Friday, May 7, 2010

Sikap mencerminkan diri???

Salam...

Dah pun petang ye... sekejap je...

Leganya dah habis kursus... hehe. Walaupun sehari saya tinggal, banyak jugak yang saya ketinggalan. Especially good news from Ezzah... Congrats ya... Pasal soalan dia di akhir entrinya tu jawapan saya ialah mungkin lagi setahun dua kot... ngeh ngeh ngeh...

Ok la, saya nak share satu perkara yang berlaku masa kursus semalam. Sampaikan saya asyik terfikir perkara tu sepanjang saya memandu pulang ke rumah dari tempat kursus semalam...

Kepada kengkawan & jugak readers yang sudi membaca entri ini, sama2 la kita nilai kisah ini ye... hehe. (Cam berat je bunyinya).

Camni... Semalam masa sesi petang kursus tu, urusetia ada la announce yang semua peserta kena isi borang penilaian kursus dan kembalikan kepada urusetia di kaunter pendaftaran untuk mendapatkan slip pengesahan kehadiran ke kursus. So, sesiapa yang tak isi dan tak pulangkan form tu tak dapat la slip bukti yang dia menghadiri kursus tu.

Masa habis kursus tu semua orang berebut-rebut la nak hantar borang tu sebab masing2 nak balik cepat kan... Urusetia dah arahkan semua beratur. Ada yang beratur, ada yang tak. Pastu bertolak2. Memang sangat huru hara la.

Sampaikan ada sorang kakak tu kata "Macam ni ke sikap penjawat awam?". Betul kata akak tu. Saya rasa kalau budak2 sekolah dapat arahan untuk beratur pun diaorang akan ikut arahan...

Saya?? Mestilah saya beratur kan... hehe. Betul la, bukan nak tunjuk baik tau. Masa sampai turn saya untuk serahkan borang tu saya nampak la ada beberapa orang yang datang terus dari belakang urusetia untuk serah borang.

Urusetia tu siap cakap lagi "Kalau nak bagi borang, beratur kat depan macam orang lain. Kalau dari belakang saya tak layan". Tapi diaorang tu buat muka toya je. Tetap jugak nak berdiri kat belakang urusetia tu. Last2 urusetia tu amik jugak le. Dalam ramai2 tu saya nampak ada la sorang pompuan ni, memang buat muka dekk je, muka tak bersalah...

Saya macam malas nak amik port, lepas bagi borang saya pun blah le... Bukan apa, makin lambat makin mahal le parking saya nak kena bayar nanti. Terus saya berjalan ke tempat parkir.

Sampai kat tempat parkir, start enjin tunggu seminit dua terus gerak. Masa nak keluar tu ada la dalam 3 buah kereta depan saya tengah tunggu turn nak bayar parking. Ekceli akan ada 2 arah yang bertentangan untuk keluar tapi di penghujungnya akan bertemu jadi satu lorong sebab pondok nak bayar parking tu satu je.

Masa saya tengah que untu bayar tu, tak ada lagi kereta dari arah bertentangan. Pastu lebih kurang ada 3 buah kereta depan saya (saya kereta yang ke-4 la. A, B, C dan D - kereta saya), datang la sebuah hilux dari arah bertentangan. Lepas kereta A bayar, turn kereta B, so kereta C pun bergerak sket masuk lorong.

Saya masih kat tempat saya la, kekonon nak bagi laluan la kat hilux tu. Ye la, walaupun dia datang lambat tak salah kan selang-seli. Pastu datang pulak kereta wira belakang hilux tu. Mula2 saya buat macam tak kisah je la.

Pastu dah kereta C bergerak untuk bayar, then hilux tu pun ikut belakang kereta C, saya pun gerak la nak masuk line belakang hilux tu. Tapi kan kereta hitam tu terus je himpit rapat belakang hilux tu. Saya sabarrrr je la time tu.

Masa turn hilux tu bayar, memang kereta hitam tu terus masuk line, tak kasi chan kat saya. Saya just geleng kepala sambil dalam hati kata "Apa la orang ni, tak reti selang seli ke...". Sekali saya tengok drivernya, rupa2nya perempuan yang buat muka derkk tak bersalah yang tak beratur masa nak bagi borang tadi...

Saya tak terkata masa tu... Herm, camni ke sikap perempuan tu? Walaupun mungkin bagi dia benda ni remeh, tapi bagi saya inilah cermin bagi diri dia. Kalau yang remeh pun dia tak boleh bertolak ansur, apatah lagi yang lebih besar...

Ops, dah membebel panjang lak saya... Tapi serius, saya sangat sakit hati dengan orang jenis camni. Bagi saya orang camni tak tau 'budi bahasa' kat jalan raya... Macam dia sorang je nak cepat...

Kawan2 jangan tiru camni tau. Tak baik buat camtu. Kot iya pun nak cepat, at least angkat la tangan kat saya ke, saya sure bagi laluan punya. Tak pun senyum, tu pun dah memadai... Bak kata dalam iklan kat Era "bukan kena bayar pun"...

Ok la, sedikit leteran di petang hari sebagai penutup minggu ni... hehe. Sorry ya... Till then... Daaaa...

4 comments:

Ena said...

heheh.. same la kite dah abis kursus.. yeayyy!!

a'a la sal.. kalau akak pun sure geram gak kat pompuan tu.. Tu la susah kalau org tak der budi bahasa & pentingkan diri sendiri jekk.. mrmm.. akak pun drive gak lately.. tapi setakat nie baik akak and kereta2 yg ada time akak tu ok la.. tp ada 1 tu cam sal kene gak.. wakkk dekkkkk jekkk.. so akak pun cam sal gak selalu kasi laluan kat org.. heheh

Ezzah said...

ahahaha...salwa, itu cuma gempak! sila baca entry ezzah hingga abis. :)

Unknown said...

Kak Ena:

Hehe...

Erm, tu la kan. Tapi kadang2 tu memang sakit hati betul kan... herm...

Unknown said...

Ezzah:

Ye ke... kiter dah baca sampai habi tau... ada part yg ketinggalan ke???