Monday, March 8, 2010

Hujung Minggu Yang Sibuk...

Salam...

Eceh, macam la sibuk sangat makhluk comel yang bernama S-a-l-w-a  ni. Bukan apa, sibuk membantu hubby dengan kerja2nya... hehe

Hari Sabtu & Ahad lepas ada P.e.s.t.a   A.i.r   kat Putrajaya ni, so kami pun pi la jenjalan jap sambil settle sedikit kerja kat situ...

Pagi2 dah terpacak la kami tiga beranak kat situ. Sian Faris, pagi2 dah kena mandi... hehe. Masa sampai tu orang tak berapa ramai lagi. Maklum la masih awal lagi. Dalam 15 minit lepas tu orang dah semakin ramai & dah ada beberapa acara yang dah bermula...

Ok la, malas nak cerita panjang2. Nak tempek gambar pun ada 2 keping saja yang sempat snap. Pastu bateri low.. Memanjang je bateri low... (",)

Isi perut dulu. Lapar giler time ni. Tak sempat nak masak pagi tu sebab kelam kabut isi barang...


Aksi spontan si kecik...

Masa ni sebenarnya si kecik tu tengah dok jalan pegang tangan abah dia. Macam tau2 je 'ummi dia nak ambil gambar dari belakang, cepat2 je dia lepas tangan abah dia & lari nak terkam 'ummi dia... Ni gaya 'tiger'... Selalunya kalau tanya dia "Macam mana tiger bunyi?" dia akan jawab "aum, aum" sambil buat tangan macam nak cakar orang... hehe

Itu saja pics yang sempat saya snap. Pastu chek2 bateri low la pulak. Haisyh... Kat bawah ni gambar kenangan masa pergi Pesta Air kat tempat yang sama jugak. Masa tu faris baru je umur 3 bulan... Layanzzzz...








khusyuk tengok, macam la paham sangat... hehe

Ok la, itu saja nak cerita pasal hujung minggu yang sibuk... Macam la sibuk sangat... hehe. Ada nak cerita lagi satu aktiviti. Tapi next entry la ye... Till then, daaaaa...

6 comments:

Ena said...

Wahhh bestnyerr.. akak juge lah x kemane2 2 ari tu.. duk umah jer.. tp nak tido pun x sempat byk sgt pulak mende nak buat..

cute lah dak fairs wat gaye gitu.. geram pulak tgk!.. pic yg last tu clear mukenyer cam ummi dier.. leh lah join contest seiras wajah.. eheheh..

Unknown said...

Best tu memang best, tapi penat giler... sibuk memanjang... hehe

hehe, aksi spontan... susah benor nak amik gambar dia. dia tak bagi... hehe, tu masa kecik2... dah besar nih tak tau nak kata cam muka sapa... hehe

hehe, tgk la kalau ada contest cenggitu, harus lah masuk... ekeke

mamaarifakeemaisy said...

best2x..kita tak pernah bwk arif g putrajaya lagi..huhu..

terpacak idung farish tu..comel! ^_^

Siti said...

bestnya jalan2..salam kenal dari siti..siti follow k.

Unknown said...

mamalieyna:

nanti mai la jalan2 kat sini... leh singgah umah cheq... hehe

tu la, masa kecik ja hidung terpacak, dah besaq hidung kembang lak... hehe

Unknown said...

Siti :

Salam kenalan... ok, follow u back... (",)