Thursday, March 25, 2010

Nak letak tajuk apa haaa....

Salam...

Erm, dah petang Khamis kan... Esok dah hari Jumaat. Pastu cuti... yeayyy...

Sekejap je masa berlalu sekarang ni kan... Minggu depan dan nak masuk bulan 4. Means, my bos akan balik dalam seminggu lebih. And no more goyang2 kaki lagi ye budak comei... hehe

Saja nak cerita pasal si kecik sorang tu... Alhamdulillah la, semalam Faris tido dengan lena cuma sesekali terjaga untuk minum susu... Syukur... Makanya ummi dia pun dapat la tido dengan lena... hehe

Cuma yang membimbangkan, semalam pengasuh kat taska tu ada la bagitau yang Faris dah 2 hari muntah masa tengah tido. Balik rumah pun dia ada muntah jugak. Tak tau la kenapa. Salah makan ke, tak sihat ke. Tapi aktif cam selalu je. Takut dia ada terjatuh kat taska je...

Tengok la, kalau hari ni stil muntah2, nak kena pi check jugak la. Hubby kata maybe sebab kahak banyak. Selsema dia tak baik2 lagi. Baru je baik 2 hari dah selsema balik...

Owh, dah nak balik pun... Ok la, papaiiiii

Selingan :

Lama tak tempek gambar si kecik ni... Susah betul nak ambil gambar dia...




Makin nak masuk umur 2 tahun ni makin lasak...

2 comments:

mamalieyna said...

wah mmg makin lasak la farish ni..fenat la umminye..huhu..pepun harap farish ok dan sihat ye..no more muntah2ok! huhu..

~~*Ummi AFD*~~ said...

Mamalieyna:

tu la, adeh memang penat la melayan karenah dia... amin, mudah2an...