Thursday, February 25, 2010

Cerita cuti2 M'sia...

Salam...

Dah lama rasanya dok peram cerita basi yg tak berapa nak basi nih... Cerita pasal cuti panjang selama 9 hari kat kampung...

Kalau panjang sangat mungkin ada chapternya... kah kah kah...

Ok la, start cerita pada 13 Feb. Jumaat tu Kak Yong anak beranak + adik saya sampai kat rumah. Konon nak balik secara konvoi la. Last2 tak jadi. Mula2 plan nak balik 2.00 pagi la kononnya. Tapi malam tu tido lambat lak. Dah kunci jam kul 2.00 pagi, tapi sedar2 dah 3.30 pagi?? Terus terbangun. Kejutkan hubby, siap2 terus gerak. Tu pun dalam 4.40 baru gerak... keh keh.

Kak Yong gerak dulu sebab dia pergi ambil angah kat K.L. Angah tumpang dia kali ni sebab husband dia ke Lubnan sampai hujung tahun ni...

Masuk je highway, lepas tol D.u.t.a, punya la banyak kereta. Aisyeh, ingat tak ramai. Rupa2nya ramai. Skip cerita pasal jamm, terus cerita pasal sampai kampung. Kami sampai dalam kul 10.00 pagi. Masa sampai tu si kecik Faris tengah bermain2 dengan sepupu sepapatnya. Nampak je muka saya, terus terjerit2. Bila saya dukung, terus dia peluk kuat2. Macam tak jumpa bertahun2 gamaknya... Lega sangat masa tu dapat tengok si kecik yang dirindui.

********************

Esoknya (Ahad), dalam kul 8.30 kami adik beradik bertolak ke A.l.o.r S.t.a.r, rumah pak lang sebab ada kenduri kawin anak dia. Kali ni anak2 mak semua balik. Seronok sangat dapat berkumpul ramai2. Dalam pukul 10 lebih kami sampai rumah pak lang. Lepas tolong apa yg patut, sesi mamam la.. Pastu amik gambar dengan my kazen...


Bergambar bersama pengantin.

Masa ni lupa nak bawak kamera or henpon. Tumpang je la henpon org. Kualiti pun tak berapa la... Nampak muka saya macam kebudak-budakkan la pulak...

Tumpang bergambar jap kat katil pengantin...

Dalam kul 5 lebih bertolak balik...Penat betul terasa...

*************
Hari Isnin tu, abang ipar ajak kami semua ke B.a.n P.e.c.a.h. Sebelum2 ni saya tak pernah tahu yang rupa2nya dekat dengan kampung saya ada pantai. Tapi kat negeri Perak la. Sebab kampung saya kan dah sempadan dengan Perak.

Sampai kat situ, punya la ramai orang. Tapi kami tak mandi pun. Tengok anak2 buah je yang mandi. Kaum2 lelaki sibuk dok memancing... Best jugak berkelah camni... Tapi tak dak pics la. Malas nak snap...

Saya dok kat rumah mak saya sampai la hari selasa. Pastu balik rumah mentua.

Ok la, next entri cerita pasal cuti2 kat rumah mentua pulak... Daaaaaa

4 comments:

mamalieyna said...

weeii best tu g berkelah! ^_^

Ena said...

ala comey la Sal pic tu..nampak muda belia jer..

psttt!.. sal nyer face nie cam lecturer akak dulu la.. tp akak terlupa pulak aper namer dier.. hu3x.. tp siyes la kan!..memg nampak samer.. :)

~~*Ummi AFD*~~ said...

mamalieyna:

tu la, sekali sekali pi beramai2 memang best...

~~*Ummi AFD*~~ said...

kak Ena:

hehe, bukan muda belia akak, kebudak2kan ada la... nampak muka tak matured langsung... cam hingusan je... hehe

ye ke... ehem, adakah saya juga bakal menjadi lecturer??? aminnn... hehe

ntah2 nama dia pun salwa tak???