Monday, May 30, 2011

Pengalaman kali ke-2 .... Part II

Sambungan entri sebelumnya…

Setelah berbincang, kami sepakat la nak balik dulu. Sebab rasanya baik saya dok berehat kat rumah. Mana la tau kan, ada kekosongan nanti.

Mesti ada yang keluar wad tengah hari tu kan… hehe

Bukan apa, kalau apa2 senang hubby nak berulang alik sebab dekat ngan rumah. Macam Hospital Kajang tu jauh la..

So, kami pun cakap la keputusan kami kat doktor. Then doktor suruh tandatangan satu surat ni, yang mengatakan kalau jadi apa2 kami yang tanggung risikonya.

Pas sain surat tu, doc pun bagi la beberapa nasihat ‘Kalau puan rasa sakit nak bersalin nanti terus datang sini ye… bla bla bla…’

So, kami pun terus balik rumah. Singgah jap makan tengah hari. Hubby sorang je yang makan nasik. Saya dah tak ada selera masa tu. Just makan buah & kuih aje…

Balik rumah, rileks2 jap. Dalam kul 2 saya ke toilet, tengok2 ada darah kat suar kecik.. hehe.

Dalam kul 4 lebih rasa sakit balik. Kali ni memang sakit kerap2 la. Bagitau kat hubby. Saya cakap kali ni rasanya memang nak bersalin dah ni.

Dia tanya nak pergi sekarang ke? Saya cakap lepas Asar la pergi. Pas mandi & solat, siap2 nak ke hospital. Masa tu hujan lebat.

On the way ke hospital hujan dah reda. Terus cakap kat hubby ‘Nak singgah pasar tani tak??’. Sebab kat Putrajaya ada pasar tani hari tu (hari Selasa).

Terus singgah pasar tani. Tapi saya dok dalam kereta je. Dah tak leh nak jalan. Rasa tak larat masa tu. Pesan apam balik je.

Sambil dok tunggu sambil tahan sakit. Mulut tak henti2 dok beristighfar & baca Doa Nabi Yunus dalam perut ikan nun…

Hubby sampai terus bagi apam balik suh makan. Saya letak tepi. Tak lalu lak rasa. Dia suruh makan jugak. Katanya nanti takut tak ada tenaga. Saya cakap ‘nanti la’.

Sampai hospital, macam pagi tadi jugak. Wad penuh…

Pastu doktor check semua…

Doktor (yang pagi tadi) : Eh, puan Salwa.

Saya : senyum je… (dalam hati :'ingat lagi doc ni kat budak degil takmo pi Hosptial Kajang ni yeh…')

Doktor : Contraction puan kuat ni (sambil tengok CTG baby). Nanti saya check jalan ye… Erm, dah 4 or 5 cm nih…

Terus panggil nurse…

Doktor : Ok puan, saya nak pecahkan ketuban ye…

Masa tu dalam kul 6.40 petang kalau tak silap.

Pas pecah ketuban & masuk ubat untuk membuang, saya pun pergi la ke toilet... Memang memulas2 la perut.

Masa faris dulu takdek la pulak saya membuang pas doc masukkan ubat tu. Kali ni memang sampai rasa nak meneran la…

Takut je ter’teran’, kang baby jatuh dalam lubang toilet lak… hehe

Dah settle semua, nurse suh masuk labour room. Tukar pakai uniform khas.

Baring atas katil. Memang sakit tak tertahan la masa tu. Makin lama makin sakit.

Doc tadi tu masuk nak cucuk tiub kat tangan tu.

Doktor : Kenapa puan, dah rasa nak meneran ke??

Saya : A ah… (sambil angguk2)

Doktor : (Dengan muka yang cemas) Nanti dulu puan, barang2 tak ready lagi ni… Tahan sekejap ye…

Terus doktor tu panggil nurse suruh prepare barang2. Saya yang dah tak tertahan ni mintak la ubat tahan sakit…

Nurse tu suruh sedut oksigen tu je.. Oksigen pun oksigen la… Dalam kul 7.15 camtu saya nampak lebih kurang 3 orang nurse dan 2 orang doktor mengelilingi saya…

Then semua dok bagi galakan suh saya push… Then, kepala baby dah kuar baru diaorang perasan yang diaorang lupa nak panggil hubby saya masuk.

Kelam kabut doc tu jerit “Panggil suami dia…”. Hubby masuk je doc cakap “Suami, bagi support kat wife awak.."

Saya masa tu rasa nak cepat2 je kuarkan baby tu. Sambil2 tu tengok jam kat dinding (sempat lagi wei… hehe)

Bukan apa, target nak bersalin sebelum masuk waktu maghrib. Sebab kalau dah masuk waktu maghrib, dalam Islam dah kira masuk hari esoknya iaitu 13 Rabiulawwal.

Walaupun rasa cam dah tak ada tenaga masa tu sebab tak makan nasik langsung hari tu, saya kuatkan jugak semangat.

Bersalin kali ni baru la terasa ‘sakit’ yang sebenar… Sebab tak bius ubat tahan sakit langsung… Memang rasa la perit sket… hehe

Tambah pulak yg 2nd ni doc cakap baby saya panjang (tinggi) rasa cam lambat tul nak keluar habis.Dalam hati dok cakap ‘tak habis lagi ke…’.

Masa tu dah start rasa letih. Nurse suh saya pegang betis & tarik sekuat hati.

Alhamdulillah, jam 7.23 petang selamat keluar baby…

Doc tanya hubby saya, nampak tak jantina baby... Hubby cakap 'nampak'. Pastu terdengar hubby bisik kat telinga 'perempuan'... Terus saya tersenyum.. hehe

Doc letak baby atas dada saya dan suruh saya peluk baby. Dengar je suara baby nangis terus dalam hati ucap ‘Alhamdulillah…’

 Fresh dari ladang... hehe

Lega rasa masa tu. Cam baru lepas sembelit… hahaha

Dalam keadaan menggeletar tu saya peluk baby kuat2… Masa tu tuhan saja yang tahu betapa rasa lemah & sejuk sangat2.

Then, nurse amik baby & pergi cuci. Tinggal saya ngan sorang nurse ni, dia dok check luka saya.

Nurse : Luka sikit je ni. Tak sampai pun 1 cm.

Saya : Kalau tak jahit boleh tak?

Nurse : Tak boleh, kena jahit sikit ni.

Saya : Ok

Padahal dah takut sket. Nurse tu tak bius pun, terus je jahit. Bak kata orang, jahit hidup2… huhu. Maybe sebab luka sikit je, tu yang dia tak bius sebelum jahit.

Memang pengalaman la… Tapi sekejap je la kena jahit tu… Dalam seminit lebih la kot… hehe.

Dah settle semua, hubby azankan baby. Pastu nurse suruh susukan baby…

tengah azankan baby... 


Kali ke-2 melalui saat indah ini...

Duduk dalam labour room sampai nak dekat kul 10 malam jugak la sebab tak ada katil…

Kul 10 baru masuk wad. Malam tu memang rasa letih sesangat + lapar…

Esoknya dalam kul 2.00 petang dah boleh balik… Lega…

Sekarang Summayyah dah pun 3 bulan lebih... Rasa cam baru semalam je sakit bersalinkan dia...


Assalamu'alaikum semua... Nama saya Summayyah...

 
** tu la pengalaman bersalin kali ni. Alhamdulillah, segalanya berjalan baik. Tq kepada yg sudi baca entri panjang lebar nih… hehe

**kepada kawan2 yang bakal bersalin, semoga dipermudahkannya. Banyak2 selawat & baca doa nanti. InsyaAllah, akan dipermudahkan-Nya.




8 comments:

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

sal, selain doa nabi yunus, sal amal doa ape ek..yg simple2..bkn ape..doa panjang kang dalam takut2 abis lupa
cam sy ari tu
sakit, takut sampai doa nabi yunus pon leh lupa tau! mmg haru!

hahahahaha

dah selamat ponnnnn..nape sal tak tau jantina..masa scan check up bulan2 mmg doc taknamapk ke?

Ena said...

Alhamdulillah..
comei summayyah ni..

kata org kalo anak pertama anak lelaki.. sakit anak perempuan krg sikit..

tp akak rasa sakit tu sama je.. beza pd tempoh contruction saje..dan ada org sakitnya lama.. tu yg sesetengah tak tahan..

akak yg pertama pun tak de bg ubat tahan sakit.. tp masa dak irdan ada sbb construction sgt kuat waktu tu.. nasib baik x lama..

apapun pengalaman setiap mungkin berbeza walaupun melalui keadaan yg lebih kurg sama..

kenangan manis tu kan sal sbb tak semua leh melalui saat2 bersalin.

~~*Lady Salwa*~~ said...

Rose :

erm, selain doa tu sal baca selawat syifa... pastu istighfar banyak2... paling penting mintak maap kat semua org esp hubby.

memang tak nampak sebab last scan sebelum2 tu masa peknen 5 bulan...huhu

kira cam surprise la... hehe

~~*Lady Salwa*~~ said...

Kak Ena:

Mungkin la kot...

Tapi masa faris dulu terlebih ubat tahan sakit sampai sal rasa mamai2 je masa doc suh push tu... hehe

tu la, kena bersyukur sangat atas nikmat pengalaman bersalin nih...

. . . h u s n a . . . said...

comel! nak baby gak... pnjm baby akak la, bley ?? hahaha...

syariza09 said...

w/pun panjang lebar, sya ttp setia baca part 1 & 2..sronok baca pengalaman kwn2 =)

-Sara- said...

seronok bace cite sal ni :)

harapnya sara pon dipermudahkan kalini, nak merase gak bersalin normal :)

~SHiLA~ said...

smpt lg tu g pasar tani.haha..klu shila gelabah da,trs g spital je.hehe

muke sal la sumayyah