As-salam...
Sapa kat sini suka pakai inai? Sila angkat tangan...hehehe
Ingat lagi, dulu masa kecik2 selalu pakai inai... Especially time nak raya... Sanggup pergi umah nenek sorang ni untuk mintak daun inai sebab kalau guna inai dari pokok kat rumah dia memang merah cantik warnanya...
Bila dah besar jarang lak pakai inai... Tambah bila dan kerja...Last pakai inai masa kawen dulu... hehe
Baru2 ni ada la sorang member office kawen. Boleh dikatakan member rapat kat office ni. Tapi saya tak dapat pergi kenduri dia kat Terengganu nun sebab ada hal yang tak dapat dielakkan.
Member2 lain ada yang pergi. And balik dari kenduri masing2 tunjuk la jari yang berinai tu... Tetiba terus rasa teringin nak pakai inai...
So, balik kampung hujung tahun ritu, gigih la saya menumbuk daun inai guna lesung batu.. hehe. Niat di hati nak pakai 4 jari je. Dua jari kanan, dua jari kiri. Siap mintak izin dari En. Suami lagi... Dia pun bagi green light...
Pas settle tumbuk menumbuk ni, saja la nak cuba try test bagi anak dara kecik tu pakai... Sekali dia nangis bila saya letak daun inai yang dah lumat tu kat jari dia... huhu
See, menangis sakan... Tapi sempat jugak letak kat lima2 jari dia... tu pun sekejap je...
Ha, dia dah tido makanya ummi dia pun mula la beroperasi menempek inai di jari yang halus mulus tu... hehe
Nasib baik sopan je anak dara ni tido. Kalau tak, habis la sarung bantal tok dia... hehe
Tapi sebelah kanan memang comot habis sebab dia dok genggam jari dia...
Sebelah kiri pulak ok je....
Ni masa mula2 testing letak... Sekejap je, sebab dia nangis bila tengok daun inai melekat kat jari dia... Sekejap2 pun merah jugak la warnanya...
Ha, ni la hasilnya... Tapi see, comot momot jari sebelah kanan tu.. huhu
Cantik tak... cantik tak.... hehe
Sekian saje cerita pasal si kecik & inai... Last2 ummi dia jugak yang tak pakai inai tu sebab lupa, terus tido... huhu
Ok la, tataaaaaaaaaaa.......