Thursday, December 22, 2011

Terkini : Perdana Menteri setuju tangguh SBPA

Perdana Menteri setuju tangguh SBPA - Omar Osman


22/12/2011 12:53pm


PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN

Pagi yang indah...

As-salam...

Alhamdulillah, masih lagi bernafas di bumi Allah ini...

Dan syukur jugak, hari ni dah hari Khamis... hehe

Menambahkan lagi 'munge-munge' dalam hati... ^_^

Kenapa ye, tak habis2 lagi bunga-bunga ni memekar dalam hati...

Ha, syhhhhhhh... top secret... hahaha



Tapi kepala ting tong sket pagi ni gara2 tak cukup tidur... Si kecil demam lak... Risau betul malam tadi...

Asyik merengek je... Dok sebut "mi... mi... mi..." Sian dia...

Summayyah ni pulak jenis manja sikit... Nak tidur atas badan kita je...

Tapi pagi tadi dah ok sikit... Hantar jugak le ke taska... Sebab minggu depan dah nak cuti...

Harap2 dia ok kat taska... Tapi dah pesan kat pengasuh tu, if badan dia panas sangat bagitau la...

Ok la, bebel kejap je... Nanti sambung lagi... Till then, daaaa....

Wednesday, December 21, 2011

Gugel punya gugel, terjumpa la......

As-salam...

Rentetan entri hati berbunga riang semalam... hehe

Petang semalam sementara nak tunggu enchik suami datang menjemput tuan puteri ni (jangan muntah ye... hehe) tangan ni pun saja je la gatal2 nak gugel nama sendiri...

Saja nak tengok apa yang keluar kat senarai carian gugel tu...

Dalam banyak2 senarai tu, tetiba mata ni tertumpu pada sesuatu... Rupa2nya, nama saya ni telah digunakan sebagai singkatan satu persatuan iaitu Sabah Muslim Women Lawyers Association (SALWA). Perghhhhh... terus rasa kagum... hahaha (ayat orang jakun... hehe)

Ok la, tu je nak cerita... Ater, hati masih berbunga riang... hehehe...

Cer tunjuk sket camna cara senyum orang yang hatinya tengah berbunge-bunge tu... ^_^



Sekian, daaaaaaaa......

Tuesday, December 20, 2011

Mood : Happy

As-salam...

Hati berbunga riang...

Entah kenapa tiba-tiba sahaja...

Mudah-mudahan rasa itu akan berterusan...

Dan bibir ini akan sentiasa menguntumkan senyuman....


Selingan:

Tengah dok layan cerita ni (setiap Rabu & Khamis)...

Hujung tahun... Mood pun hujung2 jugak... hehe

As-salam...

Apasal ntah, makin hujung tahun mood ni makin di penghujung jugak...

Rasa 'M' je nak buat itu ini... haihhhh...

Nak belek buku pun 'M' je rasa... hua hua hua...

Cuma mood untuk buat satu menda ni je yang makin membuak2... Mood nak deco rumah... Azam sebelum next year nak ubah rupa dalam & luar umah... Eiii, tak sabar rasa nak tengok hasilnya... hahaha...

Ok la, mood nak menaip pun makin menurun jugak... haha...

So, stop aje kat sini dulu ye... Nak tempek satu piccas ni... Idaman qolbu... hehe... Bestnya kalau dapat wat camni...

Simple but nice...

Till then, daaaaa....

Wednesday, December 14, 2011

Rindu....

As-salam...

Waktu ni ramai yang dah balik... ye la, dah kul 5 lebih kan...

Saya??? Tunggu kul 5.30 japgi baru leh balik... pastu tunggu pulak enchik suami datang jemput...

Memang tak ada mood langsung sekarang ni... Mood balik kampung je yang tengah membuak2.... hehe

Dok menghitung hari demi hari... Rasa macam lambat betul nak jumpa hari Jumaat minggu depan...

Tak sabar nak jumpa si Abang Long Faris...

Semalam call dia... Dari mula call sampai nak end call asyik la dia dok sebut "Nak ikut ummi... nak  ikut ummi (nak balik sini)"... dah la sayu je nada suara dia...

Sedih giler rasa... dah tu sebelum letak, dua kali dia cakap "Sayang ummi, sayang ummi..." lagi la rasa sedih... Adeh...

Memang pasni tak kan bagi dia balik kampung lama2 dah macam nih... huhu

Eh, dah kul 5.30... ok la, nak siap2 & balik dah... tataaaa...

**Alhamdulillah, Summayyah dah dapat tempat kat taska bawah office saya ni... Start new year ni dia akan pindah ke sini...

**senang sikit hati, dua2 anak dok dekat... boleh la Faris tolong tengok2kan adik dia... lega....




Anak2 permata hati... ^_^

~ WW ~

Friday, December 9, 2011

Gerhana Bulan Penuh - 10 Disember 2011

As-salam...

Salam Hari Jumaat...

Entri hari ni saya nak kongsi info pasal gerhana bulan penuh yang akan berlaku esok. Ni adalah gerhana terakhir bagi tahun ini. Kalau kita terlepas, lagi 3 tahun baru dapat tengok lagi... So, esok ramai2 la kita teropong bulan ye... hehe

Kat bawah ni ada sedikit info pasal gerhana bulan yang akan berlaku esok. Saya C&P dari sumber ini.

---------------------------------------------------------------------

Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.


Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):


Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37

Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11

Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29

Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36

End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45

Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04

Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30


Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.

Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.


Oleh itu jangan lepaskan peluang menyaksikan KESELURUHAN fasa Gerhana Bulan Penuh malam esok.

Selamat Mencerap Gerhana!
--------------------------------------------------------------------------------












Wednesday, November 30, 2011

~ Wordless Wednesday ~

**Rindu nak tengok dua beradik ni main sama2 & bergelak ketawa... huhu


Tuesday, November 29, 2011

Tuesday blues....

As-salam...

Hari ni badan rasa lemau je...

Dah tu, dari pagi ke petang dok ngadap komputer ni... Naik berpinau mata nih...

Pagi sibuk dengan tugas rasmi... Petang sibuk dengan tugas tak rasmi... hehe

Rasa nak termun*** pun ada dok tengok tulisan2 nih...

Pulak tu tengah hari tadi minum teh ais, memang cari nahas... Angin satu badan la jawabnya....

Tapi gatal jugak nak update blog... hehe

Saja, hilangkan kekusutan fikiran nih.... Rasa tensyen, geram, sedih dan semua2 la... bercampur baur perasaan...

Dan yang paling2 sekali, rasa rindu sangat kat Faris yang tengah berseronok kat kampung dengan sepupu-sepupunya... Dah lama dia request nak balik kampung... Memandangkan sekarang cuti sekolah dan sepupu2 dia nak balik kampung, tumpang la sekali...

Semalam dia balik kampung dengan mak long dia... Masa nak bertolak tu siap lambai2 sambil senyum lagi...

Call dia malam semalam, rasa cam nak nangis je bila dengar suara dia... (bukan rasa dah, memang nangis pun masa tu... huhu)

Lagi sedih bila teringat dia pesan "Nanti ummi jangan nangis tau...". Terkejut juga saya masa dengar dia cakap camtu... Masa  tu saya cakap kat dia "Nanti Faris balik kampung. Ummi, abah & adik tak ikut tau... Faris balik dengan mak (mak long) je.." Lepas saya cakap tu la dia angguk sambil pesan camtu... 

Anak oh anak...

Summayyah pun diam je semalam... Mungkin dia pun rasa cam sunyi je... Tak ada kawan nak main dengan dia... Malam tadi pun tak berapa nak lena si kecil tu tido... Asyik terjaga & nangis je... Mungkin teringat kat abang dia... :(

Memang semalam sunyi sangat... Tak ada orang nak gaduh ngan saya, tak ada 'pembantu kecil' nak mintak tolong...

Cepat la masa berlalu...

Ok la, stop sini dulu... Kang meleret2 pulak saya bebel... hehe

Till then, daaaaa........

*rindu sama ini budak*

Thursday, November 24, 2011

Dah bersawang....

As-salam...

Dah lama blog ni tak berupdate...

Tak dak mood nak menaip... Just baca entri kat blog orang je... Herm...

Pejam celik pejam celik dah nak masuk hujung tahun... And next year Faris akan masuk tadika... Cepat je masa berlalu... Rasa macam baru je hantar Faris ke taska kat office ni... Alih2 dah nak masuk tadika lak...

So, tahun depan Faris akan start belajar la... Eksited pulak rasa... hehe. Paling tak sabar nak beli uniform tadika untuk dia... Selama ni dok pakai baju biasa je, nanti kena pakai uniform... Tak sabarnya nak tengok dia pakai uniform... hehe

Hari tu dah isi borang & pergi ambil gambar Faris (gambar pasport). Tapi Faris pergi dengan abah dia je... Saya tak ikut. Abah dia cakap, punya la susah nak ambil gambar dia...

Dia tak nak duduk atas kerusi kat situ. Jenuh pujuk... Last2 terpaksa la si abah yang amik gambar si Faris ni. Jadi bidan terjun jap... Baru la dia nak duduk & ambil gambar. Tu pun tak senyum... Sabo je la...

Tengok, bukan nak senyum... Buat muka kelat dia... huhu

Jadi la daripada tak ada langsung gambar dia... hehe.

Erm, tu je la kot nak cerita... Sekarang tengah sibuk dok survey2 taska yang dekat ngan rumah. Mungkin nak pindahkan little princess tu.

Tak pun kena tunggu dia dah boleh berjalan, dapat la hantar dia kat taska sekali dengan abang dia...

Dah banyak kali tanya taska kat bawah opis ni (taska Faris), tapi asyik la tak ada tempat lagi utk baby... Hari tu cakap hujung tahun ada kosong, tapi bila dah hujung tahun cakap tak nak ambil baby dah pulak... Herm...

Ok la, sebelum stop nak tempek gambar budak dua orang ni... Kalau hari cuti bukan main lagi seronok dok main & sepahkan rumah...




Tengok si adik kat belakang tu, asyik nak masuk mulut je semua barang... herm...


Till then, daaaaaaaa

Wednesday, November 16, 2011

WW again....

Like mother like son???
**ekceli masa ni tak sedar langsung Faris ada kat belakang sebab masa mula2 nak ambil gambar tu dia dok lari sana sini... hehe

** dah 4 hari si kecik Summayyah demam... huhu....

Friday, November 11, 2011

Nak jugak...

As-salam...

Hehe... saja je nak amik tarikh yang cantik hari ni... 11.11.11

Bukan senang ni... Mau kena tunggu lak tahun 2111 nak cari tarikh cun camni... Tu pun dah dalam kubur kot masa tu... hehe

Ok la, tu je tujuan update hari ni...

Selamat berhujung minggu semua... Daaaaaa

Wednesday, November 2, 2011

~~ WW ~~

My condition rite now...

Monday, October 31, 2011

Wanita dan cermin tak dapat dipisahkan???

As-salam...

Hari ni nak borak2 santai la rasanya...

Pasal isu cermin... Ha, betul ke orang cakap yang wanita ni tak dapat dipisahkan dari cermin...

Asal jumpa cermin je mula la nak belek muka la, tudung la, rambut la... itu la, ini la...



Herm, mungkin jugak kot... Bagi saya la...

Sebab kan, saya ni asal ja jumpak cermin mula la nak belek muka...

Masuk toilet of coz la kan belek muka kat cermin dulu sebelum keluar dari toilet... hehe

Pastu lak, dekat office saya ni dalam setiap lif ada la cermin besar & panjang... Jadinya boleh la nampak diri kita dari atas sampai ke bawah...

So, bila naik lif kalau tak ada orang mula la belek lagi muka, kadang2 tu tudung... Senget ke, ok ke... hahaha

Kalau la kat belakang cermin tu ada cctv ke, sure orang gelak mengekek je tengok saya ni dok membelek muka... :)

Bak kata orang utara "Bajet lawa la tu..." hehe...

Ntah la, sehari tak tengok cermin memang tak sah la rasanya... Macam tak lengkap je hidup ni... Cewahhhhh....



 "Mirror, mirror on the wall ... Who is the most beautiful of all?" 
(dah macam cerita Snow white lak... haha)

Jawapannya...
Of coz la salwa... hahaha... Sila abaikan statement keperasanan saya ni...

Ok la, dah merepek merapu meraban dah... asal nak cerita pasal cermin, dah terperasan sendiri lak... huhu

Till then, daaaa.....

Friday, October 28, 2011

Wordless Friday... Boleh???

Wednesday, October 19, 2011

(^_^)

As-salam...

Erm, asalnya nak update kat blog satu lagi, tapi nampaknya kena update kat sini dulu buat sementara waktu...

Sebabnya, ada kengkawan yang lagi suka singgah sini sebab katanya senang nak cari kat google blog ni (zon larangan cemburu buta) berbanding blog yang lagi satu...

Ni kes member2 yang tak ada blog... hehe

Tak pa la, janji diaorang rajin jengah sudah...

Dah lama rasa tak cerita pasal budak dua orang tu kan...

Rasanya last entri, masa tu Summayyah baru pandai meniarap... Masa tu pun umur dia baru 3 bulan...

Now, dia dah 8 bulan pun... Dah boleh merangkak, duduk & berdiri dengan bantuan sofa or dinding... hehe

Manakala si abang lak semakin banyak akal & banyak mulut... Selagi tak tido pot pet pot pet... Kadang2 tu nyanyi la... 

Penat la jugak melayan karenah dua beradik nih... Tapi tetap enjoy... ^_^

Anak2 permata hati yang tak ternilai...

Ok la, panjang lak bebel kan... Tak tau nak cerita apa sebenarnya... Tu yang macam2 keluar... Patutnya entri hari ni kena WW... hehe

Sebelum stop, saja nak jamu mata kengkawan dengan gambar dua beradik nih... Ada yang gambar masa raya ritu & yang terkini...

 Awww, cekcinya...

 Suka betul wat rambut pacak sekarang ni... Tiru budak2 kat taska la tu... herm...


Gambar2 kat bawah ni pulak masa raya kat kampung ritu....



Takut2 nak pegang kucing sebab sebelum tu tangan dia dah kena cakar dek kucing nih... hehe

Dengan sepupunya


Ok la, tu je nak tayang... hehe. Ada banyak gambar sebenarnya yang nak ditempek, tapi nanti2 la... hehe... Ni pendahuluan sebagai pengubat rindu aunty2... eceh, ada ke yang rindu ngan budak duaorang ni??? hehe

Till then, salam.....

Friday, October 7, 2011

Kembali bersiaran....

As-salam...

Setelah menyepi sekejap, dan berfikir berkali-kali, akhirnya saya buat keputusan nak join semula dunia blog. So, niat nak bersara awal dari dunia blog tak jadi lak...

Tapi, saya akan mula membebel di blog saya yang baru iaitu blog ini (Rahsia Hati... Biarlah Rahsia) . Kalau rajin follow la blog baru saya ni ye... hehe

Dan blog ini (Zon Larangan Cemburu Buta) akan di'private'kan semula.

Harap2 kawan2 sudi la berkunjung ke blog baru saya nanti... Tapi mungkin blog tu akan jarang berupdate sebab saya sedikit sibuk sekarang ni...

Ok la, till then... Daaaaaa

** Jumpa lagi di lain siaran di blog yang baru... hehe....

Thursday, September 22, 2011

Tahniah...

As-salam...

Kira ni special entry... Walaupun saya kata dah nak tutup blog nih, masih jugak nak up entri...

Entri ni khas utk ucap tahniah buat Rose atas kelahiran baby gurl dia yang comel tu...

Tahniah buat Rose sekeluarga...  Dah dapat sepasang jugak anak... hehe

Dan ini la baby gurl nya... Comel....

Tetiba je teringat masa bersalin dulu...


**Rose, sorry lupa nak mintak izin tadi nak copy & letak lam entri ni gambar baby... hehe

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri....

As-salam...

Hehe, apa kes kan... kata nak tutup blog, alih2 ada gak muncul entri...

Ekceli blog ni tak la dihapuskan terus... Saya private kan blog nih...

Entri ni muncul pun sebab nak ucapkan :


Maaf atas segala kekhilafan sepanjang saya berblogging...

Kepada yang akan pulang ke kampung halaman, berhati-hati sentiasa teruatama sekali yang memandu... Semoga selamat tiba ke destinasi yang dituju...


Akhir kata, sekali lagi saya memohon maaf zahir & batin...


Tuesday, August 2, 2011

Selamat tinggal....

As-salam....

Setelah sekian lama berfikir dan membuat pertimbangan, maka hari ni saya dah tekad membuat keputusan...

Dan setelah difikirkan semasak-masaknya, saya dengan rasminya (cewahhhh) mengumumkan penarikan diri dari dunia blog... (ngada2 nak wat pengumuman rasmi lak... hehe)

Mungkin ini entri yang terakhir untuk blog ini...

Memang rasa sayang nak tutup blog nih... Tapi bila difikirkan dari segala sudut dan disebabkan beberapa perkara yang mendesak, saya terpaksa amik keputusan ini...

So, selepas ni Zon ini akan menyepi dari alam blogger...

Dikesempatan ini saya nak minta maaf kepada semua yang pernah berkunjung ke laman saya ini andai ada penulisan saya yang mengguris hati atau menyentuh perasaan anda tanpa saya sedari.

Kadang-kadang apa yang saya taip bukan dari hati, tapi dari emosi... Dan kadang2 saya meluahkan rasa dulu baru berfikir... Maafkan segala keterlanjuran saya sepanjang penglibatan dalam dunia blog.

Andai saya pernah beri komen yang mengguris hati atau menyentuh rasa tanpa saya sedari, saya minta maaf banyak2 ye...

Saya pun manusia biasa... Kadang-kadang ada buat silap...

Kepada kengkawan blogger, teruskan perjuangan anda dalam dunia blog okeyh... Semoga sukses selalu...

Terima kasih juga kepada semua yang rajin singgah & beri komen... Nak senarai satu2 takut ada yang tertinggal pulak. So, buat ucapan kepada semua terus la...

And specially thanks for Mek Rose atas panduan & nasihat tentang penyusuan secara eksklusif. Alhamudlillah, hingga saat ini Summayyah masih menyusu susu ibu sepenuhnya...

InsyaAllah, akan dijadikan panduan andai ada rezeki menimang cahayamata lagi selepas ini..

Ok la, tu je kot nak taip. Dah panjang lebar sangat...

InsyaAllah, kalau terbuka hati untuk berblog lagi satu hari nanti saya akan muncul semula. Mungkin dengan blog yang baru... Blog ini biarlah menjadi satu memori...

Sebelum stop, sekali lagi saya minta maaf andai ada sebarang kekhilafan sepanjang saya meluahkan rasa di blog ini...

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua... Nak ucap 'SELAMAT HARI RAYA' awal2 boleh tak??? hehe

Ok la.... Assalamu'alaikum....

**tiba2 rasa sedih lak... sob sob... (ngada2.... eh, tak lah... memang saya sedih nih...)

**lepas ni jadik silent reader je la kot... kalau leh leave comment saya leave la... :)

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan...

As-salam...

Just nak ucap, selamat menjalani ibadah puasa buat semua yang beragama Islam. Semoga Ibadah puasa kita pada tahun ini diterima oleh Allah... Dan semoga kita sama-sama dapat memperbaiki ibadah tahun ni... Amin...


**hari ni masih busy... tapi amik masa jap jengah ke sini. Masih tak dapat nak jengah blog kengkawan. Maaf ya...

**Semoga 1 Ramadhan ni dapat menenangkan sedikit diri yang tengah stress ni... Istighfar banyak2... Set dalam fikiran ... "Lillahita'ala....". Hanya DIA lebih mengetahui segalanya...

Thursday, July 28, 2011

Hurm....


sangat2 sibuk sekarang nih... Ada kerja yang nak kena siapkan sebelum petang esok. Kalau tak, kena datang sabtu & ahad nih... huhu....


**sempat lagi jengah sini.. hilangkan stress jap... hehe... Sorry, tak dapat nak jengah umah kengkawan hari ni & esok... So sorry...

Monday, July 25, 2011

Tukang urut oh tukang urut...

As-salam...

Just nak tanya... Kepada sesiapa yang dok area Putrajaya, Bangi, Kajang & sewaktu dengannya. Kat mana boleh dapat tukang urut. 


Nak tunggu balik kampung lambat lagi lak... Cuti 2 hari yg lepas tak sempat nak pi cari tukang urut...

Ok, tu je nak tanya... hehe. TQ in advance...

Friday, July 22, 2011

Macam nangka busuk daaaaa....

As-salam...

Kisah petang semalam...

Macam biasa, kuar office dalam kul 5.45 petang semalam. Ada kerja sket...

Pastu terus la zasss ke taska Faris untuk ambil dia... Nak keluar pintu taska tu saya pegang siap2 tangan Faris.

Sebab dah tau dah, kalau tak pegang sure dia akan lari menuju ke jalan raya...

Masa tengah jalan nak ke kereta (abah dah tunggu kat tepi jalan), si Faris ni dok meronta2 mintak dilepaskan tangan...

Saya tak lepaskan. Pastu dia cakap "Ummi, berhenti kat sini. Nak duduk". Saya pun berhenti la jap sambil dok ngomel cakap abah dah tunggu. Terus dia tarik tangan dia kononnya nak betulkan beg yang dia galas.

Tanpa di sangka terus dia lari meluru ke arah laluan kereta keluar dari parking. Saya apa lagi, terus la kejar dia...

Dengan tiba2 je saya rasa cam melayang. Sedar2 je dah jatuh terlentang atas koridor depan taska Faris tu...



Pastu terdengar ada sorang pegawai perempuan ni terjerit "Ya Allah...". Terus dia meluru ke arah saya...

Saya masa tu rasa sakit sangat + malu giler... Dah la ada cctv kat situ... hahahaha. Tapi rasa sakit mengatasi rasa malu la...

Terus dia tanya "Puan ok ke???". Saya angguk je la. Padahal masa tu rasa sakit yang amat. Rasa cam takleh nak bangun je... Dan rasa sakit teramat kat bahagian peranakan tu.

Ye la, masa jatuh tu cam terhempas je, alhamdulillah tak kena kepala. Saya sempat tahan dengan lengan. Pastu m*ntot yang jatuh dulu...



Pastu dia tolong saya bangun. Saya slow jalan ke arah Faris. Faris masa tu dok diam je kat tepi taska. Maybe dia pun terkejut kot tengok ummi dia jatuh camtu...

Pegang balik tangan Faris slow2 jalan ke kereta. Mula2 memang ingat nak suruh si abah datang amik saya, tapi cam malas lak nak nyusahkan dia... So, jalan je la ke kereta.

Faris lak nampak je abah dia terus dia melakonkan semula aksi saya jatuh tu..... Nak tergelak pun ada, sabo je la budak nih...

Masuk lam keta saya diam je, dok menahan rasa sakit... Tapi dok mengerang jugak la slow2. Si abah tak perasan lagi mula2 tu. Dah lama sket baru dia terdengar kot saya dok mengaduh sakit...

Dia tanya kenapa. Terus la cerita... Sambil cerita sambil menangis... hehe. Saya ni kalau betul2 sakit saya nangis je, takdak dah nak kontrol2 nih... hehe

So, malam tadi mintak tolong abah sapukan minyak la. Nak urut dia cakap bukan urat, tulang yang sakit...

Memang seksa sket la nak tido malam tadi... Nak mengiring menyusukan si kecik tu pun kena slow2... Alhamdulillah, pagi ni dah ok sket...

Cuma kan, pinggang saya ni rasa sakit sket la. Tulang belakang pun rasa sakit jugak. Patut ke pergi check kat klinik. Tapi cam malas je, rasa nak ignore je rasa sakit tu...

Dan pagi ni saya pakai slipar je ke office. Serik dik non oii nak pakai kasut bertumit cam semalam... huhu. Pasni nak kena pi cari kasut sarung yang tapaknya getah la... hehe

Dalam dok sakit tangan tu sempat lagi la buat entry yang panjang berjela nih.. hehe

Ok la, tu je kisahnya... sekian, terima kasih... hehe

Thursday, July 21, 2011

.... (^_^) ....

Alhamdulillah... Dah selesai pun ceramah agama pagi tadi... hehe

Banyak ilmu yang dapat... Banyak jugak nasihat dan panduan...

Ada beberapa yang terkesan dihati yang saya nak share kat sini ngan kenngkawan semua...

Kata ustaz tadi, ramai yang cari kebahagiaan... Dan kebahagiaan itu kita akan perolehi melalui hati yang tenang...

Betul tu, kalau semuanya kita ada tapi hati tak tenang camna nak bahagia kan...

Dan kata ustaz lagi, hati yang tenang akan kita dapat bila kita dekat dengan Allah...

Pastu paling terkesan sekali bila Ustaz tu kata mana la tahu Ramadhan ni Ramadhan yang terakhir bagi kita...

Terus la teringat kat anak2...hehe. Sempat lagi tu... Dan terus jugak la teringat, amalan diri yang tak seberapa nih... Makanya, harus lah bersungguh2 Ramadhan kali ni... Mana tau kan...

Tapi mudah2an dipanjangkan umur dalam iman la hendaknya...
Macam2 lagi la yang terkesan jugak la... Ada jugak yang menyebabkan saya hampir menitiskan air mata... Entah la, sayu la jugak... Insaf di situ... hehe

Harap2nya jagan la insaf sekejap je... Biar la berpanjangan... Amin...

Oh ya, mungkin kalau sebut nama orang tak berapa nak kenal kot ustaz ni... Kalau tunjuk muka dia mesti akan ada yang cakap "Oo, ustaz ni...". Sebab saya sendiri pun cam bila baca je nama dia terus terdetik "Cam pernah dengar je nama ni...."

Bila ingat2 balik, baru la perasan yang Ustaz ni selalu muncul kat kaca TV tu... Salah seorang mursyid Imam Muda musim pertama...

Selalu gak muncul dalam rancangan Tanyalah Ustaz kat TV9 tu... Kat Tv3 pun selalu gak... Pendek kata pemes la jugak ustaz nih... hehe


Ustaz Syed tu yang kanan sekali....

Ok la, tu je nak coret2 petang nih... Diam tak diam lagi 11 hari je kita nak berpuasa...

Oh ya, bak kata ustaz tadi jangan sebut bulan puasa, sebut la bulan Ramadhan...

Till then, as-salam....

Jom....

As-salam...

Pagi ni tak ada kat tempat sebab saya pergi ke :


Jom kawan2... hehe

Daaaaaaa....


Wednesday, July 20, 2011

Serba salah...

Bagi salah, tak bagi pun salah... Adeh...


Tetiba teringat lagu senario
"Berkata salah tak kata pun salah... buat aku menyampah..."

Bukan la... Ni tiger...

Semenjak dah boleh cakap ni kan, macam2 la yang di 'pot pet' kan oleh Faris... Kadang2 tu nak tergelak pun ada...

Contohnya last week... Lepas beli barang-barang rumah, saya pun nak la simpan barang2 tu. Lepas dah simpan semua barang2 dalam kabinet saya amik la satu biskut ni.

Bukak plastiknya & amik la balang nak simpan. Masa tu Faris dok sebelah saya.

Faris : Ummi, ni apa?? (sambil tunjuk ke arah plastik pembungkus biskut)

Saya: Ni biskut...

Faris : Bukan la... Ni tiger...

Saya : ?????...  Memang la ni biskut tiger...

Faris : Bukan, ni tiger...

Saya : Herm.... Ye la... (ha, dia lagi pandai lak dari kita...).

Adeh, sabo je la....


Friday, July 15, 2011

Ia datang lagi... Pureen Stock Clearance...

As-salam...

Just nak tempek ni ha, pasal warehouse sale nih... Dulu masa mengandungkan Summayyah, sempat la jugak memborang baju & barang baby... hehe. Berbaloi la jugak...

So, kepada mommy to be leh la pi kot2 ada barang yang berkenan.

Kena pi awal2 pagi tau, sebab orang tersangat la ramai... Belum buka pintu lagi, dah ramai yang dok tunggu masa nak serbu... hehe

So, saya tempek sket banner pasal sale nih...


Kalau rajin & sempat saya pi la... Kot2 jumpa, jangan segan2 tegur... (haha, bajet glemer la... kihkihkih)

** Herm... **

As-salam...

Dah lama tak update blog... Ntah malas lak rasa... hehe

Lagi pun tengah tak berapa nak sihat nih...

Semalam MC sebab demam + batuk + selsema... Hari ni masuk kerja, suara serak2 basah gitu... Nak bersembang dengan orang pun segan je...

Yang menggusarkan hati, hasil mengepam hari ni dua2 kali tak sampai 4oz.. Sedih tul... Mungkin ke sebab badan tak berapa nak sihat, makanya susu yang terhasil pun sikit???

Mula rasa risau, stok untuk bulan puasa pun tak banyak... huhu

Ok, lupakan sekejap pasal masalah tu...

Ingat nak le tempek gambar masa sambut birthday Faris last week... Sambut kami anak beranak je, berempat...

Tapi kan, ntah kat mana lak cable henpon nih menghilang, terus la terperam je dalam henpon gambar tu... Next2 time la kot...

Floria kat sini pun tak sempat lagi nak pi tengok... Minggu lepas balik kampung... Esok lak ada hari sukan taska Faris...

Ahad ni ada aktiviti lain lak... Harus lah cari masa jap nanti...

Ok la, bebel je kerjanya kan... Sebab tu malas nak update blog... Sebab kalau update pun kerja bebel je... Orang pun bosan nak baca... last2 diri sendiri yang baca...

Ok la, till then.... Daaaaa.... 

Wednesday, July 6, 2011

Ber'wordless wednesday' jugak???

As-salam....

Ramai yang ber'wordless wednesday' hari ni...

So, saya pun konon2 je la nak wat camtu gak... tapi cam payah je kan... ahaha

Just nak wat special entry to my beloved son... Coz today is his birthday...

Wishing him...


Hari ni genap la umur Faris 3 tahun...


Lilypie Third Birthday tickers


Moga sentiasa dilimpahi kesihatan dan murah rezeki...

Semoga Faris menjadi anak yang soleh, dengar cakap ummi ngan abah...

Rajin solat, rajin belajar & rajin beribadah....

Jadi anak yang boleh dibanggakan dan diharapkan...

Jadi abang long yang baik untuk adik...

Dan semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungimu di mana saja kamu berada...

Ummi & abah sayanggggg Faris...

Tuesday, July 5, 2011

Sembang-sembang kosong di petang hari...

As-salam...

Petang-petang baru nak update blog... Pagi2 tak dak mood... hehe

Tetiba teringat kisah pagi tadi masa on da way nak hantar bebudak tu ke taska, tu yang ada idea sket la nak menaip nih...

Pagi tadi, sementara nak sampai ke taska si adik tu, saya pun cam biasa nak la bagi 'bekal' kat si kecik tu...

Bagi minum, jap je... pastu tak mau dah... Saya suh minum lagi... Dia pun minum la, tapi sekejap je...

Dan dia pun cam tak berapa eksited nak minum... Cam terpaksa je gayanya... hehe

Dengan tiba2 je, terus dia gigit pastu tarik... Adeh, saya apa lagi... terjerit la... Haish, dah pandi menggigit lak... Ni yang seriau nih...

Terus saya cakap "Ha, kalau gigit lagi nanti ummi tak bagi dah..."... Selamber je wat muka tak bersalah... hehe (ntah dia paham ke tak saya marahkan dia...)

Macam-macam hal lak... Faris lak bila saya terjerit tu dia tanya la... 'Kenapa ummi? Adik gigit ha??' Saya angguk je la... Terus dia cakap kat adik dia "Adik, kenapa gigit ummi?" hehe, rasa kelakar lak...

Kadang2 tu baik pulak ngan adik dia... Bila saya buat2 cam marah adik dia sebab menggigit tu, leh pulak dia cakapa "Ummi, jangan marah adik..."

Dah pandai back-up adik lak sekarang ni... hehe

Tadi, masa dok tengok gambar2 lama (gambar Faris masa kecik2 dulu) terjumpa la satu gambar ni... Muka Faris masa kecik2 dulu sejibik cam Summayyah...

Cer korang tengok... sama tak???

Gambar ni diambil masa kami pi jalan2 kat Bukit Merah... Faris masa ni dalam 4 bulan lebih...
Ni gambar yang dalam entri saya sebelum ni... Summayyah, jugak umur 4 bulan ++
 
Ha, sama kan.... hehe
Ok la, tadi cam banyak je idea nak bercerita... Tetiba je dah hilang pulak...

So, harus lah stop kat sini je dulu... Kang merapau ntah apa2 lak nanti....

Till then, papaiiiiii.....