Friday, March 12, 2010

Serba Salah...

Salam...

Pergi ke mana tengah hari ni??? Rehat kan panjang sikit hari ni (bagi staf gomen). Saya asalnya ingat nak pergi cari hadiah untuk member saya yang akan melangsungkan perkahwinan esok... Tapi cam malas je nak pergi...

Ekceli, saya tengah serba salah ni... Asalnya perancangan dibuat bersama member2 lain nak pergi sebuah kereta je. Senang & jimat sket... Tapi last2 minute masing2 tak boleh pergi pulak sebab ada hal. Tinggal la saya sorang saja. Ingat nak pergi naik bas aje, tapi esok hubby kena OT la pulak.

Habis, nak tinggal kat siapa si kecik tu??? Nak usung naik bas?? Oh, tak sanggup 'ummi dia. Dalam kereta pun tak reti dok diam. Sekejap kat depan, sekejap kat belakang... Apatah lagi bas yang lagi besar... Tak pasal orang marah je dengan kita...

Masalahnya kan, member saya ni dah kata 'wajib' pergi sebab masa kenduri saya dulu dia datang... huhu... camna nak buat nih???

Erm, ok la. Nak pi isi perut jap. Lapaq sangat2 ni. Lepas dah kenyang baru boleh pikir balik, kannnnn... hehe

Till then, daaa daaa daaa

2 comments:

mamalieyna said...

dh kenyang lom ni? dh dpt jwpn?..hehe..mmg serba salah camni!

~~*Ummi AFD*~~ said...

mamalieyna:

hehe, dah... macam dah dpaat jawapan.. lebih ke arah tak pergi la kot bila memikirkan dari segenap aspek...

harap2 member tu faham la keadaan saya... hehe