Tuesday, November 29, 2011

Tuesday blues....

As-salam...

Hari ni badan rasa lemau je...

Dah tu, dari pagi ke petang dok ngadap komputer ni... Naik berpinau mata nih...

Pagi sibuk dengan tugas rasmi... Petang sibuk dengan tugas tak rasmi... hehe

Rasa nak termun*** pun ada dok tengok tulisan2 nih...

Pulak tu tengah hari tadi minum teh ais, memang cari nahas... Angin satu badan la jawabnya....

Tapi gatal jugak nak update blog... hehe

Saja, hilangkan kekusutan fikiran nih.... Rasa tensyen, geram, sedih dan semua2 la... bercampur baur perasaan...

Dan yang paling2 sekali, rasa rindu sangat kat Faris yang tengah berseronok kat kampung dengan sepupu-sepupunya... Dah lama dia request nak balik kampung... Memandangkan sekarang cuti sekolah dan sepupu2 dia nak balik kampung, tumpang la sekali...

Semalam dia balik kampung dengan mak long dia... Masa nak bertolak tu siap lambai2 sambil senyum lagi...

Call dia malam semalam, rasa cam nak nangis je bila dengar suara dia... (bukan rasa dah, memang nangis pun masa tu... huhu)

Lagi sedih bila teringat dia pesan "Nanti ummi jangan nangis tau...". Terkejut juga saya masa dengar dia cakap camtu... Masa  tu saya cakap kat dia "Nanti Faris balik kampung. Ummi, abah & adik tak ikut tau... Faris balik dengan mak (mak long) je.." Lepas saya cakap tu la dia angguk sambil pesan camtu... 

Anak oh anak...

Summayyah pun diam je semalam... Mungkin dia pun rasa cam sunyi je... Tak ada kawan nak main dengan dia... Malam tadi pun tak berapa nak lena si kecil tu tido... Asyik terjaga & nangis je... Mungkin teringat kat abang dia... :(

Memang semalam sunyi sangat... Tak ada orang nak gaduh ngan saya, tak ada 'pembantu kecil' nak mintak tolong...

Cepat la masa berlalu...

Ok la, stop sini dulu... Kang meleret2 pulak saya bebel... hehe

Till then, daaaaa........

*rindu sama ini budak*

5 comments:

Ena said...

hehe..


sweet betul gambo faris tu.. makin chuby.. geram.. nak cubit pipi dier.. heheh..

alahai pandai nya faris cakap.. si adik pun sama dah rindu si abangnya..

syariza09 said...

ooo Faris x der ka...tp mmg la kan, kita dah biasa ank ada dpn mata, bila dia x dak rasa kehilangan jaa...pandai Faris pesan kt umi jgn nangis, mcm dia tau2 ja..

saya pon doakan cptla masa berlalu

syariza09 said...

ooo Faris x der ka...tp mmg la kan, kita dah biasa ank ada dpn mata, bila dia x dak rasa kehilangan jaa...pandai Faris pesan kt umi jgn nangis, mcm dia tau2 ja..

saya pon doakan cptla masa berlalu

Aku-Enot said...

Sabar Sal..Rindu serindu rindunya okek...Daa.....

axie said...

faris tgh sronok kat kampung tu..