Tuesday, April 20, 2010

Macam-macam dunia hari ni...

Salam...

Dah makan ke?? Saya, alhamdulillah dah kenyang. Walaupun makan roti je... hehe

Sebelum nak celoteh panjang, aci tak kalau saya tak sambung entri pasal duit 10 sen hari tu?? Macam "M" je nak sambung... hehe

Erm, cakap pasal tajuk entri, saja ja nak share satu cerita ni. Ingat tak dalam entri pagi tadi saya ada kata yg bos saya pergi ziarah salah sorang classmate dia yg juga merupakan salah sorang staf kat Jabatan saya ni.

Masa bos saya balik tadi saya tanya la kat bos saya, arwah sakit apa. Bos saya kata ada 2 version yg dia dengar. Satu, orang kata dia sakit kanser tulang. Kat bahagian kaki sampai pinggang tak boleh berfungsi.

Lagi satu version, ada orang kata yang dia terkena buatan orang. Ekceli, org yang nak buat tu tujukan kat orang lain, tapi terkena dekat dia...

Bos saya kata, kesian sangat tengok anak2 dia. Kecik2 lagi... Yang sulung baru form one. Ada lagi 2 org yg masih bersekolah rendah.

Saya yang dengar ni pun rasa sedih, hampir2 air mata ni nak menitis. Tapi tahan aje la depan bos, malu nak nangis... hehe

Kalau betul dia meninggal sebab kanser, nak buat macam mana kan sebab dah takdir ajal dia. Tapi kalau sebab buatan orang la (memang takdir juga) saya harap orang yang buat benda tak baik tu dibukakan la pintu hati dia supaya bertaubat.

Walaupun mungkin orang tu tak berniat nak tujukan dekat dia, tapi tak elok juga kan perbuatan orang tu.

Kadang2 saya jadi takut bila dengar cerita2 macam ni. Rasa macam dah tak selamat je dunia ni.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Dan semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah dari segala perkara yang tidak elok...

Ok la, till then... Daaaa....

6 comments:

Ena said...

Al-Fatihah buat arwah.. :)

Siti said...

aik..mkn roti jer..diet ke sal..hehehe...

tu la, diorg yg suka buat jahat kat org ni, tak ingat ke pembalasan Allah swt.. nauzubillah..huhu

~~*Lady Salwa*~~ said...

Kak Ena:

Al-Fatihah...

~~*Lady Salwa*~~ said...

Siti:

Takde maknanye nak diet2 nih... hehe

tu la, kalau hati dah hitam camtu la...

mamalieyna said...

hukhuk..mmg macam2 dunia skrg ni..seram jugak kan..

al-fatihah buat arwah..!

~~*Lady Salwa*~~ said...

Mamalieyna:

Tu la, macam2 samapai naik takut rasa...