Friday, October 15, 2010

Sedikit perkongsian ilmu...

Salam...

Lambat pulak bersiaran hari ni...

Erm, idea nak update ada banyak, tapi sedikit busy lak hari ni... Tapi tak pa, cuba jugak... hehe

Untuk pagi ni (pagi yg dah nak masuk tengah hari...) saya nak share la sket info yang saya dapat masa tengok rancangan Semanis Kurma minggu lepas & semalam.

Minggu lepas tajuknya 'Pendam Memakan Diri'. Banyak berkisar tentang cerita2 memendam rasa... Biasa la kan, kadang2 tu ada rasa tak puas hati, marah, kecil hati & sebagainya.

Dan biasanya kalau kita tak ada kekuatan, kita akan pendam saja perasaan2 tu... Ye la, kadang2 kalau luahkan takut jugak mengeruhkan suasana...

Tertarik ngan kata2 Ustaz Zawawi, salah seorang panel jemputan malam tu:

"Orang perempuan ni hati dia dekat mulut. Sebab tu bila dia rasa sayang dia akan mudah cakap 'I LOVE U'. Bila dia buat salah / rasa bersalah dia akan cepat2 cakap 'I'M SORRY'..."

"Orang lelaki pulak mulut dia dekat hati. Sebab tu kalau dia sayang ke jarang dia nak ucapkan. Dan lelaki ni lebih banyak memendam perasaan"

Dan, kalau mengikut kajian, sebenarnya orang lelaki lebih banyak yang memendam perasaan berbanding perempuan... Mengikut kajian la.. Wallahu'alam...

Lebih kurang cenggitu la Ustaz Zawawi kata... Satu lagi yang ustaz tu kata lagi:

"Kebanyakkan orang perempuan tak rasional masa bising. Manakala kebanyakkan orang lelaki tak rasional masa diam. So, orang perempuan kena kurangkan bising dan orang lelaki kena kurangkan diam (means kena luahkan jugak sekali sekali perasaan)"

Pastu macam2 lagi la yang diperkatakan... Kesan memendam perasaan, cara nak luahkan perasaan.

Dan masa nak dekat habis rancangan tu, ada diberikan doa untuk diamalkan berkaitan memendam rasa ni.. Ada 2:

1. Kalau kita rasa buntu, tak tau nak cari penyelesaian : bacalah surah As-Syuaraa, ayat 78

2. Supaya kita ada kekuatan diri & tak rasa lemah : bacalah surah Al-Kahfi, ayat 39

Dan semalam, tajuk perbincangan adalah 'Suami sukar melafazkan cerai'.

Tapi saya just dengar2 je la. Sebab pasal gantung tak bertali ni... Cuma saya amik note pasal doa yang diberi diakhir rancangan.

Doa supaya suami mudah dibawa berbincang. Ada dua doa yang diberi, tapi lagi satu saya tak berapa nampak lak tulisannya...

1. Amalkan surah Toha, ayat 1-5

2. Surah Yaasin (tapi saya tak nampak jelas lak tulisannya. Kalau tak silap ayat 52. Sapa2 ada tengok semalam leh la betulkan kalau salah ye...)

Ok la, tu je sedikit perkongsian ilmu hari ni... hehe

Selamat beramal ye...

Daaaaaaa....

9 comments:

Unknown said...

tq for sharing salwa..tips berguna ok!

mamaarifakeemaisy said...

sharing is caring..kak eina jrang tengok..huhu...info yg berguna..mana yg baik, leh jdkan panduan ,,buruk jdkan sempadan!

Ena said...

bestnyerrr..
akak suka jugak rancangan semanis kurma tu. tapi selalu missed sbb akak ni jarang tengok tv malam2.. sibuk duk urus rumah & anak2 je sal.. mrmmm.. kena wat reminder la pasni.. rugi bila tak tengok.. ilmu banyak kat lam tu kan..

thanks ye sal.. sharing kat sini

syariza09 said...

last week tgk, tp mlm td kluar rmh x sempat nk tgk.
sib baik Sal bg doa tu, ari tu sy pon x sempat nak salin

Unknown said...

zaa:

sama2... hehe

Unknown said...

mamalieyna:

mana yang sal tahu dapat la dikongsi... hehe. betul tu, mana yang baik kita ikut la, yang tak baik tu diajuhi... hehe

Unknown said...

Kak Ena:

Sal pun selalu gak miss. kadang2 bila teringat baru la bukak.

malam2 memang waktu menonton je sebab faris jenis tido awal.

tapi tak la tiap2 hari sal tengok tv. malam yg ada rancangan best je... hehe. kalau tak best tido awal...

Unknown said...

Syariza:

hehe, sentiasa sediakan pen dan kertas je nak salin doa... hehe

ye ke... tak pa, next week leh tengok lagi. tapi tajuk apa ntah, lupa lak...

Emilia said...

tq share...hrp2 doa2 tu akn bguna pd kita...