Wednesday, March 24, 2010

Ke D.A.R.U.S.S.Y.I.F.A

Salam...

Terima kasih la kepada semua yang sudi memberi cadangan untuk menghilangkan keboringan saya ni... Secara jujurnya saya tak la reti sangat nak berchatting ngan org perempuan nih... dengan lelaki reti la... hahahaha

Tak de la, abaikan ayat di atas ye...

Sebenarnya tadi saya keluar rehat awal sebab nak membawa si kecik tu ke :


Ekceli nak pergi masa Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din bagi rawatan. Tapi check2 kat website dia, jadual rawatan beliau adalah semalam. So, hari ni anak buah dia la... Nak pergi lepas kerja memang dah tak sempat sebab waktu rawatan sampai pukul 7 petang sahaja. Paham2 la, orang yang pi berubat kat sini punya la ramai. Kalau pi petang sure tak sempat la. Nak tunggu hari cuti, memang lambat lagi, hari ni baru hari Rabu...

Sebenarnya dah 2 hari Faris mengamuk sakan balik dari taska. Pastu asyik terjaga nangis2 tengah malam. Salah satu sebab lagi nak pi berubat bisul2 yang naik kat badan dia tu, sebab owner taska Faris yg suggest suruh cuba berubat tradisional lak sebab ubat klinik macam tak dak perubahan pun.

Masa sampai tadi punya la ramai orang. Tapi Alhamdulillah la, mungkin rezeki faris. Ustaz yang bertugas hari ni panggil nama Faris dulu... Lepas masuk bilik rawatan tu cerita la apa yang patut & sesi rawatan pun bermula. Ustaz tu baca la beberapa ayat suci Al-Quran & doa. Pastu sampai turn nak buat air penawar, si kecik Faris tu tak nak bagi pulak air mineral tu kat Ustaz. Jenuh la pujuk dia. Tapi ustaz tu rileks je... hehe. Dia pun paham, biasa la budak2...

Habis rawatan, ustaz tu pun bagi la beberapa kaedah rawatan sampingan yg boleh diamalkan setiap hari kat rumah. Dan jugak ayat2 Al-Quran yang boleh diamalkan sebagai penawar. Selesai semua, hantar la si faris tu balik ke taska semula & ummi dia terus balik rumah masuk kerja balik. Ingat nak melencong je, tapi tak baik kan...

Oh ya, lupa lak nak cerita. Masa tunggu nak amik Faris kat taska tu, ada la 3 orang budak dalam umur 3 ke 5 tahun dok main dekat playground depan taska. Budak2 tu dok tegur2 saya "Hai kakak". Adeh, terasa kembali muda la pulak bila budak2 tu panggil kakak... hehe. Senyum sampai ke telinga la bila 'mak cik' dipanggil kakak... hehe

Ok la, panjang lebar pulak celoteh petang ni... Kepada sesiapa yang nak tahu lebih lanjut pasal rawatan yang saya cakap tadi tu, sila klik sini. InsyaAllah, rawatan menggunakan ayat suci Al-Quran mujarab... Ustaz2 yang merawat kat situ pun adalah terlatih.

Ok la, As-salam....

4 comments:

Ena said...

Owyh.. sal pegi situ ye.. akak pun dah lamer nak p tp x penah p..huk3x..

anak akak nie pun dah seminggu lebih tido malam merengek2 jer.. bukan melalak2 tau.. tp merengek jer.. x tau naper la.. dah jumpe dokto.. doktor pun x tahu.. check2 ok jer..

ada aie penawar masa jumpe ustaz kat ipoh bulan lepas.. bg dier minum pun camtu juge.. naik fenin & tensi dah akak nie..

Siti said...

InsyaAllah..mudah2an Faris cepat sembuh...
Ramai yer yang gi berubat kat situ.
Sebelum gi kena wat appointment dulu ker?

Unknown said...

Kak Ena:

Cuba la akak pi kat situ. Mana tau mujarab ke...

Memang ramai yg datang berubat kat sini. dari utara ke selatan, semua datang ke sini...

Unknown said...

Kak Siti:

Amin...

tak yah akak, terus je pergi situ... nanti sampai sana kena tulis nama, pastu akan dipanggil la nanti...

tapi kalau hari ustaz harun din memang ramai orang... sebelum subuh dah diaorang tunggu...