Wednesday, March 3, 2010

S.U.K.A.N

Salam...

Lambatnya la kul 5.45 ptg... Ada apa??? Herm, petang ni ada Program Gerak Cergas kat opis saya ni... Dan nampak gayanya petang ni kena la balik sendiri sebab mungkin program tu habis dalam kul 6.30 ptg... Hubby kena balik dulu sebab nak ambil si kecik tu kat taska.

So, sebelum nak bersenam tu harus la menjengah jap blog nih untuk isi masa terluang. Dah tak tau nak buat apa...

Erm, sebut pasal senaman ni kan teringat pulak la nak sembang2 pasal sukan. Ada yang minat bersukan, ada yang kurang minat dan ada juga yang langsung tak minat...

Saya??? sangat2 la minat. tapi tak semua sukan la saya minat.

Sebelum nak teruskan cerita, nak bagi amaran sket... Entri kali ni mungkin agak panjang sebab banyak recall memori lama.. So, kalau rasa cam boring nak baca sila la letak cursor anda kat bahagian atas sekali sebelah kanan, pastu klik dekat petak merah bertanda 'X'. okeyh...

Back to the story.. Kenangan masa zaman sekolah. Masa sekolah rendah dulu saya tak berapa aktif bersukan. Ada la jugak masuk sukan ni, tapi setakat wakil rumah sukan je la. Wakil sekolah tak pernah la. Dulu2 lebih tumpukan pada akademik.

Naik sekolah menengah (tingkatan 1 hingga 3), masih sama. Tak berapa aktif sangat bersukan. Cuma bersukan setahun sekali masa Sukan Tara (sekolah saya panggil sukan tara, sekolah lain tak tau la). Sukan tara ni diadakan sebelum hari sukan. Masa ni semua ahli rumah sukan kena turun padang untuk buat semua acara seperti Lompat jauh, lompat tinggi, lari 100 meter dan lontar peluru... So, masa ni la nak bantu rumah sukan masing-masing mengumpul mata.

Dari form one sampai form three saya ahli pasukan Rumah Hijau (S.y.e.d   O.m.a.r). Oh ya, dulu sekolah kat S.M.K   S.u.l.t.a.n    B.a.d.l.i.s.h.a.h.   Masa form one, masa ni nangoi (mentah) lagi, saya telah buat semua acara dengan jayanya... Lompat jauh, lari 100 meter & lontar peluru. Memang tak ada masalah la untuk menyumbang mata... cewah...

Sampai la time lompat tinggi. Bila tengok orang buat cam senang je. Lari2 anak pastu sambil pusing badan, lompat dan landing atas tilam. Tambah budak lelaki, macam superman pun ada... hehe. Tiba giliran saya, saya pun lari2 anak sambil dalam kepala ni dok pikir, camna nak pusingkan badan sambil lompat...

Sampai je dekat dengan palang tu saya pejam mata dan lompat. Wah, berjaya landing atas tilam... Lepas beberapa saat, 'kelekung' bunyi besi berdentum... "Adoi, sakitnya kaki aku..." Bukak2 mata, tengok2 besi palang tu pulak landing atas saya. Hampes betul... Ingat dah lepas tadi... Start dari tu la saya fobia je bila nak kena lompat tinggi. Dan itu la kali terakhir dalam hidup saya, saya lompat tinggi ye kawan2...

Masuk form two, dah cerdik sket... Saya dah pandai larikan diri bila kena lompat tinggi. Camna caranya?? Rahsia.. keh keh keh... Berjaya melepaskan diri tanpa dikesan cikgu... Masa tu semua student wajib buat kesemua acara dan setiap kali selesai buat acara tu baru cikgu akan tick kat nama kita...

Naik form 4, saya telah ditukarkan ke rumah merah (S.a.m.s.u.d.i.n). Pastu saya mula berjinak dengan sukan hoki. Nasib sangat baik, terpilih mewakili sekolah... Bukan pandai main sangat pun, banyak 'cangkul tanah' dari pukul bola... hehe

Pastu saya jugak telah gatal2 pergi ke pemilihan pemain untuk bola baling. Saja cuba nasib. Dan kali ni pun bernasib baik jugak sebab terpilih mewakili sekolah. Tapinya, belum sempat nak wakili sekolah, saya dan member baik saya dah 'disingkirkan' dari pasukan akibat tak turun training 3 kali berturut2... Padan dengan muka...

Masa form 5, dah kurang sket aktif sebab Pengetua tak bagi sangat budak2 nak amik S.P.M aktif sukan. Cuma masuk acara olahraga masa hari sukan. Saya dipaksa rela masuk acara 3000 meter... Gila betul, kena lari pusing padang 10 round.

Masuk round ke-6 saya dah give-up. Penat sangat2 masa tu rasa cam nak tumbang je. Ingat nak tarik diri je, tapi ada sorang cikgu ni, kami panggil Cikgu Joe (salah sorang warden asrama masa tu) bagi galakkan suruh saya habiskan jugak larian saya. At the end saya dapat tempat kedua - pingat perak... Macam tak caya je... keh keh keh. Akibatnya, seminggu jugak la saya jalan kengkang... hahaha. Azab betul nak naik dan turun tangga.

Sepatutnya saya kena wakili sekolah untuk acara lari 3000 meter dengan budak yang dapat tempat pertama tu. Tapi saya tarik diri dengan alasan tak sihat... hehe. Ye la, jalan pun masih kengkang, camna nak lari... Takkan la nak lari terkangkang kot. Mau orang ketawakan saya...

Masuk poli, saya join hockey lagi. Dapat wakili poli jugak. Tapi sempat la masuk liga poli & friendly dengan UiTM saja. Pastu naik sem 2, saya tarik diri sebab malas nak turun training petang2. Tu pun sebenarnya banyak kali injured masa main. Paling teruk masa liga hoki poli. Dari kepala sampai ke kaki injured. Dagu luka & berdarah sebab kena bola. Kaki saya bengkak teruk, pun sebab kena bola. Haisyh, jadik penampan bola lak time tu... Tapi berbaloi la jugak, pasukan saya dapat tempat ke-2...

Paling tak leh lupa masa injured kat kaki, sakitnya Tuhan saja yang tahu. Mak & kak ngah bising2 tak bagi main dah lepas tu. Tapi saya masih degil, tetap juga join hoki senyap2. Ala, bukan diaorang tahu pun... Saya dok jauh masa tu... hehe. Tapi sakitnya kadang2 terasa jugak hingga ke hari ni sebab melibatkan tulang kaki. Cuma bernasib baik sebab tulang kaki saya tak retak teruk...

Dah kerja ni, jarang la bersukan. Ada pun masuk badminton aje. Lepas dah kahwin lagi la susah nak bagi komitmen, baru2 ni je join badminton balik. Tapi tak pergi la pulak masa perlawanan inter-department...

Gambar? Ada tu ada, tapi nak kena scan dulu la pulak... nanti2 la kalau rajin saya buat satu slideshow zaman2 remaja dulu... hehe (macam la femes sangat).

Ok la, bebel panjang pulak hari ni. Nak pergi bersalin jap. Opss, bukan bersalin baby ye, bersalin pakaian... Have to go... Daaaaaa....

4 comments:

Ena said...

Heheheh.. panjang pun panjang lah sal.. akak tetap nak bace..

akak dulu pun suka juge bersukan.. sumer nak masuk tp x sedar yg awak nie kenit jer.. ahahahhaha.. sudahnyer akak hanya wakil sek utk hoki (sek Rendah & Men), badminton utk kelab, netball utk umah sukan.. boleh la dr x join lgsung..

mamalieyna said...

imbas memori sesekali mmg best...tmbh2 zaman sekolah! kita dl nk kata minat tak minat sgt..tp cam terpaksa main...dl suka main bola tampar ngn hoki...wakil sekolah tu...

skrg still suka if dpt main bola tampar, dl2 opis ni ada gak buat game main bola tampar..skrg?..non ado..huhu..

~~*Ummi AFD*~~ said...

Kak Ena:

hehe, makacih ya...

lebih kurang cam sama je, cuma bola jaring tu sal tak minat sgt sebab ..... (rahsia)... hehe

~~*Ummi AFD*~~ said...

mamalieyna:

tu la, memang best sesekali teringat memori lama...

bola tampar pun pernah main tapi takat suka2 je... tangan tak berapa kuat la...