Monday, May 3, 2010

LE+MAS

Salam...

Hari Isnin = hari blues sedunia. Tambah saya bercuti 4 hari lagi la le+mas. Bukan lemas dalam air ke apa, cuma le+mas tu singkatan untuk 'lemau' + 'malas'... hehe

Alhamdulillah, faris dah ok sket cuma mungkin tak akan dihantar ke taska selama sebulan ni. Sekarang faris dijaga oleh pengasuh yang saya import khas dari Kedah, eceh... hehe. Sapa lagi kalau bukan adik saya yang kedua tu, Ateh... Tapi biasanya kami adik beradik yang lain panggil Uteh kat dia.

Sementara nak tunggu tawaran sambung study, mintak tolong dia jagakan sekejap la si Faris tu. Faris pun bukan main lagi bila Uteh dia ada...

Kalau saya suruh dia panggil uteh dia, dia akan naik ke tingkat atas, pastu ketuk pintu bilik uteh dia sambil panggil "Puteh, puteh"... adeh, panggil puteh la pulak. Dah banyak kali saya betulkan "bukan putih, uteh." tapi dia still panggil "Puteh", suka betul dia sebut perkataan tu.

Tak pa la, janji nak dekat sama la sebutan tu... hehe

Oh ya, kepada kengkawan tu, saya baru sempat qado jenjalan sket2 ja. Dan tak sempat pun nak tinggalkan komen, banyak sangat entri yang saya ketinggalan. Jenuh jugak la kalau nak tinggal komen. Jadi mana yang sempat je la ye... hehe

Dah bercuti lama tu banyak la kerja menanti... Rasa macam tak cukup je cuti, sebab walaupun cuti tapi saya tetap sibuk. Kena take-over bisnes hubby semasa dia pergi berkursus. Sabtu & Ahad pun sibuk menolong hubby ngan kakak saya.

Ok la, nak celoteh panjang pun nanti merapu meraban lak. Satu badan rasa sengal2 ni. Till then, daaaaa....

6 comments:

Mek Rose said...

salam puan salwa
nnati bagi alamat ye.nak pos adiah..:-)

tq

mamaarifakeemaisy said...

samalah kita..lemau je ari ni! hukhuk..

Siti said...

haha...sama la ngan anak2 siti, kalaui ceksu dia ada kat rumah bukan main suka lagi..sonok kalaua dik dtg rumah, ringan sikit rasanya kerja nih. he3

Unknown said...

Rose:

okeyh, nanti kiter bagi alamat...

Unknown said...

mamalieyna

ya ka, agaknya hari ni hari lemau sedunia kot... hehe

Unknown said...

siti:

tu la, budak2 ni suka sangat la kalau ada orang yang melayan diaorang... hehe