni nak cuba join contest yang dianjurkan oleh Fasha yang dianjurkan sempena birthday husband dia... Saja2 cuba nasib... Untuk maklumat lanjut, sila klik sini. Cepat2 ya, sebab contest ni akan ditutup pada jam 12.00 t/hari ni. Kira ni last minute la... Heheh...
Gambar yang dipetaruhkan untuk contest ini ialah....


Nama bapa : Azman
Nama anak : Faris


Gambar ni diambil masa bercuti-cuti Malaysia dekat Langkawi... Masa ni Faris pun sibuk nak buat 'peace' jugak, tapi tak jadi pun... heheh...


Ok la, all da best kepada semua peserta...

Tuesday, December 29, 2009

ERM... DAPP...

Salam...


dah lama rasanya tak cerita pasal si kecik faris ye... Cian anak 'ummi tu, 'ummi lupa nak update pasal dia... Bukan apa, tak banyak cerita pun yang nak share...


Cuma ada kisah lucu sket pasal si kecik ni... Jumaat lepas, Pak Ndak faris (abang nana) saja datang lepak2 kat rumah... pastu dia ada la bawak air dalam tin satu beg plastik... Nana bagi kat cheq. Masa tu dia dok sembang dengan abang dia kat luar rumah. Cheq pulak dok tengok tv sambil tengok faris main kat ruang tamu... 'Mim alif lam sin' nak bangun letak air tin tu kat dapur.. letak aja atas sofa...


Pehtu faris panjat sofa & amik air tin tu main susun2 (bertingkat). Cheq larang la dia "jangan main, nanti jatuh timpa kaki sakit"... dia buat tak reti ja.. Cheq sambung tengok tv. Ntah camna, tin tu jatuh timpa jari kaki faris.. apa lagi, meraung la si kecik tu. Pecah kedarah (betul ke perkataan ni?). Terus cheq amik minyak gamat sapu...


Esok tu, on da way nak pergi kenduri kat sungkai (atas kereta) faris dok pegang2 lagi kaki dia sambil mulut dok pot pet... ntah apa yang dia cakap pun cheq tak paham... mungkin dok cerita la kaki sakit sebab kena timpa air tin... pehtu nana saja la tanya dia "sedap??" (maksud nana, best ke kena?)... Tau tak dia jawap apa?? Dia tak jawab terus, tapi..... DIA PEGANG KAKI DIA, ISAP JARI KAKI YANG KENA TU... pehtu dia jawab... "EMM... DAP (SEDAP)"...


kah kah kah... awat la lurus betul anak 'ummi ni.... nana ketawa besar... "Pak lawak betui la hang ni..." kata nana...

Lawak dia tu la yang kadang2 buat cheq tak jadi nak marah kat dia bila dia buat salah... Faris oh Faris...


**selingan... buat muka sket faris... (ni masa faris dalam pantang - sebulan ++)






Sekian...

Monday, December 28, 2009

Entri yang dah basi...

Salam...

Wah, berseri2 semua selepas bercuti agak lama ya... Herm, mood minggu ni masih tak berapa nak ok, hingga menjalar ke seluruh urat saraf, menyebabkan terasa 'mim alif lam sin' untuk mengupdate blog... Plus, tak dak cerita best pun yang berlaku...

Cuma sabtu hari tu pi kenduri kawin sepupu sebelah nana kat Sungkai... Tak amik gambar pun... hehe...

Sebenaqnya bukan nak cerita pasal cuti2 ka, mood ka.... Ni pasal pengalaman yang dah basi... Satu pengalaman yang bagi cheq amat lucu bila dikenang... Bila cerita balik dengan nana, kami berdua akan ketawa terbahak-bahak... (tak tau la korang rasa lucu ke tak...).

Al-kisahnya, sebelum faris dilahirkan pada 06/07/08, cheq telah dimasukkan ke wad selama 2 hari 2 malam sebelum dibenarkan pulang pada petang 05/07/08. Masa tu kena tahan sebab doc kata contraction kuat... Petang 4hb tu cheq cakap kat doc nak keluar wad sebab rasa macam tak sakit nak bersalin pun lagi. Tapi doc tak bagi. Alasan dia takut nanti bila cheq mai balik, katil full.. terpaksa akur, dok la sampai 5 hb tu...

Petang 5 hb tu, nana datang jemput. Cheq awai2 lagi dah siap packing semua, tak sabaq nak keluar wad. Ya la, sapa la yang suka dok hospital lama2. Cemuih aih... Tu pun doc bagi keluar sebab takdak progress (jalan masih 1cm)...

Dah bayar semua, terus la balik ke rumah sebab cheq hanya pakai kain batik dengan t-shirt saja masa tu... Sampai ja kat blok rumah cheq, terus ja tekan butang lif. Masa tu rasa penat + ngantuk sangat. Kat spital bukan buleh tidoq sangat pun.... Bila lif bukak, cheq ngan nana pun terkedek2 la jalan keluar. Rumah kami kat hujung skali...

Masa nak lintas rumah jiran cheq, cheq rasa pelik sangat. Bila masa dia beli basikal kat anak dia sebab anak dia masa tu baru je setahun lebih. Tak kan la dah boleh naik basikal kot... Tapi cheq buat tak heran ja sebab dalam pala otak ni dok pikir nak baring ja...

Sampai depan pintu rumah, nana pun amik la kunci nak buka mangga. setengah minit berlalu, tapi mangga masih tak boleh buka. cuba lagi, tak boleh jugak. Cheq dah naik tensyen... hehe... ya la, badan tengah letih nih. Niat di hati nak masuk rumah terus landing2... Cheq tanya nana "abang ada tukar mangga ke?". nana kata "tak dak pun. nak keluaq tadi kunci macam biasa ja"... cheq dah nak nangis masa tu sebab dok pikir nak tidoq mana malam ni... Apa la nasib badan... hehe

Cheq suruh nana cuba sekali lagi. Masa nana dok cuba tu cheq perasan, apasal mangga tu nampak macam dah lama? sebab setahu cheq, kami baru beli ja mangga tu. Tapi cheq diam ja... Lepas beberapa kali cubaan membuka mangga oleh nana gagal, cheq pun kata "mai sini orang cuba pulak"... Bila cheq cuba2 pun tak boleh, mula mata bergenang... Cheq tanya nana "macam mana nak buat ni?"

Dalam kepala dok pikir nak suruh nana panggil kawan dia potong mangga tu. Masa dok asyik pikir sambil sandar badan kat dinding, tiba2 pintu rumah terbuka dari dalam... jeng jeng jeng...

cheq ingat nana saja nak buat surprise la, yang mak or MIL cheq datang dari kampung. tapi bila muncul seorang perempuan yang tak dikenali, cheq mula saspen. Sapa pulak dah... Pastu perempuan tu pun kata... "RASANYA, KAMU DAH SALAH RUMAH NI"

Hah, salah rumah???? Cheq dengan muka yang tebal pun kata la "Maaf ya"... Masa tu rasa nak sorok muka dalam simen koridor tu je... Malunyaaaaaa.... Pastu cheq dengan nana terus buat2 jalan. Muka dah merah padam tahan malu dengan gelak. Sampai ja kat rumah terus pecah gelak cheq dengan nana...

Start dari hari tu, bila keluar ja lif mesti akan tengok dulu tingkat berapa & no rumah sebelum buka pintu. Cheq dok doa la jangan terserempak dengan tuan rumah tu... Malu tau.... hehe...

Sekarang dah tinggal kenangan dah... la ni dah tak payah tengok dah tingkat berapa, sebab dah tak bertingkat dah. dua tingkat ja... hehe...

Banyaknya memori di rumah lama... Rindunya kat rumah lama cheq... Ok la, dah nak balik ni... daaaaa...

p/s : kalau tak lawak pun, buat2 la gelak... penat cheq menaip... hehe

** lupa nak cerita : faris sekarang dijaga oleh adik cheq yang baru lepas SPM... Settle sudah masalah... Nasib baik adik cheq sudi jaga... hari tu nak tanya dia, risau jugak dia tak mau sebab dia baru ja mai rumah cheq dengan mak & ayah cheq 2 minggu lepas... (",)

Thursday, December 24, 2009

Pagi-pagi lagi dah......

Salam...

Hari ni mood kurang baik sket... Plus sakit kepala dah kembali setelah menghilang agak lama... Baru je semalam dok berasa happy & syukur sebab dah tak sakit kepala. tetapi malam tadi tiba-tiba sahaja menjelma kembali... Tapi tak teruk sangat macam dulu...

Ni nak cerita kisah pagi tadi. Alkishanya masa on d way nak hantar si kecik ke rumah pengasuh dia, camna ntah cheq terlepas jap si kecik tu (tak pegang dia). Masa tu dia dok duduk melutut atas riba cheq. Pehtu nana nak belok kereta & ter'brek' sikit. Terus si kecik tersembam kat dashboard. Berdarah mulut dia... Abih kena tudung ummi... Dah si kecik tu nangis2.... Ummi kena marah... hehe... sori nana, tak sengaja...

Bagi susu, terus diam... Sampai kat rumah pengasuh tu, cam biasa tidurkan si kecik, bagi susu & keluar. Masa nak keluar tu pengasuh tu bagitau yang dia nak amik cuti seminggu minggu depan... Adus, pening cheq. Nak hantar mana?? Nak amik cuti, cuti pun tinggal sehari je. Nak suruh mak datang, baru je ahad lepas mak balik ke kampung... herm....

Pagi2 lagi dah banyak masalah. agaknya pagi tadi jaga je tido cheq pikiaq hal dunia kot... tu yang bermasalah sket hari ni... (",)

Nak hantar taska, tau je la kos dia. sehari rm20. 4 hari rm80... Wah, lari bajet la bulan ni. Dah la bulan ni cheq tak dapat gaji. Jenuh nana cheq... Kesian dia... Nak kena berjimat cermat la bulan ni...

ok la, nak menaip pun tak dak mood dah. nak pikiaq nak buat macam mana ni... daaaaaaaaa....

Wednesday, December 23, 2009

Syukur...

Akhirnya....

Cheq telah selamat 'membuang' gambar yang cheq kata tu... yezza... tau camna cheq buat??? klik sini.

Fuhh lega... macam baru habis exam besar je rasanya... hehe...

Thanks la pada yg sudi menolong... (apa la cheq ni, benda kecik macam ni pun nak kecoh2...)

Maaf la, cheq ni baru setahun jagung ja dalam arena blogging ni... ok la, daaaaa...

** nak rehatkan pala otak yang penat berfikir... eceh...

Sambungan : Anybody... please help me...

Terima kasih kepada yang sudi membantu... Cikpuan Ezzah, thanks ya... tapi masih tak boleh jugak...

Untuk makluman kengkawan semua, cheq dah cuba edit kat layout - page elements - header (tapi masalahnya gambar tu bukan cheq upload dari computer atau mana2 sumber... gambar tu muncul sendiri tanpa diundang... so camna nak remove???). pastu kat layout jugak - edit HTML, pastu ikut kaedah dalam blogger help...

tapi masih sama jugak... macam virus pulak menda alah ni. sampai lemaih cheq dibuatnya... dulu masa mula2 cheq abaikan aja... pehtu, bila cheq nak edit letak gambar lain tak boleh, mula la 'berangin' ja rasa... hehe

ni yang rasa nak buat blog baru ja... hehe... tapi tak boleh, sayang blog ini... (",)

jadi, apa yang mampu saya buat ialah hanya pasrah...

Anybody... please help me...

Salam...

Erm, di petang yang indah ini, cheq nak mintak tolong sesiapa yang tahu or pro, camna ya nak buangkan gambar yang ada pada header blog cheq tu?? gambar diari 2 buah tu... dah macam2 cheq buat, tapi tak boleh jugak...

ekceli, gambar tu ada pada template blog cheq yang lama. bila cheq tukar layout baru ni, gambar tu 'ikut sekali' jugak.... puas dah cheq godek2 blog ni, tak dapat jugak...

So, pleaseeeee... sesiapa yang tahu camna nak buat, minta tolong ajar cheq ya... TQVM...

Tuesday, December 22, 2009

Uber Award

Salam...

Setelah agak lama 'memeram' entri ni, di waktu yang senggang rehat ni, (eceh) nak le menjawab tag dari kak Eina. Makacih ye kasi award nih... heheh... Sorry la. 'peram' lama sangat. bukan apa, takdak idea nak tulis fakta menarik pasai cheq ni... ada 1001 fakta menarik, tapi kena senarikan 10 ja. Abih tu, pening kepala nak pilih yang paling menarik... (iyo lah tu... hehe)

Meh le tengok apa yang nak kena buat sebelum boleh dapat award ni...

1. Write five (5) interesting facts about the person who gaves you this award..

2. Jot down ten (10) interesting facts about yourself and your hobbies..

3. Pick your ten (10) more deserving recipients and then describe them..

4. Leave a comment on the recipients blog to tell them that they've been tagged..

5. Paste the award badge in your side bar.

ok, first sekali nak kena review pasal kak Eina - 5 fakta menarik tentang dia... Akak, cheq tulih apa yang terlintas tau... hehe

1. kenal melalui blog Puan Suraya... tapi Kak Eina ni yang tegur dulu (tegur dalam blog...)... Cheq agak dia ni seorang yang ramah & senang berkawan... betul tak?

2. orangnya kiut miut je... ala2 comei gitu... (walaupun tak pernah jumpa di alam nyata, tapi dari gambar dan gaya penulisannya dapat rasa yang dia ni comel + ceria)

3. happy go lucky kot... betul tak akak? rasa cam rapat je padahal tak pernah jumpa. maybe sebab dia ni rajin la bertegur sapa kat blog nih... hehe

4. minat sama macam cheq - suka layan lagu jiwang karat... nanti boleh la sama2 menjiwangkan diri sampai karat okeyh... hehe

5. lastly.... mempunyai ciri2 yang sama macam kakak cheq yang ke-3 : kecik & cute je tapi husband tinggi lampai... ada anak dua jugak (tapi kakak cheq dua2 hero).... Kadang2 tu bila tengok kak Eina ni, teringat la dekat kakak cheq... hehe - peace kak Eina...

Harap2nya dah menjawab la 5 review tu... heheh

Pastu yang kedua lak... 10 fakta menarik pasal cheq & hobi cheq... herm... Apa ya yang menarik pasal cheq ni?? Pening jugak ni nak pikiaq. Silap2 nampak macam 'masuk bakul angkat sendiri' pulak nanti... Hentam je la... Nak fakta yang menarik kan???

1. Orang kata (bukan cheq kata na...) senyuman cheq ni manis.... wah wah, kembang kempis idung... manis ke?? mungkin sebab cheq ada 4 lesung pipit... 2 besar 2 kecik... (aduh, perasan betul salwa ni...) - so, fakta menarik la sebab susah nak nampak lesung pipit nih kecuali bila tersenyum dengan panjang lebarnya dan hanya dalam keadaan tertentu sahaja akan nampak keempat2 lesung pipit itu... (",)

2. Orang kata lagi (bukan cheq kata no...) mata cheq cantik, hidung cheq mancung... Ala2 arab gitu... (ceh, kuatnya perasan...) Ada yang tanya, keturunan arab ke? ada jugak yang tanya, keturunan mamak ke?? The answer is "NOPE"... heheh (tapi ayah cheq orang Penang... mungkinkah ada tempias2???)

Ok la, stop la bab perasan nih...

3. kalau first time jumpa, orang selalu kata yang cheq ni sombong... Tapi bila dah kenal baru tau yg cheq ni tak sombong tau... Cheq ni sebenarnya agak pendiam & pemalu orangnya( ye ke????)... Cuma bila jumpa yang 'satu kepala' baru akan "BERTUKAR" menjadi spesis yang lain... Berubah2 mengikut keadaan. Depan orang2 yg lebih tua nampak sopan je. Sebab tu orang suka kata, cheq ni lemah lembut & bersifat keibuan... uwekkk, nak muntah & tergelak cheq dengar sebab hakikatnya ........... Hanya DIA yang lebih mengetahui... hehe

4. Seorang yang sangat sensitif, mudah mengalirkan air mata... Sebab tu kalau tengok crita2 sedih cheq suka duduk jauh sket daripada nana. Nanti kena ejek... heh, benci... (",)... Tapi cheq tak berapa nak layan hindustan ye... korean, yup...

5. Sangat minat sukan badminton & bola... Dulu masa study minat hockey... Player for skolah & poly. Gimrama? Sorry, not my taste... hehe... Ingat lagi masa pasukan bola sepak Kedah masuk final lawan Selangor, kalau tak silap final Piala FA tahun 2008, masa tu cheq dalam pantang... Siap lompat2 lagi bila Kedah score gol... Mula la mak bising "Hang tu dalam pantang, jaga2 sikit"... "Opss lupa"... heheh

6. Dulu2 suka kumpul setem... Kalau tak silap, ada 3 buah album setem... Hobi la kunun... Masa tu skolah rendah. Sangat2 leka mengumpul setem, sampai mak marah2. Mak siap kata lagi kalau result UPSR tak elok, mak nak buang collection cheq... huhu, takot masa tu... Akhirnya dapat jugak 5A... peace Mak... - bukti yang hobi tak melalaikan pelajaran cheq... tengok, tengok... hehe

7. Seorang yang suka hidup dalam memori... sayang akan kenangan lama... akibatnya, masa kemas2 rumah nak pindah hari tu nana jumpak surat cinta lama cheq... cinta monyet... hehe... satu hari satu malam kena perli... ambik kau... - moral of the story, jangan simpan surat cinta anda... (cheq dah bakar tau, camna boleh sesat ntah... heran...) - Peace nana... jangan marah ok... hanya kamu di hatiku... cewahhh...

8. Masa kecik2 dulu perangai ala2 budak lelaki, jalan pun ala2 kasar sket... suka kawan dengan budak lelaki. sampai sekolah menengah pun suka kawan dengan budak lelaki... heheh... sampai ada yang salah tafsir yang cheq ni syiok kat dia... sorry guys, teman tapi mesra je ek... tringat satu hari tu (masa zaman kanak2 la), macam biasa lepas habis mengaji kat rumah tok, cheq dengan kakak2 cheq (3 org) panjat pokok jambu belakang umah tok. Sekali bergayut nak capai dahan jambu yang lain, tak sampai... gedebukkk, jatuh dalam bendang... hehe


9. Happy go lucky & kelakar. Ye ke?? Fakta ke auta ni?? Tapi ada yang panggil cheq ni Jang Nara tau... (pelakon korea tu...) Kebetulan pulak ada lesung pipit kecik yang sama macam Jang Nara... suratan atau kebetulan?? heheh... Nak cerita satu kisah lagi... Masa study dulu, kalau ada presentation, cheq tak dibenarkan oleh sorang member cheq ni dok kat tempat duduk depan. Sebab dia kata dia tak boleh tangok muka cheq, nanti dia nak gelak je sampai tak dapat nak buat presentation... Awat, muka cheq ni lawak ka???

10. masa skolah rendah dulu jadi penolong ketua pengawas... sangat2 garang... suka gaduh ngan budak lelaki.... budak lelaki pun takut kat cheq... hehe (",)... Masa skolah menengah pulak, jadik pengawas asrama & ketua dorm je... Tapi slalu langgar peraturan asrama - pengawas ke mawas??? hehe... Pernah tak turun prep, warden datang buat spot-check, lari nyorok dalam stor... hehe. Abih, kalau kena tangkap mana nak letak muka weh, pengawas asrama sendiri dok buat onar... peace warden2 asrama...

Ok, dah bagi 10 fakta menarik yang tak berapa menarik tentang cheq & hobi cheq. Pasni nak kena tag 10 orang pulak...

1. kak bee a.k.a Nabilah - satu tempat study dulu, tapi lain course & dia senior cheq... Kenal masa kat office lama dulu, satu department. Orangnya lembut2 & sopan gitu...

2. maznida a.k.a mama aiman - satu kelas masa study dulu. Orangnya sangat berdedikasi... Mempunyai wajah yang manis...

3. Izzah a.k.a cik puan ezah - satu kamsis masa semester satu dulu & satu blok dengan rumah lama cheq.. orangnya manis...

4. nissa a.k.a ummi rania - satu course masa study dulu, tapi berlainan kelas... sangat rajin memasak, suri rumah sepenuh masa buat sementara waktu... jeles cheq dengan dia.. hehe

5. ain a.k.a dakcik - satu kelas masa study dulu. sempat berkawan baik masa first sem. Orangnya tecik je, tapi sangat comel & kiut...

6. suraya a.k.a sue - penyelamat cheq, sebab sudi ganti tempat cheq masa cheq nak mintak tukar balik ke putrajaya dulu... orangnya ceria, manis je senyuman, lembut je bila bercakap (jangan kembang ek sue..) & kawan baik kak Eina...

7. Siti a.k.a Ibu waz - orangnya kecik & comel je... putih lagi... ada anak yg sangat comei yang dipanggil Waz. Satu course masa study dulu, tapi lain kelas.

8. Khams a.k.a mama Faqhry - kenal cenggitu je sebab satu course, lain kelas. kerja kat brunei... orangnya pun sweet2 je...

Erm, lagi dua tu tak tau dah nak tag sapa, so sapa2 yang baca boleh la kot buat tag ni... hehe

Dah settle semua, tempek badge ni kat side bar... Okey, settle... Dah boleh dapat award ni... hehe





** kepada yang kena tag tu, buat jangan tak buat... hehe - yang dah kena, nak jawab lagi pun boleh, nak abaikan pun takpa na...

Monday, December 21, 2009

Tensyen sekejap...

Salam...

Salam tahun baru untuk semua...

Awal2 tahun lagi dah tensyen... Apa la cheq ni... Bukan tensyen sebab apa, sebab gaji bulan ni tak masuk... Just imagine la, sabtu lepas bawak mak & family cheq gi jejalan... Niat di hati nak shopping2 la sket, dah lama tak membeli baju & kain pasang...

Sekali pergi la ke atm untuk mengeluarkan duit... Sib baik la cheq check baki dulu... kalau tak, jenuh... Sekali terpampang baki +++ . Terkezut cheq. Aik, ni baki duit sebelum2 ni... Aduhai, gaji sangkut la pulak... Nasib la duit gaji bulan lepas banyak lagi... hehe... Lepas la nak shopping2... (",)...

Pagi tadi datang je kerja terus call opis lama tanya apasal gaji sangkut. Diaorang suruh check ngan HR opis sekarang. HR sini kata gaji cheq tak masuk bulan ni sebab opis lama hantar lpc lambat... So, diaorang tak boleh nak buat pembayaran gaji untuk this month... And ayat seterusnya yang keluar dari mulut officer tu amat menensionkan cheq.. tau tak dia kata apa? GAJI UNTUK BULAN NI AKAN MASUK BULAN DEPAN... maksudnya cheq kena tunggu lagi sebulan...

wah wah wah... parah la nana cheq nanti, terpaksa jadi banker jap... heheh...

takpa la, think positive ok... next month dapat gaji berganda... (",)... (ayat nak sedapkan hati...)

ok la, dah malas nak menaip. Bukan dapat gaji pun... hehe (tak de la, lawak je)... ok, daaaaa...

Friday, December 11, 2009

MISS MY 'KAMPUNG' SO MUCH...

Angin pantai
Dingin mencengkam
Ombak laut
Mengajak pulang

Di sini ku rindu
Kampung halaman
Yang lama kutinggalkan


Betapa indahnya negeri orang
Tak seindah tanah tumpah darahku
Wajah sanak saudara yang tercinta
Bermain di mataku di kala sepi


Sawah ladang dan pohon nyior
Dengarkanlah jeritan hati
Kuingin nyatakan...
Aku sering merindu belaianmu
Aku sering merindui kasihmu

B.e.r.i.t.a d.a.r.i R.a.n.t.a.u - A.l.l.e.y.c.a.t.s
*****************************************

Lagu kat atas ni sangat suka cheq dengar time teringat kat kampung... Rindunya kat kampung... Kadang2 rasa bosan dan letih duduk kat sini... Tak dak tempat nak tenangkan fikiran...

Kalau kat kampung tu, sambil rileks2 atas buaian bawah pokok rambutan, tengok sawah yang menghijau... tenang nya rasa... Bila la nak dapat pindah balik kampung ni??? Waaaaaaa....

Harap2 dapat la pindah balik kampung dan duduk di rumah sendiri secepat yang mungkin... hehe



Dua-dua gambar kat atas ni gambar bendang /sawah padi depan rumah cheq... Pastu, yang nampak parit sekerat tu, tu la tempat cheq adik beradik 'berkubang' (loghat utara : mandi manda) bila air pasang (untuk pengairan sawah padi).

Teringat masa kecik-kecik dulu... Keluarga cheq orang susah... sob sob... (".). So, hari cuti kena la tolong mak ngan ayah kat bendang. Lepas habis tolong tu apa lagi, terjun dalam parit la nak berkubang. Mula2 tu kononnya nak bersihkan baju la dari selut, tapi lama2 sampai mata merah semua, terus mak mai bawak kayu, habis kena tibai (pukul)... Apa lagi, lari lintang pukang semuanya...

Rindunya cheq pada zaman kanak2...

Sekarang dah besar panjang. Dah tak pernah tolong mak & ayah kat bendang... Bila balik kampung, padi dah tumbuh... Balik lagi sekali, padi dah berbuah... balik lagi sekali, orang dah tuai padi... Herm, cepatnya masa berlalu...

Tiba-tiba feeling la pulak... (mata dah bergenang nih...)...

Sorry, terpaksa hentikan penulisan... (dah sebak nih)... Kang banjir opis nih.. hehe

Till then, daaaaa....

Sekadar teguran...

Salam... Hari ni nak membebel sket... hehe...

Bukan apa, sekadar peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang baca entri nih...

Dah lama sebenarnya nak buat entri pasal ni, tapi asyik terlupa je. Cheq nak luahkan rasa tidak puas hati / sedih dengan sikap segelintir masyarakat kita ni. Entah ke mana hilangnya adab sopan.

Yang chek nak cerita ni pasal adab sopan dalam masjid dan surau. Tapi ni biasanya berlaku dalam surau la. Apa yang cheq perhatikan, ramai yang suka bersembang di dalam surau. Kalau suara tu slow / berbisik2 tak apa la jugak. Ni bercakap macam member tu duduk sebatu je... Sampai mengganggu muslimat lain yang sedang bersolat (termasuk la cheq)... Habis jadi tak khusyuk... hehe. Dah la tu, bercerita hal duniawi...

Herm, dah la sepasal mengganggu kekhusyukkan solat orang lain, pastu cerita hal dunia... bukan kah kita dilarang bercerita hal duniawi di dalam surau? Sedangkan orang yang membaca Al-Quran pun disuruh memperlahankan suara jika ada orang yang bersolat (bimbang mengganggu solat), tambahan pula orang yang bercerita hal duniawi...

Satu lagi kes tak silent henpon... Macam2 ringtone ada... Ayam berkokok la, bunyi hantu mengilai la, dan kebanyakkannya ringtone lagu... Aduhai la, dah tahu nak solat, tolong la 'silent' henpon tu. Susah tau, tengah baca Al-Fatihah, tetiba je dengar lagu... Ha, tak pasal terikut, sapa susah???

Masuk library pandai pula diam, sebab tahu peraturan 'DILARANG MEMBUAT BISING'... Tapi masuk surau, letak le banyak mana pun nasihat 'SILA PERLAHANKAN SUARA', macam tak nampak je... Sedih betul cheq tengok sikap orang yang macam ni... Lebih ikut undang2 manusia...

Ha, kan cheq dah bagi ceramah agama.... Serius, nak je tegur diaorang... tapi sure nanti cakap belakang.. "Eleh, macam bagus sangat dia tu..."... ayat standard...

So, kepada sesiapa yang baca entri ni, ingat2 la... kadang2 kita tak sedar apa yang kita buat. Cheq pun nak ingatkan diri sendiri jugak... Maaf la kalau ada yang terasa ye. Niat di hati nak betulkan apa yang salah. Kalau ada member2 kita yang macam tu, tegur2 la dia....

ok la, tak mau bebel dah... Salam...

*peace no war

Thursday, December 10, 2009

Kalam Hikmah....

Buat sahabat2 blogger yang dikasihi... Untuk renungan bersama....

Ceria2kan lah hidup anda okeyh....

** Cheq pun penat sangat nih... next week nak rest puas2 lepas settle masalah pindah randah ni.... Nak ajak nana 'cuci mata'.... hehe

Wednesday, December 9, 2009

K.U.R.U.S. ????


Wah wah, topik hot... (hot ke??) hehe


Sebelum apa2 nak minta maap la kalau entri ni macam terover ke apa ke... Istighfar dulu... Astaghfirullah.... [takut ada unsur2 riak... (",) ]


Bukan cheq nak memuji diri, apatah lagi nak 'masuk bakul angkat sendiri' okeyh... Sesaja nak berkongsi rasa dan rahsia... hehe... rahsia sangat la tu...


Alkisahnya, semenjak cheq kena tukar office kat KL bulan 6 hari tu sampai bulan 8, berat badan cheq agak susut sedikit. ada la turun dalam 2 ke 3 kg... Biasa la, bila dah travel jauh2 ni badan pun penat. Tambah pulak drive ke tempat kerja. Tiap2 hari 'melekat' dalam jamm... Disebabkan kepenatan berulang alik, pastu pulak balik kerja kena buat rutin harian seorang isteri & ibu, tidur pun tak berapa nak lena & cukup... mungkin disebabkan tu la berat badan cheq sedikit susut.


Bila balik kampung, mak kata muka nampak cengkung... Jumpa kawan2 lama ramai yang cakap "kurusnya... apa rahsia"... (masa zaman bujang dulu tembam sket... hehe)... heh, rahsia? sumpah tak ada rahsia... (",)... Cheq cakap kat member2 bujang yang dok 'korek rahsia' kurus, "kalau nak slim, kawen cepat2, pastu ada anak cepat2... ha, sure kurus..." (betul ke???)


Ingat bila dapat transfer balik ke tempat asal, badan akan tembam sedikit. Ye la, kerja kat sini tiap2 hari pergi balik berjemput... belanja perjalanan pun dah save, boleh salurkan ke belanja harian. Tapi camna nak buat, kat office baru ni jadual pemakanan dah sedikit 'lari'. Ntah kenapa kat sini kalau pagi tu breakfast kuih, sure kekenyangan sampai ke tengah hari. Pastu kalau beli nasik lemak ke, nasik goreng ke, sure habis separuh je pagi tu. Sayang nak buang, makan lagi separuh masa lunch... Pastu petang makan biskut je... Ate, camna nak tembam...


Cheq ingat lagi, masa kerja kat KL dulu, pagi makan kuih or nasik lemak, lunch turun lagi beli nasik... biasa la, KL kan syurga makanan... hehe. Dah la cheq ni jenis 'apa yang cheq teringin nak makan, cheq beli ja...' bak kata mak cheq "habih duit sebab makan takpa, perut kenyang. jangan habih duit sebab beli benda merapu".
Tapi tak tembam jugak...


Balik raya baru ni, sepupu cakap "amboi, slimnya..." hehe... Pastu ada yang menyampuk "tunggu la dah ada anak ramai esok, sure badan naik"... erk, risau pulak dengar... pastu sepupu cheq sambung lagi "Mak saya kata, kalau nak tahu rupa isteri kita masa tua nanti, tengok emak dia" (lebih kurang macam tu la ayat dia...) Ala macam iklan S.I.L.K.Y G.I.R.L tu (yang D.a.f.i dengan S. Amani tu)

Pastu cheq tengok mak cheq.... Alamakkkkkkk....

Another one....

Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku
Membayangkan Pahit Manis Berlaku
Tak Siapa Yang Tahu

Mungkin Nanti Kau Jua Merasakan
Berdepan Dengan Kata Menyesakkan
Takkan Tugumu Kebal
Tiada Pertimbangan

Keheningan Malam Membangunkan
Kepayahan Jiwa Meluahkan
Andai Kau Jujur Memahami
Tiadaku Menjauhi

Dan Kisahku Yang Masih Panjang
Menambahkan Berat Yang Memandang
Lantas Ku Pendam
Ku Putuskan Biarlah Rahsia

Semakin Aku Hidup Dalam Cinta
Tiada Kuasa Mampu Menghalangnya
Hentikan Kata Kata
Bertulangkan Dusta

Keheningan Malam Membangunkan
Kepayahan Jiwa Meluahkan
Andai Kau Jujur Memahami
Tiadaku Menjauhi

Dan Kisahku Yang Masih Panjang
Menambahkan Berat Yang Memandang
Lantas Ku Pendam
Ku Putuskan Biarlah Rahsia

Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku


B.I.A.R.L.A.H R.A.H.S.I.A - D.A.T.O' S.I.T.I N.U.R.H.A.L.I.Z.A
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

** kadang2 banyak perkara yang ingin diceritakan dan dikongsi dengan orang lain. tapi adakalanya ia terlalu sulit dan rumit, sehingga sukar untuk diluahkan dan diceritakan. lantas akhirnya hanya memendam rasa lalu hati berkata "BIARLAH RAHSIA..."

Monday, December 7, 2009

One of my favourite

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu ku lawan
Kesepianku

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti

Lirik M.e.l.a.w.a.n. K.e.s.e.p.i.a.n - D.a.t.o' S.i.t.i N.u.r.h.a.l.i.z.a

Penatnya...

Start dari balik dari kampung hari tu sampai la ke hari ni, rehat macam tak berapa nak cukup je...

Masa nak balik ke sini hari tu, sampai pagi dalam kul 5 lebih... Just imagine la, bertolak dari kampung dalam pukul 8.00 malam... Fuhhh, 9 jam??? kalah naik keretapi lagi... ini semua sebab jalan tersangatlah jamm... Perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa dalam 4 ke 5 jam telah menjadi 9 jam...

akibatnya, sepatutnya hari Isnin tu cheq dah start keja, terpaksa amik cuti kecemasan sebab dah tak larat nak buka mata, pastu letih gilossss... nasib baik la bos memang cuti hari tu, so tak ada masalah la...

pastu my MIL datang hari rabu lepas. And Sabtu lepas, ada kenduri kawen my nephew lak kat selayang. and adik beradik sebelah nana telah bermalam di rumah kami... fewww, penat weh... bukan apa, cheq tengah sibuk mengemas rumah sebab nak pindah dalam next week... warghhhhh, letihnya...

kerja-kerja mengemas terpaksa dihentikan seketika sebab nanti kang sedara mara datang umah berselerak lak... herm...

Khamis lepas cheq, nana ngan MIL pergi tengok2 umah... Eksited pulak nak pindah... ngeh ngeh ngeh... semangat!!!! Faris pun bukan main lagi masa kat rumah baru tu, eksited jugak kot... hehe

pastu semalam pergi cuci rumah baru lak sebelum nak pindah barang... sangat busy ye... cepat la pindah... tapi bila dah pindah nanti nak kemas barang2 lak... kuang kuang kuang...

masa tengah basuh lantai semalam, si kecik Faris tak reti dok diam... terpaksa buka baju & seluar dia, pakai diapers je takut basah baju. Siap renang2 lagik masa chek basuh lantai tu. Buat kuak rama2 la, kuak lentang la... haha, kelakar la tengok si Faris ni. Tapi tak ambil gambar pun. Ye la, masing-masing dok sibuk membasuh rumah. Kami berdua je membasuh rumah, penatnya...

ok la, nanti cheq update crita pasal umah baru okeyh... till then, daaaaaa....



Thursday, December 3, 2009

Okey ke??

Salam...

Lama betul bercuti kali ni... tak dak mood nak update blog... plus sakit kepala kembali menyerang... Sebelum nak membebel lebih panjang, sesaje je letak gambar kat bawah ni sebab berkaitan la jugak dengan bebelan hari ni...

Okey ke kalau camni???
Haa, apa dia?? Ok apa???
Ok ke kalau cheq pakai specs??? hehe




last week, hari isnin, cheq telah dilanda sakit kepala yang amat sangat. dari pagi sampai ke petang. mula2 ingat nak bertahan je, tak mau makan ubat (konon2nya tak mau bergantung pada ubat la...) tapi petang tu rasa dah tak tertahan dah, telan jugak la ubat (migraine+relaks otot). Tapi malangnya, langsung tak berkesan. cenggitu jugak rasa sakitnya...

Esoknya (selasa) masih sakit. so, decide nak pergi check balik ngan doc tu. nak tanya, apasal sakit tak hilang gak lepas makan ubat. sampai kat klinik tu, tertera perkataan CLOSE... Herm, camna nih???

Terus gi klinik lain. Pas check semua, doc tu kata maybe bukan migraine. so, dia suruh cheq check mata sebab sebelum ni memang cheq pernah pakai specs. Doc tu bagi ubat tahan sakit. Dia kata kalau mata ok, pastu makan ubat pun tak hilang gak, kena datang balik untuk buat ujian seterusnya (utk check apa yg tak kena sebenarnya).

So, masa balik kampung hari tu sesaje je la gatal2 masuk kedai specs utk check power mata... Pas check semua, cheq diberitahu yg cheq ni ada rabun jauh... so, dia tanya nak buat specs tak? cheq kata "nanti la saya fikir dulu"... hehe...

yang sebenarnya malas nak pakai specs... lagi pun kanan+kiri tak sampai 200 pun, kira tak kritikal sangat la kan... plus, cheq dah jarang drive sekarang ni. pergi balik kerja nana cheq hantar & jemput...

tapi tu la, sampai ke hari ni dok menanggung sakit kepala nih... makan ubat tahan sakit tu, hilang la sat rasa sakit. lepas beberapa jam, muncul balik... Ingat esok nak pergi jumpa doc tu, tanya patut tak buat specs sebab rasa macam tak perlu pun sebenarnya... ye la, staf kat kedai specs tu sure la suh kita buat, sebab bisness kan...

kalau doc suh buat, baru cheq akan buat.... tapi tak dapat la nak bayang muka bila pakai specs ni.. ye la, dah 6 tahun tinggalkan dunia cermin mata nih... rimas la bila ada benda yang dok sangkut kat telinga & hidung... dulu pakai pun sebab rabun 200 lebih... tu pun pakai masa dalam kelas & masa study je... abih sekolah menengah, specs tu pun hilang ntah ke mana... ngeh ngeh...

ok ke pakai specs nih??? nanti mata sepet, atas hidung ada bekas... tak lawa la... hehe... Tapi mesti ada yg syorkan pakai contac lense?? eei, tak nak la... bukan apa TAKOOOT nak letak menda alah tu kat mata... pastu penjagaannya renyah sedikit...

ok la, panjangnya cheq membebel ni... tak pa, qado... heheh... ok la, daaaaaaaa....

Selingan:

kalau lawa cenggini tak pa la... hehe


tapi kalau jadi cenggini sapa nak jawab??