Friday, May 27, 2011

Kisah hari ini...

As-salam...

Hari ni masuk office lewat sikit.

Pergi hantar adik ke Hentian Bas Jalan Duta.

Disebabkan konfiden je leh sampai sana sebelum 9.30 pagi, kul 8 baru bergerak keluar dari rumah.

Singgah jap Alamanda, ambil kawan adik saya lak. Dia nak tumpang sekali ke Hentian Duta.

Dan kononnya nak elakkan jammed kat PLUS hi-way, kami pun ikut la MEX. Sekali lepas je tol Salak Selatan, punya la teruk jammed.

Keta langsung tak bergerak lak tu... Saya tengok jam masa tu dah kul 9.00...

Mula la resah gelisah. Sempat ke nak sampai Hentian Duta ni???

Nanti Kat Jalan Tun Razak ngan Pekeliling jammed lagi...

Dalam hati tak henti2 berdoa agar sempat sampai... Pulak tu pagi tadi kan hujan, lagi la sesak jalan kat KL tu...

Alhamdulillah la, sempat jugak sampai. Kami sampai je kat situ, bas pun sampai... Lega...

Hari ni si abah amik cuti untuk jaga dua beradik tu... Jadi Mr. Mama la abah hari ni... hehe

Herm, merasa la nanti camna kelam kabutnya nak handle 2 orang anak kalau dua2 meragam serentak... kui kui kui

Jap gi tengah hari nak kena balik la. Nak tengok camna la budak2 tu ngan 'penjaga' diaorang...

Silap hari bulan, petang ni datang office kena angkut si kecik tu sekali... hehe

Ok la, dah masuk waktu rehat nih... Nak kena balik rumah jap... Daaaaa

2 comments:

Ena said...

nasib baik akak sampai awal td.. kao tak merah gamanya puch card sbb td g ramai kawan2 yg sangkut jammed.. uhuhuh..

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

wahh busynye ummi ni ehehhe
sib baik sempat eh..if tak naya je sal kene anta adik ke destinasi nak pegi aahaha