Friday, February 22, 2013

Again???

As-salam...
Entry ekspress pagi nih...
Sebab ada pengacau kat opis nih... hehe
Dok berebut mouse ngan dia...

Petang semalam dalam pukul 6 lebih dapat mesej dari owner taska...
Dia maklumkan taska diarahkan tutup mulai hari ni (22 Feb) sampai Khamis minggu depan (28 Feb) kerana ada baby yang kena penyakit HFMD...
Adoi.... Seminggu tu kena tutup u tuk kerja pembersihan...

Tahun lepas si kecik ni dah kena...
Tapi kan, melalui pembacaan saya kat internet, walaupun dah pernah kena, kemungkinan untuk kena lagi tetap ada...
Apa dia HFMD? Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut...
Rasanya dah pernah buat entry pasal HFMD nih, tapi malas nak godek2 cari...

Pagi ni, angkut la si kecik ni mai office sebab nak amik EL, macam segan lak...
baru je 2 minggu lepas amik EL, sebab si kecik nih kena cirit birit...
So, hari ni angkut je la dia...
Next week maybe akan gilir2 ngan En. Suami amik cuti....
Erm... bila wabak ni dah menular ni rasanya nanti dari satu taska ke satu taska la alamatnya...

Tapi kan, jangan ingat kat taska je wabak ni leh merebak...
Kat rumah pengasuh pun tak mustahil...
Sebab Faris dulu first time kena masa dia dok kat rumah pengasuh la... (Faris pernah kena 2 kali penyakit ni...)
So, sebagai ibu bapa kita semua kena la alert tentang penyakit ni...
Walaupun kita hantar anak kita kat rumah pengasuh, kemungkinan anak kita akan dijangkiti tu tetap ada...

Ok la, got to go...
till then, daaaaa

Thursday, February 21, 2013

Kisah sambut birthday 2 kali...

As-salam...
Hari ni nak tempek2 je gambar birthday girl masa sambut birthday dia hari tu... hehe
Ekceli 2 kali si Sumaiyah ni sambut birthday...
Di kampung sekali - masa Maulidurrasul hari tu (birthday Sumaiyah dalam bulan Islam).
Pastu kat Putrajaya sekali msa birthday dia dalam tahun Masihi ritu (15 Februari 2013)...
Untung kamu nak oii, dapat potong kek 2 kali... :)

Kat kampung sambut kecik2 je... Ngan mak ayah saya + adik saya...

Ni la kek nya... Ummi tumpang sekali sebab birthday ummi dia kan dekat2 je masa tu... hehe

Seriusnya muka anak dara nih... Siap buat mulut moncong lagi ha... hehe



Kat Putrajaya lak kami sambut 4 beranak je...
Beli kek sebiji, pastu beli makanan sampingan sikit...

Kek red velvet... tempah kat member opis en. suami...

Faris memang minat tul ngan kek RV nih... Bangun pagi je, bukak freezer terus amik baki kek nih nak makan... Sambil makan sambil cakap "Emmm, sedap la kek ni ummi..." Sekali suap, sekali sebut...

Excited dua beradik ni nyanyi "Happy birthday to you" sambil tepuk tangan...

Sesi memotong kek... Si abang pun sibuk jugak...


Posing2 dengan kek...

Posing lagi...

Last but not least... cewahhhh....

gambar masa sambut birthday saya ritu... muehehe...

Ok, tu je la nak tempek dan celoteh2 jap hari ni...hehe


Till then, daaa.... As-salam...

Wednesday, February 20, 2013

WW : Kasih seorang abang...



Bila mood baik, siap tolong pakaikan baju untuk si adik... betapa sayangnya dia pada si adik... Ummi nak tolong pun tak bagi...

Tapi bila mood mengusik atau membuli, macam cat dengan dog dua beradik nih...

Sabo je la... hurm....

Tuesday, February 19, 2013

Perkongsian dari Aqsa Syarif - perbincangan dengan McD...

 Perkongsian yang saya C&P dari fb Aqsa Syarif...

*********************************

Atas permintaan ramai sahabat-sahabat maka saya mulakan perkongsian perbincangan dgn McD.

di pihak McD 3 officials dari bhgn human resource, dan Marketing.

di pihak Aqsa Syarif pula ialah pengerusi (Dr Hafidzi Mohd Noor), GM (kamarulzaman Shahrul Anwar), Mike Allen VPM (Viva Palestina Malaysia) dan PR eks Aiman Zin Kandar.

Pengerusi mulakan dgn background kpd pertemuan dan t.k kpd delegasi McD kerana sudi bertandang ke pej Aqsa Syarif

Perbincangan berlaku dalam English kerana sdr Mike lebih fasih berbahasa Inggreis (warga muslim Britain yg sudah menetap di Malaysia di Malaysia)

Mike started the ball rolling dgn meminta penjelasan hubungan McD Malaysia dgn McD Corp.

Rumusannya: McD Malaysia adalah dimiliki oleh Golden Archers Restaurant yg merupakan subsidiary kpd McD Corp. US. McD Malaysia membayar 5% dari turnover (sales) pd McD Corp US. McD Corp adalah policy maker dan juga menggariskan code of conduct. Jika McD Malaysia nak buka outlet baru mereka akan submit application pd McD corp US. Even McD corp akan provide financial assistance utk buka outlet baru.

Point penting - McD Malaysia is linked to McD corp financially and even pay royalties as well as benefited from McD Corp US. jadi argument yg mengatakan McD Malaysia hanya membayar cukai pd kerajaan is misleading.

seterusnya delegasi McD refute dakwaan yg mengatakan CEO McD contibuted to JUF (Jewish United Fund) yg berada at the forefront in aiding Israel. Mereka kata itu CEO 10 tahun dulu. bukan CEO sekarang.

Point penting - Mereka tak nafikan Jack Greenberg (check nama CEO dlm google) contribute to JUF, tapi he did that in his personal capacity?? To which Mike shot back macam mana Greenberg contribute on his personal capacity using McD as a source of the funds. Dan saya ada sebut McD terima award from Israeli govt for helping israel's economy. Ana juga refute McD top management is no longer related to Israel because one of the board of directors (mungkin CEO yg sekarang-he's black American) dpt prestigious award dari muzuem of holocaust for outstanding contributions to keep the important chapter in the jewish history alive in the minds of the jewish people

Seterusnya tentang senarai boycott dalam Inminds. Kami tegaskan pd mereka. jika inminds say untrue things abt McD kenapa tdk sekalipun inminds kena sue dgn McD. Mike tambah ada kes di UK one person campaigning against McD (isu lain-bukan boikot Israel) McD sue that person in court. jadi sepatutnya Inminds dah lama kena saman-tetapi tdk sekalipun. wal hal sueing and counter sueing is the norm in the west. to this mereka tdk ada jawapan

point seterusnya- mereka kata kenapa boikot McD sebab kita tlg bumiputera. McD sedia pekerjaan 80% melayu/islam. Mereka kata McD tempat mereka cari rezeki-McD is like their home. yg ini saya jawab sasaran boikot bukan pekerja McD. We are not against you. there's nothing personal about boycott McD. we are not against your livelihood. we are against McD supporting Israel. and remember that boycott is still relevant regardless of who works at McD. it is not like majority of McD workers are melayu muslim than we should not boycott. if let say that majority of McD workers are non malay/non muslim than it is ok to boycott? Israel is waging war against humanity. Israel is not against Islam in particular, Israel is targeting the whole of humanity. when they kill children and they attack schools they are not targeting muslims per se-they are targeting the whole of mankind. so we do not buy the argument that since the workers are muslims than we should reconsider our boycott campaign. to us it does not matter who works at McD. McD Malaysia is as guilty as McD corp US and we should not make any distinctions between the 2 entities. they are one and the same.


kemudian mereka tanya kenapa tak boycott syarikat US yg lain. maka kami jawab kita bukan boycott US companies, bahkan kita bukan boycott syatikat yahudi. kita boycott syarikat yg membantu kewangan Israel. kami tak peduli, kalaupun syarikat itu milik umat Islam, jika dia tolong Israel maka syatikat itu akan jadi sasaran boycott juga sama macam McD. Jadi jgn salah faham-boycott McD bukan sebab dia syarikat USA.

... ok bersambung insyaAllah

Friday, February 15, 2013

Happy birthday....

As-salam...
Hari ni genap la umur puteri kecilku 2 tahun...
Cepatnya rasa masa berlalu...
Tup tup dah 2 tahun ye umur kamu wahai anak....

Semoga kamu membesar menjadi anak yang solehah dan insan yang berjaya di dunia dan akhirat... Amin...

Masa baru lahir dulu... 2 tahun yang lepas...

Sekarang dah pun besar... mulut pot pet pot pet.... hehe




Sayang kamu.... muahssss....

Thursday, February 14, 2013

Lemau...

As-salam...
Lemau je rasa lepas cuti panjang 4 hari nih...
Dah tu sakit2 satu badan & mengantuk je rasa... huhu


Perubahan hormon agaknya... hehe
Ye la, saya baru je tukar 'perancang' yang lain...
Maybe tengah nak sesuaikan dengan hormon badan nih kot... herm...

Banyak benda nak cerita, nak tempek2 gambar...
Tapi tu la, mood nak update blog tu masih kat laut...
Tak jumpa2 lagi daratannya... hehe

Ok la, tu je nak bebelkan hari ni...
Till then, daaaaa...

**Cerita pasal Lost worl pun masih tertangguh... M betul rasa.... hehe

Friday, February 8, 2013

Cinta Kasih

As-salam...
dah lama tak letak lirik lagu dalam blog nih...
So, hari ni nak le letak... hehe

Mula minat lagu ni masa mula2 tengok promo rancangan Kembara Tabung Haji Travel bersama Ustaz Don...
Lepas tengok promo & dengar lagu ni terus jatuh chenta ngan lagu nih...
Kalau nak tengok videonya leh la cari dalam you tube ye... hehe

Ok la, selamat menghayati lagu nih...
**sangat terkesan di jiwa lirik lagu nih... leh nangis sorang2...

***********

Seandainya diri ku
Bersedia dan mampu
Yang ada dalam kasih Mu
Yang ada dalam cinta Mu
Ya Ilahi


Hanya engkaulah Pemilik serata alam
Engkau tempat ku bermohon
Engkau tempat ku berlindung
Ya Ilahi


Ya Rahman , Ya Rahim
Engkaulah kekasih di jiwa
Engkaulah yang amat ku cinta
Walau lama mana usia


Ya Rahman , Ya Rahim
Jangan asingkan kasih cinta Mu
Dari dunia hingga keakhirnya
Nadi ku terhenti


Sesunggunya diri ku
Hamba yang tiada punya apa
Kasihilah aku Cintailah aku
Dan berikanlah hidayah Mu
Ya Ilahi

*****************

Lagu : AZHARY AHMAD
Lirik : AUCU ( Luncai Emas Publishing Sdn . Bhd )
Artis : AZHARY AHMAD

Wednesday, February 6, 2013

Matahari Sudah Terbit Dari Barat di Marikh. Di Bumi?..makin dekat...

As-salam...
Dalam tak ada mood nak meng'update' blog, tetiba datang lak mood...
Saja nak berkongsi info...
Mungkin ada yang dah tahu pun kan...
Sebab peristiwa ni dikatakan berlaku pada tahun 2003/2004...

Hari Isnin lepas, macam biasa kul 9.30 malam terpacak la depan tv... Nak nengok Ustaz yang makin disebut2...

Tak lain tak bukan Ustaz Don... Dan rancangan kat TV AlHijrah malam tu, 30 minit Ustaz Don... Malam tu Ustaz Don cerita pasal Solat Gerhana (Bulan & Matahari)... So, ada la Ustaz tercerita pasal peristiwa 'retrograde motion' yang berlaku pada planet Marikh... yang mana matahari telah terbit dari barat.

Macam yang kita semua tahu, salah satu tanda berlakunya kiamat ialah matahari akan terbit dari barat... So, perkara ni telah berlaku kepada planet Marikh (planet yang berjiran dengan bumi)... So, next maybe akan berlaku pula kepada planet bumi... Bila??? Wallahu'alam.... Hanya Allah yang Maha Mengetahui...

Takut rasa mendengarnya... Dah cukup ke amalan?? Tepuk dada tanya iman...

Ok la, kat sini saya nak share sedikit info pasal peristiwa ni... Kalau nak tau lebih lanjut boleh la cari kat gugel yeh... hehe

***************

Planet Marikh telah mengalami peristiwa retrograde, di mana peristiwa tersebut adalah peristiwa berkurangnya kecepatan planet sehingga menyebabkan perpindahan terbitnya matahari dari sebelah timur menjadi di sebelah barat.
Maklumat dari NASA tentang Planet Marikh seperti berikut :


MERM (MARS Exploration Rover Mission) -24th March 2004 The science of astronomy states that the speed of planet MARS has been decreasing in its course orbit toward the eastern direction in the few past weeks to the level we notice the "waver" between the east and the west, and on wednesday the 30th July 2004, expected the planet movement will stop going towards the eastern direction.


Then in the months of August and September 2004, MARS will changed its course in the opposite direction to the west - and that until the end of September 2004. which means the sun will rise now from the west on MARS! This Weird phenomenon of the opposite movement called "Retrograde Motion". Most astronomy scientist states that all the planets in the universe will go through the same once at least and our planet EARTH is one of them. Planet Earth will move in the opposite direction someday and the sun will rise from the West!!!


Dengan kejadian tersebut apakah kita tidak berfikir kalau bumi tempat kita menjalani hidup sehari-hari akan mengalami peristiwa yang sama di masa yang akan datang?

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Salah satu tanda akhir zaman (Kiamat), apabila sampai masanya... matahari terbit di sebelah barat. Pada masa ini, pintu taubat sudah tiada"

( Hadith : Muslim)

 
"Dari Hudzaifah bin Usaid Al-Ghifari ra, berkata : Rasulullah s.a.w. muncul di tengah-tengah kami pada saat kami saling ingat-mengingati. Rasulullah s.a.w. bertanya, “Apa yang sedang kamu ingat-ingatkan?” Sahabat menjawab, “Kami mengingatkan tentang hari kiamat.” Rasulullah s.a.w. bersabda, "Kiamat tidak akan terjadi sebelum engkau melihat 10 tandanya.” Kemudian Rasulullah s.a.w. menyebutkan : Dukhan (kabut asap), Dajjal, binatang (yang pandai berbicara), matahari terbit dari barat, turunnya Isa a.s, Ya’juj Ma’juj dan tiga gerhana, gerhana di timur, barat dan Jazirah Arab dan terakhir api yang keluar dari Yaman menghantar manusia ke Mahsyar."

( Hadis : Muslim)


Sesungguhnya Allah itu benar, Malaikat itu benar, Rasul itu benar, Al-Quran itu benar dan Hari Akhirat itu benar....sudahkah kita bersedia untuk menghadapinya?

Monday, February 4, 2013

Kesilapan wanita semasa menutup aurat