Ku gembira sentiasa
Badan ku sihat dan kuat... hurray...
Biar panas atau sejuk
Ku bermain penuh minat... yeayyy
Bermain melompat sini sana
Scott's Emulsion membantu saya...
**********************************
Salam...
Ha, pernah tak dengar lagu ni??? Sering berkumandang di kaca televisyen setiap kali iklan Scott's Emulsion kan... Tapi ni lagu untuk iklan dulu2 la. Sekarang dah lagu lain...
Saya kan, setiap kali nak bagi si kecik tu makan scott's ni mesti nyanyi lagu kat atas tu. Si kecik tu bila je dengar saya nyanyi baris yang pertama 'Ku gembira sentiasa...' terus je bangun sambil berlari menuju ke dapur.
Pastu tunjuk ke atas para (kabinet) kat mana saya letak Scott's emulsion tu. Pastu siap dok bersila depan saya dengan penuh sabar menanti saya bagi 'ubat' kegemaran dia ni. hehe
Tak pun kalau saya tanya dia "Faris, nak makan tak 'ku gembira'??", sama jugak cam kat atas, terus je lari menuju ke dapur...
Sampai kadang2 kalau susah sangat nak bagi makan ubat, abah dia akan cakap "Siapa nak makan 'ku gembira?", baru boleh bagi ubat. Tu pun dia akan luah balik sebab rasa lain... hehe.
Tapi kan, macam dah salah ajaran lak. Sepatutnya kena ajar anak sebut nama benda tu dengan betul. Tapi tak pa la, dia masih dalam proses pembelajaran. hehe
Selalunya saya bagi guna picagari je, senang sikit. Memang tak cukup la kalau bagi 3ml tu. Mesti kena tambah 2ml lagi. Kalau tak mengamuk sakan dia... Pastu kena cakap baik2 ngan dia "Okey, dah ye. Esok kita makan lagi, okey??". Baru la dia akan angguk2 tanda paham... hehe
Selalunya jugak, sambil bagi makan tu saya nyanyi la lagu kat atas tu. Dan si kecik tu dengan mulut yang penuh akan cuba sahut "hurray" dengan "yeayy" tu sambil angakat2 tangan... Seronok tengok telatah dia... ^_^
Dulu faris memang ok la bila makan scott's emulsion ni, jarang demam. Tapi kan semenjak dua menjak ni, saya ada la perasan yang setiap kali lepas bagi je scott's emulsion ni, sure malam tu badan faris akan panas macam demam.
Sebab tu la saya dah jarang2 bagi. Kalau bagi pun sebab dia ternampak sama ada dalam peti sejuk or atas para. Ada tak kengkawan yang mengalami masalah yang sama??
Ke satu kebetulan je setiap kali makan scott's tu suhu badan Faris naik?? Musykil saya... Sapa2 yang ada pendapat or pengalaman sila2 la share ye...
Sharing is caring kan... hehe. Ok la, daaaa
4 comments:
aisyy...sng ek faris nk makan. kalo danish ke main liat. ubat apatah lagi. menangis mcm kena cucuk!
:)
Ezzah:
Eh, ye ke... Bagi yang perisa oren ke yg warna putih tu???
Kalau faris sebotol tu sekejap je dah habis... hehe
baru teringat..dah lama tak bagi si arif makan ni..dl msa umur dia baru jejak setahun..gigih gak dok bg..pastu camna leh stop ntah, terus lupa nak bg balik..herm..dia mmg suka dl masa akak bg, tapi..tu la tgh fikir ni..nape, akak stop tk bg kt dia eh..rasanya stop time dia muntah2 tu kot..
*taktau lak ada kaitan ke, pemberian scot ni dgn mudah demam..kena tanya pd yg lbh berpengalaman nih.. taktau gak! :p
Mamalieyna:
Ye ke... Tapi arif jarang demam tak pa la... Sama la, faris dulu masuk je setahun terus je bagi dia... hehe
tu la, nak kena tanya kat doktor la nanti...
Post a Comment