Tuesday, June 14, 2011

Kucing kehilangan anak

As-salam....

Akhirnya, kini pasti….

Opsss, ternyanyi lagu kak nita la pulak petang-petang ni… hehe

Alhamdulillah, setelah beberapa hari bertungkus-lumus ke sana sini macam kucing kehilangan anak (eh, seswai ke kucing kehilangan anak??? Hentam je la…), akhirnya dapat la juga taska untuk si Summayyah.

Tapi taska ni agak jauh sikit dari rumah saya la, namun agak dekat dengan office. Dan yang pastinya, berasingan dari Faris.

Means, sorang kat sana and sorang kat sini la… Nak buat camna, itu je yang ada… Hopefully, taska kat bawah office ni akan cepat la ada kekosongan.

Nampaknya pasni harus la keluar lagi awal dari kebiasaannya. Tambah lak kalau si abah ada kursus nanti, haruslah saya berkejar nak hantar dua beradik ni di taska yang berlainan… Fuhhhhhhhh… (belum apa2 agi dah tarik nafas panjang)

Taska ni si abah yang cari semalam. Yang kelakarnya, si abah tak tahu yang owner taska ni adalah Datin…

So, dengan selambernya dia dok panggil puan aje… hikhikhik

Katanya, kat banner depan taska tu just tulis nama Datin tu dengan D’……. (nama datin tu). So, dia ingat D’ tu cam huruf pangkal nama Datin tu la…

Dapat tau yang owner tu datin pun sebab semalam saya search dalam tenet pasal taska ni. Tak pa la, maybe owner tu pun tak kisah sebab si abah kata dia cakap pun mesra je…

InsyaAllah, kalau Summayyah dah ok dari demam, batuk & selsema hari Jumaat ni nak try hantar dia ke situ… Nak biasakan dia dengan keadaan taska.

Tu pun maybe sebelah petang je la hantar untuk permulaan ni. Tak la dia rasa lama sangat dia kat taska tu… hehe

Mudah-mudahan semuanya berjalan seperti yang dirancangkan… Amin…

Suka tengok bila Faris bermain dengan adik dia... hehe

Sama tapi tak serupa... hehe


**Eh, apa kena mengena tajuk ngan entri ni ye... hehe. saya pun tak tau la pasai pa saya letak tajuk camtu...

3 comments:

Ena said...

hehe..

sangat sweet lah abg kat sebelah adik tu..

Mek Rose said...

sokmola mek sal ni tajuk lari..aiseymeng..

alhamdulillah dah jumpa..so camne prob sal tu> sy dah reply kat email semalam..

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

baguslah sumayyah dah dapat taska..pasni kena belajar sesuaikan diri plak yek..