Thursday, May 13, 2010

Tragedi di klinik....

Salam...

Dah pun petang... Jap gi time balik. Tengah tunggu hubby datang menjemput. So, sambil2 tu isi le masa terluang. Nak tunggu kat lobi cam malas je. Ye la, dari dok termenung atas sofa tu baik saya dok kat tempat saya ni. Dapat mengadap jap PC nih...

Ni saya nak cerita kejadian tengah hari tadi.

Waktu lunch tadi saya ke klinik sebab nak check tangan saya. Asyik bertangguh je saya ni. Dan saya terpaksa drive sendiri sebab tak nak susahkan hubby. Dia cakap dia sakit kepala. Hubby tanya "Boleh ke nak drive ni", saya pun jawab boleh je... ^_^

So, sambil drive tu sambil tahan sakit le.. hehe. Dan akibatnya, saya merana menahan sakit sekarang ni. Tapi gigih jugak menaip entri ni nak cerita pasal peristiwa yang berlaku tadi.

Sampai je kat klinik tu terus le pergi ke kaunter pendaftaran. Staf kat situ pun tanya la "Nak jumpa doktor ke?". Saya cakap le "Ye". Dia pun kata "Maaf la kak, yang tinggal ni last patient yang doktor akan check, sebab doktor nak keluar rehat. Dia tak rehat lagi". "Owh, ye ke... Tak pa la". Saya sedikit keciwa... "Sorry ye akak". "Tak pa, tak pa..."

Saya pun keluar la dari klinik tu dengan rasa keciwa. Ye la, penat je drive dengan tangan yg sakit, tapi tak dapat jumpa doktor. Ingat nak ke klinik lain lak, sekali tengok jam lagi 10 minit pukul 2. So, terpaksa la memecut balik ke office...

Masa saya sampai je kat kereta, saya pun tekan la remote kerta tu. Dua tiga kali saya cuba. Tak boleh2 jugak buka. Dalam hati 'Apasal pulak ni, bateri low ke'. Cuba lagi, tak boleh jugak.

Ntah camna saya terpandang tempat duduk penumpang yang kat depan tu. Ada sekeping CD apa ntah. 'Bila masa lak aku beli CD nih?' Sekali tengok nombor plate.... "Salah kereta daa. Patut la tak leh unlock alarm tu.

Dengan muka slumber saya wat2 la cari kereta saya... Adoi, malunya.... hehe

Moral : Lain kali tengok betul2 nombor plat ye kawan2... ^_^

Ok la, nak balik dah ni. Kali ni harus & mesti pergi klinik untuk check sebab memang kali ni sakit berdenyut. Pagi tadi macam dah kurang... herm...

Ok, daaaa....

3 comments:

dalila said...

cerita bab salah kete ni sy pun penah gak..siap masuk dlm kete lagik.. sekali tgk sebelah org lain da..hubby punyerla marah kt kete belakang.kete sibijik sama..dh la duk sebaris..

TUKANG KATA said...

moga cepat sembuh sakit kepala tu

:)

mamalieyna said...

hikhik..camtu pun leh terjadi ye..gara2 tgn yg sakitkah? :p