Monday, May 30, 2011

Pengalaman kali ke-2....

As-salam...

Dah makan lum??

Dah lama teringin nak kongsi cerita bersalin kali ni. Tapi asyik tak berkesempatan je…

Walaupun sakit bersalin sama je, tapi pengalamannya kadang2 berbeza antara seorang anak dengan anak yang lain.

Alhamdulillah, kali ni juga dipermudahkan Allah… Bersalin secara normal juga dan sekejap saja sakitnya.

Malam 14 Februari (Isnin) tu saya rasa lain macam je. Baby asyik mengeras je dari petang.

Risau jugak saya, sebab ada terbaca dalam blog sapa ntah, katanya kadang2 tu baby mengeras ni sebab air ketuban kurang.

Katanya, kadang2 air ketuban keluar sikit2 dan kita tak sedar…

Terus ajak hubby pergi klinik. Bila check doktor kata baby ok, air ketuban pun ok. Cuma ada contraction sket.

Doktor tanya kenapa tak terus pergi hospital sebab dah ada contraction. Saya cakap belum rasa macam nak bersalin lagi.

Then, doc tu kata kalau rasa contraction makin kuat cepat2 ke hospital. Saya angguk je.

Masa scan tu doc tanya, dah tahu ke jantina anak. Saya cakap belum. So, dia kata kalau masa scan nanti nampak, dia akan bagitau.

Terus rasa berdebar masa tu… Ye la, mungkin saya mengharap baby girl… Takut doc cakap ‘boy’… ha, kang terkeciwa lak… hehe

Scan punya scan, tak nampak jugak… Sebab doc kata baby tengah ‘duduk’ & tutup dia ‘punya’… Terus lega… hehe

Balik dari klinik singgah ke alamanda untuk makan2. (Masa Faris dulu pun sama gak, malam sebelum bersalin pi jalan2 kat alamanda… hehe)

Balik rumah, terus tido. Dalam kul 1 camtu terjaga sebab rasa cam contraction kuat sangat. Tapi lepas 2,3 kali hilang camtu je.

Terus tido sampai ke pagi. Lepas subuh tu (15 Februari), terasa lagi. Tapi tak la kuat sangat.

Lebih kurang kul 9.00 pagi rasa lagi. Kali ni selang 10 minit. Terus ajak hubby pi hospital. Siap2 semuanya terus menuju ke hospital.

On the way tu, singgah makan roti canai jap. (sama jugak masa nak bersalinkan Faris dulu, sempat makan roti canai).

Ramai lak orang masa tu. Kebanyakannya orang yang pergi perarakan sempena MaulidurRasul.

Sambil makan sambil dok sembang2..

Hubby : Betul ke rasa sakit nak bersalin ni?

Saya : Betul la… Awat?

Hubby : Tak nampak muka macam orang sakit nak bersalin pun…

Saya : Ya ka??? (sambil ketawa)

Ekceli, memang tak rasa sakit nak bersalin sangat pun. Cuma mungkin dok harap nak bersalin hari tu jugak (15 Februari : 12 Rabiulawal), tu yang semangat je nak ke hospital... hehe

Pas makan semua terus ke hospital.

Sampai je kat kaunter tu terpampang satu notis lebih kurang camni ayatnya:

‘Harap Maklum. Semua kelas wad bersalin adalah penuh.’

Sebenarnya ayatnya panjang lagi, tapi saya tak hengat. Lebih kurang camtu la bunyinya. Terus saya tanya hubby ‘camna nih??’

Pergi kat kaunter pendaftaran, server down lak… So, daftar secara manual.

Staf kat kaunter : Maaf puan, semua katil dekat wad bersalin penuh. Kami akan refer puan ke Hospital Kajang

Saya : Ye ke… Erm, kalau Hospital Serdang tak boleh ke? Dekat sikit dengan rumah saya.

Staf kat kaunter : Kami hanya boleh refer ke Kajang je puan. Kalau hospital lain puan kena sain satu surat, pastu kene pergi sendiri ke hospital yang puan nak.

Saya : Owh, ye ke…

Staf kat kaunter : Tapi kami akan check puan dulu la.

Saya : Ok…

Pastu saya dipanggil masuk untuk pemeriksaan…

Pas timbang berat semua, saya baring atas katil. Datang la sorang Doc perempuan ni. Lawa orangnya. Lembut je.

Kalau tak silap namanya Doc. Aliza... (maklum la, bila dah bersalin banyak urat putus... tu yang lupa tu... hehe). Lepas tanya itu ini, dia pun check la ‘jalan’.

Doktor : Erm, baru 2cm la puan. Kami refer puan ke Hospital Kajang la ye. Sebab dah buka 2cm, puan kena admit wad. Kat sini katil semua penuh.

Saya : Ye ke. Boleh tak saya bincang dulu dengan suami saya?

Doktor : Ok. Nanti bagitahu saya ye.

Pas kuar tu, saya pun bincang la dengan hubby. So, kami pun sepakat la buat keputusan…


Nak tahu apa keputusan kami??? Tunggu di next entry… hehe (ada ke yang nak tunggu salwa oiii…)

Panjang sangat dah taip nih… Nanti orang letih membaca… hehe

4 comments:

Mek Rose said...

tak letih pon baca..panajgn2 pon takpa..ehehhe

. . . h u s n a . . . said...

im waiting :)

Ena said...

alorrrrrrrrrrrrr....


next entry plissssss... ehehehehhe..

Fieza79 said...

citer psl bersalin mmg menarik dn ditunggu2...sambung nnt tau..takut2 kita pulak yg sll terlepas..huhuu