Monday, August 23, 2010

Nak kena tukar ke???

Salam...

Eh, ini bukan entri pasal kena tukar tempat kerja ke apa ye... Ni cerita pasal si budak kecik yang bernama faris tu... hehe

Kisahnya, dah lama la saya perasan dan abahnya pun dah pernah cakap. Pasal lampin pakai buang faris la atau yg selalu kita gunakan 'pampers'...

Faris sekarang ni dok pakai pampers saiz L jenama drypers... Tapi kan sejak akhir2 ni saya perasan la yang bahagian atas montot dia (antara montot nak ke pinggang tu...) selalu je merah2 & faris selalu garu kat situ even baru je pakai pampers tu...

Abah kata faris dah kena tukar pakai saiz XL dah sekarang ni... Ho ho, jawapannya rugi la beberapa keping kan... Kalau saiz L ada 72 keping... XL kalau tak silap 60 ++.

Nak tak nak kena jugak la tukar sebab badan faris pun dah naik betul... Memang debab je nampak dia sekarnag ni. Kalau mana2 orang jumpa sure cakap "Sihatnya budak ni..". Ada yang cakap badan dia macam budak umur 3 tahun...

Dan yang pastinya perot dia sangat la moncit... hehe. Sama naik ngan ummi dia.. hehe. Cakap pasal perut muncit ni ada cerita lucu. Tapi next entri la kot saya cerita...

So, habis je stock pampers yg sekarang ni kena la pi survey saiz yg lagi besar... Berat faris pun rasanya dah bertambah. Dua bulan lepas (last sekali timbang) berat dia 13.5kg... Sekarang ni rasanya dalam 14 kg lebih dah...

Abah pun tak larat nak dukung. Apatah lagi ummi yang keding ni... Nak bawak adik lagi...

Itu je la pasal kisah tukar menukar ni ha... Tu pun nak cerita kan... hehe

Bukan apa, hajat di hati kalau boleh nak ajar dia tak pakai pampers langsung dah. Tapi susah sket sebab kat taska tak ajar camtu. Kang dia melepas merata2 kat taska susah pulak.

Mungkin nanti ummi cuti panjang 2 bulan tahun depan boleh la kot ajar faris membuang kat toilet.. Lagi pun masa tu sure faris pun dah pandai cakap...

Ok la, selamat berbuka ye semua... Lepas masuk waktu maghrib la kan, bukan sekarang ye... Papaiiii

9 comments:

Ezzah said...

uii..berisi ek faris. x mcam danish. kurus. sbb danish jenis susah tido siang n malam pun lambat tiod. nak bagi makan nasi pun kemain payah. baru makan sikit dah ckp kenyang. :)

mrs_yus said...

oo sht jgk ek faris..sme syaqir pn..nk dukung mmg xharaplaa..lenguh tgn!;)

p/s: salwa ble due?

mamalieyna said...

selamat berbuka sal!

oooh tukar pampers eh..huhu..terasa rugi kan..hehe..tp terpaksa la kan, sihat la faris ni, dh nak pakai saiz xl dah..arif tu stil M je..^_^..kalau petpet la, if drypers, L..

~~*Lady Salwa*~~ said...

Ezzah:

tu la, berisi tapi sebab kuat minum susu. Sama spesis ngan Danish la faris ni, susah betul nak bagi nasik. Macam nak bagi makan ubat je...

~~*Lady Salwa*~~ said...

Sara:

Sangat2 sara... Badan dia lagi besar dari sepupu dia yg umo 3 tahun. Padahal dia baru je 2 tahun lebih...

InsyaAllah, bulan 2 tahun depan... ^_^

~~*Lady Salwa*~~ said...

Mamalieyna:

Sama la akak...

Owh, pet pet lagi besar dari drypers ek... Tapi faris tak leh pakai pampers yg lain selain dari drypers la. Kulit dia tak tahan... So, terpaksa la beli drypers gak walaupun mahal la jugak... huhu

syariza09 said...

uiiks leh tahan gak berat faris ni. ank sy baru je 12kg huhu..kecik jer. masa g klinik ari tu pon, nurse srh ajar x yah pakai diapers. Tp si kecik tu kalo dh sudah uh uh, baru dia ckp. hmm.. susah juga tu

Aleeya said...

lau tak ketat takyah la tuko, sbb XL tu mmg sikit hehehe, Damia pkai XL cpt je habesss huhuu

Ena said...

irfan pun guna L lagi.. memg perut dier muncit dan ada merah2 cam faris gak.. tapi bila tukar saiz bocor pulak..adeihhh!! mungkin sbb irfan tak cukup inggi gamaknya.. jadi tak balance.. so, tukar balik la guna L.. ok je tapi memg nampak sendat wlaupun irfan tak la tembam mana.. main susut la skrg sbb tak sihat dah seminggu nie.. huhu