Wednesday, March 3, 2010

Salam pagi...

Salam...

Selamat pagi... Pagi yang ceria...

Wah, ceria sangat la... Hari ni bangun awal. Tak rasa ngantuk & sakit kepala dah... Tidur awal ke semalam??? tak jugak. Eh, boleh kata camtu la... Semalam, lepas balik dari makan kat luar terus je Zzzz... Tak tengok pun citer korea tu...

Kalau tak silap dalam kul 10.30 saya dah selamat Zzzz. Nak tidurkan si kecik tu. Last2 dengan saya sekali tidur... Sedar2 dah pukul 12 lebih. Tengok hubby kat sebelah pun dah Zzzz. Tapi tv terbuka. Ni kes tengok bola sampai tertidur la ni. Kejut hubby "Nak tengok tv lagi tak? kalau tak, tutup le tv tu. Membazir elektrik..." hehehe, jimat tenaga la kononnya. Terus hubby bangun tutup tv pastu sambung Zzzz balik. Tiga2 beranak terbungkang depan tv.

Dalam kul 12.55 terjaga lagi. Si kecik tu merengek2 lak sambil menggaru kaki. Nyamuk la tu. Lagi sekali kejutkan hubby, ajak tidur dalam bilik. Cam biasa, hubby kendong si kecik tu, saya bawak bakul susu. Masuk bilik terus cuci muka & bersugi. Pehtu, terus landing atas katil...

10 minit kemudian... saya masih terkebil-kebil. Mengiring ke kanan, tak leh lelap. Mengiring ke kiri pun sama. Akhirnya, dok la saya terkebil2 seorang diri sebab penyakit tak boleh tidur sudah menyerang. Toleh kanan kiri, dua2 beranak tu dah selamat sambung Zzzz.

Mula la dok pikir macam2. Terkenang itu la, terkenang ini la... Tiba2 betis rasa sakit macam nak cramp je... Teringat lak minyak angin panas ada kat dalam laci almari. Tapi almari tu ada kat tingkat bawah lak. Adeh, ni yang lemah ni. Saya ni sedikit penakut. Sudahnya, tahan la sakit sampai terlena...

Bukan apa, dalam kepala ni dok terbayang macam2. Risau gak kalau turun bawah tiba2 terserempak heheheh camna??? Bak kata mak dengan ayah 'penakut pait'. (pait tu maksudnya pahit, cuma huruf H tu di'silent'kan). Herm, apa kaitan pahit dengan penakut?? satu persoalan yang masih tak terungkai... hehe. Sapa2 orang Kedah boleh dak bagitau cheq??

Teringat pulak cerita masa kecik2 dulu...(selingan).

Dulu masa sekolah rendah selalu ikut mak pi Solat terawih kat masjid yang letaknya lebih kurang 10 ke 15 minit dari rumah kalau jalan kaki. Kalau naik basikal dalam 5 ke 10 minit jugak la.

Nak jadi cerita, lorong rumah saya tu dulu2 kiri kanan adalah hutan. Pastu ada la sebuah rumah usang kat tengah2 hutan tu. Macam2 cerita la yang kami adik beradik dengar pasal rumah tu. Sangat2 seram okeyh... Even, kalau lalu waktu siang pun meremang je bulu roma ni.

Teringat lagi, kalau mak tak larat / tak berapa sihat, kami adik beradik (semua perempuan) akan pi la masjid beramai2. Kadang2 naik basikal. Kalau basikal tak cukup, jalan kaki secara berjemaah. Masa pi tu okey lagi la sebab ramai la jugak yang lalu jalan tu. Masa balik, punya la seram sebab gelap gelita. Bawak torch light aje masa tu. Lorong masuk rumah tu pun jalan tanah merah je, belum berturap.

Mula2 jalan slow2 lagi la. Sampai je depan rumah usang tu, apa lagi. Pakat lari lintang pukang. Kalau masuk pertandingan pecut 100 meter, sure dapat pingat emas la. Sambil lari, sambil mulut terkumat kamit zikir. Kadang2 baca je la surah yang terlintas kat otak nih...

Kalau naik basikal pulak, sampai tak terasa la pedal basikal tu sebab dok pulun kayuh... keh keh keh... Sampai kat rumah, tercungap2. Apa la punya penakut kami ni. Walaupun Ustazah kata bulan puasa tak dak hantu, semua syaitan kena ikat tapi still rasa takut...

Eh, melalut la pulak. Asal nak cerita pasal tak leh nak tidur, terbabas lak cerita pasal 'kisah si penakut pait'...

Herm, sekarang rumah usang tu pun dah tak ada. Hutan belukar kat situ pun dah ditebas... Dah tak takut lagi la.

Saya pun rasanya dalam pukul 3 kot terlelap selepas penat ketawa sorang2 teringat cerita zaman kanak2...

Ok la, panjang pulak cerita hari ni. Nak alas perut jap nih... Till then, daaaaaa.

2 comments:

Ena said...

salam..

ehehehehe.. kelakar lah sal nie.. penakut upernyer.. aper? penakut pait? akak penah gak dengar statement tu..

Psstt!! akak pon samer penakut nyer.. wekekekekeekeke...

Unknown said...

kak Ena:

salam...

hehe, tu la org yg cakap tu pun penakut gak... ehehe