Monday, March 8, 2010

Sedikit perkongsian Ilmu...

Salam...

Petang2 cenggini lepas makan sure ramai yang ngantuk kan?? Saya?? Tak terasa pun... Walaupun semalam tidur tak cukup sebab si kecik tu asyik merengek je, tapi hari ni cam okey je... cuma fikiran sedikit melayang...

Ekceli, nak share la satu ilmu ni. Mungkin akan nampak macam tazkirah, tapi niat di hati nak share la apa yang patut kan... Sekadar membuka jalan bagi kita semua perbaiki diri masing2 terutama sekali saya la...

Saya memang amalkan benda ni, maklum la saya bukannya perfect sangat. Baru2 ni teringat nak share. Tu pun setelah mendapat tazkirah daripada Timbalan Ketua Bahagian. Katanya "berapa ramai dari kita yang bagun pagi, buka saja mata kita ucap Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana aku masih hidup pada hari ni...". Memang terasa tersentuh jugak la sebab saya ni pun kadang2 bangun terlupa nak ucap macam tu. Terukkan...

Ok la, berbalik kepada ilmu yang saya nak share tadi. Masa saya study kat Poli dulu rajin la jugak join Usrah dekat rumah seorang Lecturer ni yang dipanggil Bonda. Alhamdulillah la, saya boleh stick dengan group Usrah ni sampai final sem. Lepas habis study, dapat jugak SMS bagitau pasal perjumpaan Usrah ni, tapi jauh sangat nak terjah pergi... Nun di Kuantan...

Bonda ni suka share cerita zaman remaja dia. Macam mana transformasi dia dari free-hair & agak liar sikit kepada bertudung litup. Seronok dengar cerita dia... And satu hari tu dia ada la share pasal kelebihan membaca Al-Mathurat. Pastu dia bagi la petua macam mana nak biasakan diri kita membaca Al-Mathurat sekurang2nya sehari sekali...

Caranya, ambil satu buku catatan (yg kecil macam buku 555 tu pun tak apa). And then setiap kali baca kita catat dalam buku tu. So, kita tau la dalam sebulan tu berapa kali kita baca. Cara ni saya telah apply untuk semua amalan saya contohnya Solat 5 waktu, puasa wajib & sunat, solat sunat, bacaan Al-Quran dan lain2.

Caranya buat kolum banyak2, seeloknya satu muka surat utk satu bulan. Pastu label la colum tu dengan tarikh dan jenis2 amalan wajib & sunat... Kalau kita buat amalan tu 'tick' la kat kolum tu. Kalau kita tertinggal / tak buat letak '0' dekat kolum tu... So, setiap bulan dapat la kita check apa amalan kita yang masih lompong...

Cara ni sangat bagus utk kenal pasti apa amalan yang jarang kita buat, berapa kali kita tinggal solat dan puasa serta lain2 la. Pendek kata kita boleh tengok la prestasi ibadah kita setiap hari.

Kalau nak tengok buku amalan 'yang sebenar' dah tentu tak boleh kan sebab ada dengan malaikat kiri dan kanan. Dengan buku yang kita buat sendiri ni, at least kita tahu apa yang kurang dan boleh diperbaiki lagi...


Mungkin ada yang dah buat pun. Tak apa, benda yang baik haruslah dikongsikan kan??? Bukan nak tunjuk pandai jauh sekali memuji diri.

Ok la, dah 'ter'bebel panjang pulak. Kepada yang dah buat camni bagus & keep it up okeyh... Yang masih belum buat, belum terlambat nak start sebab masih di awal tahun & awal bulan... Semoga sedikit perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada rakan2 yang lain. Semoga kita sama2 dapat perbaiki ibadah kita, InsyaAllah...

Till then, as-salam...

** dah ghupe bagi ceramah lak. Niat di hati bukan nak tunjuk baik, sekadar berkongsi ilmu. Andai ada salah silap harap dimaafkan...

4 comments:

Mek Rose said...

waa...bagusnya
thanx kongsi kat sini

tapi bila la nak start eh..ehehhe.
insyAllah...amin...leh la ikut amalan u ni..ehehe

Unknown said...

Rose:

same2... hehe

tak pa, better late then never... (",)

Ena said...

Baguslah sal, a'a ekk.. naper x pernah terpk pun selame nie pasal nak catat amalan sendiri.. hu3x.. nak wat blog & membebel tiap2 ari blh pulak kan!.. InsyaAllah.. nak kene buat nie..

btw, thanks yer sal.. amat bergune sekali nie.. ;P

Unknown said...

hehe... sal pun kalau x join usrah tu memang tak terpikir pun nak wat camni...

sama2, amalan yg aik harus dikongsi kan... (",)