Tuesday, May 4, 2010

Entri tak dak tajuk....

Salam...

kawan2 tak keluar makan ke?? Saya masih kekenyangan la pulak. Tadi makan kek kukus sampai 3 potong, masih terasa kenyang sampai sekarang. Nak beli nasik, takut nanti tak habis pulak... dah membazir...

Hari ni hari yang tak berapa nak bertuah bagi saya le... huhu...

Sebabnya kan, tadi masa saya nak serahkan kat bendahari duit kelab bahagian saya yang saya tolong kutipkan hari tu (berapa banyak kan daaa) sekali kira kurang RM 6.00. Adeh, saya tak tau camna boleh tak cukup ni...

Mungkin ke masa saya nak bagi balik baki saya terlebih bagi... herm, rasanya tak dak la pulak tersalah bagi baki... Apa nak buat, benda dah jadi. Kena la saya ganti duit tu. Nasib baik 6 hengget je. Kalau 60? 600? jenuh... mana nak cekau duit banyak tu.

Tadi saya pejam mata je la bagi duit tu. Sebab tu la saya tak suka tau bab kutip mengutip duit nih. Dah nak kena tunggu semua bayar baru boleh serah. Kalau orang tu cuti ke, kursus ke dah satu hal nak kena tunggu dia. Tu yang duit terperap dekat saya lama...

Ramai yang cakap "Buat la dengan ikhlas", "Dah tugas, kena la buat"... Kadang2 senang je orang nak berkata. Cuba orang tu lak yang kena kutip mengutip ni... Rasa2nya kan, apa yg diaorang rasa... Herm...

Ok la, dah terbebel lak. Perut pun dah rasa lapar balik ni. Nak turun cari makan jap. Ok, papaiiii.......

1 comment:

Ena said...

alahai.. camner leh terkurng lak tu kan sal..huhu

tak pe la.. nak buat camner kan!.. terpaksa lah ganti.. tu sbb akak selalu ngelat kalo org nak suh pegang duit.. takut jd camni la.. huhu