Ku ukir namamu di awan gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa cinta kita terurai
Oh indahnya... peristiwa
Cinta kita di Pantai Merdeka...
*************************************
Salam...
Ha, pernah dengar tak lagu ni?? Rasanya lagu ni agak femes la jugak time saya skolah2 dulu... Tapi tak pasti pulak saya betul ke tak lirik yang saya taip tu... hehe
Tapi saya bukan nak cerita pasal cintan cintun kat Pantai Merdeka ke, frust bercinta ke... tidak sama sekali... no no no.... ^_^
Cuma nak share satu pengalaman yang saya takkan lupakan sampai bila2. Kenangan yang berlaku kat Pantai Merdeka le... hehe
Sorry la, saya ni asyik cerita pasal kenangan je kan... Tu je la modal yang ada... kih kih kih
Ok la, berbalik kepada peristiwa yang saya sebutkan tadi. Peristiwa tu berlaku masa tahun 2002. Masa tu saya tingkatan 5, nak amik SPM tahun tu...
Tak ingat bulan berapa, tapi masa tu skolah saya ada la buat Kursus Kepimpinan Pengawas. Yang join masa tu Pengawas Sekolah sesi pagi (form 3 - Upper Six) plus Pengawas Asrama.
Kalau tak silap 2 buah bas jugak la kot yg bertolak pergi ke Kem Singkir a.k.a Kem Singkiaq ( loghat utara). Kalau tak silap jugak, bertolak hari Khamis. Kursus tu 3 hari 2 malam (Khamis - Sabtu). Sampai ke Kem tu petang Khamis.
Esoknya (Jumaat) pagi2 lepas bersenam + kudapan, ada program berkayak. Masa tu ada jurulatih khas yang dijemput untuk mengajar kami teknik2 berkayak, camna nak handle kalau kayak kita terbalik, nak keluar dari kayak dan lain2 la...
Lepas dia dah bagi penerangan plus buat demo, kami diarahkan cari pasangan untuk berkayak. Pasangan mestilah berlainan jantina. Means, lelaki ngan perempuan la. Apa lagi, masing2 menggedik la cari pasangan nak berkayak termasuk la saya... hehe
Masa tu mula la dok pikir nak pasangan dengan siapa. Kan bagus kalau boipren pun ada masa kursus tu... thehehe. Lepas dok ushar sorang2, saya pun target la sorang mamat junior ni. Comel je orangnya...
Harus la kan cari yang junior, kalau senior lain pulak nanti jadinya. Kang timbul gosip2 panas lak... ^_^. Sekali masa sampai je turn saya, member saya kebas budak junior tu... Hampagas betul... Makanya, terpaksa la saya cari oang lain...
Selesai sesi belajar berkayak tu, budak2 lelaki semua kena naik untuk bersiap2 ke masjid. Nak kena pi solat Jumaat. So, peluang keemasan ini telah digunakan dengan sebaik2nya oleh budak2 perempuan untuk bermandi manda dengan bebasnya.
Tambah pulak masing2 dibekalkan 'life jacket', apa lagi mandi sakan la.hehe. Sebab kalau nak harap berenang sendiri, alamatnya boleh tengok je la pantai tu. Dalam jugak la paras air kat kawasan tu, kalau berdiri memang kaki tak cecah ke dasar. Masa tu air tengah pasang.
Saya yang dah lama tak 'berkubang' ni jadi 'perak' la sket... hehe. Berenang2 umpama ikan duyung... cewahhh. Kuak lentang, kuak kupu2, kuak rama2, kuak katak, semua kuak la yang terkeluar masa tu... hehe.
Sambil2 dok berkuak tu mula la terfikir nak kenakan kawan baik saya yang dua orang tu...
Nak tau apa saya buat??? Tungguuuuu.... Dah panjang sangat la, nanti orang jemu membaca. So, to be continue.... hehe
4 comments:
kasi suspend saja...kena tunggu sambungan la pulaks..huhu..tak sabaq nak baca kejadian selepas tu... cepat2.. :p
heheh..
akak nak teka leh tak? mesto sal buat2 lemas.. pastu lemas betul2, yg datang membatu adalah adik junior yg dah disambar oleh kwn sal tu.. keh keh keh..
larikkkkkSSS!!
Mamalieyna:
hehe, jangan marah aaa... entri semalam dah pajang sangat... kang orang boring nak baca...
tak pa, akan bersambung hari ni... hehe
Kak Ena:
Betul la, terer akak. tapi part yg adik junior tu datang selamatkan tu salah la akak.
kan budak2 lelaki pergi solat jumaat time tu... hehe
Post a Comment