Thursday, February 25, 2010

Kisah Cuti2 M'sia - Part II

Salam...

Sambungan entri sebelum ni... Ni nak cerita pasal cuti2 kat umah mentua lak.

Tengah hari selasa tu, bertolak balik ke rumah mentua. Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit... hehe

Cam biasa, sebelah petang pi memancing. Tapi kat parit yang saya pergi mancing sebelum ni ikan dah tak berapa nak ada... So, dapat la seekor sahaja. Hubby pun dapat sekor aja... Sungguh hampa dan keciwa... hehe

Rutin harian sama je, cuma kadang2 kuar jalan2. Pastu petang khamis tu masa tengah dok rileks2 sambil tengok tv hubby tanya "nak ronda2 tak kat tepi tasik B.u.k.i.t M.e.r.a.h?". Saya apa lagi, laju je la mengganguk... hehe

Pas solat asar terus siap2 nak keluar. Si kecik faris tido la pulak. Mak mentua kata "tak pa, tinggal je la faris tu. Mak tolong jaga"... saya senyum lebar sampai ke telinga. Pucuk dicita, ulam mendatang la... hahaha

Kami pi merempit berdua2an saja... Guna jalan kampung yang agak teruk sedikit keadaannya sebab ada pembinaan jalan keretapi yang baru... Bestnya rasa, macam tengah bercintan cintun lak... ^.^

Lebih kurang 15 minit sampai la kami kat tasik B.u.k.i.t M.e.r.a.h tu. Tak jauh mana pun dari rumah mentua saya...

masa ni baru je sampai... tu la tasik B.u.k.i.t M.e.r.a.h


Pemandangan yang mendamaikan... Masa ni angin kuat sangat


Yang saya buat petak merah tu la P.u.l.a.u O.r.a.n.g U.t.a.n


Merempit dengan motor kapcai saja... hehe

Gambar saya?? Ada sebenarnya, tapi kan bila dah upload dalam laptop, terserlah la pulak keseksian makhluk tuhan paling seksi ni. Sebab masa tu angin bertiup sangat la kuat, maka ternampak la bentuk2 yang tak sesuai ditonton oleh segenap lapisan masyarakat... hehe

Lepas puas amik angin, kami pun balik la. Lagipun masa tu dah nak dekat maghrib dah. Pulak tu ramai yang tengok semacam je. Mungkin mereka tu ingat kami ni 'couple' yang tengah berdating kot... Rasa malu pulak... Apa kes, dah halal pun nak malu ke?? hehe

Masa on da way nak balik tu, singgah jap kat pekan kecil kat satu kampung tu. Pekan dia sejibik cam pekan dulu2 zaman lepas merdeka. Ingat nak snap la gambar sekeping dua, bateri henpon low la pulak time tu... aisyeh... tak pa, balik kampung lagi nanti boleh ajak hubby pergi ronda-ronda lagi... hehe

Ok la, yang tu je nak cerita sebab yang lain sama je. Tak jalan2 sangat dah pun lepas tu.

Pulak tu, si kecik faris 'chair red bear red' lak masa kat kampung... On da way nak balik Putrajaya habis kena seluar & baju ummi. Siap muntah2 lak tu... Herm...

Thats all. Till then, daaaaa...

Selingan:


Kenangan masa 1st time pergi ke B.u.k.i.t M.e.r.a.h L.a.k.e T.o.w.n R.e.s.o.r.t... Masa ni Faris baru je umur 5 bulan lebih.

4 comments:

mamalieyna said...

eh dh komen sblm ni, mcm tak lepas ja..huhu..

td tulis apa eh..

*best skali balik kg, leh pi umah mertua skali..best2x..
*best g berchenta tepi tasik..huhu..nek moto pulaks..
*best kan bkt merah tu, sejak ada anak lom g lagi..leh g bila2 ni..^_^

Ena said...

akak suke klu dpt pelung berdating ngan hb.. tp tu la.. betul kate sal org pandang semacam jer sbb ingat kami nie x kawen lg kot.. sungguh x suke camtu.. x selesa sbb nak jenjalan pon asyik dok pandang2 camtu..

bestnyer angin pantai tu sal.. rase nak p juge je.. :)

~~*Ummi AFD*~~ said...

mamalieyna:

herm, mungkin kot tak lepas...

yezza, sangat best sebab dekat je. Boleh lari sana sini... hehe

ye betul, sangat2 best bercinta tepi tasik ni. damai je... tambah romantik nek moto.

ha ah, best kat bukit merah ni. cuma tak test lagi bahagian mandi2 dia...

tak pe, nanti buat family day kat situ, bawak si kecik sekali...

kalau pi BMLT tu cakap la, boleh singgah umah mentua sal... hehe

~~*Ummi AFD*~~ said...

kak Ena:

betul tu, sonot kan boleh berdua2an sekali sekala. macam bercinta2an...

tu la, nak pegang2 tangan pun dah jadik malu... huhu

best akak, dtg le sini...